You are on page 1of 12

TUGASAN INDIVIDU 1:

MENGANALISIS KOMPONEN DAN ELEMEN PERANCANGAN


KERJAYA IAITU BERKAITAN PROFIL DIRI, PEMILIHAN
DAN MEMBUAT KEPUTUSAN KERJAYA, MATLAMAT DAN
PEMETAAN KERJAYA

KPK 60404: PENDIDIKAN KERJAYA (KPK 60404)


SEMESTER 1 SESI 2022/2023

NAMA:NURUL FATIN NABILLA BT ROZEMAN


NO MATRIK: M20221001505
NAMA PENSYARAH:DR MAZITA
PENGENALAN

Nama saya Nurul Fatin Nabilla bt Rozeman dan berasal dari Kuala Kangsar,Perak.Saya
merupakan anak sulung daripada 9 orang adik beradik.Saya dilahirkan di Hospital
Pekan,Pekan,Pahang pada 20 Februari 1992.Saya dilahirkan dengan seorang kembar seiras
perempuan yang diberi nama Nurul Fatin Nadia bt Rozeman.Saya telah berkhawin dan
mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 4 tahun.Saya bekerja di Kementerian
Kesihatan Malaysia selama 9 tahun sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan di Klinik
Kesihatan Batu 8,Gombak.Saya melanjutkan pelajaran saya dalam Diploma Sains Perubatan di
Kolej Pembantu Perubatan Seremban iaitu kolej di bawah Institusi Latihan Kementerian
Kesihatan Malaysia pada tahun 2010-2013.

Saya telah memulakan karier saya sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan pada
Julai 2013 di Hospital Sultanah Bahiyyah ,Alor Setar,Kedah.Kemudian pada Mac 2014,saya
telah ditempatkan di Klinik Kesihatan Jalan Baru,Parit Buntar ,Perak selama 3 tahun.Dalam
tempoh tiga tahun ini saya diberikan tugasan iaitu bekerja di luar waktu pejabat selama 24
jam.Ketika 2017,saya telah melanjutkan pengajian secara separuh masa dalam Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Islam Antarabangsa Gombak .Saya
menghadiri kelas setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu dan memerlukan saya untuk
berulang-alik dari Parit Buntar ke Gombak setiap minggu.

Pada tahun Ogos 2017,saya telah berpindah ke Pejabat Kesihatan Daerah Gombak bagi
memudahkan urusan pengajian saya di Gombak .Sehingga kini,saya masih bekerja di Klinik
Kesihatan Batu 8 ,Gombak dan menjadi Pengelola Rawatan bagi penyakit Tuberkolusis.Saya
juga telah diberikan tugasan lain iaitu merupakan salah seorang Juruaudit Sirim dan ahli jawatan
kuasa dalam program Eksa di klinik.
PEMILIHAN TEORI: TEORI PEMBANGUNAN DONALD SUPER.

Saya menggunakan teori pembangunan kerjaya yang dibangunkan oleh Donald Super
dalam menerangkan atau mnceritakan tentang perjalanan kerjaya saya bermula dari kecil
sehingga berumur 30 tahun kini.Model kerjaya Donald Super adalah berdasarkan kepercayaan
bahawa perubahan konsep diri seseorang itu akan berubah dari masa ke masa dan berkembang
berpandukan pengalaman hidup seseorang itu. Salah satu sumbangan terbesar Donald Super
terhadap pembangunan kerjaya ialah penekanannya terhadap kepentingan pembangunan konsep
diri. Oleh itu,Menurut Donald Super pembangunan kerjaya akan berlaku seumur hidup dalam
kehidupan kita. Super telah membina satu teori kerjaya bersama rakan sejawatnya Eli Ginzberg.

Pendekatan perkembangan Super telah diperkenalkan dan dibahagikan kepada lima


tahap kehidupan, dan ini diterangkan seperti berikut:Tahap yang pertama ialah dimana berlaku
proses pertumbuhan iaitu dari kelahiran sehingga usia 14 tahun.Tahap pertumbuhan ini pula
terdiri daripada 3 peringkat iaitu fantasi dari usia 4 tahun hingga 10 tahun,faedah iaitu dari usia
11 hingga 12 tahun,dan seterusnya kapasiti iaitu dari usia 13 hingga 14 tahun.Pada tahap
ini ,kebolehan yang ada dalam diri seseorang itu dianggap sebagai keperluan pekerjaan.

Pada peringkat pertama yang dikenali sebagai tahap pertumbuhan dimana ketika saya
sedang bersekolah di Tadika Kemas berdekatan dengan rumah ketika itu,saya gemar bermain
dengan kembar saya permainan kanak-kanak yang berkaitan dengan perubatan,berlakon menjadi
pesakit dan doktor.Apabila ditanya oleh guru tadika ketika itu dan juga ibu bapa ,saya
menyatakan keinginan untuk menjadi seorang doktor.Biasalah kanak-kanak ketika itu,melihat
dari segi profesion yang gah ketika itu,ketika itu saya dipengaruhi dengan profesion ini kerana
sering pergi ke klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan ketika sakit.
Manakala,peringkat kedua yang telah didirikan oleh Super ialah penerokaan.Tahap
penerokaan ini bermula dari usia 15 tahun sehingga 24 tahun.Dalam fasa ini,terkandung 3 sub
tahap yang lain iaitu fasa tentatif,fasa peralihan dan fasa percubaan.Fasa tentatif bermula dari
usia 15 sehingga 17 tahun dimana pada ketika ini pemilihan kerjaya itu cuba dipraktiskan secara
fantasi,perbincangan dan kerja.Seterusnya,berlaku fasa peralihan ketika usia 18 tahun sehingga
21 tahun dimana faktor realiti diberikan perhatian yang lebih tinggi kerana pada ketika itu
kebanyakan individu akan memasuki alam perkerjaan atau menerima latihan pekerjaan atau
melanjutkan pendidikan yang lebih tinggi. Fasa seterusnya ialah fasa percubaan yang berlaku
ketika usia 21 tahun sehingga 24 tahun,yang dimana ketika itu telah berlaku anjakan dalam diri
seseorang untuk mencuba pilihan kerjaya yang sesuai dengan diri seseorang itu.

Manakala ,ketika peringkat penerokaan pula,saya mula meneroka peluang-peluang


kerjaya yang ada ketika itu berdasarkan minat dan keinginan ketika itu.Ketika berusia 15
tahun,saya memasuki banyak pertandingan yang berbentuk seni,contohnya dalam deklamasi
sajak,bercerita ,berpidato dan juga menulis esei.Saya juga selalu menghantar hasil nukilan sajak
di akhbar pendidikan ketika itu,iaitu seperti Minda Pelajar di Berita Harian.Ketika fasa ini,minat
saya menjerumus kepada untuk menjadi seorang penulis atau wartawan.Saya banyak belajar cara
mendeklamasikan sajak daripada ayah saya,dan minat tersebut juga kerana sering melihat arwah
ayah saya mendeklamasikan sajak ketika memasuki pertandingan sajak peringkat negeri dan
kebangsaan.Arwah ayah saya juga banyak menulis beberapa sajak untuk simpanannya.Jadi
ketika itu,saya banyak dipengaruhi oleh minat arwah ayah saya .Saya juga mendapat sokongan
daripada seorang guru yang juga minat dari segi penulisan kreatif dan banyak memberikan saya
galakan dari segi moral dan juga sering menghadiahkan buku-buku penulisan kepada saya.

Namun begitu,ketika saya mendapat keputusan Penilaian Menengah Rendah pada tahun
2007,iaitu 7A 1 B.saya ingin mengambil aliran sastera semasa di Tingkatan 4 bagi meneruskan
cita –cita saya sebagai seorang penulis dan wartawan.Namun begitu ,hasrat saya telah ditentang
hebat oleh keluarga dan juga guru-guru di sekolah ketika itu.Saya ingin mengambil subjek
kesusasteraan melayu ketika ini,namun keluarga dan pihak sekolah menyarankan mengambil
aliran sains berdasarkan keputusan saya.Seminggu saya merajuk dengan arwah ayah saya dan
saya terpaksa mengambil jurusan sains mengikut hasrat ibu bapa saya
Jadi,ketika fasa ini,dilihat saya menghadapi konflik samaada ingin mengikut kata hati dan
minat ataupun pilihan daripada ibu bapa dan guru.

Dalam teori pembangunan kerjayanya,Super telah membahagikan peringkat seterusnya


iaitu fasa pengukuhan kepada dua sub tahap dibawahnya iaitu percubaan dan penstabilan.Dalam
peringkat percubaan iaitu dari usia 25 hingga 30 tahun,pelbagai cabaran yang ada bagi menguji
pekerjaan tersebut bagi proses penyesuaian diri seseorang dengan karier yang
dipilihnya.Kemudiannya,fasa penstabilan akan berlaku pada usia 31 tahun sehingga 44 tahun dan
corak muncul dan individu akan mencuba bagi mendapatkan kedudukannya dalam kerjaya
tersebut.Berdasarkan teori pembangunan kerjaya Super ini,saya sedang mengalami fasa akhir
peringkat percubaan iaitu di ambang usia 30 tahun.

Saya telah berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Penolong


Pegawai Perubatan selama 9 tahun,iaitu bermula Julai 2013 sehingga kini.Dalam proses
penyesuaian diri dalam karier ini banyak cabaran dan rintangan yang saya alami samaada dari
segi hubungan dengan rakan sekerja,cabaran dalam pekerjaan iaitu beban tugas yang banyak dan
memerlukan saya untuk melakukan dua tau lebih tugasan pada waktu yang sama,serta dari segi
logistik iaitu jarak tempat kerja yang jauh dengan rumah dan sebagainya.

Menurut Super ,saya akan menjalani satu fasa baru iaitu fasa penstabilan pada usia 31
tahun sehingga 44 tahun.Secara jujurnya,ketika fasa ini saya saya sebenarnya masih mencari-cari
makna dalam kehidupan dunia pekerjaan saya.Apabila telah tamat pengajian dalam Sarjana
Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling,ramai rakan-rakan sejawatan dan yang
tanya ,adakah mahu tukar profesion sebagai seorang penolong pegawai perubatan kepada
seorang kaunselor.Saya sendiri tidak dapat menjawab persoalan tersebut dan apa yang penting
saya akan mengikut saja aliran rezeki yang Allah s.w.t mahu berikan kepada saya.
Tahap yang keempat yang digariskan oleh Super ialah fasa penyelenggaraan yang
berlaku ketika usia 44 sehingga 64 tahun.Pada ketika ini,seseorang itu akan bersatu dengan
kerjayanya dan berpuas hati dengan apa yang dimiliki sekarang.Manakala tahap yang terakhir
pula ialah fasa penolakan iaitu menjelang usia 65 tahun keatas.Pada fasa ini,telah berlaku proses
persaraan dalam kerjaya dan akan berlakunya pengurangan dalam peranan pekerjaan
tersebut.Saya belum memasuki dua fasa ini,tetapi bagi saya setiap fasa yang dijelaskan dalam
teori ini,banyak mempengaruhi kehidupan sehari-harian dalam pembangunan kerjaya seseorang
itu.

Menurut pandangan saya,teori pembangunan kerjaya Donald Super ini merupakan teori
yang bersistematik untuk digunakan pakai oleh para kaunselor dan juga pelajar-pelajar.Teori ini
berkembang mengikut tahap pengalaman,dan perubahan konsep diri seseorang itu.Teori ini boleh
dikatakan satu teori yang memiliki tahap motivasi yang tinggi dalam diri seseorang itu.Dengan
wujudnya motivasi intrinsik yang tinggi dalam diri seseorang itu,akan berlakunya satu perubahan
yang besar terhadap kerjaya seseorang itu.

Sebagai contoh yang dapat kita lihat ialah pada peringkat yang kedua dalam teori Donald
Super iaitu tahap percubaan. Pada peringkat ini,seseorang itu cuba menyesuaikan dirinya dengan
pekerjaan atau karier yang dimilikinya walaupun pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu
diatasinya.Kewujudan motivasi intrinsik telah menyebabkan fasa pengukuhan berlaku sehingga
membawa kepada kestabilan dalam kerjaya.Misalnya,walaupun pada permulaannya kita dia
berminat dengan kerjaya yang dimilik,tetapi nilai motivasi yang tinggi telah membawa kepada
perkembangan kerjaya yang baik ,dan stabil sehingga kita boleh bersatu hati dengan karier
tersebut.

Di samping itu,saya bersetuju dengan teori kerjaya Donald Super ini yang menyatakan
corak pelangi kehidupan ini sangat penting dalam menetapkan peringkat umur dengan konsep
kendiri klien yang perlu dicapai. Kerjaya yang tidak sesuai dengan peringkat umur perlu dinilai
semula dan mencari ruang-ruang yang perlu diterokai agar pencapaian konsep kendiri dalam
kerjaya dapat dicapai sesuai dengan peringkat umur klien.Menerusi proses penerokaan ini telah
dapat membantu diri klien atau pelajar untuk mendapatkan sebanyak mana ilmu pengetahuan
tentang kerjaya yang ingin dipilih.Teori ini begitu membantu seseorang yang konfius dan tidak
mempunyai haluan kerjaya yang tetap dalam diri.
Dalam mencapai sesuatu kerjaya yang diinginkan,ada kalanya seseorang itu tidak bijak
memilih dan menyebabkan kita kurang atau tidak berpuas hati dengan kerjaya yang dimiliki
seterusnya menyebabkan berlakunya konflik dalam diri.Menerusi teori ini,kita dapat membantu
diri kita sendiri untuk mengenal konsep diri yang sebenar dan mendapatkan pilihan yang sebenar
yang diperlukan dalam kehidupan kita.
Maklumat Diri:
(i) Minat
(ii) Personaliti
(iii) Nilai Pekerjaan
(iv) Kemahiran
(v) Pencapaian
Berdasarkan keputusan yang diperolehi dalam Inventori Minat Kerjaya, berikut
merupakan analisis berdasarkan tiga kod yang tertinggi yang diperolehi hasil daripada instrument
yang dijalankan terhadap diri saya iaitu S:SOSIAL,E:ENTERPRISING,A:ARTISTIK.Berikut
merupakan keterangan bagi tiga kod mata Holland.Dari segi kod sosial kebiasaannya
persekitaran pekerjaan jenis ini memerlukan interaksi,kerjasama,kolaborasi,saling
membantu,melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain.Selain itu,individu itu juga
berpersonaliti suka mempunyai kebajikan kepada orang lain dan juga mempunyai kemahiran
berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.Selain itu,individu itu juga suka kepada
aktiviti membantu,memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.

Manakala,persekitaran pekerjaan didalam kod E:Enterprising pula melibatkan


pentadbiran dan pengurusan perniagaan dan keusahawanan..Pekerjaan jenis ini juga akan
wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi,mengarah,memimpin dan mengurus individu lain
serta menjual barangan atau idea.Matlamat akhir individu dalam golongan ini adalah untuk
mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.Persekitaran pekerjaan yang
memerlukan daya intuisi yang tinggi,ekspresif,original,bebas,kreatif,inovatif,dan artistik.Individu
di dalam kod ini juga kebiasaannya suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur,tidak
rutin dan tidak berulang-ulang.Selain itu,individu ini juga tergolong dalam ,mempunyai
penghargaan yang tinggi didalam sesuatu dan menghargai hasil seni kreatif.Manakala kod yang
tertinggi yang diperolehi oleh saya ialah Kod S:S0SIAL.Antara contoh pekerjaan yang sesuai
dengan Kod S:SOSIAL ialah guru,pensyarah,kaunselor,pekerja sosial,pegawai perhubungan
awam,penolong pegawai perubatan. jururawat,paramedik.,pramugara,dan pemandu pelancong.
Berdasarkan pekerjaan atau kerjaya yang dilakukan oleh saya pada pada masa ini,iaitu
penolong pegawai perubatan ianya bertepatan dengan kod Holland yang tertinggi yang
diperolehi oleh saya dalam pentaksiran psikometrik,Inventori Minat Kerjaya ini.Berdasarkan
pengalaman kerja saya selama 9 tahun 5bulan,setiap hari tugasan saya akan bertemu dengan
ramai masyarakat yang menjadi pesakit untuk mendapatkan rawatan kesihatan.Manakala kod
yang tertinggi yang diperolehi oleh saya ialah Kod S:S0SIAL.Antara contoh pekerjaan yang
sesuai dengan Kod S:SOSIAL ialah guru,pensyarah,kaunselor,pekerja sosial,pegawai
perhubungan awam,penolong pegawai perubatan.jururawat,paramedik.,pramugara,dan pemandu
pelancong.

Berdasarkan pekerjaan atau kerjaya yang dilakukan oleh saya pada pada masa ini,iaitu
penolong pegawai perubatan ianya bertepatan dengan kod Holland yang tertinggi yang
diperolehi oleh saya dalam pentaksiran psikometrik,Inventori Minat Kerjaya ini.Berdasarkan
pengalaman kerja saya selama 9 tahun 5bulan,setiap hari tugasan saya akan bertemu dengan
ramai masyarakat yang menjadi pesakit untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Di samping
itu,saya juga telah melanjutkan pengajian saya dalam bidang kaunseling yang bertepatan dengan
kod Holland saya iaitu S:SOSIAL.

Bagi Inventori Tret Personaliti yang dijalankan terhadap saya ,dari segi konstruk
autonomi skor yang dilihat dalam diri saya ialah pada aras paling tinggi iaitu 99%.Menurut
interpretasi skor,saya suka kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan,sangat berdikari dan
yakin dalam membuat keputusan.Saya begitu bersetuju dengan apa yang diperkatakan dalam
interpretasi skor,kerana saya sememangnya seorang yang sangat berdikari dalam menjalani
kehidupan sehari-harian.Sebagai seorang anak sulung dalam keluarga,saya boleh berdikari dalam
menjalani kehidupan,bekerja di perantauan jauh dari keluarga sebelum saya berkhawin.

Selain itu,konstruk seterusnya ialah agresif yang mana skor nya adalah pada tahap
sederhana iaitu 60%.Berdasarkan interpretasi skor ,saya adalah seorang yang asertif atau
mempunyai ketegasan diri.Dalam kebanyakan hal,saya dikatakan selalu menuntut hak anda
tetapi pada masa yang sama,anda tetap menjaga hati dan perasaan orang lain.Sebagai seorang
pekerja ,saya sentiasa mencuba dan tegas dalam menjalankan tanggungjawab di tempat kerja di
samping sentiasa menuntut hak saya bawahan jika berlaku sebarang ketidakpuashatian dengan
secara berhemah dan tetap menjaga hati orang lain.
Konstruk yang terakhir yang dilihat dalam diri saya ialah dari segi aspek ketelusan.Skor
yang saya perolehi adalah rendah iaitu 10%,dan menurut interpretasi skor,semakin rendah skor
yang diperolehi semakin telus dalam memberi maklum balas terhadap item inventori.Saya
mengakui saya menjawab instrument ini dengan jujur dan tanpa berfikir telalu panjang untuk
menjawab ujian ini.

Secara keseluruhan,personaliti saya yang dapat digambarkan dalam ujian psikometrik ini
ialah saya seorang yang suka kepada kebebasan ,mempunyai daya imaginasi yang tinggi di
samping seorang yang stabil dari segi aspek fizikal dan emosi.Di samping itu, saya seorang yang
sentiasa positif dan mempunyai nilai motivasi yang tinggi dalam diri,seorang yang suka bersaing
dengan orang lain dan suka kepada aktiviti-aktiviti yang mencabar minda.Selain itu,saya juga
seorang yang peramah,suka bercakap di khalayak orang ramai,dan lain-lain lagi.
RUMUSAN

Konklusinya, bagi saya setiap manusia yang dilahirkan adalah unik dan memiliki
personaliti dan karakter yang berbeza di samping memiliki minat yang tidak sama dengan orang
lain. Perbezaan ini akan membentuk minat kerjaya yang berbeza dalam jiwa setiap
individu.Personaliti ada diwarisi dari ibu bapa, pengaruh dari persekitaran dan juga merupakan
garapan dari faktor pengalaman.Setiap orang akan berasa gembira sekiranya personaliti yang ada
pada dirinya adalah sepadan dan tidak selari dengan apa apa perkerjaan yang diceburinya
kelak.Tetapi ,jika personaliti seseorang itu berlawanan dengan pekerjaan yang
dilakukannya,seseorang itu tidak akan mencapai tahap kepuasan dalam hidup dan akan cuba
menukar pekerjaan yang sesuai dengan minat dan personaliti dirinya.

Bagi pendapat saya, pemilihan kerjaya dilihat sebagai satu medium penting dalam
kehidupan seseorang individu di mana kita perlu bijak dalam membuat keputusan, merancang
supaya kerjaya yang dipilih dapat memberikan kepuasan kerja serta menjamin masa depan
seseorang. Selain daripada itu, dorongan daripada ibu bapa amat penting dalam memilih bidang
kerjaya supaya pemilihan kerjaya yang dibuat oleh seseorang individu itu adalah tepat. Kita
dapat mengenal diri dan mengetahui minat masing- masing menerusi maklumat tambahan yang
disediakan samaada di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Seperti yang telah diketahui,
peranan guru-guru dan kaunselor diperingkat sekolah sedikit sebanyak dapat menentukan corak
kerjaya yang bakal diceburi oleh individu apabila tamat persekolahan.
RUJUKAN

Fatin Noor Amirah Mamat & Ishak Abd Rahman. (2019). Faktor Pemilihan Pekerjaan Dalam
Kalangan Prasiswazah: Kajian Di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM. Journal Wacana
Sarjana, 3(4), 1-18.

Koivisto, P. Vinokor, A. D, & Vuori, J. (2011). Effect of Career Choice Intervention on


Components of Career Preparation. The Career Development Quarterly, 59(4), 345-366.

You might also like