You are on page 1of 12

ISU PELAKSANAAN SISTEM APLIKASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Pada tahun 2014, PMR akan ditambahbaik melalui pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang telah
dimulakan pada tahun 2012 bagi fasa pertama murid tingkatan 1. Pada tahun 2016, gred UPSR tidak lagi akan ditentukan
melalui peperiksaan awam sahaja, tetapi digabungkan dengan pentaksiran berasaskan sekolah yang terdiri daripada
pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat. Ini bererti sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi
merupakan penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran.

Kemajuan dan pertumbuhan seseorang murid dinilai secara adil dengan menggunakan Standard Prestasi. Ia merupakan
proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang
dipelajari berdasarkan pernyataan Standard Prestasi.

KPM juga akan meningkatkan secara sistematik bilangan peratusan soalan kemahiran berfikir aras tinggi melalui PBS dan
peperiksaan awam. Soalan yang berasaskan Taksonomi Bloom ini akan menguji kemahiran seperti aplikasi, analisis, dan
penilaian. Menjelang 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan ditambah sehingga 80% daripada
keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan bagi mata
pelajaran teras SPM dan 50% dalam soalan mata pelajaran elektif SPM.

Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topik yang akan
diuji dan pada masa yang sama tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik tertentu. Sebaliknya, murid akan
dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan.

Format pentaksiran baharu ini membolehkan murid dinilai berdasarkan keberhasilan yang lebih luas dalam jangka masa
yang lebih panjang, seperti yang dihasratkan oleh dasar Kementerian.

Reaksi

Ramai guru mempersoalkan PBS kerana didapati banyak masalah termasuk kelemahan berkaitan sistem capaian dan
penggunaan alat merekod prestasi serta bertambahnya beban tugas.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) turut melahirkan rasa tidak puas hati. Di sekolah-sekolah isu
tersebut panas diperkatakan oleh guru-guru.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah mengambil inisiatif mengadakan pertemuan dengan
guru-guru di Putrajaya bagi mendapatkan maklum balas berhubung isu tersebut.
Atas rasa keprihatinan, beliau yang juga Menteri Pendidikan, bertindak segera menangguhkan pelaksanaan PBS bagi
dikaji semula.

Muhyiddin memperlihatkan keterbukaan dengan menerima teguran dan kritikan, yang sepatutnya dipikul di peringkat
pegawai kanan dan pihak yang mengesyorkan PBS.

Terdapatnya kekhilafan, kelemahan dan terlepas perhatian berhubung aspek-aspek tertentu sistem tersebut.
Sepatutnya sistem itu dilaksanakan secara perintis terlebih dahulu bagi melihat kesesuaiannya dan respons guru.

Semua pihak terutama para pendidik mengharapkan Kementerian Pendidikan mencari penyelesaian terbaik. Moga isu
itu tidak akan dibiarkan berlarutan kerana akan memberikan banyak kesan negatif selain ada pihak akan menangguk di
air keruh.

Kesimpulan

Sebenarnya dalam landskap politik baharu mudah sangat untuk kerajaan menjadi sasaran termasuk dalam isu PBS. Maka
semua pihak harus bertenang dan berilah ruang kepada kementerian mengatasinya terutama aspek pelaksanaan supaya
mudah dan lancar. PBS adalah sistem yang mampu melonjakkan lagi pencapaian para pelajar negara ini. Adalah wajar ia
diteruskan selepas dilakukan penambah baikkan.

Sumber: Utusan Malaysia dan Sinar Harian

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/home/16-isu-nasional/16994-isu-pelaksanaan-sistem-aplikasi-pentaksiran-
berasaskan-sekolah-pbs.html

Pe ngukur an d an penilaian m erupakan s uatu as pek yang pe nting d alam bidang


pe ndidikan. Dalam me laksanakan pe ntaks iran d an pe nilaian di prase ko lah, g uru-
guru berh ad apan d e ngan pe lbagai isu d an cabaran se mas a. Antaranya ialah
ke te lus an d an ke sah ih annya m aklumat yang dipero leh i. H al ini s es uai dengan
prinsip ked ua yang d inyatakan o leh J ame s H. McMilan (2000) iaitu se suatu
pe ntaksir an d an pe nilaian itu h a rus lah je las, bo leh d iper cayai dan bo leh d icapai
d e ngan te lus . Hal ini juga d apat kita lih at dalam prins ip pertam a yang d inyatakan
o leh Surayah d an H s linda ( 2009) iaitu pe ntaks iran d an pe nilaian s eh arus nya
d ijalankan s e car a ber terus an, s esuai d an d apat me m bantu perke m bangan kanak -
kanak. Jika s ese orang guru me laksanakan pe ntaks iran se cara s am bale wa sah aja
d an dilaks anakan be berapa kali s ahaja, gur u tid ak akan m e nd apat m aklum at yang
te pat m e nge nai perkem bangan ses eorang kanak - kanak yang ingin d inilai.

Berkait de ngan isu d an cabaran me nge nai m aklum at yang te lus, je las d an sahih,
pros es pe ntaks iran ini s eh arus nya tid ak d ilakukan se kali d ua s ah aja tie tapi per lu
d ilakukan se cara ber terus an. Kaed ah pe ntaksir an yang d ipilih harus berterus an
d an ses uai d engan perke m bangan kanak -kanak ser ta ber as as kan kaed ah s aintif ik.
H al ini ker ana, kanak -kanak se ntiasa berubah dan m ud ah ter pe ngar uh de ngan
ke ad aan s eke liling. Mere ka juga bole h m e ngalam i ganggunan emos i dise babkan
o leh orang-orang s eke liling terutamanya rakan, ibu ba pa dan guru. F aktor ini
bo le h me nje jas kan ke putusan pe nilaian. O le h itu, pe nilaian per lu d ibuat s e car a
be r te r us an agar gur u d apat m e r e ko d pe r ke m bangan m ur id d e ngan te pat. Kae d ah
yang digunakan adalah pe nilaian beras as kan kr iteria dan bukan perband ingan
ant ar a m urid . Kaed ah pe ntaksir an bo leh digunakan m elalui pemerh atian
ber terus an atau pe nilaian h asil kerja murid.

Se lain d aripada mas alah me nd apatkan m aklumat yang je las d an te pat, isu
pe nye diaan dan lapor an por tfo lio juga m erupakan antara isu d an cabaran d alam
m e laks anakan pe ntaks iran d an pe nilaian di prase ko lah. Portfo lio d ijadikan
s e bagai rujukan bagi me lih at kem ajuan, ke kuatan d an ke lem ah an murid bagi
m em bantu guru untuk merancang s atu pe ngajaran yang berke san untuk me m bantu
m urid terse but. Ole h itu, pe nye diaan portf o lio m urid h arus lah kem as d an
s e ntias a d ikem as kini. N am un, ad a di antar a gur u yang kurang peka terhad ap
pe nye diaan por tfolio ini. Ke tid akcekapan d alam pe nyediaan portfo lio akan
m e nye babkan guru tid ak tahu d an me mah ami s ejauhm ana kem ajuan se s eorang
m urid prase ko lah itu.

Se lain itu, isu d an cabaran d alam pentaks iran ini juga ber laku apabila guru
m em berikan alas an bah awa mere ka m e ngalam i ke kangan m as a. Pe ntaks iran kanak -
kanak ini per lu d ilakukan se cara berterusan d an ko ns is te n bagi m e nd apatkan
m aklum at yang s ah ih d an te pat. H al ini term as uklah me lih at pros es ker ja, h asil
ker ja d an juga tingkah laku kanak - kanak terse but. Kekangan m as a juga
m e nye babkan guru tid ak m em buat perancangan de ngan te liti d alam m e laks anakan
pe ntaksir an. Nor H as himah dan Kh ad ijah (2000) juga ad a me nyatakan dalam
kajiannya bah awa guru tidak mem punyai masa m em buat pe nilaiaaaan f orm atif
terh ad ap pe lajar ke tika pe laks anaan Pe ndidikan Is lam d an Mor al d i peringkat
prase ko lah.

Di s am ping itu, terd apat juga gur u yang me lakukan kes ilapan d engan mem beri
interpre tas i awal terh ad ap ses eorang kanak - kanak. Inter pretas i ini juga
laz im nya d ise babkan ad anya s if at bias pada s eseor ang guru ters e but. Contoh nya
apabila seor ang guru ingin m e lakukan pem erhatian tingkah laku terhadap
s eseor ang kanak-kanak d an s ud ah beranggapan bahawa kanak - kanak itu sangat
nakal d an ber tingkah laku tid ak baik. I nterpre tas i tid ak cukup jika h anya me lalui
m aklum at yang s ed ikit sahaja. Guru tid ak s eh arus nya f okus pada s atu ke bo leh an
atau tingkah laku s ah aja.

Pem ilih an ins trume n juga m erupakan cabaran bagi s ese orang guru d alam
m e laks anakan pe ntaks iran kanak -kanak d i pr ase ko lah . Pe milih an ins trume n
h arus lah s es uai dengan perkar a yang ingin d ifo kuskan. I ns trume n yang d ibina
d an dipilih h arus lah me m punyai tujuaun yang je las, item bo le h d iukur d engan
je las d an me ne pati apa yang he ndak d inilai. Tid ak s emua kem ah iran d apat diukur
m e nggunakan s atu intrum e n s ah aja. Pem ilih an ins trume n yang kur ang s es uai akan
m e nye babkan guru sukar me ndapatkan m aklumat yang be tul d an te pat. D alam
pr ins ip pe ntaks ir an yang ke d ua s e pe r ti yang d inyatakan o le h Sur ayah d an
H as lind a (2009) , pe ntaksir ain d an pe nilaian h arus lah m em punyai per ancangan,
s trate gi dan ins trume n pe nilaian yang ber be za - bez a ses uai de ngan tujuan
pe nilaian d an h as il pem be lajara n.

Se lain itu, e tika pe ntaksir an kanak -kanak pr ase ko lah juga ad a me nyatakan
pand uan bagi me njaga reko d perke mbangan d an kem ajuan m urid . Re kod m urid
s eh arus nya tidak bo le h dipam erkan d an h ail pem erhatian guru h anya bo le h
d ibincangkan bersam a pih ak ter te ntu s ah aja se per ti ibu bapa, gur u be sar , pakar
per ubatan, pih ak -pih ak atau or ang -or ang yang ber ke naan s ah aja. Ke be nar an ibu
bapa atau pe njaga mur id perlu did apatkan untuk m e ngam bil gam bar d an m erakam
v id eo yang me libatkan mur id berke naan. H al in ibertujuan ba gi m e njaga d an
m e nghormati m urid berke naan. H as il pem erhatian yang d ire kod kan d iberikan
ke pad a ibu bapa atau pe njaga pada akhir tah un. H as il pe ntaks iran juga tidak
bo le h digunakan untuk me labe lkan kanak - kanak. Pada per ingkat umur ini,
ke bo le h an d an kem ajua un murid amat d ipe ngaruh i o leh kad ar pertum buh an
m ereka. De ngan me labe l kanak -kanak pad a peringkat umur ini akan me nye babkan
kes an yang ne gatif d alam perke m bangan kanak -kanak. Kanak - kanak pada
per ingkat umur ini juga m emer lukan mo tiv as i. O le h itu, guru per lu me nge lak
d aripad a me labe l kanak -kanak.

Laporan merupakan r umus an yang dibuat o leh guru berd as arkan m aklumat yang
d ikum pul d an analis is yang d ibuat me nge nai perkem bangan m urid se cara
m e nye luruh dan s pe sifik. Pe laporan ini per lu d ilakukan d ari se mas a ke sem as a
m e ngikut ke perluan untuk mem bo lehkan guru d an ibu bapa m e ngam bil tind akan
s us ulan yang se wajar nya. Lapor an juga per lu m e nye luruh merangkumi
ke pe lbagaian ke cerd as an, pero leh an pe nge tah uan, pe nguasaan ke m ahir an,
pe nerapan nilai, po te ns i d an ke trampula n d iri mur id. Di s am ping itu, rum us an
atau pe laoran juga per lu d ibuat berdas arkan m aklumat d aripad a h as il analisis
d an me lalui ke semua instr ume n ser ta pe nilaiaaaaan h as il ker ja m urid.

Se se te ngah gur u tid ak me mah ami keh e nd ak Kurikulum Standard Pr as eko lah
Ke bangsaan (KSPK) . Pe ntaks iran h arus dijalankan se cara m enye luruh m erangkum i
as pe k pe nge tahuan, kem ah iran d an s ikap yang terd apat d alam Kurikulum
Standard Pr as eko lah Ke bangs aan ( KSPK) . Pe ntaksir an s e car a m e nye lur uh
m erangkum i s em ua tunjang yang terd apat d al am KSPK termas uklah pe nerapan
nilai, pem be ntukan sikap, pe nguas aan ke mahir an, status ke cergas an, status
kes ih atan dan kes ed iaan sos ial. Aktiviti kokurikulum d an ekstr a -kurikulum
tidak h arus ditaksir berd as arkan pencapaian s ahaja ke par a pad a peringkat um u r
ini mur id tid ak d apat m e nyertai aktiviti se cara berdikar i. Penyertaan dan
kem e nangan d alam pertand ingan tid ak bo le h diam bil kira s ebagai h as il
pe ntaksir an d i peringkat pras eko lah. Pad a peringkat um ur ini pem ilih an untuk
pe r tand ingan m e libatkan banyak f ak to r d an bukan s ah aja atas ke bo le h an
individu.

Dalam m e laks anakan m e laks anakan pe ntaksir an ini juga, guru perlu membuat
per ancangan yang baik dan te liti. Perancangan yang baik mer angkumi aktiviti
m erancang, m em bina ins trum en, m e ne ntukan kaed ah pentaks iran d an s eter us nya
m ereko d m aklumat yang d ikum pul. Pentaks iran yang tidak d irancang d engan baik
akan me nye babkan guru tidak me ndapat m aklum at yang s ahih d an terperinci
m e nge nai murid yang d ilih at. H al ini juga berkait r apat de ngan kem ah iran guru
d alam me laks a nakan pe nilaian terhad ap kanak - kanak prase ko lah. Kekurangan
kem ah iran guru d alam me laksanakan pe ntaksir an d an pe nilaian ini akan
m e nye babkan guru me ngalam i m as alah d alam me nilai perkem bangan murid. H al ini
d apat d ilih at d alam kajian Moh am ad (1993) d engan j ud ul Tugas d an Masalah Guru
Dalam Me nge nd alikan Kurikulum Pras eko lah . Kajian ini te lah d ijalankan ke atas
12 orang guru tad ika d an 11 or ang pem bantu guru Tabika Per paduan. Kajian ini
m e nd apati bah awa guru h arus lah mem punyai ke mahir an bagi me laks anakaaan
pe ntaksir an d an pe nilaian terutam a d alam pem erhatian terh adap se seorang
m urid .

Is u d an cabar an se ter unya adalah apabila guru h anya ce nderung me nunjukkan


pe nilaian perkem bangan akade mik dan ko gnitif s ah aja d alam pe laporan ke majuan
kanak-kanak ke pad a ibu bapa ber band ing as pe k - as pek lain yang pe nting d an
d ititkberatkan seper ti s ahs iah, rohani, so sial, perkem bangan jasm ani d an
kom unikasi. H al ini tur ut d inyatakan d alam kajian Rohaty (2003) d alam Sur ayah
Zaido n iaitu guru le bih me num pu ke pad a perke m bangan akade mi k dan ko gnitif .
Ke ce nderungan m elih at per kem bangan dar i as pek ko gnitif ini tid ak me ngam alkan
s e car a m e nye lur uh o bje ktif yang telah dinyatakan d alam Kurikulum Stand ard
Pr as eko lah Ke bangs aan ( KSPK) yang m erangkum i s em ua as pe k keh id upan,
antar anya ialah me m bi na ke cergas an bad an, me m punyai tubuh bad an yang s ih at,
m em praktikkan amalan kes ih atan yang baik, me m praktikkan langkah - langkah
m e njaga kes e lam atan d iri, me nguasai kem ah iran mo tor h alus d an as as motor
kasar, me m punyai kem atangan emos i d an s e bagainya.
http://cahayakasih90.blogspot.my/2014/11/isu-dan-cabaran-pelaksanaan-pentaksiran.html
ISU 7: ISU YANG BERKAITAN DENGAN PENILAIAN
EMPAT ISU YANG BERKAITAN DENGAN PENILAIAN

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang giat membangun ke arah mencapai
Wawasan 2020. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memperbaiki, mengekalkan dan
meningkatkan kemajuan seiring dengan perkembangan dunia pada masa kini terutama
dalam sistem pendidikan negara. Pendidikan berperanan dalam membangunkan modal
insan yang mempunyai jati diri, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan
dan berkemahiran tinggi. Modal insan yang ingin dilahirkan ini juga berupaya untuk
berfikir secara kreatif dan kristis, berkemahiran menyelesaikan masalah dan mempunyai
ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan cabaran dunia global yang sering
berubah-ubah mengikut peredaran zaman.

Dalam Falsafah Pendidikan Negara, banyak penekanan dalam perkembangan secara


menyeluruh, seimbang, dan bersepadu bagi membentuk modal insan yang baik dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, sebagai pendidik haruslah sentiasa bersedia
dalam pelbagai perkara untuk memastikan matlamat pendidikan ini berjaya.
Pengujian,penilaian dan pentaksiran adalah di antara beberapa konsep yang penting dalam
dunia pendidikan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah tersebut membawa maksud dan
tujuan yang berbeza. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga perkara ini membantu untuk
mencapai matlamat yang sama. Sistem Penilaian Prestasi pelajar sentiasa menjadi tumpuan
ahli akademik dan pengamalnya.

Perkara utama yang sering dibahas ialah bagaimana penilaian dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara
dan sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan ujian.
Apatah tidaknya, kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik-tolak daripada ujian yang
menilai mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru, mereka selalunya
resah apabila menerima keputusan ujian pelajarnya. Kejayaan dan kegagalan mereka
mengajar terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya. Tinggi peratus yang lulus
bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus
lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya.

Umumnya, penilaian dilakukan atas dua objektif utama iaitu untuk membantu
pembelajaran dan untuk memperbaiki pengajaran. Walaupun penilaian adalah penting
bagi menentukan keberkesanan suatu proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang
disebutkan, ia juga akan bertukar menjadi sesuatu yang negatif jika kaedah
perlaksanaannya tidak tepat. Kajian akademik menunjukkan sistem ini telah menjadi tidak
berkesan bukan disebabkan oleh sistem itu tetapi pelaksanaannya.Terdapat beberapa isu
yang sering diutarakan mengenai sistem penilaian berkaitan dengan prestasi murid-murid
di sekolah. Antaranya adalah bias dalam penilaian,

2.0 ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN PENILAIAN

2.1. ISU BIAS DALAM PENILAIAN


Isu yang pertama ialah bias dalam penilaian. Terdapat beberapa perspektif yang
menjelaskan tentang definisi bias dalam penilaian. Menurut Hambleton, Ronald dan
Janne(1995), bias adalah kewujudan kriteria-kriteria tertentu dalam memberi kesan yang
berbeza terhadap pencapaian individu dengan kebolehan yang sama dari kumpulan, etnik,
jantina ,budaya dan agama yang berbeza. Jika sesuatu item itu berfungsi berbeza kepada
sesuatu kumpulan dengan yang lain, ia secara terangan adalah bias (Dorans dan Holland,
1993).Definisi bias menurut The American Heritage Dictionary pula adalah sebagai
kecenderungan atau kecondongan yang menghalang penilaian yang adil. Berdasarkan
ketiga-tiga perspektif tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa bias dalam penilaian adalah
ketidakadilan yang wujud dalam sesuatu penilaian. Terdapat empat aspek yang dapat
menjelaskan kewujudan bias dalam penilaian iaituitem soalan ujian, penilaian melalui
pemerhatian, penilaian secara lisan dan penilaian melalui penulisan.

i. Bias Dalam Item Soalan Ujian

Aspek yang pertama ialah bias dalam item soalan ujian. Zaubedah (2007) dalam kajiannya
yang bertajuk mengesan dif dalam item peperiksaan mata pelajaran perdagangan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) sukatan pelajaran tingkatan empat menyatakan bahawa, sesuatu
item itu bias apabila seseorang individu yang sama tahap kebolehan,daripada kumpulan
yang berbeza tidak mempunyai kebarangkalian yang sama untukmenjawab item tersebut
dengan betul. Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan bagi mengesan item-item
ujian yang bias atau tidak memihak kepada responden mengikut jantina, lokasi sekolah,
agama, bangsa dan linguistik. Jantina dan lokasi sekolah merupakan dua faktor yang sering
dikaitkan dengan kewujudan bias dalam item soalan. Item soalan akan menjadi bias
mengikut jantina apabila item soalan yang dibina cenderung kepada satu jantina sahaja.

Menurut Black (1998), pengujian yang menggunakan soalan yang berkaitan dengan
permainan mekanikal lebih cenderung kepada pelajar lelaki manakala set yang
menggunakan contoh dan situasi daripada anak patung atau kerja-kerja dapur lebih
cenderung kepada pelajar perempuan. Beliau juga menyatakan bahawa pelajar perempuan
secara umumnya tidak begitu pandai dalam soalan objektif berbanding soalan esei kerana
mereka tidak suka meneka (guessing) apabila tidak boleh menjawab seperti yang dilakukan
oleh pelajar lelaki.

Kajian TIMSS-R (1998) pula menyatakan item-item matematik yang berbentuk ayat
panjang memerlukan calon membaca dan memahami maksud lebih memihak kepada
pelajar perempuan. Manakala item-item yang memerlukan keupayaan ‘visualization’ lebih
kepada pelajar lelaki. Pelajar lelaki dan perempuan mempunyai kekuatan dan kelemahan
masing-masing dalam sesuatu subjek. Oleh itu, guru haruslah mengambil beberapa
tindakan bagi mengelakkan bias berlaku dalam pembinaan item soalan ujian. Antaranya
ialah guru haruslah mengimbangi bilangan topik dalam kertas soalan, seimbangkan bentuk
soalan iaitu terdapat soalan objektif dan soalan subjektif dan seimbangkan corak soalan
iaitu mengambil kira tentang sterotaip jantina pelajar dan tidak mendatangkan bias.

ii. Bias Dalam Penilaian Melalui Pemerhatian


Aspek yang kedua ialah bias dalam penilaian melalui pemerhatian. Penilaian melalui
pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu, bagaimana
hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Tujuan penilaian ini
adalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar,
termasuk proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi
sepanjang proses tersebut. Ianya merupakan satu alat penaksiran yang sesuai untuk
mentaksir aspek afektif dan psikomotor pelajar.

Pemerhatian hasil kerja, tingkah laku, komunikasi dan interaksi pelajar adalah antara
perkara yang sering dinilai oleh guru melalui mata kasar. Namun begitu, persepsi guru
terhadap pelajar menyebabkan bias berlaku dalam penilaian melalui pemerhatian. Persepsi
guru akan mempengaruhi cara penilaian atau pemarkahan dan mata kasar guru hanyalah
pandangan luaran sahaja yang tidak dapat membuktikan atau menyatakan keadaan sebenar
pelajar. Penilaian yang di buat hanya dengan mata kasar menyukarkan guru untuk menilai
tahap kefahaman sebenar pelajar.

iii. Bias Dalam Penilaian Melalui Penulisan

Di samping itu, persepsi guru terhadap pelajar juga menimbulkan bias dalam penilaian
melalui penulisan. Penilaian melalui penulisan adalah satu proses yang melibatkan aktiviti
menyemak tugasan bertulis. Perkara yang dapat di nilai secara penulisan bergantung
kepada tugasan yang diberi, tetapi secara umumnya terdapat beberapa perkara yang dapat
di nilai seperti kronologi penulisan, kreativiti penulisan, susunan ayat atau penggunaan
bahasa, kaedah atau formula yang digunakan serta kekemasan. Penilaian ini dianggap
sebagai satu medium yang boleh dipercayai dalam menilai pelajar kerana mempunyai hasil
atau produk yang dapat di lihat oleh guru. Namun begitu, pemarkahan penulisan adalah
bergantung kepada kebolehpercayaan seseorang guru untuk menilai secara adil ataupun
tidak. Oleh itu, guru tidak seharusnya mengamalkan sikap bias kerana ianya dianggap tidak
professional dan perlu mengambil inisiatif untuk mengatasinya jika bersikap bias dalam
penilaian.

iv. Bias Dalam Penilaian Secara Lisan

Selain itu, aspek yang seterusnya ialah bias dalam penilaian secara lisan. Penilaian secara
lisan adalah satu proses untuk mengumpul maklumat semasa interaksi dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Ianya bertujuan untuk mengetahui pemahaman dan penguasaan
pelajar secara serta merta. Perkara yang dapat dinilai secara lisan ialah kefahaman konsep,
kecekapan mendengar, keyakinan, tahap pemikiran, pengetahuan fakta, kecekapan
mengcongak dan penggunaan bahasa yang tepat. Kebiasaannya guru menganggap pelajar
yang mengalami kesukaran dalam berbahasa tidak mencapai tahap pemahaman yang baik
dalam sesuatu konsep walhal ianya berpunca daripada kelemahan pelajar dalam berbahasa
dan tidak mempengaruhi pemahaman pelajar. Malah pelajar juga gagal berkomunikasi
dengan baik dalam penilaian lisan kerana ketakutan mereka terhadap guru seterusnya
mengakibatkan pelajar kurang berani menyuarakan pendapat mereka.

Terdapat beberapa cadangan yang dapat guru laksanakan bagi mengurangkan bias dalam
penilaian iaitu:
a) guru perlu bijak dan teliti dalam memilih item soalan ujian
b) gunakan borang penilaian yang standard
c) buat penilaian berulang kali
d) kurangkan sifat bias dalam diri.

2.2 ISU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Isu yang kedua ialah pentaksiran berasakan sekolah (PBS). PBS merupakan satu bentuk
pentaksiran yang bersifat holistic iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan
rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS akan mentaksir bidang akademik dan
bukan akademik. Selain itu, PBS akan dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksiran
dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam P&P mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Antara komponen PBS adalah
pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan
kokurikulum dan pentaksiran psikometrik. PBS terbahagi kepada dua bentuk format
pentaksiran iaitu kerja kursus (PEKA) dan pentaksiran lisan berasakan sekolah (PLBS).

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), PBS bukanlah sesuatu yang baru keran
pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek,
kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang terbaru ini adalah lebih holistik dan memberi
penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek
berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada
pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara
formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of
learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik
murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning, PBS yang
dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana
dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan
PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan.

Walaupun PBS merupakan salah satu langkah untuk menambahbaik sistem penaksiran
supaya bersifat lebih adil, tetapi terdapat juga isu yang timbul mengenai pelaksanaan PBS.
Terdapat dua isu dalam pelaksanaan PBS iaitu kepimpinan guru besar atau pengetua dan
guru akademik. Guru besar atau pengetua merupakan ketua dalam pelaksanaan PBS di
sekolah yang bertanggungawab untuk memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur
pelaksanaan PBS dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pentaksiran.
Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir guru besar atau pengetua yang kurang faham
mengenai prosedur pelaksanaan. Selain itu, ada juga segelintir guru besar yang kurang
mengetahui ilmu dalam bidang pentaksiran termasuklah prinsip asas dalam pentaksiran
pendidikan, pengendalian, penentuan standard dan penggunaan hasil pentaksiran.

Isu yang seterusnya ialah guru akademik. Guru Akademik merupakan individu yang
penting dalam menjalankan PBS keran merekalah yang akan menjalankan atau
mengendalikan PBS. Terdapat empat pula isu yang timbul mengenai guru akademik sebagai
pelaksana PBS iaitu guru kurang pemahaman tentang pelaksanaan dan konsep PBS, guru
mengajar tidak mengikut opsyen yang sebenar, guru tidak terlatih dan persepsi guru
terhadapa PBS.

Guru yang kurang pemahaman tentang pelaksanaan dan konsep PBS akan menyukarkan
merka untuk merancang strategi bagi menjalankan PBS. Selain itu, isu guru pelaksana PBS
mengajar tidak mengikut opsyen sebenar dan guru tidak terlatih merupakan isu yang sering
dipersoalkan kerana kompetensi guru sebagai pembimbing dan pemudahcara dalam
melaksanakan pentaksiran di dalam bilik darjah yang kurang professional. Hal ini demikian
kerana mereka kurang mahir dalam subjek yang bukan opsyen dan keadaan ini akan
menghasilkan penaksiran yang tidak berkualiti.

Seterusnya adalah isu persepsi guru terhadap PBS. Terdapat segelintir guru yang
menganggap PBS sebagai beban kepada mereka. Persepsi guru ini disokong oleh Gan (2000)
yang menyatakan bahawa kebanyakan guru merasakan perubahan pendidikan telah
meningkatkan beban kerja mereka. Guru juga perlu mentaksir dan mengajar dalam masa
yang sama. Tan (2010) juga menyatakan perkara yang sama bahawa PBS menambah beban
tugas guru di sekolah yang memang telah dibebani dengan tugas-tugas pentadbiran dan
kokurikulum. Ini menyebabkan guru melaksanakan pentaksiran sebagai satu produk dan
bukan sebagai satu proses.

2.3 ISU PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) DIGANTI KEPADA PENTAKSIRAN


TINGKATAN (PT3)

Kajian secara ‘online’ yang dijalankan oleh KPM untuk melihat persetujuan guru dalam
pelaksanaan PBS mendapati hampir 75 peratus guru setuju ia dihapuskan. Oleh itu, pada
11 Februari 2014, PBS diberhentikan seketika bagi penilaian semula. Namun begitu, pada 1
April 2014, KPM menjalankan semula PBS dengan mengumumkan tiga penambahbaikan
pada PBS iaitu dokumen standard prestasi ditukar kepada Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid (PPPM), SPPBS adalah secara ‘offline’ dan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Malah melalui
penambahbaikan ini guru tidak lagi perlu menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM)
dan melengkapkan Rekod Transit yang tidak jelas sehingga mengganggu tugas mengajar
dan perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian
masa guru selepas ini.

Kemerosotan pencapaian pelajar dalam Trends in International Mathematics and Science


Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assesment (PISA) telah
menyebabkan PMR digantikan dengan PT3. PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang
setara di tingkatan tiga bagi menilai pencapaian akademik murid. Ini bermakna PT3
mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat
menengah rendah (KPM, 2014).

PT3 diwujudkan adalah bagi menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan proaktif.
Soalan PMR banyak menumpukan peperiksaan apabila pelajar hanya memilih jawapan
yang betul atau tidak betul dengan pilihan yang diberikan. Sementara soalan PT3 dapat
menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Hal ini dapat menilai tahap
kebolehan pemikiran para pelajar. Namun begitu, pelaksanaaan PT3 juga dianggap
terburu-buru oleh guru mahupun ibu bapa kerana ianya diperkenalkan pada bulan April
2014 dan terus dilaksanakan pengujiaannya pada bulan Oktober 2014.

2.4 ISU PENILAIAN BERASASKAN PEPERIKSAAN

Guru-guru diarahkan memberikan latihan yang sebanyak yang mungkin kepada pelajar
kerana sistem pendidikan kita berorientasikan peperiksaan. Buku latihan pelajar-pelajar
akan dipantau dari masa ke semasa oleh pihak pentadbir sekolah bagi memastikan guru
menjalankan arahan yang diberikan. Penekanan ini menyebabkan guru tidak berminat
menggunakan perisian di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penekanan yang berlebihan kepada peperiksaan menyebabkan guru-guru mengabaikan


aspek lain seperti pengajaran menggunakan ICT. Peperiksaan ini dianggap perkara yang
sangat penting sama ada oleh guru, pelajar dan ibubapa. Media massa turut memainkan
peranan dengan menghebahkan pencapaian pelajar dan sekolah. Ini menyebabkan
timbulnya budaya atau fenomena guru mengajar hanya menfokuskan kepada isi kanduagan
dan kemahiran yang akan dinilai di dalam peperiksaan. Pelajar pula akan diajar untuk
mengingati model jawapan dan pengiraan dengan menggunakan rumus sehingga guru akan
memberikan latihan berterusan dan mengabaikan kaedah pengajaran.

Kebiasaannya, guru matematik hanya dapat menilai prestasi pelajar melalui pencapaian
ujian, tetapi menilai pemikiran matematik pelajar masih dipersoalkan. Budaya "ajar untuk
ujian" dalam pengajaran dan pembelajaran matematik telah menjadi satu bentuk penilaian
yang biasa digunakan oleh guru matematik. Walaupun pentaksiran berasaskan sekolah
(PBS) telah dibina dengan baik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi penilaian yang
lebih holistik, tetapi penyelidik mendedahkan bahawa guru masih belum berupaya
melaksanakannya dengan baik. Dengan itu, penyelidik mencadangkan satu kerangka yang
dikenali sebagai Mathematical Thinking Assessment (MaTA) untuk menilai pemikiran
matematik pelajar.Terdapat empat aspek yang amat sesuai digunakan dalam menilai
pemikiran matematik pelajar iaitu penilaian prestasi, skala pengukuran metakognitif, skala
pengukuran pelupusan matematik dan Pemarkahan Rubric Pemikiran Matematik.

Selain itu, juga fenomena ini juga menyebabkan pelajar hanya belajar untuk lulus dalam
peperiksaan dan mendapat keputusan yang cemerlang sahaja. Hal ini pelajar susah
menggunakan apa yang dipelajari di sekolah untuk digunakan dalam kehidupan harian
mereka mahupun di alam pekerjaan mereka. Bagi mereka hanya mendapat keputusan yang
cemerlang sudah boleh menentukan arah masa depan mereka. Bagi guru-guru- pula,
mereka hanya menekan soalan yang akan keluar dalam peperiksaan sahaja dan
menyebabkan para pelajar sudah menjangka soalan yang bakal akan keluar pada
peperiksaan nanti. Tambahan pula guru-guru lebih suka membina soalan berbentuk
objektif aneka pilihan untuk diberikan kepada pelajar dan sesetengah akan suka dengan
soalan berbentuk sebegini kerana mereka hanya tanda sahaja jawapan yang telah diberikan
oeleh guru tanpa menggunakan ayat atau kefahaman mereka sendiri dalam membina ayat
untuk jawapan mereka.

3.0 KESIMPULAN
Justeru itu, bagi melaksanakan bentuk penilaian secara berterusan ini, guru-guru harus
mempunyai pengetahuan yang cukup berkaitan dengan penilaian kerana dengan
pengetahuan dan pengetahuan yang mencukupi maka guru-guru akan dapat melaksanakan
tujuan penilaian ini dengan sewajarnya. Selain itu, guru-guru harus melaksanakan
tangungjawab yang diamanah dengan jujur dalam penilaian yang melibatkan pelajar
apabila sesuatu keputusan yang dibuat ke atas masa depan dan pendidikan mereka. Oleh
yang sedemikian, berbagai-bagai jenis alat pengukuran perlu digunakan untuk tujuan
mengukur dan membuat penilaian. Guru-guru harus mengamalkan penggunaan berbagai
alat pengukuran ini untuk memastikan maklumat diperolehi dapat menggambarkan
kebolehan pelajar dengan lebih menyeluruh.

RUJUKAN

Arsaythamby Veloo (2006). Bias Ujian Aneka Pilihan Matematik KBSM Berdasarkan
Perbezaan Individu Dan Orientasi Pembelajaran Matematik. Tesis Doktor Falsafah (Ph.D.),
Sintok : Universiti Utara Malaysia.

Daliyani (2011). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Dalam Matematik


Di Peringkat Sekolah Menengah. Tesis Sarjana Muda, Johor : Universiti Teknologi Malaysia.

Noraini Idris (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Penerbit
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Zaubedah (2007). Mengesan Dif Dalam Item Peperiksaan Mata Pelajaran Perdagangan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) Sukatan Pelajaran Tingkatan Empat. Tesis Sarjana, Universiti
Sains Malaysia.

http://sme6044mailaasriupsi.blogspot.my/2015/12/isu-7-isu-yang-berkaitan-dengan.html

You might also like