You are on page 1of 2

Aktiviti Tidak Bersemuka (Topik 1):

1. Apakah yang telah dilakukan oleh Bill Cosby dan ciri-ciri yang ada padanya
yang membolehkan beliau mencapai kejayaan?

Sepanjang hidup Bill Cosby, beliau telah memberi banyak sumbangan


kepada masyarakat. Beliau telah mengarang banyak buku seperti Fatherhood
dan Time Flies untuk menyatakan cara mencapai kejayaan yang diingini. Beliau
telah menerima anugerah kerana beliau berusaha untuk mengubah masyarakat
melalui kesenian mereka dan berjaya serta sering memberi galakan dan
dorongan kepada mereka. Bill Cosby dan Camille Cosby telah menghasilkan
suatu aksi langsung dan juga berpeluang untuk mengeluarkan beberapa album
jazz.

Ciri-ciri yang ada pada Bill Cosby yang membolehkan beliau mencapai
kejayaan ialah beliau sering menunjukkan humor yang wujud dalam kehidupan
kita. Beliau berfikiran kreatif dalam menghadapi segala cabaran yang wujud
dalam kehidupannya. Beliau juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan
menghormati orang lain supaya meningkatkan nilai harga diri dan keyakinan
mereka. Beliau tidak mudah berputus asa semasa menghadapi anasir,
kesusahan atau sebarang masalah.
2. Apakah yang telah anda pelajari daripada Bill Cosby dan bagaimanakah anda
dapat aplikasikannya dalam pendidikan anda agar dapat mencapai kejayaan?

Saya telah mempelajari tentang kita haruslah mengingatkan semua


perkara yang positif tentang diri sahaja semasa berasa ketakutan dalam
menghadapi halangan supaya kita dapat berani untuk menghadapinya dan
menyelesaikan masalah itu. Begitu juga dengan bidang pendidikan, kita haruslah
berkeyakinan tinggi dalam mencapai kejayaan dengan rajin berusaha.

Selain itu, kita harus selalu memotivasikan diri sendiri dengan bercakap
dengan sendiri bahawa ‘Kita Boleh!’. Kita juga perlu sentiasa memotivasikan diri
sendiri supaya berusaha untuk belajar. Jangan kira akibatnya adalah baik atau
buruk, yang paling pentingnya adalah proses pembelajaran.

Di samping itu, Bill Cosby menasihati kita supaya mencuba dahulu untuk
menikmati rasa kejayaan. Belum cuba, belum tahu. Sebagai pelajar, kita
haruslah mempunyai semangat untuk mencuba sesuatu yang telah dipelajari.

You might also like