You are on page 1of 8

TeoriPersonalitiSigmundFreud/Erikson

Perubahan personaliti individu berdasarkan


Teori Personaliti Sigmund Freud / Erikson.

Pengenalan:
Definisi personaliti
Personaliti berasal daripada perkataan Latin Persona yang membawa maksud
topeng atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu.
Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak,
keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.

Menurut Abdul Majid (1997), personaliti ialah perkaitan antara pemikiran, emosi dan
perasaan dengan perlakuan manusia. Personaliti menggambarkan sifat keperibadian
seseorang dan dikaitkan dengan perwatakan. Personaliti seseorang boleh dikaji dengan
memerhatikan tingkah laku, percakapan dan cara menyelesaikan masalah.

Murugian (1996) pula menyatakan bahawa personaliti sebagai perwatakan yang lahir
daripada diri seseorang tanpa dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Selain itu, Allport (1961) menyatakan personaliti sebagai satu organisasi dinamik
sistem psikofizik yang ada dalam diri individu, ia menentukan ciri-ciri tingkah laku dan
penyesuaian individu dengan persekitarannya.

Rogers (1951) pula berpendapat, personaliti merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri yang
dimiliki oleh seseorang individu seperti cara berfikir, dan beremosi yang membolehkan dirinya
dibezakan dengan individu lain.

Sigmund Freud mendefinisikan personaliti sebagai sifat-sifat yang menggambarkan


diri seseorang individu, iaitu merujuk kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh orang
lain atau merujuk kepada perasaan-perasaan yang dialami oleh seseorang dalam dirinya
sendiri.

Secara umumnya, para pengkaji bersepakat mengatakan bahawa personaliti


merupakan ciri-ciri yang dinamik dan tersusun yang dimiliki oleh individu secara unik. Ciri-ciri
ini akan mempengaruhi kognitif, motivasi dan tingkah laku individu tersebut dalam pelbagai
situasi (Rykman, 2000).

Sebagai kesimpulan, personaliti merupakan gabungan daripada berbagai sifat dan


konsep kendiri seseorang. Individu yang mempunyai konsep kendiri positif akan
menghasilkan personaliti yang bersesuaian dengan keperluan persekitarannya. Gaya
percakapan, cara bertindak, tingkah laku yang ditunjukkan dan cara seseorang itu
berinteraksi dengan persekitaran dapat membantu mengenali personaliti seseorang.

Biodata

Sigmund Freud (1856 - 1939)


Sigmund Freud (6 Mei 185623 September 1939) ialah seorang ahli neurologi Austria serta
pengasas psikoanalisis, satu subbidang psikologi. Beliau paling dikenali untuk kajian-
kajiannya terhadap nafsu berahi, penindasan, dan fikiran bawah sedar. Freud sering dirujuk
sebagai "Bapa Psikoanalisis", dan kerja-kerjanya amat terpengaruh dalam imaginasi yang
popular mempopularkan tanggapan-tanggapan terhadap fikiran bawah sedar, mekanisme
pertahanan, kesilapan sebut Freud, dan perlambangan mimpi sementara memberi kesan-
kesan yang abadi kepada berbagai-bagai bidang seperti sastera, filem, teori-teori Marxisme
dan faham kewanitaan, kritikan kesusasteraan, serta falsafah, dan sudah tentunya, psikologi.

Dalam pandangan Freud tentang fitrah manusia, Freud mempercayai manusia


dilahirkan dengan desakan naluri semula jadi (inborn drives). Berdasarkan pandangan ini,
lahirlah konsep antirasionalisme dalam segala gerak-geri manusia. Fahaman ini berpendapat
manusia tidak rasional, tidak sosial, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang
merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu, tidak dapat menentukan arah tujuan
kehidupannya.

Selain itu, Sigmund Freud juga memperkenalkan tahap kesedaran manusia, iaitu
alam sedar, alam prasedar dan alam bawah sedar. Selain itu, beliau juga menyatakan
terdapat 3 komponen personaliti, iaitu id, ego dan super ego yang sering mempengaruhi
antara satu sama lain dalam mengawal perlakuan manusia.

Freud juga mempercayai bahawa personaliti seseorang manusia dipengaruhi oleh


perkembangan psikoseksual seseorang. Teori perkembangan psikoseksual ini dibahagikan
kepada lima peringkat berdasarkan tahap umur yang berlainan, iaitu peringkat oral, anal,
falik, latensi dan genital.

Erik H. Erikson (1902 - 1994)

Teori Perkembangan Psikososial Erikson menekankan kepentingan hubungan sosial


dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang
kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Dalam teori ini, Erikson
memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososiologi. Setiap peringkat saling
berkait antara sama lain.

Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan


dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untul dicapai.
Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan
membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.

SIGMUND FREUD

Perkembangan personaliti berdasarkan teori psikoanalisis

Teori psikoanalisis berpendapat bahawa perkembangan personaliti manusia


dipengaruhi oleh tenaga psike. Tenaga psike ini adalah penting untuk mengetahui lebih lagi
mengenai konsep psikoanalisis itu sendiri. Ini adalah meliputi kepada beberapa konsep
iaitu konsep penentuan psikedan konsep tahap kesedaran.

Penentuan Psike
Penentuan psike ini menerangkan konsep yang mana sebab-sebab tertentu itu
mempengaruhi tingkah laku dan reaksi emosi manusia. Ini adalah berkait rapat dengan tahap
sedar dan tahap tidak sedar, pemikiran yang rasional dengan tindakan atau kehendak emosi
yang serta merta. Ini secara keseluruhannya merangkumi kepada hubungan antara sesama
insan.

Tenaga psike (tenaga kejiwaan) ini adalah lebih kepada konsep LIBIDO,iaitu
dorongan atau desakan yang terarah kepada seksual sebagai tenaga kehidupan. Walau
bagaimanapun ini tidak tertumpu kepada maksud seksual yang sempit tertapi termasuk
kepada kehendak nafsu untuk memenuhi kepuasan sendiri. Selain itu dorongan dan desakan
lain dalam tenaga psike kehendak mati.

Daripada dorongan-dorongan atau desakan-desakan itu, semuanya merupakan


keinginan naluri yang sebenarnya sudah wujud secara semulajadi sejak seseorang itu
dilahirkan. Oleh itu, setiap individu akan mengalami kesukaran untuk mengaturnya yang
sekaligus akan mencorakkan haluan hidupnya. Contohnya konflik yang kecil berpanjangan
walaupun itu adalah bermula daripada masalah yang kecil.

Tahap kesedaran
Menurut Freud, dalam diri manusia terdapat tiga alam kesedaran, iaitu alam sedar,
alam pra-sedar dan alam tidak sedar (rujuk gambar 1).

Alam sedar
Alam sedar merupakan sebahagian kecil jiwa manusia yang diibaratkan sebagai
seketul ais yang terapung, hanya sebahagian kecil sahaja yang boleh dilihat. Alam sedar
merujuk kepada keadaan individu dalam keadaan sedar. Ini adalah merangkumi kepada
tingkah laku, tindakan, perasaan, pemikiran dan ingatan. Contoh perbuatan atau pemikiran
sedar ialah minum, berjalan, berasa gembira atau sepi. Ia beroperasi pada permukaan
personaliti seseorang dan hanya memainkan peranan yang kecil dalam perkembangan
personaliti.

Alam pra-sedar
Alam pra-sedar mengandungi pengalaman yang berada di bawah sedar tetapi jika
tumpuan atau dilakukan secara bersungguh-sungguh, ianya mampu diingat semula boleh
menjadi sedar dengan mengingat semula. Contoh: Kita tidak boleh memikirkan apa yang kita
lakukan semalam tetapi apabila ditanya, kita masih boleh mengingat semula apa yang telah
kita lakukan semalam.

Alam bawah sedar


Alam bawah sedar meliputi bahagian yang paling besar dalam mental manusia. Ia
mengandungi pengalaman dan memori yang mana individu tidak sedar akan kewujudannya.
Keadaan mental ini di luar kesedaran seseorang. Ia meliputi semua perkara yang di luar
kesedaran seseorang seperti semangat dan naluri individu. Ia juga merangkumi peristiwa-
peristiwa yang melibatkan emosi dan perasaan. Ia mungkin melibatkan trauma, penderaan,
kesedihan yang amat sangat. Memori ini akan terus berada dalam alam bawah sedar dan
mungkin akan diluahkan oleh individu secara tidak langsung. Menurut Freud, alam ini adalah
punca motivasi individu. Ia boleh merupakan keinginan untuk melakukan sesuatu, idea untuk
mencipta atau motif untuk berkarya.

Personaliti manusia mengikut teori psikoanalisis


Personaliti secara ringkasnya adalah keperibadian atau perwatakan sesorang
(Kamus Dewan Edisi ketigaDBP). Berdasarkan teori psikoanalisis, umumnya personaliti
manusia ini adalah dipengaruhi oleh kesan kesedaran dalam diri seseorang. Psikoanalisis
telah membahagikan pesonaliti manusia kepada tiga struktur iaitu id, ego dan super ego
(rujuk gambar 1).

Id (Prinsip Kenikmatan - Pleasure Principle)


Id adalah bahagian minda berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar
(Kamus Dewan Edisi ketiga DBP). Id merupakan dorongan fisiologikal yang terletak di
peringkat pemikiran bawah sedar. Melalui id, naluri asas seseorang terbentuk dan ini
merupakan tenaga untuk memotivasikan individu atas prinsip kelazatan atau keseronokkan.
Ia dianggap sebagai satu elemen struktur yang semula jadi, satu elemen yang diwarisi, satu
elemen yang sedia ada dalam diri manusia.

Id tidak dapat membuat penilaian dan tidak mementingkan logik, nilai, moral atau
etika dan objektif atau tujuan keseluruhannya adalah lebih kepada kepuasan tanpa
mengambil kira akibatnya, undang-undang, dapat sosial atau keperluan orang lain. Id dapat
dilihat dengan jelas melalui kelakuan kanak-kanak kecil yang suka berkelakuan sesuka hati.

Ego (Prinsip Realiti - prinsip reality)


Ego adalah persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya
mempengaruhi kepada keyakinan dirinya (Kamus Dewan Edisi ketiga DBP). Ego adalah
komponen personaliti yang terbentuk melalui pengalaman dalam alam realiti. Ego adalah
berbeza dengan Id kerana ego merupakan komponen psikologikal yang mengutamakan
realiti dan pemikiran logik. Selain itu, Ego tidak wujud semasa kelahiran, tetapi hanya mula
terbentuk pada tahun pertama kehidupan individu di mana kanak-kanak mendapati tidak
semua yang dikehendaki oleh id dapat dipenuhi dengan segera. Jika id tidak dapat
memenuhi sesuatu keperluan, ego mula wujud untuk mencari cara yang rasional untuk
mengatasi kekecewaan tetapi secara rasional dan munasabah. Contohnya: Id memberitahu
badan ingin tidur, oleh itu, ego akan mencari tempat yang sesuai untuk tidur.

Ego akan berorientasi atas prinsip di mana ego akan memahami keinginan id dan
membuat rancangan selaras dengan peraturan sosial supaya individu mendapat kepuasan
dan pada waktu yang sama kelakuannya dapat diterima oleh masyarakat. Apabila ego tidak
dapat cari cara yang diterima untuk memuaskan keinginan id, konflik akan timbul. Dari sinilah,
individu akan menggunakan mekanisme belah bela diri.

Super Ego (Prinsip Moral - Moral Principle)


Super ego adalah bahagian fikiran bawah sedar yang sentiasa menyedarkan kita
tentang kebaikan dan keburukan sesuatu, dan yang menbuatkan kita berasa bersalah
sekiranya kita melakukan kesalahan (Kamus Dewan Edisi ketiga DBP).

Super ego merupakan struktur personaliti yang beroperasi atas prinsip


kesempurnaan dan akan terbentuk serta berkembang sepanjang hidup kanak-kanak dengan
menggabungkan moral dan nilai-nilai masyarakat. Super ego berfungsi berlandaskan prinsip
moral, keagamaan atau prinsip ideal. Super ego akan mengawal kehendak ego dan memberi
penilaian samada tingkah laku yang ditunjuk ego benar atau salah. Ia juga mengawal segala
kehendak id, mempengaruhi ego dalam usaha mencari jalan memenuhi kehendak id dengan
cara yang terbaik bersesuaian dengan cara, nilai, budaya, kepercayaan, dan agama
sesebuah masyarakat.

perkembangan psikoseksual mengikut Sigmund Freud

Sigmund Freud mempercayai bahawa personaliti seseorang dipengaruhi oleh


perkembangan psikoseksual seseorang. Teori perkembangan psikoseksual ini adalah bersifat
biologi dan melibatkan perkembangan tenaga seksual (libido) daripada satu peringkat ke satu
peringkat yang lain. Perkembangan kanak-kanak akan menjadi tidak normal apabila
seseorang kanak-kanak mengalami pengalaman yang merencatkan aliran tenaga tersebut.
Keadaan ini dipanggil lekatan di mana ia akan membuat seseorang itu kurang berupaya
berdepan dengan krisis dalam peringkat perkembangan seterusnya.
Menurut Freud, proses perkembangan seseorang individu telah ditentukan. Setiap
kanak-kanak akan melalui lima peringkat perkembangan, iaitu peringkat oral, anal, falik,
latensi dan genital.

Peringkat Oral (0 18 bulan)


Pada peringkat ini, personaliti bayi lebih tertumpu kepada id. Bayi dikawal oleh impuls
biologi dan secara asasnya mementingkan diri sendiri. Mereka dikuasai sepenuhnya oleh
naluri mereka.

Apabila bayi dilahirkan, kehendak mereka adalah makanan. Zon yang berkaitan
dengan kehendak ini ialah mulut. Pada tahap ini, kepuasan segera diperolehi oleh bayi pada
bahagian mulut kerana bayi dikawal oleh prinsip kenikmatan seperti menghisap, mengunyah
dan menelan.

Apabila bayi menghisap susu, kawasan mulut akan mendapat stimulasi. Sekiranya
pada tahap ini bayi menerima layanan yang baik dalam memenuhi kepuasannya, maka
dikatakan trait personaliti sebagai individu yang optimistik, mesra, dan mudah kerjasama
akan dilihat dalam diri individu tersebut. Namun begitu, sekiranya tidak dapat, maka dia akan
terlekat di peringkat ini, dan mempunyai personaliti seperti pendiam, pasif, dan orang yang
suka merokok adalah berpunca daripada masalah ini.

Bayi yang lambat diperkenalkan kepada makanan yang keras akan terlekat pada
peringkat mengigit. Masalah yang timbul apabila berlaku lekatan ini ialah individu yang
bercakap kasar, agresif dan suka menggigit objek seperti kuku, pen dan sebagainya.

Peringkat Anal (18 bulan 3 tahun)


Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat dubul. Pada usia ini, zon kelazatan beralih ke
kawasan dubur. Freud mempercayai bahawa kanak-kanak mendapat kelazatan daripada
aktiviti mengawal pembuangan najis. Pada tahap ini, penumpuan tenaga libido ditumpukan
pada bahagian-bahagian otot pembuangan najis yang melibatkan latihan tandas(toilet
-training).

Cara ibubapa menguruskan latihan tandas kepada kanak-kanak boleh


mempengaruhi trait personaliti seseorang individu. Sekiranya latihan yang diberikan tidak
sesuai, maka akan menimbulkan perasaan negatif pada kanak-kanak dan mewujudkan
suasana anal agresif dan anal retentif.

Anal agresif berlaku apabila kanak-kanak bertindak agresif terhadap kawalan ketat
dan peraturan rigid yang dikenakan semasa latihan tandas dijalankan. Anak tidak akan
mematuhi arahan dan bertindak membuang air di merata-rata. Tindakan ini akan melahirkan
anak yang bersifat zalim, ganas, pemarah dan tidak berdisiplin apabila dewasa.

Anal retentif pula berlaku akibat daripada perhatian yang berlebihan diberikan
semasa anak membuang air. Keadaan ini akan melahirkan anak yang mematuhi arahan
ibubapa dan tidak mempunyai pandangan sendiri. Tindakan ini boleh melahirkan anak yang
kedekut, degil, terlalu mementingkan peraturan dan tidak mengendahkan masalah orang lain
apabila dewasa kelak.

Oleh itu, pada pandangan Freud, kanak-kanak pada peringkat ini perlu diberi peluang
untuk berdikari, mempunyai automomi dan tahu mengawal diri sendiri.

Peringkat Falik (3 6 tahun)


Peringkat ini dinamakan sebagai peringkat kubul. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula
mengetahui tentang kejantinaan sama ada dirinya lelaki atau perempuan. Sember kepuasan
libido berpindah kepada organ kejantinaan dan mendapat kepuasan dengan memegang
kawasan kemaluannya.

Pada tahap ini, Freud mempercayai kanak-kanak lelaki akan mengalami Oedipus
kompleks, di mana kanak-kanak lelaki menumpukan kasih sayang pada ibunya. Manakala
bagi kanak-kanak perempuan, mereka akan mengalami Elektra kompleks, di mana
berlakunya persaingan dengan ibu untuk mendapatkan kasih sayang bapa dan bersikap
menentang ibu.

Oleh itu, ibu bapa seharusnya peka terhadap perasaan anak. Bahagikan kasih sayang
dan perhatian sama rata dan berlaku adil terhadap semua anak. Perlekatan pada tahap ini
akan merenggangkan hubungan antara ibubapa dengan anak-anak.

Peringkat Latensi (6 baligh)


Peringkat ini merupakan peringkat di mana kanak-kanak mula bersosial. Mereka
mula mengalihkan perhatian kepada orang lain selain daripada ibu bapa dan keluarga. Pada
tahap ini, semua perasaan seksual dipendamkan dan diletakkan di aras bawah sedar. Kanak-
kanak memberi penumpuan kepada kerja-kerja sekolah dan aktiviti-aktiviti lain. Mereka
mempelajari tentang peranan jantina dan kanak-kanak lebih gemar berkawan dengan rakan
yang sama jantina. Secara tidak sedar keadaan ini akan menguatkan lagi sifat kelakian pada
kanak-kanak lelaki dan sifat kewanitaan kepada kanak-kanak perempuan. Tumpuan juga
pada usaha berdaya tindak dengan persekitarannya.

Pada peringkat ini, kanak-kanak perlu diberi peluang bergaul bagi memenuhi
keperluan sosial mereka. Ibubapa hanya perlu memerhati dan mengawasi aktiviti sosial anak
mereka. Kanak-kanak yang tidak merasa kepuasan berkawan akan menunjukkan tingklah
laku yang negatif apabila dewasa kelak. Mereka sukar bergaul, mengasingkan diri, suka
menyendiri dan terkongkong.

Peringkat genital (selepas baligh hingga dewasa)


Tahap kejantinaan ini menampakkan kemunculan semula kecenderungan seks yang
dialami semasa individu itu berada pada zaman kanak-kanak. Pada peringkat ini, remaja
mula mengambil tahu dan menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina.
Pada waktu ini, remaja juga mula memikirkan isu berpasangan, perkahwinan, dan masa
depan. Tenaga libido akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar
keluarga yang berlainan jantina.

Pada peringkat ini, kelenjar-kelenjar seksual sudah mula berfungsi dan melalui
proses perkembangan serta berfungsi sebagai sumber kenikmatan dan kepuasan. Perasaan
cinta kepada diri sendiri dan kepada orang lain mula wujud.

Individu pada peringkat ini akan cuba memuaskan segala apa yang tidak dapat
dicapai pada zaman kanak-kanak. Ini akan mengakibatkan pembentukan personaliti yang
dihasilkan oleh konflik-konflik yang berlaku pada zaman kanak-kanak menonjol dan menjadi
dominan.

Sebagai kesimpulan, dalam usaha membentuk personaliti yang diinginkan, Freud


percaya cara didikan dan layanan yang diterima oleh individu semenjak kecil sangat
mempengaruhi personaliti seseorang. Oleh itu, ibubapa, guru dan masyarakat sekeliling perlu
membantu perkembangan kendiri kanak-kanak supaya mereka dapat mengatasi konflik-
konflik yang timbul pada setiap peringkat perkembangan.

http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/teori-personaliti-sigmund-freud-
erikson.html
Teori Perkembangan Sigmund Freud
Teori Perkembangan Sigmund Freud

Dilahirkan pada tahun 1856 di Chechoslovakia. Beliau seorang doktor perubatan


tetapi minat beliau mendalam dalam bidang psikologi dan psikiatri. Menurut Freud
personality manusia terdiri daripada tiga bahagian; id, ego dan superego.

Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasaan serta-merta tapi inginkan
keseronokan ketahap maksima. Id tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia
didorong oleh tenaga labido ( seks ) yang mengandungi desakan asas.

Ego ialah bahagian personaliti yang logis serta teratur. Ego mengawal Id supaya Id tidak
mengawal norma-norma hidup.

Superego ialah bahagian personaliti yang bermoral. Superego berkembang secara


beransur-ansur sejak kanak-kanak ketika berinteraksi dengan ibubapa atau gurunya.

Superego akan menghantar maklumat kepada Ego dan Ego kepada Id.

Mengikut Freud, setiap kanak-kanak berkembang melalui lima peringkat;

1. Peringkat Oral ( lahir- 18 bulan )

Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti
menghisap ( sebelum 18 bulan ) dan menggigit ( selepas 18 bulan ).

2. Peringkat anal atau dubur ( 2- 4 tahun )

Kanak-kanak telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air.
Kepuasan bukan lagi melalui aktiviti mulut tetapi melalui pembuang najis. Kanak-
kanak akan memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar
supaya diterima dan dikasih oleh ibubapa.

3. Peringkat falik atau kubul ( 4- 6 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk


mendapatkan kepuasaan. Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan
terhadap ibubapa sendiri . Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah
berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik
Elektra. Oleh itu ibubapa mesti memain peranan penting dalam mengawal dan
memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.

4. Peringkat pendaman ( 6- 12 tahun )Pada peringkat ini kasih sayang dan


keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanak-kanak yang berjaya mengatasi
dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik.
5. Peringkat kejantinaan ( 12 tahun ke atas ). Peringkat ini dikatakan awal
remaja, mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina.
Menurut Freud, tenaga seks ( labido ) akan mendorong individu menaruh minat terhadap
individu di luar keluarga mereka.

http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-perkembangan-sigmund-
freud.html

https://zh.scribd.com/doc/52041416/TEORI-PSIKOANALISA

You might also like