You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

DEFINISI REMAJA

Menurut Abd Majid dan Rahill Mahyuddin(1997), remaja merupakan satu zaman
yang bermula dari baligh dan berakhir apabila seseorang itu menjadi dewasa. Pelbagai
pancaroba yang berlakudi zaman remaja ini. G. Stanley menamakan zaman remaja sebagai
zaman storm dan stress.Jadi, bolehlah dirumuskan bahawa semua tugas perkembangan
zaman remaja ialah satu persediaan yang perlu untuk seseorang kanak-kanak itu menjadi
orang dewasa yang berperwatakan sihat dan dinamik.

Menurut Kathleen dan Joseph (1989), masa remaja adalah satu tempoh peralihan
yang panjang di antara peringkat kanak-kanak kepada peringkat dewasa, yang mungkin
ataupun tidak mungkin disambut oleh individu tersebut sebagai satu peluang untuk
meneroka ke alam diri sendiri. Dengan kata lain, remaja bermaksud satu zaman peralihan
dari peringkat zaman kanak-kanak ke peringkat bebas, iaitu zaman dewasa.

1
2. 0 TUGASAN 1

2.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz, fizikal


atau bentuk tubuh badan, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota
badan dan perwatakan manusia. Menurut Hurlock (1978) pula, perkembangan fizikal
adalah perubahan-perubahan yang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara
langsung dan secara tidak langsung. Tingkah laku secara langsung ini bermaksud melalui
perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak untuk melakukan sesuatu,
contohnya dalam permainan dan aktivitiluar.

Menurut Rohani Abdullah (2001), perkembangan fizikal merangkumi


pertumbuhan fizikal yang dapat diukur, kemahiran motor kasar dan motor halus serta
pengawalan dominan tangan kanan atau kiri. Ini di sokong oleh kenyataan Woolfolk &
Margetts (2007). Beliau menyatakan bahawa perkembangan fizikal merujuk kepada
perubahan saiz fizikal,kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota badan
dan perawatakan manusia.

2.1.1 AKIL BALIGH

Perubahan fizikal yang paling penting semasa remaja adalah baligh. Akil baligh
menandakan bermulanya keupayaan pembiakan. Kebanyakan kanak-kanak perempuan
(95% daripada penduduk) mencapai akil baligh yang berumur di antara 9 dan 16. Lelaki
mencapai akil baligh lebih lambat berbanding dengan kanak-kanak perempuan dengan
beberapa tahun. Bago kanak-kanak lelaki umur purata untuk mencapai tahap matang
seksual adalah 14 tahun. Kebanyakan kanak-kanak lelaki (95% daripada penduduk)
memasuki akil baligh yang berumur di antara 10 dan 19 (Brooks-Gunn & Reiter, 1990).

Alam remaja akan membawa mereka ke dalam kematangan sama ada dari segi
fizikal, dan pemikiran mereka turut berubah serta turut berperanan dalam masyarakat.
Baligh merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Ianya bermula
apabila tahap hormon yang memasuki saluran darah meningkat ekoran respon kepada
isyarat daripada bahagian otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon
bertambah dalam badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak berlaku dengan tiba-tiba.
Lonjakan ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akhil baligh. Apabila ini

2
berlaku perkara yang paling ketara semasa baligh adalah merupakan perkembangan
kematangan seksual iaitu pembiakan.

Bagi remaja lelaki perubahan yang akan berlaku ialah suara menjadi garau, misai
dan janggut mula tumbuh, bahu dan dada menjadi bidang, jerawat mula tumbuh, mengalami
mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani serta zakar dan buah zakar
mula membesar. Pengalaman inilah menunjukkan remaja lelaki telah akil baligh.

Bagi remaja perempuan pula perubahan yang akan dialami seperti buah dada
(payudara) mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari, Punggung
melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan, jerawat mula tumbuh, mula didatangi haid, suara
mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.

2.1.2 KETNGGIAN

Ketinggian merupakan perkembangan yang akan berlaku pada fizikal remaja. Secara
puratanya, anak-anak perempuan lebih pendek daripada lelaki semasa kanak-kanak. Mulai
tumbuh pesat, anak-anak perempuan menjadi lebih tinggi diantara usia 10 dan 12 tahun.
Ramai kanak-kanak perempuan bertambah tinggi sebanyak 5 cm setiap tahun.
Pertumbuhan yang perlahan mengikutinya hingga seseorang wanita mencapai ketinggian
maksimum sekitar umur 16 atau 17 tahun. Pertumbuhan lelaki yang secara am ketinggalan
2 tahun dibandingkan dengan perempuan. Pertumbuhan lelaki mulai tumbuh pesat diantara
usia 10 dan 16 tahun, iaitu pertambahan sekitar 7cm hingga 12cm setahun. Apabila remaja
mula mencapai umur 14 atau 15 tahun ke atas, perubahan-perubahan fizikal menjadi
semakin perlahan. Mereka bersedia menerima perubahan fizikal mereka yang baru.

2.2 KOGNITIF

Perkembangan kognitif berkaitan dengan bagaimana cara seorang remaja berfikir.


Pemikiran remaja semakin abstrak, logik dan idealistik; lebih mampu menguji pemikiran diri
sendiri, pemikiran orang lain, dan apa yang orang lain berfikir tentang diri mereka dan
mungkin menginterpretasikan dan mengawasi dunia sosial. Perkembangan kognitif berkait
dengan teori Piaget tentang operasional formal, kognisi sosial dan pengambilan keputusan.

Menurut Santrock (1997) individu yang berfikir operasi formal mempunyai ciri-ciri
seperti berfikir abstrak, berfikir lebih teoritikal daripada anak-anak seperti menghubungkan
pelbagai idea, pemikiran untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah yang ditemui

3
dalam kehidupan, berfikir idelistis; remaja sering berfikir tentang ciri-ciri yang sesuai diri
mereka sendiri, orang lain dan dunia, berfikir secara logik; remaja mula berfikir seperti
ilmuwan yang menyusun pelan-pelan untuk menyelesaikan masalah dan menguji secara
sistematik penyelesaian-penyelesaian masalah berfikir ini juga boleh dikenali sebagai
berfikir hipotetik deduktif.

2.2.1 PENGAMBILAN KEPUTUSAN

Pengambilan keputusan merupakan salah satu bentuk perbuatan berfikir dan hasil
dari perbuatan itu dikenali sebagai keputusan. Ini bermakna bahawa dengan melihat
bagaimana seorang remaja mengambil suatu keputusan, maka dapat diketahui tentang
perkembangan pemiikirannya. Zaman remaja adalah masa di mana individu mempunyai
keupayaan dalam mengambil sesuatu keputusan dalam sesuatu perkara. Seorang remaja
mempunyai keupayaan mencari alternatif jawapan atau penjelasan mengenai suatu hal.
Berbeza dengan seorang anak yang baru mencapai tahap operasi konkrit yang hanya
mampu memikirkan satu penjelasan untuk suatu hal. Hal ini membolehkan remaja berfikir
secara abstrak konsep hipotetikal dan boleh memikirkan akibat jangka panjang sesuatu aksi.
Menurut Santrock (2001), remaja sudah mampu memikirkan suatu situasi yang masih
berupa rancangan atau suatu bayangan. Remaja dapat berfikir bahawa sesuatu keputusan
yang telah ambil pada masa kini akan memberi kesan pada masa akan datang. Oleh sebab
itu, remaja dapat berfikir dengan lebih dalam dan mengambil keputusan.

2.2.2 PENYELESAIAN MASALAH

Kemampuan penyelesaian masalah pada remaja dipengaruhi oleh pelbagai perkara,


salah satunya adalah dipengaruhi oleh keupayaan kognitif remaja atau operasi formal.
Dapat dilihat dari pengertian operasi formal bahawa remaja mempunyai keupayaan dalam
berfikir secara abstrak, membangkitkan situasi-situasi khayalan, dan pemikiran yang sesuai
serta berfikir secara logik untuk menyusun rancangan-rancangan untuk menyelesaikan
masalah dan menguji masalah secara sistematik (Santrock, 1995). Berdasarkan pengertian
tersebut dapat dijelaskan bahawa kemampuan kognitif boleh memberi kesan kepada
sejauhmanakah seorang remaja mampu menyelesaikan secara berkesan masalah yang
berlaku dalam kehidupannya. Remaja yang mempunyai kemampuan kognitif lemah tentunya
kemampuan penyelesaian masalah yang dimilikinya juga tidak berkesan, kerana apabila
seorang remaja mempunyai yang kognitif yang lemah bagaimana ia boleh mengatasi
masalah yang sedang dihadapinya.

4
Salah satu ciri individu yang berfikir operasi formal adalah berfikir hipotetik deduktif,
Santrock (1995) mengatakan bahawa berfikir hipotetik deduktif adalah remaja yang
mempunyai keupayaan kognitif untuk mengembangkan hipotesis atau dugaan terbaik
mengenai cara menyelesaikan masalah, kemudian mereka menarik kesimpulan secara
sistematik atau membuat kesimpulan pola mana yang diterapkan dalam menyelesaikan
masalah. Ciri-ciri lain iaitu berfikir fleksibel (Suparno, 2001) kerana remaja dapat
menghadapi persoalan dengan bermacam-macam cara dan perspektif, lebih fleksibel dalam
menghadapi masalah. Remaja tidak terpaku pada satu kaedah pemecahan, tetapi semua
kemungkinan yang sudah difikirkan dan dalam kenyataannya banyak remaja belum sampai
pada tahap ini, kerana remaja mengalami masalah dan tidak dapat menyelesaikan
masalahnya dengan tidak berkesan bahkan merosakkan dan seharusnya remaja akan
memikirkan dulu secara teoritik, mengenalpasti masalah yang dialaminya, menyusun
alternatif pemecahan masalah kemudian menganalisa masalahnya dengan penyelesaian
hipotesis yang mungkin ada.

2.3 PERKEMBANGAN SOSIAL

Perubahan besar yang dihadapi oleh kaum remaja ialah perkembangan sosial iaitu
mereka cenderung untuk berpisah daripada struktur kekeluargaan kerana menganggap
kawan-kawan sebayanya adalah lebih penting hinggakan mereka sanggup tidak pulang ke
kampung untuk bercuti dan sanggup tinggal bersama kawan di asrama kerana merasakan
perkara itu lebih menyeronokkan. Kawan-kawanlah tempat seseong remaja itu berkongsi
pandangan, cerita-cerita, bertukar-tukar fikiran serta pendapat. Kawan-kawan dapat
memberi sesuatu yang bebas daripada segala bentuk larangan atau sekatan. Ini yang
digemari oleh remaja, iaitu bebas dan berkuasa untuk menentukan cara hidup sendiri.
Mereka juga lebih cenderung kearah percintaan.

Peralihan pergantungan, bagi percapaian dan perkembangan ini tidak dapat


dielakan. Mengikut Erikson (1963) setiap individu mengalami proses kehidupan dan pada
masa yang sama remaja mengalami krisis kehidupan. Krisis ini bagi Erikson ialah "masa
perkembangan identiti iaitu remaja sedang memilih beberapa pilihan yang bermakna". Ini
bermakna remaja perlu memilih apakah bentuk identiti yang sesuai dengan dirinya supaya
dapat mengurangkan krisis kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Kesesuaian pemilihan
identity ini bergantung kepada konsep kendiri (self-Concept) dan esktim kendiri (Self-
Esteem) remaja itu sendiri.

5
2.3.1 SAHABAT

Hubungan personal antara satu orang dengan orang lain yang berbeza biasanya
terbentuk antara remaja sesama jenis. Hubungan ini lebih dekat dan lebih stabil daripada
hubungan yang dibentuk pada masa kanak-kanak pertengahan, dan penting untuk mencari
identiti. Seorang sahabat merupakan pendengar terbaik, iaitu tempat remaja cuba
kemungkinan peranan-peranan dan suatu peranan yang sama, mereka saling memberikan
sokongan satu sama lain.

2.3.2 HUBUNGAN DENGAN ORANG TUA

Semasa zaman remaja, hubungan orang tua dengan kanak-kanak alan berubah dari
menyayangi dan persamaan hak. Keinginan untuk mendapatkan kebebasan akan
menyebabkan berlaku kekacauan dalam keluarga. Hal ini kerana, remaja ingin menunjukkan
peranan yang baru dan menjalankannya sehingga selesai, pada masa yang sama ia akan
menimbulkan kerenggangan dalam keluarga. Pada masa remaja ingin mendapatkan hak
mereka untuk mengembangkan hak-hak istimewanya, mereka seringkali mewujudkan
ketegangan di dalam rumah. Mereka mungkin akan menentang perkataan orang tua, dan ia
akan menimbulkan konflik dalam keluarga.

2.3.3 PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri merupakan satu aspek yang penting kepada kewujudan dan tingkah
laku seseorang individu. Persepsi terhadap kendiri ternyata akan menentukan apa yang
seseorang itu alami dan bagaimana ia mengalaminya. Konsep kendir juga membenarkan
seseorang individu menghubungkan diri dengan persekitaran dengan cara yang tidak akan
menggugat keutuhan peribadi.

Konsep kendiri amat penting kepada remja kerana pelbagai sebab. Oleh kerana
mengalami peningkatan kekuatan fizikal dan tahap autonomi semasa ini, remaja mula
mempunyai darjah kebebasan yang tertentu. Jika semasa ini remaja mempunyai konsep
kendiri yang tidak betul, maka sudah tentulah ia amat membahayakan kepada diri mereka
dan orang lain. Mereka mungkin akan menjadi devian, tiada keyakinan diri, tersisih dan
sebagainya.

Konsep kendiri remaja juga berkaitan dengan cara remaja itu mempersepsikan
dirinya secara fizikal. Ekoran itulah remaja terlalu prihatin dengan bentuk tubuh badannya,
fesyen rambut dan baju menjadi symbol diri dan remaja mula gemar merayau-rayau di
kompleks membeli-belah.

6
2.4 PERKEMBANGAN EMOSI

Perkembangan emosi pada remaja ditandai dengan emosi yang tidak stabil dan
huru-hara. Pada masa ini mood (suasana hati) boleh berubah dengan sangat cepat. Hasil
kajian di Chicago oleh Mihalyi dan Reed Larson (1984) mendapati bahawa remaja rata-
rata memerlukan hanya 45 minit untuk berubah dari mood "senang luar biasa" ke "sedih luar
biasa", sementara orang dewasa memerlukan beberapa jam untuk hal yang sama.
Perubahan emosi ini erat kaitannya dengan kemasakan hormon yang terjadi pada remaja.
Tekanan emosional yang timbul berasal dari perubahan fizikal yang cepat dan luas yang
berlaku sewaktu baligh.

2.4.1 RASA GEMBIRA

Perasaan atau rasa gembira pula akan wujud apabila remaja mendapat perhatian,
kasih saying, pujian, dihormati, dihargai serta mencapai sesuatu kejayaan dan kepuasan.
Dalam keadaan diuliti perasaan gembira ini, remaja akan menjadi lebih yakin dan tabah
menghadapi segala cabaran hidup serta menerima apa sahaja yang ada pada diri mereka
seadanya (Noraini Ahmad 1994:24). Pada keadaan tersebut, remaja akan cuba untuk
sentiasa menonjol dan menampilkan diri dengan penuh persediaan. Pada kebiasaannya,
remaja yang berada dalam keadaan gembira agak tersusun dan kemas penampilannya
dengan fizikal mereka bersih dan terurus, mental mereka segar dan mampu berfikiran
secara rasional dan terbuka, pergaulan mereka terkawal, perlakuan mereka tersusun dan
dikawal dan mereka agak terkehadapan dalam banyak perkara.

2.4.2 RASA MARAH

Perasaan marah akan ditimbul apabila mereka dicabar atau sesuatu yang disukai
tidak diperolehi. Sikap ibu bapa yang terlalu mengharapkan kejayaan anak-anak remaja
sehingga mengkongkong mereka akan membentuk satu suasana krisis bagi remaja. Akibat

daripada fenomena ini akan membawa kepada perasaan inginkan kebebasan yang
melampau. Remaja yang dibayangi perasaan marah akan mula bertindak kasar.,
menganggu orang lain dan kadang kala bertindak melakukan perbuatan yang akan merugi
dan memusnahkan diri sendiri serta masa depan mereka.

7
2.5 PERKEMBANGAN NILAI DAN MORAL

Perkembangan intelektual dalam kehidupan seseorang anak remaja harus diimbangi


dengan nilai, moral serta akhlak yang baik. Anak yang tidak memiliki hubungan harmonis
dengan orang tuanya di masa kecil kemungkinan besar tidak akan mampu mengembangkan
superego yang cukup kuat, sehingga mereka bisa menjadi orang yang sering melanggar
norma sosial. Kebebasan serta kematangan moral selalu mengedepankan dalam setiap
tingkah laku dalam setiap kehidupan. Kemampuan yang ada dalam hidup seseorang anak
membuat diri bisa memiliki akhlak serta sikap secara baik kedepannya.

2.5.1 PERASAAN DIRI

Remajah lebih cenderung terlibat dalam perilaku moral ketika mereka berfikir bahawa
mereka sesungguhnya mampu menolong orang lain dengan kata lain ketika mereka
memiliki efikasi diri yang tinggi mengenai kemampuan mereka membuat suatu perbezaan
Contohnya, pada masa remaja beberapa anak muda mulai mengintegrasikan
komitmen terhadap nilai-nilai moral kedalam identitas mereka secara keseluruhan. Mereka
menganggap diri mereka sebagai pribadi bermoral dan penuh perhatian, yang peduli pada
hak-hak dan kebaikan orang lain. Tindakan belarasa yang mereka lakukan tidak terbatasa
hanya pada teman-teman dan orang yang mereka kenal saja, melainkan juga meluas ke
masyarakat.

2.5.2 ETIKA PRINSIP SEJAGAT

Pada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan kesedaran
kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada peringkat tertinggi.
Kohlberg menyatakan bahawa individu pada peringkat ini melanggar undang-undang bukan
kerana tidak menghormatinya tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip
etika hak-hak kemanusiaan. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan
yang dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.

8
3.0 TUGASAN DUA

Asal usul tugas perembangan adalah bertitik tolak daripada perkembangan individu
itu dari segi fizikal dan psikologi yang mewujudkan pelbagai desakan. Selain itu individu itu
juga berhadapan dengan kehendak dan jangkaan masyarakat terhadapnya. Desakan
dalaman dan luaran ini mewujudkan satu situasi yang berkehendakkan individu itu
menguasai tugas perkembangan jikalau remaja hendak berjaya dalam hidup.

Menurut Havigurst (1999), setiap tahap perkembangan memiliki tugas-tugas


perkembangan. Tugas-tugas perkembangan memiliki peranan penting untuk menentukan
arah perkembangan yang normal. Remaja diharapkan untuk dapat mencapai kebebasan
emosional dari orang tua dan orang-orang dewasa lainnya. Pada masa awal, remaja masih
belum mampu untuk mengatasi masalahnya sendiri, namun pada usia enam belasan remaja
sudah mulai menunjukkan kebebasan, khususnya secara emosional (Sarwono, 2006)

Antara tugas perkembangan remaja adalah menguasai peranan jantina. Remaja


mesti belajar menerima peranan sosialnya sebagai lelaki atau perempuan mengikut garisan
yang ditetapkan oleh masyarakat. Bagi remaja lelaki tugas ini mudah dicapai kecuali mereka
yang tidak rol model lelaki dan mempunyai minat seperti kaum perempuan. Bagi remaja
perempuan, ramai yang berhati-hati menerima peranannya untuk menjadi isteri dan ibu,
terutama sekali mereka yang ingin melanjutkan pelajaran sebagai persediaan kerjaya.
Mereka perlu menyesuaikan diri dengan rakan sebaya dan bekerjasama serta memahami
pandangan orang lain dalam perbincangan.

Selain itu, remaja perlu menerima dan mengguna dirinya dengan berkesan. Remaja
perlu bangga dengan dirinya, mengguna dan melindungi dirinya dengan berkesan dan
memuaskan. Masyarakat banyak mengutamakan rupa fizikal dan pertumbuhan sebagai
pengukur sama ada remaja itu cantik, lebih tinggi daripada rakannya atau adik beradiknya
untuk mendapat pujian. Hal ini kerana masyarakat mengajar remaja menilai diri berasaskan
rupa fizikal, maka adalah dijangkakan perkara ini menjadi punca kebanggaan, minat,
keyakinan, keraguan, kegelisahan dan perasaan rendah diri di kalangan remaja. Menerima
diri seadanya akan membawa kepada kebanggaan dan kepuasan diri.

Seterusnya, remaja diharapkan dapat mencapai perilaku sosial yang bertanggung


jawab sesuai dengan sistem nilai yang dianut oleh masyarakat. Remaja harus mampu untuk
mengendalikan perilakunya sendiri. Piaget (1997), menekankan bahwa usia remaja harus

9
sudah mampu mempertimbangkan semua kemungkinan untuk menyelesaikan suatu
masalah dan mempertanggungjawabkannya berdasarkan suatu proposisi.

Tugasan seterusnya sebagai remaja adalah mencapai perhubungan baru dan


matang dengan rakan sebaya. Matlamatnya ialah, remaja belajar untuk menganggap
perempuan sebagai wanita dan lelaki sebagai lelaki. Mereka mesti belajar sebagai orang
dewasa apabila bersama orang dewasa dan belajar bekerjasama dengan orang lain dengan
tidak mengambil kira perasaan sendiri.

Seterusnya, remaja perlu mencapai kebebasan emosi. Remaja harus mencapai


kebebasan emosi daripada ibu bapa tetapi membina kasih saying yang erat serta hormat
terhadap mereka dan orang dewasa lain. Remaja yang gagal dalam tugas ini mempunyai
tabiat bergantung kepada ibu bapa, tidak berupaya berfikir sendiri tentang perkara penting
dan tidak tahu berinteraksi dalam persekitaran orang dewasa kerana masih lagi seperti
kanak-kanak dari segi emosi.

Tugasan perkembangan remaja seterusnya ialah, membina kemahiran intelektual


dan konsep untuk kecekapan sivik. Tugas ini merujuk kepada pembinaan konsep peraturan
dan undang-undang, kerajaan, ekonomi, geografi, manusia dan institusi sosial yang sesuai
dalam kehidupan moden. Remaja perlu membina kemahiran berkomunikasi dan kebolehan
pentaakulan untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan. Minat dan motivasi yang
tinggi merupakan asas dalam meningkatkan kebolehan untuk belajar dan ianya berbeza
bagi setiap individu. Remaja juga boleh melakukan kesilapan apabila dia tidak berkebolehan
dan tidak mempunyai matlamat walaupun dia memiliki perwatakan yang baik.

Pada keseluruhannya, sebagai remaja, mereka mempunyai pelbagai tugas apabila


mereka mencapai tahap perkembangan remaja. Oleh sebab itu, remaja perlu mengetahui
segala tugas-tugasnya dan perlu berusaha untuk melaksanakannya.

10
4. 0 TUGASAN 3

Menurut Dr Affizal Ahmad, pendidikan memain peranan penting untuk mencapai


hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti
hidup manusia. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu dikenalpasti
sebagai faktor ‘hasil’. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk
berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada persekitarannya serta
memahami diri sendiri. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup
dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan
kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Individu yang mempunyai taraf pendidikan
yang tinggi cenderung untuk mengalami gangguan dan tekanan fizikal yang rendah. Taraf
pendidikan yang baik memberikan seseorang individu itu laluan kea rah pembangunan diri,
bergantung bagaimana ilmu tersebut distruktur dan dilaburkan dalam pendidikan.

Menurut Preston dan Elo (1996), pendidikan berkualiti sangat efektif bagi
menentang kemiskinan, membina demokrasi, dan membentuk masyarakat yang sejahtera.
Pendidikan yang berkualiti juga memberi kuasa kepada remaja, memberi mereka suara,
mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta
meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan (Tribus,
1992). Pendidikan yang berkualiti merupakan suatu konsep yang dinamik, berubah, dan
berkembang mengikut masa serta berubah dalam konteks sosial, ekonomi, dan persekitaran
setempat. Pendidikan ini sangat penting kepada remaja untuk menghadapi pelbagai
cabaran.

Pendidikan sangat penting untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan. Pendidikan


berkualiti menggunakan pendekatan kemahiran hidup dalam pendidikan dan memasukkan
kemahiran lain dalam meorientasikan pendidikan untuk memperolehi keseimbangan.
Mempelajari pelbagai kemahiran akan menyediakan individu untuk lebih berjaya dalam
kehidupan di rumah, komuniti, serta di tempat kerja. Manusia sebaik-baiknya menggunakan
multi-kemahiran ketika melaksanakan aktiviti harian, berhubung dengan ahli keluarga dan
masyarakat; serta bertindak sebagai individu, ahli dalam sesuatu kumpulan dan pekerja
sesebuah organisasi. Dengan adanya pendekatan kemahiran hidup dalam pendidikan, para
pelajar lebih peka kepada perkembangan ilmu, mengguna dan mempraktikkan pelbagai
jenis kemahiran sesuai dengan tuntutan persekitaran tersebut. Memiliki dan mempraktikkan
kemahiran dengan betul sangat penting untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran
semasa. Justeru itu, individu memerlukan kemahiran dalam setiap empat ruang pendidikan
iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk melakukan, belajar untuk hidup bersama orang

11
lain dan belajar untuk mejadi seseorang. Selain itu, setiap individu juga memerlukan
kemahiran kognitif, tumpuan, pengurusan diri dan sosial. Menurut McLeod dan Shanahan,
(1996) Kemahiran hidup membolehkan individu untuk menghubungkan apa yang mereka
ketahui dan lakukan sekarang dengan apa yang boleh mereka ketahui dan lakukan di masa
hadapan.

Selain itu, pendidikan juga membantu remaja dalam menghadapi cabaran dari segi
fizikal. Menurut Breeze (2004), individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi
melaporkan kesihatan-kulaiti hidup yang baik. Pendidikan yang baik memberi laluan ke arah
status pekerjaan dan bayaran gaji yang baik, memberi sumbangan dan kesan positif kepada
sosio ekonomi, serta menjana perkembangan psikologi. Individu yang bersikap terbuka
berupaya untuk mengekalkan kefungsian fizikal yang mantap kerana cenderung untuk
mencuba pelbagai aktiviti dan tanggungjawab hidup dan peka terhadap informasi kesihatan.

Seterusnya, pendidikan memainkan peranan dalam membantu remaja dalam


menghadapi cabaran membuat keputusan yang bijak dalam sesuatu perkara. Ketegasan diri
merupakan satu dimensi utama dalam kualiti hidup kerana ia memungkinkan seseorang
individu untuk mengawal hidupnya (Schalock, 1996). Menurut Weh meyer (1996),
ketegasan diri adalah agen asas dalam kehidupan seseorang. Dengan adanya ketegasan
diri, individu berupaya membuat pilihan dan keputusan terhadap tindakannya, dan
membebaskan diri daripada pengaruh atau gangguan luaran yang tidak berfaedah.
Kebolehan dan kemantapan ketegasan diri berupaya meningkatkan kualiti hidup dan
pencapaian pendidikan yang baik.

Selain itu, pendidikan juga membantu remaja untuk menghadapi cabaran dari segi
ekonomi. Pendidikan juga berkaitrapat dengan kondisi ekonomi manusia. Individu yang
rendah tahap pendidikannya cenderung untuk berhadapan dengan masalah ekonomi. Hal
ini disebabkan mereka kurang diminati oleh organisasi pekerjaan untuk diambil sebagai
pekerja. Sekiranya mereka diterima bekerja, individu ini cenderung diberi jawatan yang
rendah. Hasilnya, mereka akan menerima pendapatan yang rendah berbanding dengan
pekerja yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Tahap pendidikan yang rendah
dikalangan pekerja juga cenderung memberi tekanan kepada pihak pengurusan, disamping
bebanan kepada ekonomi keluarga. Pendidikan sangat penting dalam konteks
kesejahteraan ekonomi kerana ia boleh memimpin individu ke arah pemperolehan
pendapatan tidak-terhad serta mampu meningkatkan perasaan kawalan-diri seseorang.
Individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan status tugas yang sesuai dengan
pendidikannya berpeluang melibatkan diri sebagai penentu arah, kawalan, dan perancang
kerja. Justeru itu, individu yang baik tahap pendidikannya lebih cenderung dipilih bekerja

12
terutama dalam tugasan bersifat sepenuh masa berbanding dengan mereka yang
mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Justeru itu, individu dengan tahap pendidikan
yang tinggi cenderung untuk hidup dalam pendapatan isirumah yang tinggi kerana taraf
pendidikan memberi kesan lansung ke atas pendapatan, di samping kecenderungan untuk
mendapatkan pekerjaan yang baik dan terjamin.

Sebagai kesimpulan, pendidikan memain peranan penting dalam kehidupan remaja


untuk menghadapi pelbagai cabaran. Pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting
dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu
dikenalpasti sebagai faktor ‘hasil’. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri
untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada dipersekitarannya,
serta memahami diri sendiri. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan
hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap,
keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial.

13
5.0 RUMUSAN

Pada keseluruhannya, remaja merupakan satu zaman yang bermula dari baligh dan
berakhir apabila seseorang itu menjadi dewasa. Pelbagai pancaroba yang berlakudi zaman
remaja ini. Ia merupakan satu peluang kepada manusia untuk meneroka diri sendiri.
Perkembangan remaja mempunyai beberapa aspek iaitu dari segi fizikal, kognitif, emosi,
sosial, dan nilai dan moral. Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz, fizikal
atau bentuk tubuh badan, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota
badan dan perwatakan manusia. Perkembangan kognitif berkaitan dengan bagaimana cara
seorang remaja berfikir. Pemikiran remaja semakin abstrak, logik dan idealistik; lebih
mampu menguji pemikiran diri sendiri, pemikiran orang lain, dan apa yang orang lain berfikir
tentang diri mereka dan mungkin menginterpretasikan dan mengawasi dunia sosial.
Perkembangan sosial ialah mereka cenderung untuk berpisah daripada struktur
kekeluargaan kerana menganggap kawan-kawan sebayanya adalah lebih penting
hinggakan mereka sanggup tidak pulang ke kampung untuk bercuti dan sanggup tinggal
bersama kawan di asrama kerana merasakan perkara itu lebih
menyeronokkan.Perkembangan emosi pada remaja ditandai dengan emosi yang tidak stabil
dan huru-hara. Perkembangan intelektual dalam kehidupan seseorang anak remaja harus
diimbangi dengan nilai, moral serta akhlak yang baik. setiap tahap perkembangan memiliki
tugas-tugas perkembangan. Tugas-tugas perkembangan memiliki peranan penting untuk
menentukan arah perkembangan yang normal. Remaja diharapkan untuk dapat mencapai
kemandirian emosional dari orang tua dan orang-orang dewasa lainnya. . Oleh sebab itu,
remaja perlu mengetahui segala tugas-tugasnya dan perlu berusaha untuk
melaksanakannya.

14
15

You might also like