You are on page 1of 2

Refleksi

Konklusinya, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya saya
dapat menyiapkan tugasan ini bagi subjek Pengurusan Pembelajaran (KPS) semester tiga. Saya berasa
berpuas hati dengan hasil kerja saya sendiri walaupun ianya kurang terperinci tetapi sekurangkurangnya saya telah berusaha untuk mencari maklumat yang terbaik bagi menyiapkan kerja kursus
ini. Sedikit sebanyak, kerja kursus ini telah memberikan saya tentang konsep profession keguruan dan
kod etika keguruan, tugas dan tanggungjawab untuk meningkatkan profession perguruan ini. Setelah
menyiapkan tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai objektif sebenar
tugasan ini. Dengan bantuan pensyarah yang berkaliber. Saya telah banyak mempelajari dan melalui
pelbagai dugaan untuk menyiapkan tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi
pelbagai masalah seperti dalam mencari maklumat untuk diletakkan di dalam tugasan ini. Walau
bagaimanapun, semuanya membuatkan saya menjadi lebih matang untuk menjadikan seorang guru
yang baik masa hadapan.
Seterusnya, bahagian ini menghuraikan tajuk tugasan kumpulan yang diperolehi iaitu Buli.
Setelah tugasan dilaksanakan dengan jayanya, secara keseluruhannya gejala buli tersebut dapat
digambarkan agak kritikal dan serius dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar. Kes buli dalam
kalangan pelajar acap kali kedengaran dalam media massa kebelakangan ini disebabkan oleh beberapa
faktor. Faktor utama yang jelas mempengaruhi gejala buli ini ialah individu itu sendiri sama ada
pembuli mahupun mangsa buli. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai langkah telah diwujudkan
bagi mengatasi masalah tersebut. Pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan dan pihak
kerajaan sendiri telah berganding bahu dalam merencanakan segala langkah untuk mengekang
masalah buli ini dari terus merebak dalam masyarakat. Di samping itu, setelah diteliti buli bukan
sahaja merupakan isu domestik malah buli merupakan isu antarabangsa. Mengikut Deklarasi
Kandersteg yang ditandatangani di Switzerland pada 2007, dianggarkan terdapat kira-kira 200 juta
murid sekolah di seluruh dunia menjadi mangsa buli atau dera oleh rakan sebaya. Kajian buli di
Malaysia telah dirintis oleh Dr. Noran Fauziah Yaakub yang telah membuat kajian menyeluruh di
sekolah-sekolah di Malaysia untuk melihat hingga ke akar umbi punca dan kesan masalah buli ini.
Justeru jelaslah bahawa isu buli ini merupakan sebuah isu yang perlu dititik beratkan agar tidak
menjadi barah dalam kalangan masyarakat.

You might also like