You are on page 1of 2

SIVASANTHIRAN A/L KANIAPPAN (MT2)

Refleksi Tajuk kerja kursus saya bagi subjek Pendidikan Moral ialah `tabiat merokok saya dan rakan-rakan saya membahagikan kerja masing-masing dan mencari matlamat berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Saya berasa amat bangga dan bersyukur kepada pensyarah memberi peluang untuk membuat tugasan ini. Pengalaman saya sepanjang kerja kursus ini telah

memberikan banyak input kepada diri saya. Saya menyempurnakan kerja kursus ini selama beberapa hari. Inilah kali pertama saya membuat kerja kursus seperti ini. Saya melalui pelbagai cabaran semasa membuat kerja kursus. Tetapi cabaran - cabaran tersebut mengajar untuk tidak mudah berputus asa jika hendak mencapai hasrat. Saya berkongsi maklumat dengan rakan-rakan saya. Dengan merujuk kepada kerja kursus ini, saya dapat mengetahui dan memahami punca, kesan, dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah kegiatan merokok dengan betul dan tepat. Selain itu, Saya mengetahui bahawa isu rokok dan merokok sebenarnya merupakan masalah global yang dihadapi oleh masyarakat dunia sejak beberapa tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Masalah tabiat merokok ini merupakan satu perkara yang amat sukar untuk di atasi, walaupun pelbagai peraturan dan undang-undang telah diperkenalkan bagi menyekat tabiat ini. Dengan ini saya berasa bersyukur kerana telah diberi tajuk tugasan yang berkaitan dengan tajuk ini. Hal ini telah menyebabkan saya

mempunyai peluang untuk memperoleh lebih banyak maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan tajuk ini. Di samping itu, saya telah mempelajari banyak nilai dan pengajaran melalui tugasan ini. Antaranya ialah nilai bekerjasama, kesabaran, toleransi dan sebagainya. Contohnya, kumpulan kita telah membuatkan perbincangan di kafe dan perpustakaan bagi menyiapkan kerja kursus ini. Tambahan pula, saya juga mengalami masalah dalam mencari maklumat artikelartikel dalam tajuk yang diberikan dan pelbagai rintangan saya menghadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini.

SIVASANTHIRAN A/L KANIAPPAN (MT2)


Kesimpulannya, banyak pengetahuan yang telah saya perolehi melalui kerja kursus ini dan telah memantapkan lagi jati diri saya sebagai seorang pelajar. Kerja kursus ini memang memberi pendedahan kepada saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli ahli kumpulan saya kerana telah banyak memberikan kerjasama supaya kerja kursus ini dapat disiapkan dengan secepat mungkin. Sekian terima kasih

You might also like