You are on page 1of 2

EDU 3107-BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

NURAZLINDA BINTI AZHAR 900821-01-5132 124144

Assalamualaikum w.b.t... Syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak ini dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah pembimbing atas tunjuk ajar, dorongan dan bimbingan yang diberikan kepada saya dan rakan kumpulan saya sepanjang kami melaksanakan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan kumpulan saya, Aina Ayuni binti Ghazali dan Zahratul Jannah binti Basheer Ahmad atas kerjasama yang diberikan dalam menyempurnakan lagi tugasan ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Losong, Kuala Terengganu kerana sudi memberi kerjasama serta banyak memberi bantuan dan bimbingan kepada kami untuk melaksanakan tugasan ini. Bagi menyempurnakan tugasan ini, terdapat dua tugasan yang perlu dilaksanakan di mana tugasan pertama ialah penulisan akademik yang dilakukan secara individu. Tugasan kedua ialah tugasan berkumpulan yang memerlukan saya dan rakan kumpulan saya menemubual guru bimbingan dan kaunseling sekolah kami laksanakan praktikum. Temu bual yang dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang guru berkenaan, mengenalpasti kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang digunakan semasa melaksanakan sesi kaunseling serta mengetahui cabaran yang dihadapi dalam

melaksanakan program bimbingan dan kaunseling di sekolah.. Tugasan bagi penulisan akademik, saya telah membuat rujukan buku-buku ilmiah berserta jurnal di perpustakaan. Selain itu, banyak juga maklumat berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling kanak-kanak saya peroleh dengan melayari internet. Pelbagai sumber digunakan bagi mendapatkan maklumat untuk memenuhi kehendak tugasan Bahagian A. Kekangan masa yang dihadapi dalam masa berpraktikum menyebabkan

proses temubual yang sepatutnya dilakukan lebih awal terpaksa ditunda pada hari berikutnya. Walau bagaimanapun, guru bimbingan dan kaunseling sangat memberi kerjasama dan banyak membantu kami dalam menyempurnakan tugasan ini. . Tugasan ini banyak memberi ilmu pengetahuan baru yang berguna serta

pengalaman bermakna kepada saya. Ini kerana, saya dapat memahami dengan jelas tentang konsep, keperluan dan jenis-jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah 16

EDU 3107-BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

rendah. Saya juga dapat mengetahui kaedah yang digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling untuk mengenalpasti murid-murid yang bermasalah. Selain itu, saya juga dapat mengenalpasti kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang digunakan semasa

melaksanakan sesi kaunseling serta cabaran yang dihadapi oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam melaksanakan program bimbingan dan kaunseling di sekolah. Tugasan ini juga memberi peluang dan ruang kepada saya untuk mengenali guru bimbingan dan kaunseling sekolah seterusnya menjadikan hubungan kami lebih rapat dan mesra. Melalui tugasan seperti ini ianya sangat membantu saya meningkatkan kefahaman tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam perkembangan profesionalisme keguruan. Subjek ini memberi pendedahan kepada saya tentang ilmu dan kemahiran asas dalam bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Maklumat dan pengetahuan yang diperoleh sangat berguna kepada saya kerana pada masa akan datang saya akan menjadi seorang guru bimbingan di sekolah. Oleh itu, apa yang diperoleh pada masa kini sangat membantu saya pada masa akan datang apabila bergelar guru kelak. Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi semasa menjalankan tugasan ini. Sudah pasti masalah pertama yang dihadapi ialah masalah kekangan masa lantaran sibuk dengan tugasan semasa praktikum. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga sibuk dan tidak mempunyai banyak masa senggang. Banyak kali telah saya dan rakan kumpulan menetapkan tarikh untuk melakukan temu bual bersama dengan beliau, namun oleh sebab beliau terlalu sibuk, tarikh temu bual terpaksa ditunda dan kerja kami tertangguh. Selain itu, kami juga berhadapan dengan masalah kekurangan bahan bimbingan dan kaunseling di sekolah kami berpraktikum. Oleh itu, ianya menyukarkan kami untuk mendapatkan maklumat. Secara peribadinya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru bimbingan dan kaunseling SK Losong, Kuala Terengganu kerana sudi memberi kerjasama walaupun sibuk dengan urusan sekolah. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada pensyarah pembimbing, rakan kumpulan dan rakan sekelas yang banyak memberi kerjasama dan bantuan kepada saya. Sesungguhnya, saya telah memberikan komitmen yang jitu untuk menyempurnakan tugasan ini dengan baik. Peluang mempelajari subjek ini bukan sahaja berguna pada masa kini, malah sangat berguna apabila berada di sekolah kelak. Semoga pensyarah pembimbing berpuas hati dengan hasil tugasan yang telah saya dan rakan kumpulan saya laksanakan ini. Sekian, terima kasih.

16

You might also like