You are on page 1of 3

REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja
kursus Guru Dan Cabaran Semasa EDU 3109 saya. Saya Aziz Faizully Bin Rabat sangat
berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak
akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan
dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya
telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya
menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga
beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah
untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai guru dan cabaran semasa di sekolah rendah.
Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai isu dan cabaran semasa guru
untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak
begitu paham untuk membuat penulisan tugasan kerja kursus pendek ini tetapi setelah di
terangkan oleh pensyarah saya Encik Rajendran akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-
cara untuk membuat tugasan kerja kursus pendek ini.
Selain itu, masalah lain yang saya hadapi dalam menyiapkan tugasan ini adalah saya
mengalami kekangan masa dalam menyiapkan tugasan ini kerana saya banyak mengikuti
aktiviti yang dianjurkan oleh pihak institut yang memerlukan saya mempunyai jadual waktu yang
tepat dan bersesuaian dengan keupayaan saya supaya saya tidak terlalu tertekan dalam
menjalankan tugasan ini.langkah yang saya ambil adalah saya menyediakan satu jadual yang
khas untuk saya membahagikan masa saya untuk menyiapkan tugasan ini dan saya berjaya
mengikuti jadual tersebut dengan disiplin yang tinggi.
Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja
kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan secara individu. Segala maklumat perlu
dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam kerja kursus saya. Nota-nota yang telah
diberikan oleh pensyarah telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya
saya. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakan kerja kursus
ini. Perkara ini tidak mudah kerana fakta-fakta yang dimasukkan haruslah tepat dan
penerangan yang diberikan oleh guru tersebut pula haruslah sesuai dengan murid sekolah
rendah.
Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-
perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak
negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan
dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion
keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa
berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal
ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani. Namun kini
sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah
bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap
profesion perguruan sebagai kelas kedua. Peranan guru semakin hilang taringnya kerana
masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh
pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek.
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang
sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat
meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan
semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan
dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap
sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya
seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik
dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti
seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru
juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya
guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan
menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di
laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya
seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka
tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan
seperti yang di cita-citakan negara.
Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan
pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya
siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerja kursus Guru Dan Cabaran Semasa EDU 3109
yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya
pensyarah saya.

You might also like