You are on page 1of 11

SENARAI ISI KANDUNGAN

1.
2.
3.
4.

BAHAGIAN A
BAHAGIAN B
BAHAGIAN C
RUJUKAN

2- 4
57
8 10
11

Bahagian A
1.0

Tujuan dan Rasional Kajian


Kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk mengetahui kaedah penyoalan lisan yang

digunakan oleh guru Bahasa Melayu ketika mengajar. Hal ini demikian kerana kaedah
penyoalan merupakan salah satu cara guru menyampaikan kandungan pelajaran kepada para
pelajarnya. Oleh itu, penggunaan soalan ini merupakan satu kaedah yang menggalakkan
interaksi Antara guru dengan murid. Walaubagaimanapun, terdapat guru-guru yang kurang
mahir menggunakan kaedah ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
sejauhmanakah guru berkemahiran dalam menyoal murid. Melalui kajian ini, pihak yang
bertanggungjawab boleh memberi pendedahan mengenai teknik menyoal kepada guru yang
tidak berkemahiran.
2.0

Rumusan Penyelidik tentang jadual 3


Penyelidik menyatakan bahawa guru 1 dan guru 2 gagal memberi petunjuk,

mencungkil fikiran dan menggalakkan pelajar menyoal.

Kedua-dua guru tersebut lebih

banyak menyoal semasa P & P berlangsung. Walaubagaimanapun, kedua-dua guru dapat


membina soalan yang jelas, ringkas dan tepat yang membolehkan murid-murid dapat
menjawab soalan dengan baik.
Menurut pemerhatian penyelidik juga, kedua-dua guru memberi focus kepada satu
idea atau lebih daripada satu idea serta guru membuat sebaran ke seluruh kelas dan membuat
hentian yang sepatutnya. Namun guru 1 dan guru 2 gagal menggunakan kemahiran penyoalan
yang menggalakkan murid menyoal sama ada kepada guru ataupun murid.
Selain itu, disebabkan guru terlalu banyak menyemukakan soalan menyebabkan
murid-murid tidak berpeluang untuk bersoal jawab antara sesama sendiri.

Kaedah

memanggil nama semasa penyoalan juga telah digunakan oleh guru supaya fokus dalam
penyoalan. Namun menurut penyelidik lagi, sebenarnya guru adalah mencuba menggalakkan
murid untuk menyoal tetapi guru gagal memberi rangsangan kepada murid supaya menyoal.
3.0

Pandangan saya tentang jadual 3

Pada pandangan saya pula berdasarkan jadual , kedua-dua guru ini berkemahiran
dalam membentuk soalan yang jelas, ringkas dan tepat. Soalan yang jelas, ringkas dan tepat
ini memberi fokus serta mudah difahami oleh murid-murid. Justeru, apabila soalan yang
dikemukakan dapat difahami maka murid-murid dapat menjawab dengan tepat. Dalam masa
yang sama,guru juga membina soalan yang fokus kepada satu idea atau lebih daripada satu
idea.
Pada pendapat saya, guru gagal memberi rangsangan dalam memberi petunjuk supaya
murid-murid mengemukakan soalan kerana guru mengajar lebih kepada berpusatkan guru.
Sekiranya, guru hanya berperanan sebagai fasilitator dalam P & P ini, murid akan lebih
memainkan peranan. Kaedah pengajaran seperti ini lebih meransang murid untuk mengambil
peranan.
Menurut penyelidik, guru 1 dan guru 2 juga gagal mencungkil fikiran murid. Menurut
saya, hal ini demikian kerana soalan yang diajukan oleh guru itu soalan aras rendah iaitu
soalan yang tertutup. Soalan tertutup ini hanya memerlukan murid-murid memberi jawapan
ya atau tidak sahaja. Oleh itu, kedua-dua guru itu sepatutnya mengajukan soalan terbuka
supaya murid lebih berfikir.
Selain itu, menurut penyelidik juga guru kurang mengemukakan soalan yang
menggunakan idea atau jawapan murid. Pada pandangan saya, hal ini berlaku kerana
mungkin guru sudah menyediakan soalan sebelum P & P maka guru ini lebih berfokus
kepada soalan yang telah diajukan. Walaubagaimanapun, sepatutnya guru itu lebih prihatin
supaya ada kesinambungan dalam penyoalan.
Dalam kemahiran penyoalan nombor 10, guru tidak dapat merangsang murid supaya
mengajukan soalan. Keadaan ini mungkin berlaku kerana murid-murid yang didalam kelas itu
adalah murid yang agak lemah dalam akademik. Menurut saya, kadangkala keadaan murid
juga mempengaruhi dalam hal ini. Murid-murid yang bijak selalunya banyak mengajukan
soalan.
4.0

Huraian rumusan penyelidik tentang jadual 4


Terdapat enam aras soalan kognitif Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi,

analisis, sintesis dan penilaian. Berdasarkan dapatan penyelidik terhadap dua guru dalam
mengemukakan soalan dalam P & P tidak ada perbezaan. Kedua-dua guru ini lebih banyak

mengemukakan soalan pengetahuan iaitu soalan bertumpu atau berpusat. Soalan seperti ini
lebih bertujuan untuk menguji ingatan murid terhadap perkara yang telah didengar.
Selain itu, kedua-dua guru juga banyak mengajukan soalan kefahaman yang mana
soalan seperti ini juga lebih menguji sejauhmana kefahaman murid terhadap pembentangan
yang didengar. Dimana murid menjawab soalan mengikut kefahaman mereka.
Namun kedua-dua guru kurang mengemukakan soalan yang berkaitan tahap aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian. Sebenarnya, ini lah puncanya kegagalan guru tersebut dalam
memberi rangsangan kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan.

Hal ini

menunjukkan bahawa soalan-soalan yang dikemukakan oleh kedua-dua guru tidak


mencungkil fikiran murid.
5.0

Kaitan dengan sekolah saya


Sebenarnya, situasi dua guru dalam kajian ini adalah sama dengan situasi guru-guru di

sekolah saya. Saya maksudkan disini adalah guru-guru di sekolah saya pun masih terlalu
kurang menyoal mengikut tahap aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian tersebut.
Walaubagaimanapun, tidak dinafikan ada juga guru yang sudah mengamalkan penyoalan 6
tahap ini.
Kenapa saya katakana situasi tersebut turut berlaku di sekolah saya. Pada hemat saya,
sebenarnya guru-guru tidak dapat disalahkan sepenuhnya kerana perubahan keperluan ini
kurang diberi pendedahan kepada para guru di sekolah. Saya percaya, bukan sekolah saya
sahaja yang mengalami keadaan seperti ini tetapi kebanyakan sekolah yang ada di Malaysia
ini turut mengalaminya.

Bahagian B
fokus pengajaran kepada peperiksaan menyebabkan guru-guru terikat dengan
langkah-langkah dan peruntukan masa yang terbatas sehingga guru-guru tidak mampu
untuk berinteraksi dengan murid. Pernyataan oleh Zamri Malamod dan Nor Razah Lim.
Saya bersetuju dengan pernyataan yang telah diutarakan oleh Zamri Malamod dan
Nor Razah Lim dalam kajian mereka. Maksud peperiksaan tersebut sudah cukup
membuktikan kenyataan mereka.

Peperiksaan bermaksud satu alat untuk mengukur

pembelajaran murid terutama menilai kepada dominan pembelajaran kognitif.


Sebenarnya, tidak boleh menyalahkan guru kerana system pendidikan Negara kita
sejak awal kemerdekaan sudah mengamalkan system pendidikan berfokuskan peperiksaan.
Hanya beberapa tahun kebelakangan ini baru berlaku transformasi dalam pendidikan Negara
kita dimana wujudnya PBS( Penilaian Berasaskan Sekolah).Sistem penilaian PBS ini lebih
holistic. Cuma pelaksanaannya masih di peringkat awal.
saya bersetuju pengajaran berfokuskan peperiksaan ini menyebabkan guru tidak
dapat berkomunikasi baik dengan murid. Kenapa keadaan ini berlaku? Hal ini demikian
kerana guru-guru sentiasa berusaha menghabiskan semua sukatan pelajaran kerana sekiranya
tidak habis, murid-murid akan kerugian dan tidak dapat menjawab soalan peperiksaan.
Apabila guru berusaha menghabiskan sukatan mengikut masa yang ditentukan menyebabkan
ada murid yang tercicir. Keadaan seperti ini berlaku di sekolah saya.
Murid-murid yang belum menguasai kemahiran tersebut akan keciciran kerana guru
terpaksa melangkah ke sukatan berikutnya. Interaksi guru dengan murid sudah terganggu
disini. Sekiranya, system pendidikan Negara kita lebih holistic, keadaan seperti ini tidak akan
berlaku. Guru hanya perlu mengajar sehingga murid-murid itu betul-betul menguasai
kemahiran tersebut barulah beralih ke sukatan berikutnya.
Guru juga tidak dapat memenuhi setiap keperluan murid kerana murid yang pandai
akan kerugian. Sebagai contoh, dalam sebuah kelas ada dua orang murid belum menguasai
kemahiran yang diajar, guru tidak akan mengulang balik kemahiran yang sama hanya kerana
dua murid sahaja. Hal ini demikian kerana system pendidikan Negara kita yang berfokuskan
peperiksaan dan keputusan peperiksaan menjadi ukuran kecemerlangan sesebuah sekolah
5

tersebut. Keadaan ini menyebabkan guru-guru berfokus supaya mendapat kecemerlangan


dalam akademik dan hanya memberi perhatian kepada murid-murid yang pandai sahaja dan
terpaksa membiarkan murid-murid yang lemah kerana bagi memenuhi system pendidikan
Negara.
Selain itu, guru juga tidak boleh menghabiskan sukatan pelajaran kerana peperiksaan
akan merangkumi semua sukatan pelajaran. Mungkin kalau peperiksaan peringkat sekolah,
guru boleh menguji setakat sukatan yang telah diajar sahaja. Namun, memandangkan Negara
kita ada peperiksaan setara seluruh Negara seperti UPSR, PMR, dan SPM maka guru tidak
boleh memandangkan ringan tentang sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
Keadaan ini memang berlaku di sekolah saya. Saya percaya semua sekolah
mengalami masalah interaksi dengan murid-murid. Semua guru memang terikat dengan
langkah-langkah dan peruntukan masa yang terbatas. Merujuk kepada rancangan mengajar
tahunan mengikut mata pelajaran sudah menunjukkan langkah-langkah dan masa yang
diperuntukkan dan perlu diikuti supaya dapat menghabiskan sukatan pelajaran mengikut
tempoh yang ditetapkan.
Sekiranya berlaku kesilapan satu langkah maka seorang guru itu akan berasa cemas
dan ada juga guru yang terpaksa mengajar dalam dua masa bagi satu tajuk. Hal ini demikian
kerana mengejar tempoh yang telah ditetapkan. Keadaan ini juga berlaku disebabkan tugastugas lain yang memerlukan guru keluar dari sekolah. Sebagai contoh, guru mengikuti kursus
empat hari, ini bermakna minggu tersebut guru itu sama langsung tidak mengajar kelas
ataupun hanya dua masa atau satu masa sahaja guru ini dapat mengajar dalam satu minggu.
Persoalannya, bagaimana dengan sukatan yang sepatutnya diajar pada minggu itu, maka
keadaan inilah yang menyebabkan guru mengajar sukatan tersebut begitu sahaja tanpa
mempedulikan semua murid-murid sudah menguasai atau tidak. Apa yang penting sukatan
pelajaran ini sudah diajar.
Bukan itu sahaja, sekiranya murid yang lemah diberi penekanan kepada sukatan yang
tidak dikuasainya dan tidak diajar sukatan yang berikutnya turut menghadapi masalah. Hal ini
demikian kerana soalan yang perlu dijawab sama bagi semua murid kerana peperiksaan itu
adalah alat untuk mengukur prestasi seseorang murid. Sekiranya, murid lemah tadi hanya
diberi soalan sampai sukatan yang dipelajari maka tidak tercapai matlamat serta tidak adil
bagi murid lain.

Namun, seperkara yang saya perhatikan yang berlaku di sekolah saya adalah kita
hanya mementingkan sumbangan murid dalam bidang kurikulum sahaja. Sedangkan
sumbangan murid dari segi bidang kokurikulum tidak diberi penekanan sangat. Sebagai
contoh, apabila tiba masa Majlis Anugerah Kecemerlangan, hadiah atau penghargaan hanya
diberikan kepada murid-murid terbaik dalam akademik sahaja. Manakala murid-murid yang
tidak mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam akademik tidak mendapat apa-apa.
Pihak sekolah mengabaikan pencapaian murid dalam bidang kokurikulum, sedangkan
sumbangan dalam bidang kokurikulum turut memberi impak yang besar kepada sekolah.
Hal ini berlaku kerana fokus pengajaran berorientasi peperiksaan menyebabkan guruguru atau pihak pentadbir mengabaikan pencapaian murid dalam bidang kokurikulum. Oleh
itu, pada hemat saya memang amat relevan system pendidikan berasaskan peperiksaan
dimansuhkan dan digantikan dengan system penilaian secara menyeluruh supaya dapat
mengelakkan keciciran pelajaran di kalangan generasi muda.
Namun transformasi pendidikan pada masa kini sedikit sebanyak membantu interaksi
antara murid dengan guru. Hal ini demikian kerana Kurikulum baru iaitu KSSR menekankan
kepada guru-guru supaya pengajaran berpusatkan murid. Jadi ini memberi peluang kepada
guru dan murid berbincang sesama sendiri. Sebenarnya, guru dan murid boleh menjadi kawan
kerana dalam pengajaran berpusatkan murid ini, guru hanya berperanan sebagai fasilitator. Ini
bermaksud guru berperanan sebagai pembimbing.
Dalam masa yang sama kurikulum sekarang ini lebih holistic iaitu tidak hanya
menekankan kepada penilaian peperiksaan sahaja malahan melibatkan aspek-aspek lain.
Aspek lain itu merangkumi aktiviti kokurikulum dan yang berkaitan dengan hal ehwal murid.
Apabila disebut mengenai aktiviti kokurikulum ini, aktiviti yang dijalankan itu boleh
membantu dalam interaksi antara guru dan murid. Jadi isu seperti pernyataan yang
dibincangkan pada peringkat permulaan tidak akan timbul.
Secara kesimpulannya, memang system pendidikan yang mementingkan peperiksaan
itu mempengaruhi interaksi antara guru dan murid. Namun pihak kementerian Pelajaran telah
melancarkan kurikulum yang baru yang membolehkan guru dapat berinteraksi dengan lebih
baik bersama dengan murid.

Diharapkan kurikulum yang baru ini dapat membantu

meningkatkan lagi prestasi pendidikan Negara bukan sahaja dari segi akademik tetapi
melibatkan jasmani, rohani, emosi dan social genarasi muda.

Bahagian C
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran

: Bahasa Malaysia

Kelas

:2

Tema

: Pertanian Buah-buahan Tempatan dan Luar Negara

Masa

: 1 Jam ( 7.20 am 8.20 am)

Standard Pembelajaran

: 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui


nyanyian secara didik hibur.
4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian
secara didik hibur.

Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pengajaran, murid dapat:


i.
ii.

Aktiviti pengajaran
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Menyebut seni kata dengan jelas melalui nyanyian.


Menulis nama buah-buahan dengan tulisan yang kemas.

Murid melihat slaid power point bergambar yang ditunjukkan oleh guru.
Murid mendengar lagu yang ditayangkan.
Murid menyanyi lagu dengan bimbingan guru.
Murid diminta menulis nama buah-buahan yang terdapat dalam seni kata lagu.
Murid dibahagikan kepada empat kumpulan untuk melakukan aktiviti.
Murid menyelesaikan lembaran kerja yang telah disediakan.
Murid menyanyikan semula lagu dengan gerakan bebas.

Elemen Merentas Kurikulum : Nilai murni Bersyukur, kejujuran


Bahan Bantu Belajar

: LCD, Komputer, lirik lagu buah-buahan, slaid power point


bergambar.

Refleksi

Perkara
Slaid Power Point

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Set Induksi ( 5 minit)

Rujuk Lampiran A(klik gambar

1. Murid melihat slaid power point yang ditayangkan

di bawah)

oleh guru.
2. Murid diminta menamakan apa yang mereka lihat
dalam slaid tersebut.

Video dan lirik lagu Buah- Langkah 1 ( 15 minit)


buahan tempatan
Rujuk Lampiran B(klik gambar
di bawah)

1. Murid mendengar lagu yang ditayangkan.


2. Murid melihat seni kata lagu yang dipaparkan di
skrin.
3. Murid menyevut seni kata lagu dengan jelas secara
kelas, berkumpulan dan individu.

http://www.youtube.com/watch?v=I__4t9mQF1E

Rujuk lampiran C

Langkah 2 ( 15 minit)
1. Murid menyanyikan lagu dengan bimbingan guru.
2. Murid diminta menyanyikan seni kata lagu dengan
jelas secara kelas, berkumpulan dan individu.
3. Murid diminta menulis nama buah-buahan yang

Kump 1
Kump 2
Kump 3
Kump 4
Lampiran D

Rujuk Lampiran E

terdapat dalam seni kata lagu.


Langkah 3 ( 15 minit)
1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberi dua sampul yang berisi
keratan gambar dan kad perkataan.
3. Murid dikehendaki menyusun suai

gambar

sebelum melengkapkan perkataan yang betul.


4. Murid diminta menampal perkataan yang telah
dilengkapkan pada papan hitam.
5. Kumpulan terpantas dikira pemenang.
Langkah 4 ( 5 minit)
1. Murid diminta melengkapkan lembaran kerja yang
diberi.
9

2. Murid diminta menampal lembaran kerja dalam


Video

lagu

buku latihan setelah selesai.


Buah-buahan Penutup ( 5 minit)

Tempatan

1. Murid menyanyikan semula lagu dengan gerakan

http://www.youtube.com/watch?v=I__4t9mQF1E

bebas.

RUJUKAN
1.
2.

BUKU PANDUAN BAHASA MALAYSIA KSSR TAHUN 1

3.

http://pomizi-pedagogi.blogspot.com/p/kaedah.html
http://pendidikangurubaru.blogspot.com/2013/01/perbezaan-kaedah-pengajaran.html
http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/kaedah-berpusatkan-guru.html

4.
5.

http://www.youtube.com/watch?v=I__4t9mQF1E

10

11

You might also like