You are on page 1of 34

PERANAN MEDIA SOSIAL UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT KEJIRANAN

DALAM KALANGAN PENDUDUK TAMAN KASTURI 16250 WAKAF BHARU


KELANTAN
ABSTRAK
Kajian ini bertajuk “Peranan Media Sosial untuk Meningkatkan Semangat Kejiranan
dalam Kalangan Penduduk di Taman Kasturi 16250 Wakaf Bharu Kelantan”. Objektif kajian
adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis media sosial yang digunakan oleh penduduk di
Taman Kasturi. Kawasan perumahan Taman Kasturi sebagai lokasi kejiranan yang dikaji oleh
pengkaji. Objektif yang kedua adalah untuk mengkaji kesan penggunaan pelbahagai media
sosial dalam kalangan penduduk Taman Kasturi untuk meningkatkan semangat kejiranan di
Taman Kasturi. Kaedah kajian dilakukan melalui soal selidik, pemerhatian, kajian
perpustakaan dan rujukan. Seramai 30 orang penduduk Taman Kasturi dilibatkan sebagai
responden. Data kajian berbentuk skala likert dianalisis menggunakan kaedah penjadualan
dan dipersembahkan ke bentuk graf bar. Dapatan kajian menunjukkan sumber rujukan yang
banyak, suasana yang konduksif serta layanan yang baik daripada penduduk Taman Kasturi.
Kajian ini membuktikan bahawa kejiranan dapat menjalinkan lagi hubungan silaturrahim
sesame jiran tentangga.
SENARAI KANDUNGAN

BIL BUTIRAN MUKA SURAT


1. Penulisan : Abstrak 1
2. Kandungan 2
3. Penghargaan 3
4. 1.0 Pengenalan 4
5. 2.0 Objektif Kajian 5
Mengenal pasti
Kesan

6. 3.0 Lokasi Kajian 6-8


Peta Kelantan
Peta Daerah Tumpat
Peta Taman Kasturi

7. 4.0 Metodologi Kajian 9-11


4.1 Persampelan Kajian
4.2 Borang Soal Selidik
4.3 Temu Bual
4.4 Keperpustakaan

8. 5.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan 12-30


5.1 Demografi Responden
5.2 Bahagian Soal Selidik

9. 6.0 Rumusan Dan Kesimpulan 31


10. 7.0 Rujukan 32
11. 8.0 Lampiran
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dengan rasa kesyukuran saya panjatkan kepada Allah kerana dengan
limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (400/4)
Semesta 2 tahun 2023 yang bertajuk “Peranan Media Sosial untuk Meningkatkan Semangat
Kejiranan dalam Kalangan Penduduk Taman Kasturi 16250 Wakaf Bharu, Kelantan”yang
telah ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu Encik Abdullah Bin Abdul Rahman yang
merupakan guru Pengajian Am di sekolah.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak
terhingga kepada Puan Pengetua Puan Noor Azlina Binti Omar yang merupakan pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu, kerana telah memberikan keizinan kepada
saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan teratur.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Pengajian Am
saya iaitu Encik Abdullah Bin Abdul Rahman kerana telah banyak meluangkan masa,
memberikan tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu saya menyiapkan kajian ini. Selain itu
juga, memberikan semangat kepada saya untuk menjalankan tugasan ini dengan sebaik-
baiknya.
Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu
bapa saya Encik Anwar Bin Deraman dan Puan Asnah Binti Yaacob yang telah banyak
berkorban untuk saya dari segi tenaga, dorongan serta dari segi kewangan untuk memastikan
kerja kursus ini berjalan dengan lancar.
Akhir sekali, di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya
serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu saya
menyiapkan kerja khusus Pengajian Am ini.
Semasa saya menjalankan kerja kursus Pengajian Am ini, saya telah menghadapi banyak
kesukaran dan cabaran dalam menyiapkan kajian, akan tetapi dengan berkat kesabaran dan
doa yang tidak putus ke hadapan Tuhan, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan
jayanya.
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa Melayu, definisi kejiranan ialah berhubungan dengan
jiran atau hidup sebagai jiran. Jiran juga terdiri daripada orang yang tinggal berdekatan
dengan rumah kita tinggal setempat sama ada di kiri dan kanan, hadapan atau belakang, atas
atau bawah bagi rumah flat atau kondominium. Jiran juga boleh dimaksudkan sekumpulan
masyarakat yang duduk berjuahan tetapi masih berhubung di dalam situasi tertentu.
Selain itu, “Media Sosial” pula merujuk kepada satu rangkaian komunikasi diatas talian
(online) yang dapat menghubungkan para pengguna dari serata dunia. Menurut Kamus
Dewan Bahasa, media adalah alat perantara,komunikasi atau perhubungan manakala social
adalah perihal kemasyarakatan dan pergaulan. “Media Sosial” didefinisikan sebagai satu
kumpulan aplikasi berasaskan internet yang berkembang atas dasar ideologi dan teknologi.
Objektif kajian ialah mengenal pasti jenis-jenis media social yang digunakan oleh
penduduk di Taman Kasturi 16250 Wakaf Bharu Kelantan. Seterusnya mengkaji kesan
penggunaan pelbagai media sosial dalam kalangan penduduk Taman Kasturi untuk
meningkatkan semangat kejiranan di Taman kasturi 16250 Wakaf Bharu Kelantan.
Seterusnya,diperingkat global,media social mempunyai pengaruh yang besar. Platform ini
boleh dilawati melalui aplikasi mudah alih. Twitter,Facebook,Instagram,TikTok dan
Whatsaap ialah beberapa contoh rangkaian media social yang tular pada masa kini.
Lokasi yang dipilih bagi menjalankan kajian ini untuk mengetahui aktiviti yang dilakukan
oleh masyarakat dalam memupuk semangat kejiranan menggunakan media social di Taman
Kasturi 16250 Wakaf Bharu Kelantan.
Rasional kajian ini kerana pengkaji ingin mengetahui bahawa ada segelintir penduduk
Taman Kasturi tidak mengambil tahu dan tidak terlibat dalam aktiviti yang dilakukan oleh
penduduk dalam media social. Justeru itu,pengkaji juga ingin memastikan semangat
perpaduan dalam kalangan penduduk Taman Kasturi dapat mengeratkan silaturahim dan
bekerjasama dalam sesuatu program yang dilaksanakan.
Perumahan adalah kelompok rumah yang berfungsi sebagai lingkungan tempat tinggal
yang dilengkapi dengan prasarana lingkungan iaitu kelengkapan dasar fisik
lingkungan,misalnya penyediaan air minum, pembuangan sampah, tersedianya listrik,
telepon, jalan, yang memungkinkan lingkungan pemukiman berfungsi sebagaimana
mestinya.Rumah adalah tempat untuk melepaskan lelah, tempat bergaul, dan membina rasa
kekeluargaandiantara anggota keluarga, tempat berlindung keluarga dan menyimpan barang
berharga, dan rumah juga sebagai status lambang sosial.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian bagi Kerja Projek ini dengan tujuan untuk memenuhi objektif
berikut :

1. Mengenal pasti jenis-jenis media sosial yang digunakan oleh penduduk di Taman
Kasturi 16250 Wakaf Bharu Kelantan.
2. Mengkaji kesan penggunaan pelbagai media sosial dalam kalangan penduduk Taman
Kasturi untuk meningkatkan semangat kejiranan di Taman Kasturi.
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 PETA NEGERI KELANTAN

Peta : Negeri Kelantan


(Sumber : Laman Peta Google)
Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya
dengan hasil sumber asli tempatan. Dengan mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km2,
terletak di timur laut semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan
bersempadan dengan provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan merupakan sebuah negeri
agraria yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan
3.2 PETA DAERAH TUMPAT

Peta : Daerah Tumpat


(Sumber : Laman Peta Google)

Tumpat terletak 22.5 kilometer di barat laut Kota Bharu. Tumpat bermaksud tammat
atau penyudah sesuatu tetapi bagi perkataan Melayu, Tumpat juga bermakna suatu ruang
kosong yang penuh terisi. Mengikut cerita orang-orang lama, Tumpat telah terbina sejak 190
tahun yang lalu. Barang keperluan terpaksa dibawa dari Kota Bharu tanpa jalan perhubungan
yang sempurna dan apa-apa jua keperluan yang ingin dibawa keluar terpaksa menggunakan
sampan. Pelabuhan ini semakin sibuk apabila pada waktu kurun pemerintahan British
membawa beberapa pembaharuan yang membolehkan pengangkutan lebih besar keluar
masuk. Sebelum ini hanya pengangkutan antara 300 dan 400 tan yang mampu berlabuh tetapi
setelah itu lebih banyak pengangkutan dapat singgah sebelum meneruskan perjalanan ke
pelabuhan Singapura. Ketua Pelabuhan yang pertama ialah William Kerr seorang pengawai
Inggeris dalam Perkhidmatan Awam Siam yang ditempatkan di Kelantan sebelum 1909 yang
dating dari Bangkok. Potret beliau telah digantung pada dinding Kelab Tumpat. Tumpat
mempunyai 5 buah pulau kecil iaitu Tanjong Dato,Tanjong Pak Jah,Tanjong Che
Mas,Tanjung Che Tahir dan Tanjung Rulah yang terletak di kawasan Kuala Sungai Kelantan
di sebelah barat. Setiap satunya terletak berdekatan antara satu sama lain.
3.3 PETA LOKASI KAJIAN

Peta : Taman Kasturi


Sumber : Google Maps
Taman Kasturi merupakan sebuah perumahan yang terletak di Wakaf Bharu,
Kelantan. Kawasan penepatan lain yang berhampiran ialah Kampung Belukar, Kampung
Kubang Batang dan Kampung Delima. Poskod Taman Kasturi iaitu 16250 Wakaf Bharu,
Kelantan. Penduduk Taman Kasturi mejoriti menggunakan pengakutan jalan raya
menggunakan kereta dan motorsikal. Pelbagai kemudahan yang ada berdekatan Taman
Kasturi seperti Dewan Badminton, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Caltex dan banyak
kedai-kedai makan yang berdekatan.

TEMPAT KAJIAN
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian merupakan satu kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kajian
ke atas subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur. Tujuan adalah untuk
menghasilkan kajian yang baik. Oleh itu, pengkaji sedaya upaya mahu memanfaatkan teori
penyelidikan tersebut dalam penghasilan ke atas projek ini. Selain itu,metodologi kajian juga
boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data yang sah
dan dipercayai. Kajian ini dijalankan bertujuan menghubungkaitkan persoalan dan objektif
kajian dengan hasil kajian. Kaedah ini digunakan borang soal selidik yang mana ianya muda
untuk mendapatkan kerjasama daripada responden.

4.1 PERSAMPELAN KAJIAN


Kajian ini menggunakan persampelan secara terpilih bertujuan untuk menjawab objektif
yang diaturkan oleh pengkaji. Seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab
borang soal selidik tentang kejiranan (media sosial). Selain 30 orang responden terdapat satu
orang informen yang membantu bagi menyelesaikan kajian ini. Menurut informen aktiviti
yang dilakukan di Taman Kasturi melalui media sosial ini memberikan kesan yang positif
terhadap integrasi dan perpaduan yang ada di kawasan kajian. Pemilihan responden adalah
berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik.

4.2 BORANG SOAL SELIDIK


Soal selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul data. Data yang
diperoleh daripada borang soal selidik dengan responden dijalankan dalam suasana
semulajadi yang memberikan data berbentuk jelas dan tepat tanpa dimanipulasi dan campur
tangan orang lain. Seramai 30 orang responden dipilih secara rawak yang menggunkan media
sosial di Taman Kasturi untuk menjawab borang soal selidik tanpa paksaan dan kerelaan.
Borang soal selidik ini berbentuk tertutup. Rasional menggunakan soal selidik tertutup adalah
untuk mendapatkan jawapan yang berbeza dan mudah dibandingkan untuk direkodkan. Bagi
soal selidik yang berbentuk terbuka pula, rasionalnya adalah untuk memudahkan responden
bebas memberikan berbagai bentuk jawapan,responden juga bebas memberikan pendapat
yang dirasakan sesuai.

4.3 TEMU BUAL


Terdapat dua jenis instrument yang digunakan untuk mengumpul maklumat dalam
kajian ini. Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada tetamu undangan ditemu bual
secara rawak bagi melaksanakan kajian ini. Satu daripada intrumen yang mempunyai kaitan
dengan kaedah kualitatif ini adalah menggunakan teknik temu bual. Terdapat tiga jenis teknik
temu bual iaitu secara formal, tidak formal dan terbuka. Borang temu bual ini mengandungi
dua aneka soalan berkenaan aktiviti dan juga kesan. Temu bual ini dijalankan beserta dengan
borang soal selidik.Kesemua maklumat temu bual ditulis semula dalam bentuk jadual dan
rajah.

4.5 KEPERPUSTAKAAN
Kaedah rujukan adalah kaedah yang membantu pengkaji untuk mencari sebarang
maklumat yang digunakan. Rujukan yang dilakukan ini bertujuan untuk memenuhi hasil
kajian yang selengkapnya. Kaedah ini membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat lebih
tepat dan padat. Maklumat yang diperoleh hasil dari rujukan ditulis dan dicatat sebagai
kajian.

4.6 DATA PRIMER


Kaedah soal selidik dan temu bual bersemuka dilakukan dengan para penduduk Taman
Kasturi secara langsung. Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau
kawasan kajian iaitu di kawasan perumahan Taman Kasturi 16250 Wakaf Bharu Kelantan.

4.7 DATA SEKUNDER


Data sekunder diperoleh dari laman web rasmi seperti blogspot dan lain-lain. Selain
itu, peta dan gambar rajah diperoleh daripada laman web google dan juga pengkaji
4.8 PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data yang digunakan adalah menggunakan borang soal selidik, temu
bual, pemerhatian dan kepustakaan. Borang soal selidik dibentuk untuk mendapatkan
maklumat tentang hasil kajian di Taman Kasturi 16250 Wakaf Bharu Kelantan.

4.9 PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian adalah kaedah alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat
atau kumpulan data selain soal selidik dan temu bual. Pemerhatian memerlukan pengkaji
memerhati aktiviti media sosial dalam kalangan penduduk taman kasturi dijalankan dengan
baik. Kaedah ini membantu pengkaji mengkaji dengan lebih mendalam. Pemerhatian
dilakukan semasa perbincang dalam group whatsaap taman kasturi untuk menjalankan
pelbagai aktiviti kejiranan.
4.10 TEKNIK PENGANALISIS DATA
Dibahagi kepada teknik penganalisan data secara kuantitatif dan kualitatif.
Penganalisan data yang dikumpulan direkodkan dan dikaji dalam bentuk rajin dan jadual.

4.11 DATA PENGANALISAN KUANTITATIF DAN KUANLITATIF


Data penganalisan kuantitatif : Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam
bentuk peratusan dan kekerapan. Data yang terkumpul dikaji dan dipersembahkan dalam
bentuk rajah dan jadual bagi memudahkan pemerhatian.
Data penganalisan kualitatif : Satu penerangan terperinci tentang situasi peristiwa orang
interaksi dan kelakuan orang yang diperhatikan. Kualitatif juga dikatakan sebagai penggunaan
petikan daripada orang yang berpengalaman, sikap dan pemikiran mereka sendiri. Penganalisan
kualitatif ini diguna pakai hasil daripada temu bual antara pengkaji dan responden hasil dari
pengetahuan dan perkara yang disampaikan oleh responden.
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan pemerhatian serta
tindak balas responden terhadap soal selidik yang berkaitan dengan jenis-jenis media sosial
yang digunakan oleh penduduk Taman Kasturi 16250 Wakaf Bharu Kelantan dan kesan
penggunaan pelbagai media sosial dalam kalangan penduduk Taman Kasturi untuk
meningkatkan semangat kejiranan di Taman Kasturi. Terdapat 30 orang responden yang telah
mengisi borang soal selidik manakala beberapa orang penduduk telah ditemu bual oleh
pengkaji. Pemilihan responden secara rawak dapat mewujudkan variasi yang berlainan latar
belakang.
5.1.1 KATEGORI JANTINA
Untuk mengkaji kajian ini, seramai 30 orang responden yang terdiri daripada beberapa
orang penduduk Taman Kasturi yang ditemu bual dan disoal selidikan oleh pengkaji. Huraian
analisis latar belakang melibatkan aspek jantina,pekerjaan,umur yang dipersembahkan dalam
bentuk jadual dan gambar rajah.
JADUAL 1 : KATEGORI JANTINA
KATEGORI JANTINA BILANGAN RESPONDEN PERATUS %
(ORANG)
LELAKI 16 53.3
PEREMPUAN 14 46.7
JUMLAH 30 100
SUMBER : LAPANGAN KAJIAN 2023
JANTINA

LELAKI
PEREMPUAN
47%
53%

RAJAH 1 : JANTINA
(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2023)
Berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan, majoriti jantina lebih memihak kepada
responden lelaki berbanding responden perempuan. Daripada 30 orang responden, seramai 16
orang yang mewakili sebanyak (53%) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala
responden perempuan ialah seramai 14 orang. Peratusan yang diwakili oleh responden
perempuan iaitu (47%). Maklumat yang jelas dapat dilihat dalam rajah diatas. Seperti yang
dapat dilihat, majoriti bagi kedua-dua belah responden lebih ramai lelaki berbanding
perempuan.
5.1.2 PEKERJAAN
JADUAL 2 : PEKERJA
JANTINA BILANGAN RESPONDEN PERATUS %
(ORANG)
KERAJAAN 7 23.33
SWASTA 5 16.67
KERJA SENDIRI 2 6.67
TIDAK BEKERJA 9 30
PELAJAR 5 16.67
JUMLAH 30 100
SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2023

PEKERJAAN

18% KERAJAAN
25% SWASTA
KERJA SENDIRI
TIDAK BEKERJA
PELAJAR

32% 18%

7%

RAJAH 2 : PEKERJAAN
(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2023)
Kebanyakkan responden adalah terdiri daripada golongan tidak bekerja iaitu sebanyak 9
orang responden bersamaan 30 peratus diikuti dengan kerja kerajaan iaitu sebanyak 7 orang
responden bersamaan 23.33 peratus jumlah keseluruhan. Seterusnya, kerja swasta seramai 5
orang responden bersamaan 16.67 peratus. Selebihnya adalah terdiri daripada pelajar seramai
5 orang responden bersamaan 16.67 peratus dan kerja sendiri seramai 2 orang responden
bersamaan 6.67 peratus.
5.1.3 STATUS PERKAHWINAN
JADUAL 3 : STATUS PERKAHWINAN
BANGSA BILANGAN RESPONDEN PERATUS %
(ORANG)
BERKAHWIN 18 60
BUJANG 12 40
JUMLAH 30 100
SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2023

STATUS PERKAHWINAN

BERKAHWIN
BUJANG
46%
54%

RAJAH 3 : STATUS PERKAHWINAN


(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2023)
5.1.4 UMUR
Untuk mengkaji kajian ini, seramai 30 orang responden yang terdiri daripada beberapa
orang penduduk Taman Kasturi yang ditemu bual dan disoal selidikan oleh pengkaji. Huraian
analisis latar belakang melibatkan aspek jantina,pekerjaan,umur yang dipersembahkan dalam
bentuk jadual dan gambar rajah.
JADUAL 4 : UMUR
PEKERJAAN BILANGAN RESPONDEN PERATUS %
(ORANG)
18-25 12 40
26-32 12 40
35-40 5 16.67
50 1 3.33
JUMLAH 30 100
SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2023

UMUR

3%
17% 18-25
26-32
40% 35-40
50

40%

RAJAH 4 : KATEGORI UMUR


(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2023)
Daripada 30 orang responden, 12 orang yang merupakan individu yang berumur antara
18-25 tahun dan mewakili (40%) daripada jumlah keseluruhan. Seramai 12 orang iaitu (40%)
daripada kategori umur 26-32 tahun, 5 orang bersamaan dengan (16.67) dalam kategori umur
35-40 tahun, 1 orang penduduk Taman Kasturi yang mewakili umur 50 tahun persamaan
(3.33). Maka dapat dilihat bahawa kumpulan responden yang majoriti ialah responden yang
dalam golongan remaja. Hal ini disebabkan kerana pada peringkat usia yang muda,
sesetengah responden tidak terikat dengan sebarang komitmen seperti perkahwinan,
pekerjaan dan sebagainya. Mereka pada peringkat usia begini, mereka lebih suka kepada
media sosial kerana banyak faedah yang dapat dibuat oleh remaja zaman sekarang.
Contohnya, mencari pendapatan melalui media sosial seperti whatsaap dan facebook.
5.1.5 AGAMA
JADUAL 5 : AGAMA
AGAMA BILANGAN PERATUS %
RESPONDEN(ORANG)
ISLAM 21 70
BUDHA 4 16.67
KRISTIEN 5 13.33
HINDU 0 0
JUMLAH 30 100
SUMBER :KAJIAN LAPANGAN 2023

AGAMA

17%
ISLAM
BUDHA
13% KRISTIEN

70%

RAJAH 5 : AGAMA
(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2023)
5.1.6 BANGSA
Responden-responden terdiri daripda bangsa Melayu,Cina dan Siam. Jadual 3 dan
rajah 3 menunjukkan bilangan responden mengikut bangsa masing-masing.
JADUAL 6 : BANGSA
STATUS PERKAHWINAN BILANGAN RESPONDEN PERATUS %
(ORANG)
MELAYU 21 70
CINA 5 16.67
SIAM 4 13.33
JUMLAH 30 100
SUMBER : KERJA LAPANGAN 2023

BANGSA

13%
MELAYU
CINA
17% SIAM

70%

RAJAH 6 : BANGSA RESPONDEN


(SUMBER : KAJIAN LABANGAN 2023)
Dalam kalangan 30 orang responden, majoriti ialah bangsa Melayu iaitu sebanyak 21
orang yang mewakili (70%) jumlah keseluruhan. Manakala pula, bilangan bangsa Cina ialah
5 orang mewakili (17%) dan bangsa Siam bilangan responden iaitu 4 orang yang mewakili
(13%) daripada jumlah keseluruhan.
BIL MENGENAL PASTI JENIS-JENIS 1 2
MEDIA SOSIAL YANG YA TIDAK
DIGUNAKAN OLEH PENDUDUK
TAMAN KASTURI

BIL PERATUS BIL PERATUS


% %
1. Whatsaap 27 90 3 10

2. Facebook 21 70 9 30

3. Instagram 19 63.33 11 36.67

4. Tiktok 7 23.33 23 76.67

5. Twitter 3 10 27 90

6. Wechat 3 10 27 90

7. Googlemeet 18 60 12 40

JADUAL 7 : MENGENAL PASTI JENIS-JENIS MEDIA SOSIAL YANG


DIGUNAKAN OLEH PENDUDUK TAMAN KASTURI
SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2023
JENIS-JENIS MEDIA SOSIAL YANG DIGUNAKAN OLEH PENDUDUK TAMAN
KASTURI

100
90
90 90 90
80
70 76.67
70
60 63.33
60
50
40
40
30 36.67
30
20 23.33
10
10 10 10
0
WHATSAAP FACEBOOK INSTAGRAM YATIKTOK
TIDAK TWITTER WECHAT GOOGLEMEET

RAJAH 7 : JENIS-JENIS MEDIA SOSIAL YANG DIGUNAKAN OLEH PENDUDUK


TAMAN KASTURI
SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2023

Bagi penilaian yang dibuat oleh pengkaji, bagi soalan jenis-jenis media sosial yang
digunakan oleh penduduk Taman Kasturi yang pertama iaitu Whatsaap didapati 27 orang
responden bersamaan 90 pertus bagi jawapan ya, manakala 3 orang responden bersamaan 10
peratus yang memberi jawapan tidak terhadap soalan yang diajukan kepada mereka.
Jenis media sosial yang kedua ialah Facebook. Seramai 21 orang responden bersamaan
70 peratus menjawab ya. Bagi jawapan tidak pula, seramai 9 orang responden bersamaan 30
peratus yang menanda bahagian ini.
Jenis media sosial yang ketiga ialah Instagram. Seramai 19 orang responden bersamaan
63.33 peratus menjawab ya bagi soalan tersebut, manakala 11 orang lagi responden
bersamaan 36.67 peratus menanda pada ruangan tidak.
Jenis media sosial yang keempat ialah Tiktok. Seramai 7 orang responden bersamaan
23.33 peratus menjawab ya dengan soalan yang diajukan, manakala seramai 23 orang
responden bersamaan 76.67 peratus menanda pada ruang tidak.
Jenis media sosial yang kelima ialah Twitter. Seramai 3 orang responden bersamaan 10
peratus yang memberi jawapan ya terhadap soalan yang diajukan kepada mereka, manaka 27
orang responden bersamaan 90 peratus menjawab tidak.
Jenis media sosial yang keenam ialah wechat. Pada zaman 2018 dahulu wechat adalah
media sosial yang paling tinggi pengguna di Taman Kasturi kini sudah tidak ramai yang
menggunakan wechat. Pengguna media sosial Wechat di Taman Kasturi pada hari ini seramai
3 orang responden bersamaan 10 peratus yang menjawab ya, manakala seramai 27 orang
responden bersamaan 90 peratus responden memberi jawapan tidak pada penyatan tersebut.
Jenis media sosial yang ketujuh ialah Googlemeet. Media sosial ini sering diguna oleh
penduduk Taman kasturi untuk perbincangan tentang masalah penduduk atau apa-apa sahaja
perkara yang berkaitan dengan Taman Kasturi. Berdasarkan penilaian yang dibuat melalui
soal selidik, didapat bahawa 18 orang responden bersamaan 60 peratus yang menjawab ya
pada soalan yang diajukan, manakala 12 responden bersamaan 40 peratus.
JADUAL 8 : MENGKAJI KESAN PENGGUNAAN PELBAGAI MEDIA SOSIAL
DALAM KALANGAN PENDUDUK TAMAN KASTURI UNTUK MENINGKATKAN
SEMANGAT KEJIRANAN DI TAMAN KASTURI
BIL MENGKAJI KESAN 5 4 3 2 1 Min
PENGGUNAAN Sangat setuju Tidak Tidak Sangat
PELBAGAI MEDIA setuju Pasti Setuju tidak
SOSIAL DALAM setuju
KALANGAN PENDUDUK
TAMAN KASTURI UNTUK
MENINGKATKAN Bil % Bil % Bil % Bi %
SEMANGAT KEJIRANAN l
DI TAMAN KASTURI Bil %

1. Menambah kenalan dan jiran 3 10 17 56.6 7 23.3 2 6. 1 3.3 3.63


baharu 7 3 67 3
2. Mengeratkan hubungan 4 13.33 22 73.3 4 13.3 0 0 0 0 4
silaturrahim antara jiran 3 3
3. Memberi bantuan dan 4 13.33 14 46.6 10 33.3 1 3. 1 3.3 3.63
meminta bantuan jiran dalam 7 3 33 3
waktu kecemasan
4. Meningkatkan kerjasama 1 3.33 11 36.6 15 50 2 6. 1 3.3 3.3
antara komuniti 7 67 3
5. Mengelakkan prasangka, 1 3.33 7 23.3 20 66.6 2 6. 0 0 3.23
tanggapan negetif dan 3 7 67
persepsi sesama jiran
6. Memupuk perpaduan dalam 1 3.33 11 36.6 16 53.3 1 3. 1 3.3 3.33
kalangan komuniti 7 3 33 3

SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2023


RAJAH 8 : KESAN PENGGUNAAN PELBAGAI MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN
PENDUDUK TAMAN KASTURI UNTUK MENINGKAT SEMANGAT KEJIRANAN DI
TAMAN KASTURI
Untuk keseluruhan kesan penggunaan pelbagai media sosial dalam kalangan
penduduk Taman Kasturi untuk meningkatkan semangat kejiranan di Taman Kasturi ialah
majoriti yang menjawab “setuju”. Hal ini dapat dilihat melalui kesan media sosial iaitu dapat
menambah kenalan dan jiran baharu. Daripada kesan ini, bagi yang menjawab “sangat setuju”
ialah 3 orang responden sahaja mewakili 10 peratus manakala bagi yang menjawab “tidak
pasti” ialah 7 orang responden mewakili 23.33 peratus Bagi yang menjawab “tidak setuju”
ialah 2 orang sahaja responden mewakili 6.67 peratus manakala responden yang menjawab
“tidak sangat setuju” ialah 1 orang sahaja mewakili 3.33 peratus.
Selain itu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara jiran. Responden yang
menjawab “sangat setuju” ialah 4 orang responden sahaja mewakili 14.33 peratus. Bagi yang
menjawab “setuju” ialah 22 orang responden mewakili 73.33 peratus manakala yang
menjawab “tidak pasti” ilah 4 orang sahaja responden mewakili 13.33 peratus. Bagi “tidak
setuju” dan “sangat tidak setuju” tiada responden yang jawab di bahagian tersebut.
Seterusnya. dapat memberikan bantuan dan meminta bantuan juran dalam waktu
kecemasan. Responden yang menjawab pada ruangan “sangat setuju” ialah 4 orang
responden mewakili 13.33 peratus manakala “setuju” seramai 14 orang responden mewakili
46.67 peratus.”tidak pasti” seramai 10 orang responden mewakili 33.33 peratus.”tidak setuju”
1 orang responden mewakili 3.33 peratus manakala “sangat tidak setuju” seramai 1 orang
responden mewakili 3.33 perastus.
Di samping itu, dapat meningkatkan kerjasama antara komuniti. Responden yang
menjawab “sangat setuju” mempunyai 1 orang responden mewakili 3.33 peratus manakala
seramai 11 orang responden mewakili 36.67 peratus yang menjawab “setuju”. 15 orang
responden mewakili 50 peratus menjawab “tidak pasti” manakala seramai 2 orang responden
mewakili 6.67 peratus menjawab “tidak setuju”. “sangat tidak setuju” 1 orang respondon
mewakili 3.33 menjawab pada jawapan tersebut.
Kesan penggunaan media sosial yang kelima ialah dapat mengelakkan prasangka,
tanggapan negetif dan persepsi sesame jiran. Seorang sahaja responden mewakili 3.33 peratus
menjawab “sangat setuju” manakala seramai 7 orang responden mewakili 23.33 peratus
menjawab pada kenyataan “setuju”. Seramai 20 orang responden mewakili 66.67 peratus
menjawab “tidak pasti”. 2 orang responden mewakili 6.67 peratus menanda jawapan pada
“tidak setuju”.
Akhir sekali, dapat memupuk perpaduan dalam kalangan komuniti. 1 orang responden
mewakili 3.33 peratus menanda jawapan pada “sangat setuju” manakala seramai 11 orang
responden mewakili 36.67 peratus menjawab “setuju”. 16 orang responden mewakili 53.33
peratus menanda jawapan “tidak pasti”. “tidak setuju” 1 orang responden mewakili 3.33
peratus menanda jawapan pada ruangan tersebut. “sangat tidak setuju” 1 orang responden
3.33 peratus memberi jawapan.
KAEDAH TEMU BUAL

FOTO 1 : PROSES PENGAGIHAN BORANG SOAL SELIDIK KEPADA RESPONDEN


(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2023)
FOTO 2 : PROSES MENEMU BUAL INFORMEN TENTANG PERANAN MEDIA
SOSIAL
(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2023)
HASIL KAJIAN MELALUI TEMU BUAL
Temu bual dihasilkan kerana untuk menyempurnakan lagi kerja kursus pengkaji.
Pengkaji telah menemu bual tiga orang responden di kalangan penduduk Taman Kasturi
16250 Wakaf Bharu Kelantan. Dalam menemu bual, pengkaji telah menanyakan beberapa
soalan kepada responden ketika ditemu bual di rumah. Walaupun soalan yang diajukan
kepada tiga orang responden tersebut merupakan soalan yang sama, tetapi setiap responden
telah memberi jawapan yang berlainan mengikut pandangan masing-masing.
Responden pertama yang telah ditemu bualkan ialah Puan Asnah binti Yaacob yang
berusia 50 tahun. Soalan pertama yang telah dianjukan ialah “pada pandangan Puan kesan
penggunaan pelbagai media sosial dalam kalangan penduduk Taman Kasturi dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim antara jiran?”. Puan Asnah telah memberikan jawapan
bahawa dia sangat setuju dengan soalan yang diajukan kerana pada pandangan beliau
penduduk akan mudah bergaul dan dapat mengenali jiran-jiran yang tidak pernah bertegur
dan yang selalu sibuk dengan kerja sampai jiran sebelah rumah tidak dikenali. Dengan
adanya media sosial kita dapat berhubungan dan berkomunikasi bersama jiran. Beliau juga
telah memberitahu bahawa penduduk akan mengenali jiran dengan lebih rapat apabila
sentiasa berkomunikasi atau bertanya khabar jiran-jiran tentangga. Seterusnya soalan kedua
ialah “adakah kesan penggunaan pelbagai media sosial dalam kalangan penduduk Taman
Kasturi dapat memupuk perpaduan dalam kalangan komuniti?”
TEMPAT KAJIAN

FOTO 3 : KAWASAN PERUMAHAN TAMAN KASTURI


(SUMBER : KERJA LAPANGAN 2023)
KAEDAH PEMERHATIAN

FOTO 4 : MENGADAKAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG SETELAH PENDUDUK


TAMAN KASTURI BERBINCANG DALAM GROUP WHATSAAP
Gambar di atas menunjukkan aktiviti gotong-royong yang dijalankan oleh penduduk
Taman Kasturi pada cuti hujung minggu. Aktiviti ini dilakukan untuk membersihkan
kawasan perumahan di Taman Kasturi supaya penduduk dapat hidup dengan sihat dan
nyaman. Selain itu, dapat memupukkan lagi semangat kejiranan yang kian pudar hari ini.
FOTO 5 : KANAK KANAK YANG TINGGAL DI TAMAN KASTURI MENYERTAI
PERTANDINGAN MEMBUAT VIDEO MENGIKUT KREATIVITI MASING-MASING
Setiap cuti hujung tahun, penghulu kampung akan mengadakan aktiviti mencipta atau
mengedit sebuah video yang kreatif. Seterusnya, Ajk Taman Kasturi juga ada menyediakan
hadiah dan sagu hati kepada kanak-kanak yang menyetai pertandingan tersebut. Dengan
mengadakan pertandingan seperti ini, kanak-kanak yang tinggal di Taman Kasturi tidak
membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Aktiviti sebegini juga dapat mencukil
minak kanak-kanak dalam bidang komuniti atau sosial media.
6.0 RUMUSAN
Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang
dilakukan oleh penduduk Taman Kasturi 16250 Wakaf Bharu, Kelantan. Bukan itu sahaja,
kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan pelbagai media sosial dalam
kalangan penduduk Taman Kasturi untuk meningkatkan semangat kejiranan di Taman
Kasturi. Bahagian ini merumuskan bagi kedua-dua dapatan kajian yang telah dianalisis oleh
pengkaji.
1)Kajian yang petama ialah jenis-jenis media sosial yang digunakan oleh penduduk
Taman Kasturi.Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakkan media sosial yang
telah di kemukakan oleh responden adalah berbeza. Jenis-jenis media sosial yang digunakan
oleh pendudukan Taman Kasturi ialah whatsaap, facebook, Instagram, tiktok, twitter, wechat
dan googlemeet. Mejoriti penduduk Taman Kasturi menggunakan media sosial whatsaap
kerana 27 responden menjawab ya dalam borang soal selidik yang telah diedarkan oleh
pengkaji.
2)Seterusnya, berdasarkan kajian kesan penggunaan pelbagai media sosial dalam
kalangan penduduk Taman Kasturi untuk meningkatkan semangat kejiranan di Taman
Kasturi. Kesan penggunaan media sosial dalam kalangan penduduk Taman Kasturi ialah
dapat menambah kenalan dan jiran baharu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara
jiran, dapat memberi bantuan dan meminta bantuan jiran dalam waktu kecemasan, dapat
meningkatkan kerjasama antara komuniti, dapat mengelakkan prasangka, tanggapan negetif
dan persepsi sesama jiran dan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan komuniti.
7.0 RUJUKAN
a) Menurut Kamus

 Kamus Pelajar Edisi Keempat

b) Menurut Internet
 https://www.google.com/search?
q=peta+tumpat+kelantan&tbm=isch&ved=2ahUKEwjhq9aouq7_AhVNM7cAHYfJA
s0Q2-
cCegQIABAA&oq=peta+tumpat&gs_lcp=CgNpbWcQARgBMgUIABCABDIFCAA
QgAQyBggAEAgQHjIGCAAQCBAeMgYIABAIEB46BAgjECc6CAgAEIAEELED
OgsIABCABBCxAxCDAVDhBljGL2DoTWgAcAB4AIABtgSIAegckgEKMC4xNC
4zLjUtMZgBAKABAaoBC2d3cy13aXotaW1nwAEB&sclient=img&ei=EA1_ZOHj
EM3m3LUPh5OL6Aw&bih=655&biw=1038#imgrc=4sXZ0jPuuJOxaM

 https://www.google.com/search?
q=peta+kelantan+malaysia&sxsrf=APwXEdfoWci40QxCEJ5ric-
O5WKFtPqGzw:1686048145973&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwi2
msLmuq7_AhVtwjgGHbaCCdQQ_AUoAXoECAEQAw&biw=1038&bih=655&dpr
=1.25#imgrc=RFKtFccG5XXKNM

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Jiran

You might also like