You are on page 1of 5

990311-13-6171

3.0 Lokasi Kajian


Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Kawasan kajian ini adalah
berfokus di kawasan Krokong Bau yang terletak di Bau.

Peta 1: Peta Negeri Sarawak

Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sebelum pembentukan negara Malaysia, Sarawak
bebas dari kolonial British pada 22 Julai 1963. Negeri Sarawak juga dikenali sebagai Bumi Kenyalang.
Negeri ini merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 124,449.51 km2 dan
terletak di Pulau Borneo iaitu di Malaysia Timur. Kuching merupakan ibu negerinya dan Sungai Rajang
yang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia terdapat di negeri ini. Pada peringkat awalnya, Sarawak
merupakan sebuah wilayah yang bergabung bersama-sama Sabah, Singapura dan Tanah Melayu membentuk
negara Malaysia pada 16 September 1963. Akibat masalah ekonomi dan politik, idea penggabungan diterima
oleh masyarakat Sarawak. Sarawak memiliki kawasan yang terbesar di Malaysia. Sarawak, Labuan dan
Sabah dikenali sebagai Malaysia Timur.
990311-13-6171
Peta 2: Peta Kuching, Sarawak

SUMBER: GOOGLE MAP

Peta di atas menunjukkan peta ibu negeri Sarawak iaitu Kuching. Bandaraya Kuching dibahagi kepada 2
kawasan: Utara dan Selatan. Setiap satu ditadbir oleh Datuk Bandar - Pensuruhjaya Kuching Utara dan Datuk
Bandar untuk Kuching Selatan.

Bandaraya Kuching Selatan merangkumi sebahagian besar kawasan dahulunya di bawah Kuching Municipal
Council (KMC). Oleh sebab ianya masih di bawah bidang kuasa Kerajaan Tempatan, bidang kuasa serta fungsi
di bawah Ordinan KMC masih dikekalkan dengan sedikit perubahan.

Bandaraya Kuching Utara merujuk kepada kawasan yang diurus tadbir oleh Kuching Rural District Council
(KRDC) dahulu. Ia juga termasuk kawasan KMC. Oleh kerana ianya bulan Kerajaan Tempatan, Bandaraya
Kuching Utara adalah di bawah kawal selia Suruhanjaya yang dibantu oleh Lembaga Penasihat. Suruhanjaya
tersebut merupakan badan korporat bertanggungjawab terus kepada Ketua Menteri. Bidang kuasa dan fungsi
Suruhanjaya adalah termaktub dibawah Ordinan Bandaraya Kuching Utara, yang mana berasaskan model
Bandaraya Kuching Selatan.

Pentadbiran secara bersama lahir atas keperluan sistem yang efesien untuk membolehkan pembangunan
seimbang dan taburan populasi di kedua dua kawasan. Ini akan memastikan Bandaraya Kuching Selatan tidak
akan dibebani oleh tanggungjawab membangunkan Bandaraya Kuching Utara, yang mana dibawah kawalselia
KRDC.
990311-13-6171
Peta 3: Peta Daerah Bau, Sarawak

SUMBER: GOOGLE MAP


Daerah Bandar Bau merupakan pecahan kawasan pentadbiran di Bahagian Kuching bagi negeri Sarawak,
Malaysia. Daripada segi ekonomi, bandar Bau terkenal dengan perlombongan emas yang berkualiti di
Malaysia. Jarak antara daerah Bau ialah 47 kilometer dari Pusat Bandaraya Kuching.
990311-13-6171
Peta 4 : Peta Lokasi Kajian
SUMBER: GOOGLE MAP

Peta 4 menunjukkan kawasan kajian ini dijalankan iaitu di kawasan Krokong. Jarak antara kawasan kajian
dengan bandaraya Kuching ialah 54 kilometer . Kawasan kajian ditakbir oleh Majlis Daerah Bau. Masa yang
diambil untuk sampai ke lokasi tersebut dari bandaraya Kuching ialah sejam dengan menggunakan
kenderaan bermotor.
990311-13-6171
4.0 Metodologi
PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,2006, perkataan ‘Metodologi’ didefinisikan sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, displin, dan sebagainya. Pelbagai
kaedah kajian dan memanfaatkan teori penyelidikan yang telah dilakukan dengan secara gigih untuk
menghasilkan sebuah kajian yang terbaik.
4.1 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Penyelidikan deskriptif merujuk kepada sejenis pengajian
yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Dalam kajian ini, penyelidikan dekripitf
dijalankan untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang menarik dia Gua Pari-Pari di Krokong, Bau, Sarawak
dan

You might also like