You are on page 1of 7

980423-02-5098

6.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1: Peta Negeri Kedah

Sumber: Google map

Peta di atas menunjukkan negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.


Negeri ini bersempadan dengan Thailand dan mempunyai keluasan kira-kira 9,425 km2.
Ibu negeri Kedah ialah Alor Setar dan Anak Bukit merupakan Bandar Diraja. Kedah
mempunyai 15 kawasan Parlimen, 36 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 12 daerah
iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Kubang Pasu, Langkawi, Padang Terap, Sik,
Baling, Yan, Pendang, Bandar Baharu dan Pokok Sena. Kebanyakan penduduk Kedah
adalah orang Melayu, dan sedikit orang Cina dan India. Anggaran populasi mengikut
kaum pada 2003 ialah: Melayu (1,336,352), Cina (252,987), India (122,911), Bukan
warganegara (35,293), Lain-lain (27,532). Gunung Jerai pula merupakan gunung yang
tertinggi iaitu mencapai 1,217 meter.

9
980423-02-5098

Selain itu, Kedah turut menawarkan destinasi pelancongan menarik seperti


Pulau Payar, Air Terjun Puncak Janing, Air Terjun Sedim, Balai Besar, Balai Nobat,
Balai Seni Negeri, Batu Hampar, Bukit Kayu Hitam, Bukit Pinang, Junjong, Kota Kuala
Kedah, Lata Asam Jawa, Lata Mengkuang, Lembah Bujang, Masjid Zahir, Muzium
Negeri, Muzium Padi, Pantai Merdeka, Tasik Pedu, Pekan Rabu, Perangin Sik, Rumah
Kelahiran Tun Mahathir, Seri Perigi, dan Makam Diraja.

Peta2: Daerah Kuala Muda, Kedah

Sumber: Google map

Peta di atas menunjukkan daearah Kuala Muda terletak di bahagian tengah


Negeri Kedah, dengan jarak kira-kira 40km di selatan Bandaraya Alor Setar. Ia
bersempadanan dengan Daerah Yan dan Daerah Pendang di sebelah Utara, Daerah Sik
dan Daerah Baling di sebelah Timur, serta Daerah Perai Utara dan Daerah Kulim di
bahagian Selatan.

Keluasan Daerah Kuala Muda adalah 92,835.39 hektar. Ia meliputi 16 mukim.


Berikut adalah keluasan setiap mukim :

10
980423-02-5098

MUKIM KELUASAN
Sungai Petani 18,520.01
Gurun 20,054.24
Semeling 4,059.50
Bujang 7,628.19
Merbok 4,890.19
Bukit Meriam 3,830.01
Kuala 714.39
Kota 630.22
Rantau Panjang 999.79
Haji Kudong 412.83
Simpor 1,993.83
Sungai Pasir 3,670.56
Pekula 2,201.26
Pinang Tunggal 3,625.05
Sidam Kiri 6,892.44
Teloi Kiri 12,712.95
Jumlah Keseluruhan 92,835.39

Dari segi kependudukan jumlah orang penduduk di Daerah Kuala Muda


meningkat dari 254,372 pada tahun 1990 kepada 358,663 orang pada tahun 2000
dengan purata kadar pertumbuhan dengan purata kadar pertumbuhan sebanyak 3.89%.
Anggaran penduduk pada tahun 2007 adalah seramai 445,680 dengan KPPT
3.15%.Manakala menjelang tahun 2020, sasaran unjuran penduduk adalah seramai
527,159. Daerah Kuala Muda terdapat kawasan pelancongan dan rekreasi. Antaranya
Pantai Merdeka, The Carnivall, Sungai Merbok, Tanjung Dawai, Lembah Bujang,
Menara Jam Besar, Taman Jubli Perak, Rekreasi Tupah, dan Makam Sultan Muzaffah
Shah. Daerah Kuala Muda juga terdapat pusat membeli-belah seperti Central Spuare,
SP Plaza, Tesco Sungai Petani, Village Mall, dan lain-lain.

11
980423-02-5098

Peta 3: Sungai Petani,Kedah Darul Aman

Sumber: Google map

Peta ini menunjukkan Sungai Petani merupakan sebuah bandar perindustrian di


negeri Kedah yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Sungai Petani ialah bandar
kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar.

Sektor perumahan berkembang pesat di Sungai Petani. Semenjak tahun 1990-


an, bandar Sungai Petani menerima pelaburan besar oleh syarikat-syarikat pemaju
perumahan. Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman Peruda, Taman Mutiara Indah, Taman
Berlian merupakan perumahan terancang yang terawal di Sungai Petani. Menjelang
tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar
Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri
Cendana, Legenda Heights, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta
Sayang Resort.
Bandar Sungai Petani sangat mudah dihubungi dengan jaringan jalan raya, jalan
kereta api dan laluan udara. Dari ibu negara, Kuala Lumpur, perjalanan ke utara menuju
Sungai Petani melalui lebuhraya utara selatan. Jalan Persekutuan turut menghubungkan
Sungai Petani dengan beberapa bandar utama seperti Alor Setar,

12
980423-02-5098

Butterworth dan Ipoh. Walau bagaimanapun, perjalanan melalui lebuhraya utara


selatan lebih cepat dan selesa.

Sekiranya menaiki kereta api, anda boleh turun di stesen keretapi Sungai Petani
yang terletak di pusat bandar. Jalan kereta api bermula dari Padang Besar, Perlis melalui
bandar seperti Alor Setar, Gurun, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Butterwoth, Taiping,
Kuala Kangsar, Ipoh, Slim River, Tanjung Malim, Sungai Buloh dan Kuala
Lumpur. Terdapat perjalanan terus dari Kuala Lumpur, Bangkok dan Hatyai melalui
Sungai Petani.

Lapangan terbang terdekat dengan Sungai Petani ialah Lapangan Terbang


Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang iaitu lebih kurang 45 km dari pusat bandar.
Selain itu, terdapat satu lapangan terbang bagi laluan domestik di Alor Setar iaitu
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

Peta 4: Taman Ria Jaya

Sumber: Google map

13
980423-02-5098

Peta di atas menunjukkan Taman Ria Jaya yang telah dibina pada 1990-an dan
berada di timur Sungai Petani, Kedah. Taman Ria Jaya mempunyai sebanyak 1500 buah
rumah dan seramai 7,500 orang penduduk. Taman Ria Jaya berdekatan dengan Taman
Ria,Tungku Haminah, dan Cinta Sayang Resort. Kawasan yang dilorek ialah kawasan
perdagangan Taman Ria Jaya. Di sana terdapat banyak restoran contohnya Resoran
N&N, Reastaurant Rong Xing, Eupe Food Court, Jade Garden Seafood, dan lain-lain.
Pada masa yang sama, kawasan ini juga terdapat kedai gunting rambut seperti Mr.J Hair
Salon, Pusat Kerinting Rambut Unisey (VanHouTen) dan lain-lain. Tambahan pula,
kawasan itu juga terdapat Kolay HuoStyle Design, Pusat Akuarium M&M, Amity Elite
Security Sdn Bhd, Nova Soda Tailor, Pusat Tuisyen Jaya Cahaya, Fong Lian Trading
dan kedai lain-lain. Kawasan ini merupakan kawasan yang strategik kerana Taman Ria
Jaya berdekatan dengan Masjid Sultan Abdul Halim, berdasarkan peta 5 jarak Hospital
Sultan Abdul Halim dengan Taman Ria Jaya ialah sejauh 4.1km mengambil masa 7
minit dan berdasarkan peta 6 jarak Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya
dengan Taman Ria Jaya ialah sejauh 1.1 km mengambil masa 3 minit.

Peta 5: Bandar Sungai Petani, Kedah

Sumber:Google map

14
980423-02-5098

Peta 6: Bandar Sungai Petani

Sumber: Google map

Gambar 1: kawasan perumahan Taman Ria Jaya

Sumber: Kerja Lapangan 2017

15

You might also like