You are on page 1of 2

990509-01-7258

1.0 PENGENALAN

Bagi melaksanakan tugasan yang diberikan, pengkaji telah memilih tema yang
pertama iaitu Sosial dan Budaya Pelancongan bagi kerja kursus bagi tahun 2018. Tajuk kajian
pengkaji ialah “Sambutan Pelancongan Ke Gerai Soto Sri Bunian Di Kampung Seri Bunian
Pontian, Johor”.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2002), pelancongan berasal daripada


perkataan lancong atau melancong yang membawa maksud melawat sambil melihat-lihat.
Dalam bahasa Inggeris pelancongan diertikan sebagai tourism.

Menurut Mathieson dan Wall dalam artikel http://www.prm.nau.edu/prm300/what-is-


tourism-lesson.htm pada tahun 1982 mencipta takrifan pelancongan yang baik sebagai
pergerakan sementara orang ke destinasi di luar tempat kerja dan kediaman mereka yang
biasa, aktiviti yang dijalankan semasa mereka berada di destinasi tersebut, dan kemudahan
yang disediakan untuk memenuhi keperluan mereka

Soto di Kampung Seri Bunian atau digelar sebagai soto seri bunian merupakan salah
satu kedai yang menjual soto yang popular di Pontian. Selain daripada soto, mereka juga
menjual makanan yang lain seperti Lontong, Mee goreng dan lain-lain. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2002) soto ialah sejenis makanan seperti sup yang dicampur dengan
daging, ayam, tauge dan lain-lain bersama nasi himpit atau mi.

Soto Seri Bunian dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Sabtu. Kedai ini dibuka
dari jam 12 tengah hari dan ditutup mengikut bilangan pelanggan mereka. Jika pelanggan
mereka ramai, pemilik kedai tersebut akan tutup kedainya lebih awal. Pemilik kedai tersebut
bernama En. Azman bin Amir. Beliau berusia 50 tahun. Kedai soto tersebut ditubuhkan pada
bulan Mei tahun 1999. Kedai Soto tersebut dapat ditubuhkan dengan duit simpanan beliau
dan isterinya. Kedai tersebut mempunyai 10 orang pekerja termasuk anak kepada pemilik
kedai iaitu En. Azman. Namun begitu, anak En. Azman ini hanya membantu beliau ketika
waktu cuti sekolah kerana anaknya yang masih bersekolah. Isteri kepada En. Azman pula
menjadi tukang masak di kedai tersebut.

2
990509-01-7258

Pada mulanya, En. Azman hanya menjual soto secara kecil-kecilan, tetapi selepas
sotonya mendapat banyak sambutan daripada pelanggan, beliau menaik tarafkan kedainya
supaya dapat menarik perhatian pelancong dengan menambahkan menu di kedai mereka
seperti soto daging, mee goreng, mee bandung, lontong goreng, meehoon sup, sup ayam dan
sup daging.

Antara keunikkan soto seri bunian ialah, soto di kedai tersebut mempunyai begedil
dan sambal kicap yang dibuat oleh air tangan mereka sendiri dengan menggunakan resepi
turun temurun. Selain itu, kedai mereka juga mempunyai meja kayu yang di tempah khas
oleh pemilik kedai untuk diletakkan di kedai tersebut. Kedai itu juga menjual kerepek pisang,
kuih kapit dan minuman bergas. Kedai itu juga menyediakan kemudahan seperti kipas,
lampu, dan televisyen agar pelanggan berasa selesa ketika makan di kedai soto seri bunian.

Kedai En. Azman berkembang maju apabila pemilik kedai menyebarkan sotonya di
laman sosial seperti di Facebook soto sri bunian atau Geng Pontian. Kedai Soto Seri Bunian
ini menjadi viral apabila kebanyakkan daripada pelanggannya memberi komen yang positif
tentang kedai En. Azman seperti memuji kesedapan makanan di sana dan harganya yang
sangat murah berbanding dengan kedai-kedai soto yang lain. En. Azman dan pekerjanya di
sana yang bersifat peramah dan bersopan- santun juga merupakan salah satu tarikan
pelanggan ke kedai En. Azman biasanya akan menegur dan berbual dengan pelanggan jika
beliau ada masa terluang atau pelanggan tidak ramai. Suasana tenang seperti di kampong juga
dapat menarik perhatian pelanggan untuk makan di sana.

Rasional pengkaji memilih kajian ini adalah kerana sambutan pelancong yang ramai
di kedai tersebut menyebabkan pengkaji berminat untuk mengkaji tentang sambutan
pelancong di soto seri bunian. Kajian ini juga adalah untuk melihat kesan sambutan
pelancong terhadap Soto Sri Bunian. Kampung Sri Bunian dipilih sebagai kawasan kajian.
Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu soal selidik dan pemerhatian mengenai pelancong
terhadap perkhidmatan warung soto seri bunian di Kampung Seri Bunian di Pontian,Johor.

You might also like