You are on page 1of 30

1.

0 PENGENALAN

Kajian ini membincangkan beberapa konsep asas dalam ilmu sains sosial. Bidang
sains sosial telah melalui pelbagai tahap yang penuh berliku sehinggalah ia sampai ke
zaman ini dalam bentuk yang mantap. Sains sosial sebenarnya berakar umbi daripada
falsafah rasional. Kajian sains sosial meliputi kajian tentang proses kehidupan
manusia seperti sosialisasi manusia, interaksi sosial, perubahan budaya, mobiliti,
perubahan sosial, konflik sosial, dan sebagainya. Ia juga meliputi bidang sejarah,
sosiologi, sains politik dan hubungan antarabangsa. Sains sosial diertikan sebagai
kajian mengenai masyarakat dan manusia, terutamanya semua aspek mengenai
kehidupan manusia berelompok. Ia merujuk kepada penggunaan kaedah saintifik
untuk mengkaji cara manusia mengatur kehidupan berkelompok dan membentuk
jaringan hubungan suapaya dapat membolehkan mereka menjalani hubungan tersebut.

Sosiologi yang sering digunakan dalam aspek hubungan etnik khususnya dalam
konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik. Konsep-konsep ini
dibincangkan supaya dapat memberi kefahaman tentang terminologi sosiologi yang
digunakan dan dapat memudahkan seseorang memahami fenomena hubungan etnik di
negara ini. Sosiologi ialah satu cabang ilmu pengetahuan dalam bidang sains sosial
yang membincangkan beberapa aspek iaitu manusia, masyarakat, kebudayaan dan
peradaban. Sosiologi melihat manusia sebagai suatu sistem gerakkan secara
berterusan dengan persekitarannya dan juga mempunyai persaingan dan konflik
antara satu sama lain.

Konsep asas sosiologi bagi masyarakat ialah kumpulan individu yang mempunyai
ciri yang sama secara umum (minat) atau khusus (budaya). Kumpulan individu yang
mempunyai perkaitan berstruktur seperti agama, politik, kepatriotikan, dan seterusnya
dan ahlinya boleh dibezakan melalui ciri-ciri etnik dalam satu masyarakat. Individu
dan masyarakat ialah bahan kajian yang penting dalam ilmu sosiologi kerana
sosiologi adalah kajian tentang sains kemasyarakatan. Kelompok masyarakat ini
terbentuk daripada kaum, bangsa, kumpulan masyarakat, institusi, agama, dan
sebagainya. Perhubungan antara individu dan masyarakat dikatakan sebagai aspek
penting bagi pembinaan kelompok sosial dalam sistem sosial kerana perhubungan
inilah yang membentuk aktiviti dan tingkah laku dalam sosial. Ilmu sosiologi amat
penting bagi melihat dan memahami proses interaksi antara manusia yang melibatkan

1
proses pembentukan kumpulan dan perhubungan yang wujud dalam sesebuah
kelompok manusia. Persoalan utama dalam bidang sosiologi ialah tentang peranan
dan struktur masyarakat dalam menjalani kehidupan mereka. Malaysia sebagai sebuah
negara yang terdiri dari masyarakat berbilang etnik semestinya sentiasa berusaha
melaksanakan kehidupan yang harmoni untuk mewujudkan perpaduan sejati.

Terdapat beberapa disiplin dalam sains sosial di antaranya ialah Sejarah, Sains
Politik, Ekonomi, Psikologi, Antropologi, Sosiologi, Undang-undang, dan Linguistik.
Sejarah yang mengkaji tentang peristiwa-peristiwa yang telah berlaku seperti
perkembangan politik, ekonomi dan sosial dalam sesebuah masyarakat. Bidang
Sejarah, sains politik dan hubungan antarabangsa membolehkan khalayak pembaca
memahami sejarah pembentukan negara, system dan bentuk pemerintahan,
penglibatan negara dalam hubungan antarabangsa serta cabaran-cabaran semasa yang
perlu dihadapi dalam globalisasi. Untuk itu, satu kefahaman yang mendalam tentang
hubungan etnik yang wujud harus dibina di kalangan masyarakat, terutamanya
golongan remaja. Bab ini akan menjelaskan beberapa konsep penting yang
mempunyai kaitan rapat dalam membicarakan aspek hubungan etnik di Malaysia.

2
2.0 KONSEP-KONSEP ASAS

2.1 Sejarah

Sejarah bermaksud inkuiri, ilmu yang diperolehi melalui kaedah penyiasatan


dan ia adalah penemuan, pengumpulan, pengurusan, dan persembahan maklumat
terhadap peristiwa silam atau lampau Sejarah juga bermaksud tempoh masa yang lalu
selepas catatan penulisan telah dicipta. Para ilmuwan yang menulis mengenai sejarah
dipanggil sejarawan. Selain itu,ia juga adalah satu medan penyelidikan yang
menggunakan suatu naratif atau pengisahan untuk memeriksa dan menganalisa
turutan peristiwa, dan kadangkala ia cuba untuk menyiasat secara objektif corak-corak
sebab dan akibat yang menilai peristiwa-peristiwa. Sejarah merupakan satu cabang
ilmu yang boleh dijadikan rujukan dalam membangunkan bangsa dan negara. Di
samping itu, para sejarawan juga mempunyai tafsiran yang berbeza-beza tentang
sejarah. Menurut ahli sejarawan Barat iaitu Herodotus menafsirkan sejarah sebagai
penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.
Namun begitu, penyataan tersebut berbeza dengan pendapat ahli falsafah Islam iaitu
Ibnu Khaldun. Ibnu Khaldun menyatakan bahawa sejarah merupakan peradaban
manusia dan perubahan yang berlaku pada sifat sesebuah masyarakat.

Sejarah merupakan disiplin ilmu tentang masa lalu. Penulisan sejarah adalah
berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan terhadap sumber sejarah. Sebelum
membuat penulisan tentang sejarah, para sejarawan perlu mencari sumber sejarah
yang tepat dan sahih. Oleh itu, terdapat dua sumber sejarah iaitu sumber primer yang
merupakan sumber yang belum diolah atau diterbitkan dan juga sumber sekunder
ialah sumber yang telah diolah dan diterbitkan. Sumber ini bersifat asli dan belum
ditafsir. Antara contoh sumber pertama ialah fosil, artifak, batu bersurat dan
sebagainya. Sumber pertama ini biasanya menggunakan kaedah arkeologi. Kaedah
arkeologi ini biasanya dijalankan oleh beberapa pihak arkeologi yang mendapatkan
maklumat tentang sejarah berdasarkan kajian saintifik. Ahli arkeologi mendapatkan
maklumat dengan menggunakan proses cari gali. Melalui kaedah inilah bahan-bahan
tinggalan sejarah seperti fosil. Tambahan pula, sumber primer ini biasanya diguna
pakai oleh para sejarawan untuk membuat penulisan tentang sejarah. Sumber
sekunder pula merupakan sumber yang telah diolah dan diterbitkan. Sebagai contoh,
buku, majalah, jurnal, ensiklopedia dan lain-lain. Oleh itu, berikut merupakan
pengenalan dan pengertian tentang konsep sejarah dalam dinamika.

3
2.2 Dinamika

Dinamika ialah proses atau sistem yang dicirikan oleh perubahan, aktiviti atau
kejayaan. Konsep ini telah melahirkan konsep lain seperti dinamika masyarakat,
dinamika kumpulan, ekonomi yang dinamik dan sebagainya. Dinamika sosial
merujuk kepada keupayaan masyarakat untuk bertindak balas dengan sebarang
perubahan. Dinamika sosial merupakan konsep dasar sosiologi yang sering digunakan
dalam konteks yang lebih luas.Konsep ini sering dikaitkan dengan perubahan sosial.
Namun begitu, ianya bukan perkara yang sama. Dinamika kumpulan pula ialah kajian
keatas proses kumpulan seperti perubahan dan perkembangan umpulan. Dengan itu,
ini bersesuaian dengan bidang psikologi, sosiologi dan pembelajaran komunikasi,
sesebuah kumpulan terdiri daripada dua atau lebih individu yang berkait antara satu
sama lain oleh hubungan sosial. Oleh sebab itu, mereka berinteraksi dan terpengaruh
antara satu sama lain lalu kumpulan terbentuk. Satu jumlah proses dinamik yang
membahagikan mereka dari koleksi rawak seseorang individu. Selain itu, dinamika
ekonomi merujuk kepada proses-proses yang berlaku dalam bidang ekonomi. Sebagai
contoh, ekonomi negara kita yang naik turun menunjukkan terdapat perubahan yang
berlaku yang mempengaruhi ekonomi negara. Dinamika masyarakat ialah satu
proses biasa dan berterusan serta berkaitan dengan perubahan yang sentiasa berlaku
ke atas masyaraka tmanusia. Contohnya, masyarakat Melayu awal yang dikenali
sebagai masyarakat primitif dan mempunyai pemikiran terlalu kolot, berkembang
menjadi masyarakat pertanian yang mengusahakan pelbagai jenis tanaman yang
menjadi hasil utama negara kita. Seterusnya, masyarakat ini menjadi masyarakat
industri yang dipengaruhi oleh revolusi dalam industri yang dipengaruhi oleh
perkembangan teknologi. Ini juga turut mempengaruhi bangsa Cina dan India.
Masyarakat Malaysia mula berkembang dalam pelbagai aspek sama ada politik,
ekonomi dan social. Sebagai contoh, dari aspek politik, masyarakat tradisi yang
dahulunya berteraskan sistem yang bersifat kuasa mutlak raja atau sultan kini beralih
kepada sistem demokrasi berparlimen yang berteraskan perlembagaan. Oleh hal yang
demikian, berikut merupakan pengenalan kepada konsep dinamika.

4
2.3 Masyarakat

Gambar rajah 1

Masyarakat merupakan konsep yang penting dalam memahami hubungan etnik.


Masyarakat adalah sejumlah manusia yang merupakan satu kesatuan golongan yang
berhubungan tetap dan mempunyai kepentingan yang sama. Sejumlah manusia ini
akan hidup bersama lalu membentuk masyarakat dalam sesebuah komuniti. Sebagai
contoh, kita tinggal di sebuah taman perumahan dan di situ terdapat masyarakat yang
lain yang menghuni dan kita akan hidup sebagai sebuah komuniti di taman perumahan
tersebut. Secara umumnya, masyarakat boleh didefinisikan sebagai sekumpulan
manusia yang hidup bersama, saling bekerjasama dan berhubungan, mempunyai
kesatuan sosial serta sentiasa membina kebudayaan. Terdapat lima ciri-ciri
masyarakat iaitu :

a. Masyarakat melahirkan kebudayaan

Apabila manusia hidup di dalam sesuatu komuniti, mereka akan melahirkan sebuah
budaya. Sebagai contoh, masyarakat Iban di Sarawak mempunyai budaya menyambut
tetamu yang berbeza dan unik iaitu dengan mengadakan majlis tarian yang bertujuan
untuk menyambut kehadiran tetamu di rumah panjang tersebut. Walau bagaimanapun,
kebudayaan yang dilahirkan itu berbeza di antara masyarakat dan bergantung kepada
keperluan masyarakat itu sendiri.

5
b. Masyarakat berubah

Masyarakat akan mengalami perubahan yang merangkumi segala aspek kehidupan


seperti ekonomi, politik dan sosial. Perubahan boleh berlaku sedar atau tidak sedar
dan secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti
proses migrasi, pertembungan budaya, faktor persekitaran dan penjajahan.
Sebagaicontoh, pemodenan yang berlaku menyebabkan sesuatu masyarakat berubah
dari aspek pemikiran. Mereka lebih berdaya saing untuk memajukan diri mereka
dalam pelbagai aspek kehidupan dan kebanyakan adat dan tradisi mereka semakin
kurang diamalkan.

c. Masyarakat saling berhubungan

Masyarakat sentiasa berhubungan antara satu sama lain sama ada sesama kelompok
atau berlainan kelompok yang boleh berlaku secara formal atau tidak formal.
Sesebuah masyarakat akan sentiasa berkomunikasi dan berinteraksi antara sesama
mereka. Ini menunjukkan bahawa sesebuah masyarakat saling berhubungan.

d. Masyarakat mempunyai kepimpinan

Dalam masyarakat wujud sesebuah kepimpinan. Sesebuah masyarakat perlu dipimpin


oleh seorang ketua yang bertanggungjawab memimpin dan mengurus mereka. Mereka
boleh berperanan sebagai pemimpin dalam kalangan keluarga, sebagai ketua kampung,
ketua komuniti, ketua daerah dan ketua negeri. Tanggungjawab pemimpin adalah
mengurus masyarakat yang dipimpin. Kebijaksanaan pemimpin menentukan
kemajuan sesebuah masyarakat.

e. Stratifikasi sosial

Stratifikasi sosial ialah suatu pengelompokan anggota masyarakat berdasarkan status


yang dimilikinya. Stratifikasi sosial dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
kelas pertama yang berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan, kelas kedua
ditentukan oleh peranan individu dalam masyarakatnya dan kelas ketiga kasta yang

6
keahliannya hanya ditentukan melalui kelahiran. Kini strasifikasi masih wujud dan
terdapat perbezaan yang ketara antara strasifikasi sosial yang dahulu dengan yang
sekarang.

2.4 Kebudayaan

Gambar rajah 2

Kebudayaan adalah tingkah laku sosial dan norma yang terdapat dalam masyarakat
manusia. A.L. Kroeber dan Clyde Kluckhohn (1952) mentakrifkan kebudayaan
sebagai pola tingkah laku dan idea yang bersifat implisit dan eksplisit. Implisit adalah
tingkah laku yang tidak dapat dilihat dengan nyata dan jelas serta memerlukan tafsiran
lanjut untuk memahaminy aseperti ideologi, adat resam dan lain-lain. Eksplisit pula
ialah perlakuan yang boleh dilihat secara langsung seperti cara makan dan cara
berpakaian. Budaya mempunyai ciri-cirinya iaitu seperti berikut :

a. Dipelajari

Budaya tidak akan lahir secara natural malah ia perlu dipelajari. Belajar tentang
sesuatu budaya melibatkan beberapa proses seperti akultrasi, asimilasi, adaptasi dan
integrasi. Pembelajaran budaya juga berlaku dalam kondisi disedari atau tidak
disedari, secara langsung atau secara tidak langsung serta formal atau tidak formal.
Sebagai contoh, kita mempelajari budaya yang diamalkan oleh bangsa India seperti
perayaan Deepavali yang mana seluruh rakyat Malaysia meraikannya sebagai

7
perayaan tahunan. Selain mempelajari, kita juga dapat memahami sedikit sebanyak
tentang budaya yang diamalkan oleh mereka.

b. Dikongsi

Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Ini bermaksud
setiap perlakuan yang diamalkan harus dilakukan, disokong, diiktiraf dan dirasai.
Budaya tidak akan dianggap sebagai budaya jika seorang sahaja yang
mengamalkannya. Sebagai contoh, nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana
makanan ini menjadi kegemaran seluruh masyarakat Malaysia. Nasi lemak bukan
hanya dimakan dan digemari oleh masyarakat Melayu malah turut menjadi kegemaran
bagi sesetengah masyararakat yang berbangsa selain Melayu.

c. Diwarisi

Budaya juga diwarisi dari generasi kepada generasi. Ini berlaku secara berterusan dan
budaya itu tetap diamalkan oleh generasi sekarang. Namun begitu, terdapat perbezaan
dari segi kaedah pewarisan yang mana telah berlaku perubahan kaedah perwarisan
mengikut keadaan semasa. Sebagai contoh, perayaan kuih bulan yang diamalkan oleh
masyarakat Cina masih diteruskan sampai sekarang tapi mungkin terdapat perbezaan
dengan apa yang dilakukan oleh masyarakat dahulu.

d. Berubah

Budaya juga mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Perubahan yang berlaku
ini adalah disebabkan perkembangan manusia itu sendiri. Faktor-faktor yang
menyebabkan perubahan budaya adalah pertambahan anggota masyarakat, keinginan
dan keperluan manusia serta perkembangan dalam teknologi, perubahan alam sekitar
dan penyerapan budaya lain. Sebagai contoh, kanak-kanak Melayu pada zaman
sekarang sudah tidak bermain dengan permainan tradisional seperti congkak, batu
seremban, gasing dan sebagainya. Mereka lebih terdedah dengan permainan video
yang terdapat dalam “smartphone’.

8
e. Sejagat

Semua masyarakat di dunia mempunyai budaya oleh itu menjadikan budaya itu
bersifat sejagat atau universal. Namun begitu, budaya yang dimiliki adalah
berbeza-beza. Ia disebabkan oleh faktor alam semula jadi, tahap penyesuaian anggota
masyarakat dan pengaruh luar yang pernah meresap dalam budaya berkenaan.
Sebagai contoh, setiap masyarakat mempunyai bahasa yang tersendiri. Seperti yang
dinyatakan oleh Clyde Kluckhohn (1952) , terdapat tujuh unsur yang terdapat di
dalam semua kebudayaan iaitu peralatan, kelengkapan hidup manusia, bahasa,
kesenian dan pengetahuan.

f. Simbolik

Simbolik dalam sesuatu budaya boleh difahami dan disokong oleh sesebuah
masyarakat. Simbolik ini merupakan identiti sesebuah masyarakat. Sebagai contoh,
keris pada masyarakat Melayu membawa erti kekuatan dan kepahlawanan serta
diletakkan dalam darjat yang tinggi. Walau bagaimanapun, keris bagi masyarakat lain
hanyalah sekadar senjata yang boleh digunakan dalam seni pertahanan diri seperti
silat. Keris juga turut menjadi simbolik kepada keagungan sultan yang merupakan
pemimpin bagi negara kita.

g. Sistem perlembagaan

Sistem perlembagaan dalam kebudayaan boleh memberi pengertian tertentu kepada


anggotanya , difahami dan dihormati oleh anggota masyarakat yang mendokong
budaya tersebut. Sistem perlambangan dibahagikan kepada lambang (simbol) dan
isyarat. Lambang perlu dihormati sementara isyarat perlu dipatuhi. Contohnya,
bendera Jalur Gemilang adalah signifikan kepada masyarakat Malaysia. Isyarat pula
merupakan objek dan perlakuan dalam budaya yang memberikan arahan tertentu
seperti menggamitkan tangan membawa maksud mengarahkan seseorang untuk
datang ke arahnya.

9
h. Berpola dan berstruktur

Terdapat pola dan struktur dalam kebudayaan yang bermaksud kebudayaan itu
mempunyai corak dan susunan yang tersendiri. Dalam sesebuah masyarakat terdapat
pelbagai struktur seperti sistem kekeluargaan, sistem pemerintahan, sistem
perundangan dan sebagainya. Setiap sistem mengandungi pola tersendri. Sebagai
contoh sistem kekeluargaan dalam masyarakat Melayu tersendiri daripada adat
Temenggung yang bernasab bapa dan adat Perpatih pula bernasab ibu.

i. Pandangan dunia

Kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan dengan alam semula jadi. Oleh itu ia
mendorong manusia untuk memberikan tafsiran terhadap alam sekeling ke dalam
kehidupan seharian mereka. Contohnya dalam masyarakat Melayu seringkali untuk
menggambarkan sesuatu yang tinggi dikaitkan dengan gunung seperti “ cita-citanya
tinggi menggunung ”.

2.5 Ras

Gambar rajah 3

Ras merupakan ciri-ciri fizikal yang didapati dan diwarisi oleh sekumpulan
manusia secara genetik. Tambahan pula, ras juga merupakan sistem klasifikasi yang
digunakan dan manusia dalam populasi atau kelompok besar yang dikategorikan
melalui ciri fenotipe, asal usul geografi, tampang jasmani dan kesukuan yang

10
terwarisi. Hal ini demikian, ras dapat penentuan dan pembahagian rasdengan
melihatkan dari segi rupa bentuk fizikal iaitu warna kulit, bentuk rambut, warna mata,
paras wajah, bentuk kepala, bentuk cap jari, kumpulan darah dan lain-lain. Jadi,
kumpulan ras yang berbeza juga akan dilahirkan dalam kalangan masyarakat.

Antara ciri utama iaitu warna kulit yang perlu digunakan untuk menentukan
ras seseorang. Bagi warna kulit, terdapat tiga asas dominan tersebut seperti caucasian,
negroid, dan mongoloid. Caucasian, iaitu kulit putih telah ditunjukkan bahawa
sebahagian besar penduduk dari Eropah, Pakistan, Afrika Utara, India Utara dan
lain-lain. Selain itu, negroid, iaitu kulit hitam telah menunjukkan ramai penghuni
tersebut telah mendiami di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan Timur
Tengah. Di samping itu, mongoloid, iaitu kulit kuning menerangkan bahawa
sebahagian besar penghuni dari Asia Utara, Asia Timur, Asia Tenggara, dan
sebagainya.

Di negara Malaysia, orang Melayu yang berkulit warna kuning, orang Cina
yang berkulit warna putih, dan orang India yang berkulit hitam berdasarkan ciri-ciri
fizikal yang diwarisi telah melahirkan pelbagai jenis etnik di Semenanjung Malaysia
seperti gambar rajah 1 di atas. Bukan itu sahaja, juga terdapat beberapa jenis bentuk
rambut yang diwarisi oleh manusia seperti rambut lurus, keriting, krul, seperti wol
dan bergelombang dan sebagainya. Sebagai contohnya, sebahagian orang Cina yang
mempunyai rambut lurus, orang Melayu yang berambut krul ataupun orang India
yang berambut kerinting.

Walaupun begitu, ras-ras kursus juga berlaku kerana kesusahan dalam


penentuan rupa bentuk fizikal manusia. Sebagai contohnya, Bushman, iaitu penduduk
di daerah Gurun Kalahari dan Afrika Selatan. Dengan ini, Veddoid, iaitu penduduk di
daerah pedalaman Sri Lanka. Tambahan pula, Polynesian, iaitu penduduk yang
berhampiran kepulauan Mikronesia dan Polynesian. Hal ini disebabkan kekeliruan
rupa paras yang dimiliki oleh penduduk tersebut berlaku. Oleh itu, penentuan
terhadap rupa bentuk fizikal penduduk tersebut dengan tidak tepat berlaku di sesebuah
negara tersebut.

11
Kesimpulannya, terdapat banyak ras manusia yang berbeza dilahirkan di
seluruh dunia seperti benua Afrika, Asia Tenggara, Asia Utara dan lain-lain lagi. Hal
ini demikian, ras juga membahagikan kepada empat jenis ras iaitu ras caucasian, ras
negroid, ras mongoloid, dan ras kursus. Jelaslah bahawa, terdapat persamaan ciri-ciri
fizikal yang dimiliki oleh sekelompok manusia melalui penentuan empat jenis ras
tersebut. Bukan itu sahaja, juga boleh ditentukan dengan ciri-ciri fizikal lain seperti
warna rambut dan bentuk rambut. Sebagai contohnya, terdapat sekelompok manusia
yang rambut berwarna hitam dan lurus di Asia Tenggara seperti negara China,
Indonesia, Thailand dan sebagainya. Jadi, ras amat penting kerana boleh membuat
perbezaan antara beberapa kelompok manusia.

2.6 Etnik

Gambar rajah 4

Etnik bermaksud kebudayaan yang dimiliki oleh sekelompok manusia adalah


hampir seragam seperti persamaan agama, ras, asal usulnya antara satu sama lain. Hal
ini demikian, telah melahirkan berbagai identiti etnik dan juga berlaku pembahagian
kumpulan-kumpulan etnik yang berlainan dalam kalangan masyarakat melalui
perkongsian kebudayaan kumpulan manusia. Hal ini disebabkan mereka berkongsi
adat resam, bahasa ibunda, makanan, pakaian, tarian serta permainan yang tradisional
dengan orang lain.Jadi, proses yang melahirkan pengenalpastian sebegini dikenali
sebagai etnogenesis.

Jika orang A berkongsi persamaan makanan tradisional seperti nasi lemak,


ketupat, kuih tepung pelita dan sebagainya dengan orang B, maka akan menjadikan
satu kumpulan etnik iaitu kumpulan melayu. Oleh itu, terdapat tiga etnik utama
seperti orang Melayu, orang Cina, dan orang India di negara Malaysia. Selain itu,

12
Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban juga dikira etnik di negara kita,
terutamanya di Malaysia Timur. Katanya, terdapat lebihan 30 etnik dan 130 sub etnik
dengan masing-masing dan etnik ini mempunyai keunikan yang tersendiri. (Astro
Awani, 2019).

Walaupun begitu, juga berlaku perubahan kebudayaan yang dimiliki oleh


kelompok etnik berlaku pada zaman sekarang. Sebagai contohnya, permainan yang
tradisional seperti congkak, baling tin atau selipar, guli, gasing dan lain-lain telah
digantikan oleh pelbagai jenis permainan video yang telah disediakan di komputer
dan telefon bimbit. Bukan itu sahaja, pakaian tradisional pun telah berubah dan direka
bentuk untuk menjadikan pakaian yang berfesyen mengikut trend terbaru. Jelaslah
bahawa, kebudayaan yang tradisional akan digantikan oleh kebudayaan sekarang bagi
generasi muda.

Hal ini demikian, memperkukuhkan kebudayaan kebangsaan amat penting di


sesebuah negara. Sebagai contohnya, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan
Alam Sekitar Sabah menggalakkan penganjuran sebarang program oleh mana-mana
etnik di negeri ini, khususnya acara berbentuk penyatuan kaum. Hal ini disebabkan
banyak etnik yang berbeza yang menganjurkan dalam program tersebut boleh
memajukan ekonomi, menstabilkan politik, keharmonian dan keamanan, serta
memperkukuhkan kepelbagaian kebudayaan etnik yang dimiliki di negara kita.

Kesimpulanya, satu kelompok etnik yang mengamalkan budaya yang hampir


sama dalam kehidupan mereka. Hal ini demikan, terdapat pebagai jenis etnik telah
dikelaskan melalui perbezaan budaya dan akhirnya melahirkan orang Melayu, orang
Cina, dan orang India di negara kita. Oleh itu, kita mesti memperkukuhkan perpaduan
etnik untuk menyatupadukan seluruh masyarakat supaya membentuk satu identiti
bersama dalam kalangan masyarakat. Ini boleh menjamin kemakmuran dan kemajuan
di negara kita.

2.7 Etnisiti

13
Gambar rajah 5

Etnik telah membentuk dua jenis konsep iaitu konsep etnisiti dan
etnosentrisme. Konsep etnisiti merupakan kumpulan etnik mengabungkan
kepelbagaian jenis sifat dan komponen. Dengan ini, etnisiti juga boleh bermaksud
hubungan antara etnik yang berlainan adalah baik dan harmoni. Hal ini demikian,
etnik juga merangkumi keprcayaan, nilai, norma, ketaatan dan menyenangi
kelompoknya sendiri, dan keutamaan di kumpulan.

Bagi kepercayaan, terdapat tiga jenis utama kepercayaan iaitu, agama Islam,
Buddha, dan Kristian di negara Malaysia. Ia menunjukkan banyak etnik mempunyai
kepercayaan kepada Tuhan mengikut agama mereka masing-masing. Tambahan pula,
nilai- murni yang didapati oleh pelbagai jenis etnik berdasarkan perbezaan
kepercayaan tetapi nilainya adalah hampir sama. Jelaslah bahawa, kumpulan etnik
akan mewujudkan ciri-ciri tulen yang tersendiri.

Etnisiti negara kita mengalami masalah kelunturan tradisi kerana kumpulan


etnik masih tidak sedar dan memahami budaya sendiri masing-masing. Hal ini
demikian, masalah kelunturan tradisi perlu ditangani melalui peranan ibu bapa, pihak
kerajaan, pihak pendidikan dan sebagainya. Kesannya, negara kita akan semakin
merosot dari segi ekonomi, politik, sosial dan lain-lain disebabkan oleh masalah
kelunturan tradisi.

Sebagaiibu bapa, mereka perlu menunjukkan etnik sendiri dan menerapkan


tradisi etnik kepada anak mereka sejak kecil. Selain itu, kita juga perlu menganjurkan
kempen-kempen kesedaran yang berkaitan untuk menyedarkan setiap etnik tentang
tradisinya. Di samping itu, akademik yang berkaitan dengan etnik perlu dijalankan
dan diajar oleh guru-guru untuk menyebarkan pelbagai jenis tradisi yang dimiliki oleh
kumpulan etnik kepada semua murid di peringkat sekolah rendah.

14
Kesimpulan, etnisiti merujuk kepada satu anggota yang dapat dibentuk
berasaskan satu titik persamaan kebudayaan. Ini dapat melahirkan masyarakat yang
harmoni dan kemajuan negara kita. Walaupun begitu, kita perlu mengurangkan
perkara-perkara sensitif terhadap sesuatu kaum berlaku. Hal ini disebabkan hubungan
dalam kumpulan etnik tersebut akan merosot dan tidak harmoni. Jelaslah bahawa,
etnisiti merupakan suatu unsur elemen yang penting dalam sesebuah etnik.

2.8 Etnosentrisme

Etnosentrisme merujuk kepada satu tanggapan atau persepsi bahawa kumpulan


mereka adalah yang terbaik berbanding kumpulan yang lain. Ini mengakibatkan
kegagalan mereka untuk menerima pandangan orang daripada kumpulan lain. Dalam
kehidupan harian, ada dalam kalangan sesebuah masyarakat merasakan kebudayaan
mereka adalah yang terbaik dan lebih unggul berbanding dengan masyarakat lain.

Faktor yang mempengaruhi entnosentrisme adalah prasangka sosial iaitu sikap


negatif yang ditujukan kepada seseorang atas dasar perbandingan dengan kelompok
lain. Selain itu, stereotaip iaitu keyakinan seseorang terhadap orang lain kerana
dipengaruhi oleh pengetahuan dan pengalaman. Seterusnya, jarak sosial iaitu adanya
jarak yang cukup signifikan sehingga menimbulkan prasangka-prasangka dalam
kehidupan bermasyarakat.

Terdapat juga kesan positif dan kesan negatif daripada etnosentrisme. Antara
kesan positif adalah meningkatakn semangat patriotisme, menjaga keutuhan dan
kestabilan kebudayaan, meningkatkan rasa cinta akan tanah air, menimbulkan sikap
tolong-menolong serta menjaga ikatan tali persaudaraan. Antara kesan negatif pula
adalah menimbulkan konflik sosial antara suku kaum dan ras, menghalang proses
asimilasi dan integrasi serta berlaku pertukaran budaya yang berbeza antara satu sama
lain. Contoh, ketaatan kepada budaya dan kelompok diterjemahkan kepada ketaatan
kepada parti iaitu dapat mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok
masyarakat.

15
2.9 Jarak sosial

Jarak sosial merujuk kepada pengasingan secara fizikal atau emosi antara
individu yang mempunyai perbezaan tanggapan. Jarak sosial boleh wujud akibat sikap
negatif terhadap kelompok lain. Kewujudan jarak sosial disebabkan oleh ketiadaan
interaksi sosial antara kelompok kerana perbezaan tempat tinggal, pekerjaan, bahasa,
agama, adat resam dan perbezaan etnik. Contohnya, masyarkat kapitalis terbahagi
kepada dua golongan iaitu golongan bourgeoisie yang memiliki punca-punca
pengeluaran, pengagihan dan pertukaran. Golongan proletariat yang tidak memiliki
perkara diatas hanya tenaga kerja sahaja.

2.10 Integrasi

Integrasi adalah penyatuan antara kelompok yang berbeza tetapi hidup di bawah
sistem pemerintahan ynag sama. Setiap kelompok hidup bersama secara aman tanpa
mengira latar belakang dan bebas mengamalkan budaya masing-masing. Konsep
Integrasi juga merupakan satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan
ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak
dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Dalam
konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti
nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan
lokasi dalam sesebuah unit politik.
Unsur-unsur integrasi ialah integrasi wilayah untuk mengurangkan jurang
perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah, integrasi ekonomi untuk
mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik, integrasi
kebudayaan untuk pembentukan satu kebudayaan kebangsaan, integrasi sosial
merupakan usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan,
pendidikan, perumahan, kesihatan dan lain-lainnya, integrasi pendidikan untuk
mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial, integrasi politik adalah untuk kerjasama
dan pembahagian kuasa politik.

16
Proses mencapai sesebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah
dan integrasi ialah satu proses yang amat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik
boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu
Segregasi merupakan pemisah dan pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan
kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa
keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan,
penggangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh
undang-undang atau sebaliknya. Sehinggalah hubungan yang berbentuk sebati iaitu
konsep Amalgamati iaitu satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi
biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan
dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu
bangsa yang baru. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui
beberapa generasi. Formula: A+B+C= D. A,B dan C mewakili kumpulan etnik yang
berlainan dan D mewakili kumpulan baharu yang terhasil daripada penyatuan A,B dan
C. Syaratnya, kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan
minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak
istimewa mereka dan ini jarang berlaku.

2.11 Akomodasi

Gambar rajah 6

Akomodasi merujuk kepada satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau
lebih pihak yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat
yang dapat memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut. Akomodasi juga bermaksud
proses yang menyebabkan setiap kaum lain dan pada masa yang sama

17
mempertahankan budaya hidup masing-masing. Dalam perkataan lain, akomodasi
dikenali sebagai situasi menang-menang. Kedua-dua pihak yang bertentangan
pendapat atau matlamat akan memperoleh faedah daripada satu matlamat baharu yang
telah dibina secara bersama dan kolektif. Sebagai contoh di Malaysia, meskipun
bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun demikian bahasa-bahasa
lain masih boleh diguna pakai selagi ia tidak bertentangan dengan Prinsip
Perlembagaan Persekutuan.

Konsep Akomodasi juga merupakan proses yang menyebabkan setiap


kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang
lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Menurut Ting Chew
Peh pada tahun 1987, konsep ini diwakili oleh formula: A+B+C = A+B+C. Disini A,
B dan C merujuk kepada budaya. Satu keadaan atau proses apabila
kelompok-kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan dan mengelak
konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau
selama-lamanya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-kelompok
yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yang berasingan. Pada peringkat
pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi
dan pendidikan serta mereka saling bergantung antara satu sama lain. Konsep ini
sering diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan
budaya mereka dalam keadaan harmoni. Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar
untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik.

Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan


etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni dengan
penggunaan pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama dan kepercayaan secara
bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik. Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar
untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik. Kejayaan atau berkesannya
penyesuaian sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah
dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.

18
2.12 Asimilasi

Gambar rajah 7

Menurut Vander Zanden, konsep Asimilasi adalah satu proses percantuman dan
penyatuan di antara kelompok atau individu dari berlainan kebudayaan supaya menja
di satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Konsep ini berhubung
dengan penyerapan sehala individu atau kelompok ke dalam kelompok yang lain. Satu
proses yang berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara
berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi
mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari
segi kebudayaan dan identiti. Sebagai contoh, orang melayu di Thailand telah
mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hamper semua
aspek cara hidup mereka melainkan agama telah disatukan dengan amalan dan cara
hidup orang Thai. Formula yang digunakan bagi asimilasi adalah A+B+C = A. Di
mana A mewakili golongan dominan, B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti.

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli
kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan proses
asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting seperti kesanggupan golongan
minoriti untuk menghilangkan identiti mereka, kesanggupan golongan majoriti untuk
menerima golongan lain, terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik.
Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat perbezaan
di antara golongan minoriti dan majoriti dan juga kadar imigrasi. Umumnya,
golongan minoriti yang bilangan anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan
berbanding kumpulan majoriti yang bilangan anggotanya lebih besar. Minoriti yang

19
mempunyai kebudayaan dan tradisi yang jauh berbeza daripada golongan majoriti
sukar diasimilasikan.

Di Malaysia, proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba
dan Nonya. Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba dan Nyonya
berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.
Baba dan Nyonya adalah orang keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri
Selat, Tanah Melayu, khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian
mereka tidak mahu mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya
mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan
kedudukan ini. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan"
kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai
unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Kebanyakan pendatang Cina yang terawal
sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien dan pakaian
Nyonya serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri daripada baju kebaya.

2.13 Akulturasi

Gambar rajah 8

Akultrasi boleh didefinisikan sebagai proses penerimaan unsur budaya dari satu
kelompok kepada satu kelompok yang lain. Akulturasi berlaku apabila terdapat satu
kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu
kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya
diterima dalam kebudayaan sendiri. Tahap penerimaan sesebuah masyarakat adalah
bergantung kepada sejauh mana kebudayaan asing tersebut mampu memberikan

20
kelebihan dan manfaat kepada kelompok tersebut. Perbezaan antara proses asimilasi
dan proses akulturasi ialah proses akulturasi tidak menyebabkan masyarakat
kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

Sebenarnya bukan mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai


akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat
kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pemakaian pakaian barat. Manakala
unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi adalah lebih
sukar diterima. Dengan wujudnya akulturasi ini, terdapat penerimaan dalam bentuk
unsur budaya yang positif sebagai contoh pemakaian tali leher telah diterima oleh
masyarakat dunia. Selain itu, Masjid Kudus juga merupakan salah satu contoh
akulturasi. Menara Kudus merupakan bangunan kuno hasil akulturasi antara
kebudayaan Hindu-Jawa dengan Islam. Masjid ini terletak di desa Kauman, Jawa
Tengah. Masjid ini didirikan pada tahun 1549M oleh Sunan Kudus.

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Al Aqsha. Sewaktu Islam masuk,
pengaruh kebudayaan Hindu dan Buddha masih lagi melekat dalam diri masyarakat.
Akulturasi tersebut telah mendorong masyarakat untuk menerima Agama Islam
sebagai agama baru yang menghargai budaya. Langkah ini diambil Sunan Kudus
dalam menyebarkan ajaran agama Islam di daerah itu. Selain itu, penilaian unsur
negatif ada juga berlaku dan biasanya ditolak oleh masyarakat umum dan hanya
diamalkan oleh segelintir ahli masyarakat seperti pengaruh black metal dalam
kalangan anak muda. Isu penolaka tersebut telah menyebabkan wujudnya perasaan
bahawa kebudayaan asing hanya akan menghancurkan serta merosakkan kebudayaan
asal mereka.

21
2.14 Diskriminasi

Gambar rajah 9

Diskriminasi merujuk kepada sikap pilih kasih sesebuah kelompok terhadap satu
kelompok yang lain yang dirasakan tidak setaraf dengannya. Diskriminasi juga
ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau
sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi
perilaku pihak yang berpandangan negatif. Tambahan pula, diskriminasi ialah
tindakan membeza-beza anggota masyarakat atas dasar kelas atau kategori tanpa
mengambil kira faktor kebolehan atau merit seseorang. Contoh termasuk diskriminasi
ras, diskriminasi agama, diskriminasi jantina, diskriminasi atas dasar ketidakupayaan,
diskriminasi etnik, diskriminasi berhubung dengan factor ketinggian, dan diskriminasi
berhubung dengan factor umur.

Diskriminasi juga merupakan perbuatan yang dizahirkan melalui perasaan yang


telah dicipta iaitu memandang rendah terhadap standard kebudayaan kelompok lain.
Sebagai contoh, gambar rajah 8 yang menunjukkan krisis yang wujud di Barat yang
memandang orang kulit hitam sebagai golongan masyarakat yang hina. Diskriminasi
yang wujud itu dcipta oleh orang kulit putih untuk menghalang oleh kulit hitam
menjawat jawatan tertinggi dalam sesebuah organisasi.

Diskriminasi semakin mudah berlaku terutama apabila wujud prejudis dan


stereotaip dalam sesebuah masyarakat, sama ada pada peringkat individu ataupun
kumpulan etnik. Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk. Diskriminasi dalam
bentuk yang mudah dapat dilihat apabila individu sesuatu kumpulan etnik cuba

22
mengelakkan diri daripada individu atau etnik yang diprasangkakan. Diskriminasi
mencapai tahap yang tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal
secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.

Gambar rajah 10

Diskriminasi terhadap muslim sering berlaku di luar negara. Sebagai


contohnya, salah satu berita diskriminasi yang berlaku di negara Perancis, iaitu
penduduk Islam jadi sasaran diskriminasi. Seorang pemilik sebuah restoran terkenal
menghalau dua wanita hanya kerana mereka memakai tudung. Apa yang mengundang
kemarahan ramai pihak apabila pemilik restoran itu mengeluarkan kenyataan umat
Islam adalah pengganas, sebelum menghalau dua wanita terbabit. Walaupun dua
wanita tersebut sabar dan cuba berbincang dengan pemilik restoran itu, tetapi masih
diminta keluar daripada restorannya. Selepas menghina Islam, pemilik restoran itu
menegaskan dia berhak mengeluarkan pendapat sedemikian kerana berada di sebuah
negara sekular.

2.15 Prasangka

Prasangka merujuk kepada kesimpulan yang dibuat berdasarkan perasaan


dalaman individu terhadap individu lain atau antara kelompok dengan kelompok yang
lain yang tidak berdasarkan sebarang bukti atau maklumat yang lengkap dan betul.
Prasangka lazimnya timbul apabila wujudnya khabar angin yang bersifat negatif
dalam sesebuah masyarakat terhadap kelompok lain. Prasangka antara etnik berlaku

23
apabila sesebuah kumpulan etnik memandang negatif terhadap kumpulan etnik yang
lain. Prasangka yang kuat terhadap kumpulan etnik yang lain sukar diubah walaupun
fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah
salah. Melalui proses sosialisasi, sikap prasangka disalurkan daripada satu generasi
kepada generasi lain.

Prasangka akan menyumbang kepada kesan yang negatif yang mengancam


hubungan dan keharmonian sesebuah kelompok masyarakat. Kesan prasangka
semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang
terhad sama ada dalam aspek politik, sosial, ekonomi, dan sebagainya. Kewujudan
prasangka adalah disebabkan kurangnya interaksi serta keengganan menerima dan
memahami budaya orang lain. Sebagai contohnya, salah satu berita tentang prasangka
barat terhadap Islam kerana khuatir pesat berkembang. Prasangka yang ‘dilukis’ pihak
tertentu di Barat terhadap Islam adalah kerana agama Islam sedang pesat membangun
dan paling cepat perkembangannya di dunia. Prasangka yang berlaku disebabkan oleh
kekuatan Islam.

Gambar rajah 11

Pada tahun 2018, berita yang berlaku iaitu prasangka buruk terhadap Muslim di
Jerman meningkat tajam. Prasangka terhadap orang Muslim, migran dan pencari
suaka telah meningkat tajam di Jerman. Orang Jerman menyatakan mereka merasa
seperti orang asing di negeri mereka sendiri sebab begitu banyak orang Muslim.
Penelitian tersebut juga mengungkapkan bahawa kebencian terhadap orang asing kian
tersebar luas di seluruh Jerman. Mereka menganggap Jerman dalam keadaan bahaya
kerana dipenuhi orang asing. Mereka juga percaya orang asing mesti dikirim kembali

24
ke negara asal mereka kalau terjadi kekurangan lapangan kerja di Jerman.
Peningkatan Islamofobia dan kebencian terhadap migran telah memanfaatkan
ketakutan akibat terorisme dan krisis pengungsi.

2.16 Stereotaip

Gambar rajah 12

Stereotaip merupakan satu fahaman sesebuah kelompok dengan


mengeneralisasikan kelompok lain berdasarkan sikap, perbuatan serta fahaman
seseorang individu daripada kelompok tersebut. Stereotaip merupakan
kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti
“semua orang Arab itu beragama Islam” dan “orang Belanda itu bersifat kedekut”.
Sebagai contoh, dalam kajian Gallup yang dibuat terhadap 1007 responden yang
terdiri daripada orang dewasa Amerika mendapati mereka enggan berjiran dengan
orang Islam. Ini kerana mereka berpendapat orang Islam bersifat ekstrimis (Utusan
Malaysia, 13 Ogos 2006). Persepsi rakyat Amerika Syarikat terhadap orang Islam
semakin ketara selepas peristiwa pengeboman ke atas (World Trade Centre pada
September 2001). Kebencian itu lebih terserlah apabila Presiden Donald Trumph
mengharamkan kemasukan orang Islam dari tujuh buah negara di Asia Barat.

25
Gambar rajah 13

Setiap kumpulan etnik mempunyai pandangan stereotaip masing-masing terhadap


kumpulan etnik yang lain. Wujudnya daripada pengalaman dan kehidupan seharian
setiap etnik sehingga mmbentuk imej terhadap kumpulan etnik yang lain. Bukan itu
sahaja, stereotaip merupakan gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan
baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yang lain.
Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman
stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat,
khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana
fahaman stereotaip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang
rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi antara
etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

Kandungan stereotaip sebenarnya antara yang dominan dan kumpulan-kumpulan


minoriti dan sering salah satu cara penting di mana kumpulan dominan cuba untuk
membenarkan atau merasionalisasi hubungan itu. Stereotaip telah dibahagikan kepada
dua bentuk. Bentuk pertama adalah dengan memberi sifat rendah yang melampau
seperti pemalas dan tidak cerdik kepada kumpulan minoriti. Sifat ini cenderung
berlaku semasa institusi perhambaan masih berlaku di mana kumpulan minoriti sering
dieksploitasi oleh kumpulan dominan. Bentuk yang kedua ialah stereotaip turut
berlaku apabila kuasa dan perbezaan status kumpulan minoriti dengan kumpulan
dominan semakin rapat.

26
3.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kita dapat mengetahui dan memahami konsep-konsep


yang terdapat dalam subjek “Dinamika Malaysia”. Dengan ini, kita dapat
meningkatkan kefahaman tentang istilah dan konsep ilmu sains social seperti
diskriminasi, akomodasi, etnosentrisme dan lain-lain. Justeru itu, secara tidak
langsung, ini membolehkan kita mendalami Dinamika Malaysia secara ilmiah.
Pengenalan kepada konsep-konsep ini memberi kesedaran kepada kita tentang
kepentingan memupuk keharmonian dalam kehidupan sebagai masyarakat yang
berbilang kaum di Malaysia. Melalui pemahaman konsep ini, kita juga dapat bersatu
padu dan memupuk perpaduan antara sesama kita. Ini menyumbang kepada integrasi
nasional. Selain itu, dengan memahami konsep ini, kita dapat mengaplikasikan dalam
kehidupan seharian dengan menunjukkan nilai-nilai murni dan berkelakuan baik serta
menghormati orang lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Pengenalan gagasan
1 Malaysia menunjukkan usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk menyatupadukan
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Oleh hal yang demikian, diharapkan
supaya seluruh rakyat Malaysia dapat mengekalkan keharmonian dan perpaduan ini.

27
4.0 RUJUKAN

RUJUKAN BUKU

1. Astro Awani (2019). Galak etnik di Sabah anjur program penyatuan kaum.
[Rujuk pada 7 November 2019]
2.
3.

RUJUKAN INTERNET

Editor Yadim. (2016). Penduduk Islam Jadi Sasaran Diskriminasi. [online].


Available at:

http://www.yadim.com.my/v2/penduduk-islam-jadi-sasaran-diskriminasi/

[Accessed 7 Nov. 2019].

Bharian.com.my. (2016). [online]. Available at:

https://www.bharian.com.my/node/207262

[Accessed 7 Nov. 2019].

Antaranews.com. (2018). Prasangka Buruk Terhadap Muslim di Jerman Semakin


Tajam. [online]. Available at:

https://www.antaranews.com/berita/766303/prasangka-buruk-terhadap-muslim-di-jer
man-meningkat-tajam

[Accessed 7 Nov. 2019].

Ali, A. (2019). Kisah tokoh masyarakat baba nyonya dibukukan. Sinar Harian.
[online]. Available at:

https://www.google.com/amp/s/amp.sinarharian.com.my/article/26691/EDISI/Melaka
-NS/Kisah-tokoh-masyarakat-Baba-Nyonya-dibukukan

[Accessed 13 Nov 2019].

28
Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohammad (2018). Kesamarataan
Hapus Jati Diri Bangsa. BH Online. [online]. Available at:

www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/12/507454/kesamarataan-hapus-jati-diri
-bangsa/amp

[Accessed 13 Nov 2019].

Grobogan, K. & Putranto, P. D. (2019). Peringatan Hari Jadi Masjid Menara


Kudus, Simbol Toleransi Umat Beragama. Kompas.com. Nursastri, S. A. ed.
[online]. Available at:

https://travel.kompas.com/read/2019/03/25/151100427/peringatan-hari-jadi-masjid-m
enara-kudus-simbol-toleransi-umat-beragama

[Accessed 13 Nov 2019].

29
5.0 LAMPIRAN

30

You might also like