You are on page 1of 16

PENGHARGAAN

         
   Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah Smk
Taman Kluang Barat khasnya Pengetua En Nordin Bin Mukri dan Penolong Kanan Tingkatan
Enam En Arif Bin Misman kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk
melaksanakan kerja kursus ini.

      Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Cikgu Nor Nadiah BT Ahmad Nazri selaku guru Pengajian Am saya. Beliau
telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk
menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru
yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.
Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Encik Thangarajoo A/L Vambadi dan Puan
Saraswathy A/P Raman jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan
kewangan kepada saya sepanjang masa.
            Penghargaan kepada rakan baik saya iaitu Shela A/P Premanand dan semua rakan lain
atas kesudian membantu dan memberi segala nasihat. Tidak lupa juga, terima kasih kepada
semua responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal selidik dan temubual.
Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan
kaum. Malahan, kepelbagaian ini adalah kekuatan yang mewarnai corak negara ini. Tidak
hairanlah Malaysia menjadi model sebuah masyarakat majmuk kepada masyarakat yang lain.
Oleh itu, perpaduan dan intergrasi adalah satu keperluan bagi menjamin rakyatnya hidup dalam
suasana aman damai. Perpaduan nasional umumnya merujuk kepada penyatuan berbagai-bagai
kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza. Usaha ke arah
perpaduan dapat dilihat melalui penyatuan Sabah, Sarawak dengan negeri-negeri Semenanjung.

Menurut kamus pelajar edisi kedua, integrasi bermaksud gabungan dua atau beberapa kaum
menjadi satu kesatuan. Usaha dilakukan utk mewujudkan kaum ke arah satu masyarakat
beridentiti Malaysia. Mengintegrasikan semua suku kaum harus diri menjadi satu keluarga besar

Perpaduan mengikut kamus dewan edisi kedua, perpaduan ialah penyatuan dan darjah serta
jenis penyatuan yang di pamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran
mereka.Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia.
Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains
kemasyarakatan. Maksud perpaduan kaum ialah semua kaum di dalam sesebuah negara saling
berkerjasama atau erti kata yang lain berganding bahu untuk membentuk negara yang makmur
dan damai. Sesebuah negara yang maju tidak akan wujud tanpa perpaduan dari semua kaum.

Menurut kamus dewan edisi kedua, wadah bermaksud bekas atau tempat mengisi sesuatu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wadah bermaksud bekas untuk mengisi atau diisi
sesuatu dan untuk melakukan atau menyampaikan sesuatu. Contohnya pengiklanan, medan
propaganda, suatu saluran untuk menyampaikan informasi dan lain-lain. Menurut kamus dewan
edisi kedua, memperkasa menjadikan perkasa. Ia bermaksud usaha dijalankan untuk memupuk
perpaduan. Hal ini kerana, merapatkan  hubungan dan  persefahaman dalam masyarakat
berbilang kaum.
Halangan perpaduan ialah agama dan kebudayaan. Setiap kumpulan etnik mempunyai agama
dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian,
budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan
seringkali menggap mereka sahaja yang terbaik. Pemisahan tempat tinggal yang menyebabkan
etnik tidak saling memahami antara satu sama lain dan tidak wujud perpaduan dalam kalangan
masyarakat. Fahaman politik merupakan faktor penting yang mempengaruhi masalah perpaduan
kerana berbeza aliran,fahaman dan sering berpecah kerana perasaan tidak puas hati.

Rasional kerja kursus ini adalah penduduk di Taman Saujana kurang berinteraksi ekoran
kesibukan dengan urusan harian. Namun, nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai
kaum harus dipertahankan agar ia dapat mengekalkan keharmonian. Jelaslah bahawa semangat
paerpaduan di kalangan rakyat Malaysia perlulah dipupuk bermula dari akar termasuklah kanak-
kanak.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini , beberapa objektif telah menjadi landasan dan panduan pengkaji .

Objektif kajian ini adalah:

2.1 Mengenalpasti faktor-faktor tarikan penduduk mengunjungi di D’ Sarah Café di Taman


Saujana,Kluang, Johor.
2.2 Mengkaji kesan kunjungan ke D’ Sarah Cafe terhadap integrasi dan perpaduan penduduk
di Taman Saujana, Kluang, Johor
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 Negeri Johor

Peta 1: Negeri Johor


Sumber : http://integrityofnzwn.blogspot.com/2010/04/peta-johor.html

Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung


Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.
Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat
Johor di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. Bagi persempadanan antarabangsa pula,
negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riau di bahagian laut
sebelah timur, di sebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia.
Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Johor. Dengan keluasan kira-kira
19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri kedua termaju di Malaysia. Johor
juga negeri kelima mempunyai keluasan terbesar dalam Malaysia. Selain itu, negeri ini juga
mempunyai jumlah penduduk kedua terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ketujuh terpadat
di dalam negara. Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri
ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur.
Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Iskandar Puteri, Batu Pahat, Muar dan Kluang.
Nama rasminya iaitu "Darul Ta'zim" berasal daripada perkataan Arab yang membawa
maksud tempat perlindungan yang bermaruah. Kawasan Johor sudah pun bermula pada
tahun 800 sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting.
3.2 Daerah Kluang

Peta 2: Daerah Kluang


Sumber: http://filaman.blogspot.my/2011/04/malaysia-kluang-postmark.html

Kluang (Jawi:‫ )كلواڠ‬merupakan nama sebuah bandar yang terletak di Daerah


Kluang, Johor, Malaysia. Bandar rel ini terletak 105 km di utara Johor Bahru, tenggara Batu
Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi
350,000 orang dan kawasan bandar itu sendiri mempunyai 200,000 penduduk. Kluang
merupakan bandar ketiga terbesar dalam negeri Johor selepas metropolitan kedua terbesar
Malaysia iaitu Johor Bahru dan Batu Pahat. Koordinat geografinya ialah: 2°2′01″U,
103°19′10″T. Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu 'keluang', yang bermaksud
sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam
bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu tetapi kini hampir tiada lagi
disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya. Kluang merupakan
bandar ketiga terbesar dalam negeri Johor selepas metropolitan kedua terbesar Malaysia iaitu
Johor Bahru dan Batu Pahat. Antara yang terkenal di Kluang adalah Street Art Kluang, UK
Farm, Zenxin Organic Park dan Kluang Rail Coffee.

3.3 Taman Saujana


Peta 3: Taman Saujana
Sumber: Majlis Perbandaran Kluang
Taman Saujana merupakan nama sebuah taman yang terletak di Daerah Kluang, Johor, Malaysia.
Taman ini dibina pada tahun 2004. Anggaran penduduk di taman tersebut ialah 4000 orang.
Seterusnya hektar taman ini adalah 500 hektar. Bilangan rumah yang dibina di taman ini ialah
4372 unit. Antara kemudahan yang disediakan adalah Songmart, kedai makanan, pam minyak
dan lain-lain. Salah satu yang menjadi tumpuan adalah kedai makanan D’Sara Cafe

3.4 Gambar kedai makanan D’Sara Café


Gambar: Kedai makan D’Sarah Café
Sumber: Kajian lapangan 2019
D’Sarah Café merupakan kedai makan yang menjadi tumpuan untuk penduduk yang berada di
Taman Saujana. Kedai ini ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Encik Abdul Ajiz. Kedai ini dibuka
24 jam. Kedai ini menjual makanan yang halal sahaja. Selain itu, kedai ini mempunyai pelbagai
jenis makanan seperti western food, tomyam, roti nan, dan lain-lain. Bilangan pekerja yang
bekerja di kedai itu ialah 18 pekerja iaitu lapan pekerja asing dan 10 pekerja tempatan.
Antaranya ialah tukang masak enam pekerja, pembersih dua pekerja, kaunter dua pekerja,
pelayan empat pekerja dan empat lagi pekerja ialah lain-lain. Seorang pekerja diberi 12 jam
untuk bekerja.
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian adalah kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data
supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi
menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu
digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas atau  lebih
terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

Menurut ‘Hornby’ (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk
menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan
membincangkan reka bentuk kajian, sample kajian, instrumen kajian dan prosedur atau proses
menganalisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih
awal. Menurut Ustaz Kenali, metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka
bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh
menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab
sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi adalah untuk membantu
memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian
tentang proses kajian.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana
sesuatu kajian itu dijalankan. Kajian ini dibentuk menggunakan kajian tinjauan soal selidik.
Kajian tinjauan dilakukan berdasarkan rujukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan
persampelan, pengukuran dan analisis data. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor
tarikan penduduk mengunjungi di D’ Sarah Café di Taman Saujana,Kluang, Johor dan mengkaji
kesan kunjungan ke D’ Sarah Cafe terhadap integrasi dan perpaduan penduduk di Taman
Saujana, Kluang, Johor.
4.2 Instrumen Kajian
Instrumen ialah alat kajian untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan
penyelidikan yang ditetapkan Instrumentasi ialah proses menyediakan alat mengumpul data.
Tingkah laku sampel diukur menerusi pentadbiran alat penyelidikan yang dipilih. Instrumen
kajian diperlukan untuk mendalami konsep berkaitan sikap, persepsi keterangan latar belakang
dan segala sumber yang berbentuk primer dan sekunder. Dalam kajian ini, instrumen yang
digunakan untuk mendapatkan data adalah menggunakan boring soal selidik, boring temu bual
dan kaedah rujukan.

Kaedah Instrumen kajian


Kualitatif Borang temu bual, rujukan (perpustakaan, internet)
Kuantitatif Borang soal selidik
Jadual 1: Instrumen kajian

4.3 Cara Mendapatkan Responden

Responden dipilih secara bertujuan untuk memenuhi kehendak jawapan yang bertepatan dengan
tajuk kajian pengkaji.

4.3.1 Pemerhatian

Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tempat kajian sebelum mendapat responden.
Tempat kajian yang dipilih adalah di kedai D’Sarah Café. Pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji
adalah mengkaji kesan kunjungan ke D’ Sarah Cafe terhadap integrasi dan perpaduan penduduk
di Taman Saujana, Kluang, Johor.

Foto 1 : Suasana kedai D’ Sarah Cafe


Sumber : Kajian lapangan 2019

4.3.2 Pemilihan Responden


Responden dipilih secara bertujuan untuk memenuhi kehendak jawapan yang bertepatan dengan
tajuk kajian D’ Sarah Café sebagai wadah memperkasa perpaduan dalam kalangan penduduk di
Taman Saujana, Kluang, Johor. Responden yang telah dipilih dalam kajian ini adalah penduduk
Taman Saujana. Responden dipilih mengikut kategori mengikut jantina, umur, bangsa dan
agama.

Foto 2 : Responden sedang mengisi borang soal selidik


Sumber : Kajian lapangan 2019

4.3.3 Pengedaran Borang Soal Selidik

Semasa kajian ini dijalankan, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30
orang responden yang terdiri daripada pelbagai kaum di Taman Saujana. Kaedah ini
digunakan untuk memudahkan pelaksanaan kajian dan maklumat responden dikumpulkan
bagi mendapat data yang berunsur kuantitatif. Kesemua responden ini dipilih bertujuan untuk
mengkaji mengenalpasti faktor-faktor tarikan penduduk mengunjungi di D’ Sarah Café di
Taman Saujana,Kluang, Johor dan mengkaji kesan kunjungan ke D’ Sarah Cafe terhadap
integrasi dan perpaduan penduduk di Taman Saujana, Kluang, Johor. Dalam proses
mengedarkan borang soal selidik, masalah yang dihadapi oleh pengkaji adalah kebanyakkan
responden kurang memberi kerjasama dan sokongan untuk mengisi borang soal selidik.
Seterusnya, ada segelintir responden yang tidak faham sesetengah perkataan dalam borang
soal selidik. Namun begitu pengkaji telah Berjaya mendapatkan 30 orang responden yang
telah menjawab borang soal selidik.

Foto 3 : Pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada responden


Sumber : Kajian lapangan 2019
4.4 Cara Mendapatkan Data / Maklumat

4.4.1 Soal Selidik

Borang soal seldik telah disediakan berdasarkan objektif kajian iaitu mengenalpasti faktor-faktor
tarikan penduduk mengunjungi di D’ Sarah Café di Taman Saujana,Kluang, Johor dan mengkaji
kesan kunjungan ke D’ Sarah Cafe terhadap integrasi dan perpaduan penduduk di Taman
Saujana, Kluang, Johor. Borang soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian A adalah
berkenaan dengan data demografi responden, bahagian B adalah berkaitan tentang faktor-faktor
penduduk mengunjungi D’ Sarah Café dan bahagian C adalah berkaitan tentang mengkaji kesan
kunjungan ke D’ Sarah Café terhadap integrasi dan perpaduan penduduk di Taman Saujana.
Keseluruhannya bahagian C terbahagi kepada 3 skop iaitu hubungan, komunikasi dan informasi.
Kajian ini menggunakan Skala Likert yang mengandungi lima aras seperti dalam jadual berikut :

1 Sangat tidak setuju


2 Tidak setuju
3 Tidak pasti
4 Setuju
5 Sangat setuju
Jadual 2 : Skala Likert
4.3.2 Temu Bual

Dalam kaedah temu bual, pengkaji telah menemubual tiga orang responden yang mengunjungi
D’ Sarah Café. Pengkaji telah menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan kajian iaitu
mengenai faktor utama yang menarik penduduk setempat untuk mengunjungi kedai D’ Sarah
Café, faktor keistimewaan kedai D’ Sarah Café berbanding kedai makan yang terdapat di
kawasan setempat, faktor-faktor lain menyebabkan ramai pengunjung mengunjungi kedai makan
D’ Sarah Café dan sebagainya. Pengkaji telah memilih responden secara rawak daripada
pengunjung D’ Sarah Café.

Foto 4 : Pengkaji menemubual pengusaha D’ Sarah Café

Sumber : Kajian lapangan 2019


4.4.3 Rujukan Perpustakaan
Bagi melengkapkan kajian ini juga, pengkaji mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber
seperti buku dan kamus untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Bahan-bahan tersebut
banyak membantu pengkaji untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Foto 5 : Pengkaji mencari maklumat yang berkaitan dengan kajian
Sumber : Kajian lapangan 2019
4.5 Memproses dan Mempersembahkan Data
Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data yang berbentuk skala likert. Data
skala likert secara manual dengan mengambil kira kekerapan dan peratus. Data yang dikumpul
akan dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta pai dan graf bar. Selepas itu, skala tersebut
akan digunakan untuk membuat penerangan kepada graf bar

You might also like