You are on page 1of 3

010525-02-0899

LOKASI KAJIAN
Peta 1 menunjukkan lokasi kajian di negeri Kedah Darul Aman.

Sumber : Google Maps 2020

Kedah merupakan salah sebuah negeri yang terletak di baratlaut di Semenanjung


Malaysia. Kedah mempunyai keluasan 9500 kilometer persegi dan mempunyai populasi
yang kelapan banyak di Malaysia iaitu sebanyak 1,890,098 orang. Kedah mempunyai
beberapa bandar utama seperti Alor Setar yang merupakan ibu negeri Kedah, Sungai
Petani, Jitra dan Kulim. Hampir semua bahagian adalah terdiri daripada tanah rat dan
hanya sebahagian adalah sebuah pulau iaitu Pulau Langkawi yang dikenali sebagai
sebuah pusat pelancongan yang terkenal di persada dunia. Kedah juga merupakan
sempadan Malaysia dengan Thailand di Bukit Kayu Hitam. Kedah merupakan negeri
pengeluar padi utama bukan sahaja disebabkan oleh permukaan tanah yang rata tetapi
juga disebabkan oleh jenis tanah iaiti kesuburan tanah liat bagi tanaman. Kedah juga
merupakan salah sebuah negeri Agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan
pertanian serta perkampungan nelayan. Negeri Kedah juga dikenali sebagai negeri
Jelapang Padi kerana hasil padi yang banyak.
010525-02-0899

Peta 2 menunjukkan lokasi kajian di Daerah Kota Setar, Kedah.

Sumber : Google Maps 2020


Daerah Kota Setar merupakan sebuah daerah yang dianggap daerah yang membangun.
Kota Setar diduduki oleh lebih daripada 450,000 ribu penduduk mengikut banci tahun
2010. Daerah Kota Setar mempunyai 28 mukim seperti Alor Malai, Alor Merah, Anak
Bukit, Bukit Pinang, Derga, Gunong, Hutan Kampong, Kangkong, Kota Setar, Kuala
Kedah, Kubang Rotan, Langgar, Lengkuas, Lepai, Limbong, Mergong, Padang Hang,
Padang Lalang, Pangkalan Kundor, Pumpong, Sala Kechil, Sungai Baharu, Tajar,
Tebengau, Telaga Mas, Telok Chengai dan Titi Gajah.
010525-02-0899

Peta 3dan Rajah 1 menunjukkan loaksi kajian di Asrama Kolej Sultan Abdul Hamid

Sumber: Google Maps 2020


Sumber : Google Images 2020

Kolej Sultan Abdul Hamid merupakan salah satu sekolah premier dan sekolah terawal di
Malaysia iaitu ditubuhkan pada tahun 1908 sebagai Government English School (GES).
Asrama Kolej Sultan Abdul Hamid mula didiami pada tahun 1931. Kemudian, pada
tahun 1986, asrama puteri siap dibina dan mendapat nama baharu iaitu Hostel Raja Muda
Tunku Abdul Malik.

You might also like