You are on page 1of 7

PENYEDIAAN CADANGAN PENYELIDIKAN KERTAS KERJA KURSUS

SEJARAH STPM KOD : 940/4

TEMA : SEJARAH TOKOH

1.0 TAJUK :

PEGAWAI WARAN 2, ENCIK RAMLI BIN JALIL :

SUMBANGAN BELIAU DALAM BATALION KETUJUH REJIMEN RENJER

DIRAJA MEKANIZE (7 RRD MEK) DI KEM BATU LIMA, MENTAKAB,

PAHANG DARI TAHUN 1992 SEHINGGA 2012.

2.0 PENGENALAN

Anggota tentera merupakan individu yang sangat penting dalam sesebuah negara.

Hal ini kerana anggota tentera merupakan “kunci” bagi mengekalkan keamanan,

kesejahteraan dan kedaulatan sesebuah negara. Kerjaya sebagai seorang anggota

tentera dianggap sebagai salah satu kerjaya paling mencabar di dunia. Kerjaya sebagai

anggota tentera ini menuntut seseorang individu itu untuk berkorban. Bukan sahaja

tenaga, malah masa bersama orang tersayang juga turut terpaksa dikorbankan sama.

Dalam sesetengah kes, inidividu terpaksa berkorban nyawa bagi memastikan

negaranya kekal aman dan berdaulat. Namun tugas mempertahankan negara turut

digalas bersama seluruh rakyat di sesebuah negara, khususnya Malaysia. Menurut

konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH), tentera akan menjadi lapisan pertahanan

utama dalam mempertahankan negara diikuti agensi kerajaan seperti Polis DiRaja

Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan


sebagainya serta lapisan ketiga iaitu badan-badan awam/swasta dan rakyat.

Dalam konteks yang dibincangkan oleh penulis, penulis akan menumpukan

kepada rejimen kedua terbesar dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) yakni, Rejimen

Renjer DiRaja (RRD). RRD ini merupakan “pewaris” kepada bekas unit elit, Sarawak

Rangers. Sarawak Rangers telah dibubarkan secara rasmi sebelum Sarawak merdeka

pada 22 Julai 1963. Selepas pembentukkan Malaysia, British telah serahkan

pentadbiran Sarawak Rangers kepada kerajaan Malaysia yang mana kemudiannya

telah membentuk rejimen renjer yang akan digelar, “Renjer Malaysia”. Anggota unit

ini telah dilatih oleh Special Air Service (SAS) dari United Kingdom (UK). Ditukar

namanya menjadi “Rejimen Renjer” pada 1971, seterusnya “Rejimen Renjer DiRaja”

apabila menerima gelaran “DiRaja”. Rejimen Renjer DiRaja ini berkekuatan 11

batalion.

Namun, sekitar tahun 1990-an, batalion ke-10 dan ke-11 Rejimen Renjer DiRaja

telah dibubarkan ekoran perubahan struktur elemen tempur dalam Tentera Darat

Malaysia selepas pengisytiharan perletakan senjata oleh Parti Komunis Malaya

(PKM). Ini menandakan bahawa Darurat Kedua (1968 - 1989) secara rasmi telah

tamat.

Pada 1 Oktober 2009, selaras dengan keputusan Jawatankuasa Pembangunan

Tentera Darat Siri 9/08, pada 31 Disember 2008, Batalion Ke-10 Rejimen Renjer

DiRaja akan ditubuhkan semula di Kem Muara Tuang, Kuching, Sarawak.

Pengaktifan semula ini bertujuan melengkapkan 3 buah batalion infantri di bawah

naungan 3 Bridge dan bagi memenuhi keperluan menempatkan sebuah batalion

infantri di Kem Muara Tuang.

Antara tokoh yang boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada masyarakat dalam

bidang ketenteraan ini adalah Pegawai Waran 2, Encik Ramli Bin Jalil. Masyarakat
setempat seharusnya mencontohi keperibadian tokoh berkenaan dalam menyumbang

bakti kepada masyarakat, agama, bangsa, dan negara. Beliau memainkan peranan

penting dalam bidang ketenteraan sebagai Pegawai Waran 2 di 7 RRD.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini di jalankan adalah untuk menjelaskan latar belakang diri,

keluarga, dan pendidikan Encik Ramli Bin Jalil sebagai seorang anggota tentera.

Di samping meneliti peranan yang di mainkan oleh beliau dalam bidang

ketenteraan dari segi sumbangan beliau, sepanjang beliau bertugas sebagai seorang

anggota tentera di 7 RRD.

Selain itu, kajian ini juga bermatlamat untuk menonjolkan imej seorang tokoh

tentera yang berjasa besar kepada masyarakat, agama, bangsa, dan negara.

4.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini adalah untuk mengetahui bilakah beliau memulakan

kerjayanya sebagai seorang anggota tentera, dan apakah perkara yang menarik minat

beliau untuk menjadi seorang anggota tentera. Hal ini demikian kerana, beliau adalah

tokoh yang boleh di jadikan contoh dalam bidang ketenteraan dari aspek sumbangan

beliau di 7 RRD.

Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti apakah peranan yang di mainkan oleh

beliau dalam bidang ketenteraan di 7 RRD. Melalui kajian ini pengkaji akan

memerhatikan kejayaan yang pernah di capai oleh beliau sepanjang beliau menggalas

karier sebagai seorang anggota tentera.

5.0 SKOP KAJIAN


Skop kajian ini adalah mengenai Pegawai Waran 2, Encik Ramli Bin Jalil, dan

penglibatannya dalam bidang ketenteraan serta sebagai seorang anggota tentera

berpangkat Pegawai Waran 2.

Ruang kajian bagi kajian ini telah dibataskan hanya di daerah di mana beliau

telah dikerahkan sahaja yakni di Daerah Mentakab, Pahang.

Tempoh masa bagi kajian ini bermula dari tahun 1992 sehingga tahun 2012.

Penulis memilih tempoh masa dari tahun 1992 sehingga tahun 2012 (20 tahun) kerana

ketika itu, tokoh ini baru sahaja memulakan kariernya dan dikerahkan ke unit pertama

beliau, yakni Batalion Ke-7 Rejimen Renjer DiRaja di Kem Batu Lima, Mentakab,

Pahang.

Selain itu, penulis turut meneliti akan kejayaan yang pernah di capai oleh beliau.

6.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS

Dalam usaha menjalankan kajian ini, penulis telah mendapati bahawa sebelum

kajian ini dijalankan, tidak terdapat kajian lepas yang pernah dijalankan mengenai

tokoh ini. Namun begitu, terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan berkaitan

tokoh-tokoh lain di negara kita khususnya tokoh dalam bidang ketenteraan.

Misalnya dalam buku yang bertajuk “Riwayat Ungku Aziz” (2014) karya Asmah

Haji Omar. Buku ini yang menyingkap keistimewaan Prof. Diraja Ungku Aziz.

Seorang tokoh yang mempunyai latar belakang penuh warna. Penuh cabaran di awal

kehidupannya. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga aristrokrat, tetapi beliau

berdikari mencapai kedudukan yang tinggi di alam pendidikan. Merupakan pencetus

idea sehingga lahir Tabung Haji, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad

(ANGKASA), dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Selain itu, buku bertajuk “Limpahan Darah Di Sungai Semur” karya Zakaria
Salleh (2000). Buku ini menceritakan tentang anggota tentera, Sarjan Jamaludin Bin

Mohamad yang berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu semasa Perang Dunia Ke-2

dan Darurat Pertama (1948 - 1960). Juga karya Aenid Abdullah, “Aku Seorang

Patriot” (2018), yang merupakan kompilasi kisah para veteran yang terlibat sewaktu

menentang komunis.

Oleh yang demikian, penulis merupakan pelopor dalam mengkaji tokoh, Pegawai

Waran 2, Encik Ramli Bin Jalil dari Batalion Ke-7 Rejimen Renjer DiRaja, di Kem

Batu Lima, Mentakab, Pahang. Penulis amat berharap agar kajian ini dapat menjadi

titik panduan kepada pengkaji-pengkaji lain supaya mengkaji mengenai peranan dan

sumbangan Pegawai Waran 2, Encik Ramli Bin Jalil di Mentakab dengan lebih

terperinci dan mendalam. Di samping itu, diharapkan kajian ini dapat meningkatkan

kesedaran kepada masyarakat terutama generasi baru mengenai sumbangan tokoh

tersebut khususnya dan sumbangan anggota tentera amnya.

7.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam menjalankan penyelidikkan dan kajian mengenai tokoh, Pegawai Waran 2,

Encik Ramli Bin Jalil dari Batalion Ke-7 Rejimen Renjer DiRaja di Kem Batu Lima,

Mentakab, terdapat beberapa kaedah yang telah digunakan oleh penulis dalam

mengumpul maklumat bagi menyiapkan kertas kerja ini.

Antara kaedah kajian yang telah digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah

Kaedah Kajian Temu Bual, Kaedah Kajian Lapangan, Kaedah Kajian Kepustakaan

dan Kaedah Kajian Internet.

Kaedah Kajian Temu Bual, kajian ini telah dijalankan di No. 29, Taman Jaya

3, Jalan Maran, 28000, Temerloh, Pahang. Sampel responden yang telah ditemubual

termasuklah tokoh itu sendiri, Pegawai Waran 2, Encik Ramli Bin Jalil, isteri beliau,
Faridah Binti Yunus, anak beliau, Muhammad Haziq Izzuddin Bin Ramli, dan

Pegawai Pemerintah (CO) 7 RRD, (nama CO).

Kaedah Kajian Lapangan, penulis telah melawat ke lokasi kajian iaitu di Kem

Batu Lima (Markas 7 RRD). Selain itu, di rumah tokoh iaitu di No. 29, Taman Jaya 3,

Jalan Maran, 28000, Temerloh, Pahang. Hal ini bagi membolehkan penulis lebih

memahami tentang tokoh yang dikaji.

Kaedah Kajian Kepustakaan, pengkaji akan membuat penyelidikan di

Perpustakaan SMK Abu Bakar, dan Perpustakaan Awam Temerloh, di bandar

Temerloh. Di sana, pengkaji akan mengenal pasti buku-buku yang berkaitan dengan

sejarah tokoh, Rejimen Renjer DiRaja dan lain-lain buku yang berkaitan.

Kaedah Kajian Internet, pengkaji memanfaatkan sepenuhnya kemudahan abad

ke-21 seperti laptop dan telefon pintar bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan.

8.0 PENULISAN STRUKTUR ESEI

Penulisan kajian ini akan dibahagikan kepada 3 buah bahagian utama yakni

Bahagian Pengenalan (1.0), Bahagaian Isi (2.0 - 6.0), dan Bahagian Kesimpulan (7.0).

Setiap bahagian akan dipecahkan pula kepada beberapa subtajuk seperti berikut :

1.0 PENGENALAN

2.0 LATAR BELAKANG TOKOH

2.1 Latar Belakang Diri

2.2 Latar Belakang Keluarga

2.3 Latar Belakang Pendidikan


3.0 PERMULAAN KARIER

3.1 Pendorong

3.2 Kerahan

4.0 SUMBANGAN

5.0 PENCAPAIAN

6.0 CABARAN YANG DIHADAPI

7.0 KESIMPULAN

You might also like