You are on page 1of 9

KOLEJ TINGKATAN ENAM SERI IPOH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 3 2018 (JAWAPAN)


BAHAGIAN A.

NO SOALAN/ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
JAWAPAN B B C B D D B B C B B A B C D

BAHAGIAN B.
Skema Jawapan:

16. Jadual menunjukkan nilai dagangan mengikut sektor terpilih dan aliran dagangan pada tahun 2015

Bil Idea Huraian


A: Nilai Dagangan Mengikut Sektor: Elektrik dan elektronik:
1. Nilai dagangan paling tinggi: RM 193 185.79 juta, 61.76%
Sektor elektrik dan elektronik Daripada jumlah keseluruhan:
RM 312 794.74 juta
Nilai dagangan paling rendah:
Produk komoditi Produk komoditi:
RM 58 967.99 juta, 18.85%
Daripada jumlah keseluruhan:
RM 312 794.74
B: Aliran Dagangan: Jumlah eksport: RM 195 559.09 juta
2. Keseluruhan aliran dagangan Malaysia Jumlah import: RM 117 235.65 juta
menunjukkan lebihan dagangan @ Lebihan dagangan: RM 78 323.44 juta
Eksport melebihi import
3. Lebihan dagangan @ eksport melebihi Elektrik dan elektronik:
import Jumlah eksport: RM 109787.86 juta
Elektrik dan elektronik, petroleum dan Jumlah Import: RM 83 397.93 juta
gas, produk komoditi / semua sektor Lebihan dagangan: RM 26 389.93 juta
berlaku lebihan dagangan
Petroleum dan gas:
Jumlah eksport: RM 39 306.57juta
Jumlah Import: RM 21 334.39 juta
Lebihan dagangan: RM 17972.18juta

Produk komoditi:
Jumlah eksport: RM 46 464.66 juta
Jumlah import: RM 12 503.33 juta
Lebihan dagangan: RM 33961.33 juta

4. Lebihan dagangan @ eksport lebih besar Produk komoditi:


dari import paling ketara. Jumlah eksport: RM 46 464.66 juta
Jumlah import: RM 12 503.33 juta
Produk komoditi
Lebihan dagangan: RM 33961.33 juta
5. Lebihan dagangan @ eksport lebih besar Petroleum dan gas:
dari import paling kecil. Jumlah eksport: RM 39 306.57 juta
Jumlah import: RM 21 334.39 juta
Petroleum dan gas
Lebihan Dagangan: RM 17972.18 juta

1
C: Langkah Malaysia Mengurangkan
Import.
6. Mempelbagaikan hasil keluaran negara - Kerajaan mengalakkan kepelbagaian produk di
Malaysia. hasilkan oleh pengilang bagi menambah lagi
pilihan kepada pengimport.
- Tidak perlu lagi mengimport barangan kerana
sudah ada pilihan di Malaysia.
- Menyediakan intensif kepada pengilang yang
mempelbagaikan produknya.

7. Meningkatkan kualiti barangan Malaysia - Kualiti barangan tinggi akan meningkatkan


permintaan barangan tempatan.
- Kualiti barangan yang tinggi juga dapat dijual
dengan harga yang tinggi.
- Secara tidak langsung, eksport negara dapat
ditingkatkan dan import akan dikurangkan.
8. Mengadakan kempen secara besar-besaran - Kerajaan mengadakan kempen untuk
untuk mempromosikan produk tempatan. mempromosikan produk Malaysia.
- Sentiasa memberikan produk yang terbaik dan
berkualiti kepada pengguna.
- Pengguna akan mengurangkan pembelian
barangan import.
9. Mengadakan lebih banyak R&D. - R & D diberi keutamaan oleh kerajaan bagi
mengurangkan importnya.
- R&D boleh meningkatkan produk Malaysia.

Kesimpulannya, aliran dagangan yang memihak kepada Malaysia dapat membantu perkembangan
ekonomi negara.

Skema Jawapan:
A B C
Atau 1 + 1 + 2
1 1 2

17. Jadual menunjukkan bilangan kes kemalangan jalan raya yang dilaporkan dari tahun 2011 hingga
2014.

Bil Idea Huraian


A.Idea Wajib:
1 Keadaan jumlah kes kemalangan Tahun 2011sebanyak 279 711 kes
jalanraya di Malaysia semakin Tahun 2014 sebanyak 328 264 kes
meningkat. Meningkat sebanyak 48 553 kes
Peratus Peningkatan 17.36 %

B. Faktor Kemalangan
Meningkat. -Hujan lebat menyebabkan jalan licin
2 Alasan Cuaca -Panas terik menyebabkan mengantuk/letih
-Jerebu - menganggu pengguna dan jarak penglihatan
tidak jelas.

2
3 Keadaan Fizikal jalanraya - Jalanraya bengkang bengkok / beralun-alun,
berlubang, Lereng bukit, sempit
- Tidak berturap / tidak bertar / garisan pembahagi
jalanraya tidak jelas.

4 Sikap pengguna jalanraya -Tidak berhemah /Tidak bertimbang rasa/suka


berlumba /tidak mematuhi peraturan jalanraya /
mengantuk / memandu melebihi had laju / lebih
muatan / ubah suai kenderaan / guna telefon bimbit
ketika memandu.

5. Prasana /Infrastruktur jalanraya -Tiada papan tanda / lampu isyarat yang rosak /
bilangan kemudahan tempat rehat (R&R) tidak
mencukupi / tiada jejaantas /petak melintas / tiada
lorong jalan kaki/motorsikal.

6 Musim perayaan / cuti umum -Bilangan kenderaan bertambah / kesesakan lalulintas


luar biasa / ingin cepat

7 Pengaruh alkohol /dadah -Mabuk –tidak boleh kawal diri / tidak dapat berfikir
secara waras / tidak boleh mengawal kenderaan /
terbabas

8. Penguatkuasaan undang-undang -Kurang kakitangan / operasi bermusim / rasuah


/Perlaksanaan yang kurang
berkesan.

Kesimpulannya, bilangan kes kemalangan jalanraya semakin meningkat dari setahun ke setahun.
Kerajaan seharusnya mengambil langkah yang sewajarnya agar kes kemalangan ini dapat
dikurangkan.

Skema Jawapan

A B Atau 1 + 3
1 3

3
BAHAGIAN C
Skema Jawapan:

18. Kebebasan yang diberikan kepada media antarabangsa turut mewujudkan keburukan-keburukan
tertentu kepada negara kita. Oleh itu langkah-langkah yang bersesuaian perlu dilakukan bagi
menanganinya. Huraikan.

Pengenalan: Isu kebebasan media antarabangsa seperti Cable News Network (CNN) dan Asean Wall
Street (ASW) dalam membuat laporan terhadap sesebuah negara sering diperdebatkan. Kebebasan
media antarabangsa membuat laporan boleh mendatangkan kesan baik dan kesan buruk.

Bil Idea Huraian


A. Kesan buruk
1 Memecah-belahkan - Media asing tidak memahami komposisi penduduk dan
masyarakat majmuk sejarah politik Malaysia
- Kemerdekaan negara merupakan hasil kompromi daripada

semua kaum
- Laporan media asing yang berat sebelah seperti dakwaan
kerajaan mengabaikan hak kaum tertentu boleh memecah-
belahkan masyarakat

2 Sabotaj terhadap ekonomi - Media asing yang tidak diawasi kerajaan sering
negara memburuk-burukkan kerajaan
- Misalnya membuat laporan negatif tentang minyak kelapa

sawit yang dikatakan mengandungi kolestrol yang tinggi


dengan membandingkan minyak soya keluaran negara
asing.
- Keselamatan pulau-pulau di Sabah juga didakwa
diabaikan kerana berlaku beberapa kes penculikan
menjejaskan sektor pelancongan.

3 Menjejaskan imej negara - Laporan yang tidak tepat tentang sistem kerajaan di
Malaysia juga menjejaskan persepsi dalam kalangan
negara antarabangsa.
- Tindakan media antarabangsa memaparkan laporan
pemerhati hak asasi atau Human Rights Watch melabel
Malaysia sebagai negara yang melanggar hak manusia
adalah tidak benar.
- Imej negara terjejas di mata masyarakat dunia.

4 Menjejaskan kestabilan - Boleh menimbulkan perasaan anti pemerintah


politik negara - Propaganda dapat mempengaruhi pemikiran rakyat supaya

membenci pemerintah
- Rakyat hilang kepercayaan kepada pemimpin
- Berlaku rusuhan / tunjuk perasaan / pemberontakan

B. Langkah-langkah - Semua media dan pengamal media asing perlu berdaftar


5 Memperkasakan tindakan dengan persatuan pengamal media tempatan dan

4
undang-undang kementerian yang berkenaan
- Menyediakan garis panduan amalan kewartawanan yang
beretika
- Menyediakan laporan yang bertanggungjawab
- Melaksanakan tindakan undang-undang atau
pengantungan lesen.

6 Pendedahan situasi sebenar - Malaysia perlu mengambil peluang untuk menerangkan


kepada masyarakat dunia tentang situasi Malaysia
- Malaysia boleh menerangkan keadaan sebenar tentang
keadaan sosiopolitik dan ekonomi di Perhimpunan Agung
PBB, NAM, Komanwel dan Persidangan Ketua Kerajaan
ASEAN
- Penerangan tersebut dapat membetulkan laporan yang
mungkin tidak berasas dikeluarkan oleh media
antarabangsa.

7 Meningkatkan kesedaran - Memberi pendedahan dan kesedaran kepada rakyat


rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan laporan media
asing
- Menyemai semangat patriotism.

8 Meningkat pemantauan - Memantau laporan media asing secara berterusan


- Pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
(SKM) bertanggungjawab dalam mengawal selia media
massa.

Kesimpulannya anggota masyarakat perlu berhati-hati dan berfikir secara kritis tentang laporan yang
dibuat oleh media antarabangsa kerana media ini seringkali dikaitkan dengan laporan yang tidak adil
kepada negara.

Skema Jawapan: 2 + 3 / 3 +2

.
19. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberikan sumbangan yang bermakna dalam bidang
sosioekonomi. Namun begitu, PBB dilihat kurang berjaya dalam usaha menjamin keamanan dunia.
Jelaskan penyataan di atas.

Pengenalan: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada tahun 1945 dan sebanyak
193 buah negara telah menganggotainya sehingga kini. PBB berobjektif mengekalkan keamanan dan
keselamatan dunia di samping menyelesaikan masalah politik, ekonomi dan sosial sejagat. Malangnya
keberkesanan PBB dalam usaha menjamin keamanan dunia kian meleset.

Bil Idea Huraian


A. Sumbangan PBB dalam
bidang sosioekonomi
- UNESCO
1. Pendidikan - Pendidikan saintifik dan kebudayaan. Pengisytiharan tapak-
tapak warisan dunia seperti Melaka, Pulau Langkawi dll.

2 Kesihatan - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Meningkatkan taraf


kesihatan manusia sejagat

5
- Isu malnutrisi, kesuburan, jangka hayat, kadar kematian,
imunisasi, demografi penduduk dunia, penyakit berjangkit,
wabak, penyakit kronik
- UNAIDS- membenteras AIDS.
3 Kemiskinan - Membantu meningkatkan produktiviti, memberi khidmat
nasihat, bantuan kepakaran

4 Pembangunan - Pelan Pembangunan PBB (UNDP). Persidangan Perdagangan


dan Pembangunan PBB (UNCTAD).
- Berusaha mengatasi halangan-halangan perdagangan negara
maju dan negara mundur.

5 Bekalan makanan - FAO. berusaha meningkatkan pengeluaran makanan dan


mengatasi masalah kebuluran di negara-negara miskin.
- Menghulurkan bantuan makanan kepada mangsa bencana
alam seperti tsunami, banjir dan gempa bumi.

6 Hak kanak-kanak dan - Tabung Kanak-Kanak Antarabangsa (UNICEF). Menyediakan


wanita
peluang pendidikan kepada kanak-kanak negara mundur.
- Isu pemerdagangan manusia

7 Buruh - Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Menegakkan keadilan

sosial khususnya golongan pekerja


- Menggiatkan usaha mengatasi masalah buruh kanak-kanak

8 Pelarian - Pesuruhjaya Orang-Orang Pelarian (UNHCR). Membantu


pelarian-bantuan makanan, pakaian, bekalan air, ubat-ubatan.

9 Kemelut/krisis ekonomi - Pinjaman oleh Tabung Kewangan Antarabangsa.


- Penstrukturan semula ekonomi

B. Faktor kurang berjaya


menjamin keamanan - Negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB sering
dunia menyalahkan kuasa veto mereka.
- Amerika Syarikat dan Rusia sering menggunakan kuasa veto
10. Penyalahgunaan kuasa veto ini demi kepentingan sendiri
- Kuasa pembatal ini boleh mengenepikan kehendak
Perhimpunan Agung PBB
- Amerika Syarikat dan sekutunya bebas untuk campur tangan
dalam hal ehwal dalam negeri di kebanyakan negara.
- PBB gagal menyekat pencerobohan Isreal terhadap Palestin
sejak tahun 1945 hingga kini.

11. Majlis Keselamatan PBB - Kuasa bertaraf deklarasi/resolusi sahaja/ bukan undang-
tiada mandat undang.
penguatkuasaan - Negara-negara yang bertikai/bergolak tidak hormat
ketetapan/keputusan PBB.
- Pasukan PBB dikerah ke negara-negara tersebut untuk
memulihkan keamanan tetapi gagal.
- Di Semenanjung Gaza, Israel masih banyak melakukan
keganasan dan penindasan terhadap rakyat Palestin.

6
12. Ketidakupayaan PBB untuk - PBB juga tidak dapat menyekat penghasilan senjata nuklear
menyekat penghasilan oleh kuasa-kuasa besar.
senjata nuklear/ pemusnah. - PBB berat sebelah kerana hanya menyekat Iran serta Korea
Utara daripada penghasilan senjata nuklear.

13. Masalah kewangan - Kegagalan negara anggota PBB membayar balik pinjaman
Amerika Syarikat mempunyai kadar hutang yang tinggi
dengan PBB. Operasi memerlukan kos tinggi

Kesimpulannya PBB nyata kurang berkesan dalam menjamin keamanan antarabangsa. Namun, PBB
berjaya dalam membantu menangani masalah sosial dan ekonomi dunia. Usaha perlu dilakukan untuk
mengembalikan keyakinan dunia terhadap PBB.

Skema Jawapan: 2 + 3 / 3 + 2

20. Perkembangan globalisasi ekonomi membantu memajukan Malaysia. Huraikan kepentingan


ekonomi global kepada Malaysia.

Pengenalan: Perkembangan ekonomi negara bergantung kepada kerjasama dengan negara lain.
Pelbagai mesyuarat dilakukan untuk mengembangkan ekonomi di rantau Asia dan negara Eropah.
Justeru, ekonomi global amat penting kepada Malaysia untuk memajukan ekonomi negara.

Bil Idea Huraian


1. Mengembangkan modal - Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), Malaysia
dapat menggunakan modal dengan lebih baik untuk
meningkatkan produktiviti.
- Modal yang digunakan secara efektif dapat membantu
Malaysia menarik lebih banyak pelaburan kerajaan atau swasta

melalui perkongsian bijak.


Menambahkan peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia.

2 Perkongsian sumber alam - Sumber semula jadi dan sumber tenaga yang terdapat di dalam

negara dapat membantu perkembangan ekonomi ke peringkat


antarabangsa.
- Malaysia dapat menggunakan sumber tenaga dan sumber
semula jadi seperti petroleum untuk meningkatkan produktiviti

tanpa bergantung kepada negara luar.


- Ekonomi negara menjadi semakin kukuh walaupun berlaku
kemelesetan ekonomi.

3. Memperkenalkan jenama - Ekonomi global memperkenalkan nama Malaysia dan produk


Malaysia di peringkat Malaysia di peringkat antarabangsa.
global - Perlaksanaa GATT dan CEPT membolehkan Malaysia
meningkatkan produktiviti ke negara luar.
- Malaysia menjadi terkenal apabila banyak negara membeli
barangan tempatan negara.

4. Perkongsian kepakaran dan - Ekonomi global membantu negara berkongsi kepakaran

7
pemindahan teknologi teknologi dengan Negara Asia dan Eropah.
- Kualiti barangan dapat diperbaiki melalui perkongsian
teknologi canggih dari luar negara.
- Dapat membangunkan kelompok industri yang berdaya saing
menerusi integrasi industri utama, pembekal, industri
sokongan, perkhidmatan sokongan perniagaan yang kritikal
dalam pasaran.
- Menguntungkan negara dalam jangka masa panjang.
5. Meluaskan pasaran - Keyakinan terhadap kualiti barangan Malaysia meningkatkan
permintaan.
- Produk dapat dipasarkan dengan meluas.
- Meningkatkan pendapatan dan mengekalkan imbangan
pembayaran.

6. Meningkatkan pendapatan - Aktiviti ekonomi global mampu meningkatkan pendapatan


negara negara melalui aktiviti perdagangan
- Pelaburan asing juga dapat mengembangkan modal untuk
mengeluarkan produk dalam skala besar bagi membolehkan
peningkatan eksport negara
- Peningkatan aliran wang masuk.

7. Meningkatkan pelaburan - Kemasukan pelaburan asing dapat mengembangkan pelbagai


asing sektor ekonomi contohnya perindustrian.
- Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk.
- Mengurangkan kadar pengangguran.
- Meningkatkan taraf hidup penduduk.

Kesimpulannya ekonomi global membolehkan negara Malaysia meningkatkan pengeluaran barangan


secara besar-besaran. Hal ini menguntungkan negara dan membolehkan kerajaan memajukan negara
dengan lebih banyak projek mega.

Skema Jawapan : 5 + 0

8
9

You might also like