You are on page 1of 11

1.

Perdagangan antarabangsa merujuk kepada urusan jual beli


barang dan perkhidmatan antara satu negara dengan negara yang
lain.
2. Berlaku dalam tiga bentuk iaitu:

Import Eksport Entrepot


• membeli barang dan • Menjual barang dan • membeli barang dari
perkhidmatan tersebut perkhidmatan kepada luar negara dan
dari negara lain negara lain. menjual semula kepada
• berlaku apabila sesuatu • berlaku apabila negara lain.
barang dan pengeluaran barang dan • Berlaku apabila
perkhidmatan tidak perkhidmatan oleh sesebuah negara
dikeluarkan atau tidak sesebuah negara adalah memproses barang
mencukupi untuk melebihi penggunaan import dan
menampung keperluan atau keperluan rakyat mengeksportkannya
rakyat dalam sesebuah tempatan sesebuah semula ke negara lain.
negara. negara • Contohnya, negara India
• Contohnya, Amerika • Contohnya, Amerika mengimport getah asli
Syarikat mengimport Syarikat mengeksport dari Thailand dan
minyak kelapa sawit kapal terbang ke mengeksportnya ke
dari Indonesia Singapura. Jepun.

Sebab-sebab wujud perdagangan antarabangsa


a) Sumber Semula Jadi
b) Iklim dan Jenis Tanih
c) Tingkat Kecekapan Pengeluaran
d) Budaya masyarakat
e) Harga faktor
f) Cita rasa pengguna
1. Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negara
2. Meluaskan pasaran
3. Menambah pendapatan negara
4. Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi
5. Menikmati barang dengan harga yang lebih murah
6. Meningkatkan kecekapan pengeluaran
7. Menawarkan pilihan pengguna yang pelbagai
8. Menambah peluang pekerjaan
9. Menggalakkan mobiliti tenaga buruh
10. Menggalakkan pelaburan
11. Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang
1. Sekatan perdagangan antarabangsa ialah dasar perdagangan luar
oleh kerajaan sesebuah negara untuk mengawal eksport dan
import negara

Bentuk sekatan perdagangan antarabangsa


a) Tarif atau Duti import
b) Subsidi
c) Kuota
d) Kawalan pertukaran asing
e) Embargo
f) Sekatan bukan ekonomi

Tujuan sekatan perdagangan antarabangsa


a) Melindungi industri muda tempatan
b) Menghadapi persaingan
c) Sebagai sumber hasil kerajaan
d) Mewujudkan peluang pekerjaan
e) Memperbaiki imbnagan pembayaran
f) Keselamatan
g) Mengatasi masalah lambakan
Kesan pelaksanaan tarif

a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran


dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan
keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai
pada P0 dan Q0.
b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran
S1S1bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1.
Tingkat harga dicapai pada P1, dan jumlah kuantiti permintaan adalah
0Q4.
c) Pada tingkat harga P1, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah
sebanyak 0Q1 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1Q4.
d) Apabila tarif sebanyak P1P2 dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang
dengan keluk permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah
kuantiti permintaan adalah 0Q3
e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah
sebanyak 0Q2 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q2Q3.
f) Jumlah hasil cukai import yang diperoleh oleh kerajaan adalah sebanyak
AE2GH
Kesan positif tarif Kesan negatif tarif
1. Harga barang diimport akan meningkat 1. Pelaksanaan tarif akan menyebabkan
kerana pengimport memindahkan beban tarif berlakunya herotan (distortion) dalam
kepada pengguna dengan menaikkan harga peruntukan sumber apabila sumber yang
jualan. mungkin boleh digunakan dengan lebih cekap
2. Permintaan barang diimport akan menurun dalam industri lain dialihkan ke industri
manakala permintaan terhadap barang penggantian import.
keluaran tempatan akan meningkat 2. Pengguna terpaksa menanggung perbelanjaan
disebabkan harga yang secara relatifnya yang lebih besar kerana tarif menaikkan
lebih rendah. harga barang import. Dengan ini, kos sara
3. Penawaran barang oleh pengeluar tempatan hidup akan meningkat dan taraf kehidupan
akan meningkat kerana permintaan terhadap akan menurun.
barang keluaran tempatan telah meningkat. 3. Pengguna terpaksa menggunakan barangan
4. Jumlah barang diimport akan berkurang. Oleh berkualiti rendah seandainya perlindungan
itu, perbelanjaan negara atas barang import industri tempatan tidak disertai dengan
juga menurun. peningkatan kualiti barangan keluaran
5. Hasil kerajaan akan bertambah iaitu hasil tempatan.
daripada kutipan tarif. 4. Kekurangan persaingan dari luar negara
6. Guna tenaga dalam negara meningkat kerana mungkin mengurangkan daya saing industri
aktiviti pengeluaran tempatan yang penggantian import untuk meningkatkan
meningkat memerlukan lebih banyak tenaga kecekapan pengeluaran. Oleh itu, tidak akan
buruh. berlaku perkembangan dalam teknologi.
7. Oleh itu, kadar pengangguran dalam negara 5. Negara mungkin akan menghadapi tindak
dapat diturunkan. balas yang sama daripada negara yang
dikenakan tarif. Keadaan ini akan
menjejaskan perkembangan industri eksport
negara.

Kesan Pelaksanaan Subsidi


a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran
dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan
keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai
pada P0 dan Q0.
b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1
bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1.
Tingkat harga dicapai pada P1 dan jumlah kuantiti permintaan adalah
0Q3.
c) Pada tingkat harga P1 , jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah
sebanyak 0Q1 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1 Q3
d) Selepas kerajaan memberikan subsidi, keluk penawaran S2S2 bersilang
dengan keluk permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah
kuantiti permintaan adalah 0Q4
e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah
sebanyak 0Q2 + Q0O4 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak
Q2Q0.
f) Jumlah kuantiti yang diimport selepas pemberian subsidi Q2Q0 adalah
lebih kecil jika dibanding dengan sebelum pemberian subsidi iaitu
sebanyak Q1 Q3.

Kesan pemberian subsidi

1. Harga barang keluaran tempatan akan menurun.


2. Permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat kerana
harganya secara relatif lebih rendah daripada barang import.
3. Penawaran barang oleh pengeluar tempatan akan meningkat kerana
permintaan terhadap barang keluaran tempatan telah meningkat.
4. Jumlah barang diimport akan berkurang. Oleh itu, perbelanjaan negara
atas barang import akan menurun.
5. Guna tenaga dalam negara akan meningkat kerana aktiviti pengeluaran
tempatan yang meningkat memerlukan lebih banyak tenaga buruh.
6. Oleh itu, kadar pengangguran dalam negara dapat diturunkan
Kesan Pelaksanaan Kuota

a) Sebelum perdagangan antarabangsa dijalankan, keseimbangan pasaran


dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan
keluk penawaran S0S0. Tingkat harga dan kuantiti keseimbangan dicapai
pada P0 dan Q0.
b) Selepas perdagangan antarabangsa dijalankan, keluk penawaran S1S1
bersilang dengan keluk permintaan D0D0 pada titik keseimbangan E1.
Tingkat harga dicapai pada P1 dan jumlah kuantiti permintaan adalah
0Q4.
c) Pada tingkat harga P1 , jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah
sebanyak 0Q1 dan jumlah kuantiti diimport adalah sebanyak Q1 Q4
d) Selepas kuota import dikenakan, keluk penawaran S2S2 bersilang dengan
keluk permintaan D0D0 pada tingkat harga P2 dan jumlah kuantiti
permintaan adalah 0Q3
e) Pada tingkat harga P2, jumlah kuantiti penawaran dalam negara adalah
sebanyak 0Q2 dan jumlah barang diimport adalah sebanyak Q2Q3.
Kesan kuota import
1. Harga barang diimport akan meningkat kerana penawaran barang import
dalam pasaran tempatan telah berkurang.
2. Permintaan barang diimport akan menurun manakala permintaan
terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat kerana harga yang
secara relatifnya lebih rendah.
3. Penawaran barang oleh pengeluar tempatan akan meningkat kerana
permintaan terhadap barang keluaran tempatan telah meningkat.
4. Jumlah barang diimport akan berkurang. Perbelanjaan negara atas
barang import juga menurun.
5. Guna tenaga dalam negara akan meningkat kerana aktiviti pengeluaran
tempatan yang meningkat memerlukan lebih banyak tenaga buruh. Kadar
pengangguran dalam negara dapat diturunkan.
Kebaikan sekatan perdagangan antarabangsa
1. Mengurangkan penawaran barang import
2. Meningkatkan permintaan terhadap barang tempatan
3. Mengurangkan pengangguran
4. Meningkatkan pendapatan negara
5. Memperbaiki imbangan pembayaran
6. Melindungi industri tempatan

Keburukan sekatan perdagangan antarabangsa


1. Salah pengagihan sumber
2. Merugikan pengguna
3. Pengagihan pendapatan yang tidak adil
4. Mengurangkan eksport
5. Mewujudkan monopoli
6. Ketidakcekapan dalam industri tempatan

Liberalisasi perdagangan
1. Liberalisasi perdagangan bermaksud tiada syarat pegangan atau sekatan
dalam hubungan perdagangan antara sesebuah negara dengan negara
yang lain.
2. Liberalisasi melibatkan kelonggaran dalam pegangan ekuiti asing,
pengurangan tarif dan sekatan bukan tarif serta kemasukan tenaga
buruh dan pelaburan langsung asing (FDI) dari luar ke dalam sesebuah
negara.
Blok ekonomi
1. Blok ekonomi merujuk satu kumpulan negara yang terdiri daripada
beberapa negara yang berada dalam rantau yang berhampiran untuk
menjaga kepentingan ekonomi bersama-sama.
2. Blok ekonomi yeng terbesar di dunia merupakan Kesatuan Eropah (EU)

Perjanjian perdagangan
1. Perjanjian perdagangan merupakan perjanjian yang ditandatangani oleh
dua atau lebih negara atas persetujuan bagi syarat sekatan
perdagangan antarabangsa semasa menjalankan urus niaga antara
negara.
2. Antara perjanjian perdagangan yang disertai oleh Malaysia
a. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (Asean Free Trade Area, AFTA).
b. Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan
Kesan positif blok ekonomi dan perjanjian perdagangan
a) Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran
b) Peluasan pasaran
c) Mobiliti modal dan tenaga kerja
d) Peningkatan pelaburan langsung asing FDI
e) Pertambahan peluang pekerjaan
f) Peningkatan daya saing negara dan kualiti barangan
g) Perkongsian sumber tenaga dan bahan mentah
h) Penjagaan alam sekitar
Kesan negatif blok ekonomi dan perjanjian perdagangan
a) Kegawatan ekonomi
b) Tekanan ekonomi dan bebanan hidup golongan miskin
c) Corak penjajahan baharu ekonomi
d) Masalah lambakan barang
e) Ancaman kepada industri muda tempatan
f) Pencemaran terhadap budaya tempatan

You might also like