You are on page 1of 26

EPPD1023 MAKROEKONOMI I

 Asas ekonomi kepada wujudnya perdagangan adalah faedah


berbanding.
 Faedah berbanding merujuk kepada keadaan di mana
kebolehan menghasilkan sesuatu barang pada kos lepas yang
lebih rendah daripada negara rakan dagangannya.
 Perdagangan membolehkan negara mengkhusus dalam
pengeluaran barang dan perkhidmatan yang mereka hasilkan
secara efisyen.
 Dengan pengkhususan setiap negara boleh meningkatkan
pengeluaran barang mereka.
 Seterusnya lebihan pengeluaran tersebut didagangkan antara
negara rakan dagangan yang lain.
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Faedah mutlak dan faedah berbanding

 Sesebuah negara dikatakan mempunyai faedah mutlak dalam


pengeluaran sesuatu barang berbanding negara lain sekiranya
ia menggunakan kurang sumber untuk mengeluarkan barang
tersebut berbanding dengan negara lain.
 Hukum faedah berbanding: dengan syarat kos lepas pelbagai
keluaran berbeza di dua buah negara, ia menguntungkan
kedua-dua negara tersebut sekiranya mereka mengkhusus
(dan mengeksport) dalam pengeluaran barang yang mereka
mengalami kos lepas yang lebih rendah berbanding dengan
negara yang satu lagi.
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Keuntungan daripada perdagangan yang berasaskan
faedah berbanding

 Perdagangan membolehkan negara yang terlibat


memperoleh faedah daripada aktiviti pengkhususan
dalam pengeluaran dan perdagangan.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Daripada jadual 11.1, menunjukkan bahawa Malaysia boleh
mengeluarkan 2 tan getah sebagai menggantikan pengeluaran
1 guni beras.
 Oleh itu, harga 1 tan getah adalah sama dengan ½ guni
beras; atau harga 1 guni beras sama dengan 2 tan getah.
 Andaikan, sebelum berdagang, kadar pertukaran pengeluaran
getah dan beras adalah seperti berikut:
Malaysia: 2 tan getah untuk 1 guni beras
Thailand: 2 guni beras untuk 1 tan getah

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Kedua-dua negara akan beroleh keuntungan daripada
berdagang sekiranya mereka menumpukan kepada
pengeluaran barangan yang mereka lebih cekap dan
seterusnya berdagang pada kadar pertukaran yang berada
antara 2 tan getah : 1 guni beras dan 1 tan getah : 2 guni
beras.
 Malaysia mendapat untung dengan mengeksport getah dan
mengimport beras pada kadar pertukaran 1:1. Ia hanya
menukarkan 1 tan getah untuk mendapatkan satu guni beras,
sedangkan sebelum berdagang ia terpaksa lepaskan 2 tan
getah untuk mendapatkan satu guni beras.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Thailand pula beroleh keuntungan dengan mengeksport
beras dan mengimport getah.
 Sekali lagi pada kadar pertukaran 1:1, Thailand hanya perlu
lepaskan 1 guni beras untuk mendapatkan 1 tan getah,
sedangkan sebelum berdagang ia terpaksa lepaskan 2 guni
beras untuk mendapatkan 1 tan getah.
 Oleh itu kedua-dua negara beroleh keuntungan dengan
berdagang pada kadar pertukaran 1:1.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Kadar syarat perdagangan bagi perdagangan yang berasaskan
harga barang adalah penting untuk memberi gambaran
mengenai harga barang eksport dan import sesebuah
negara.
 Ia merupakan indeks harga eksport dibahagikan dengan
indeks harga import. Kadar syarat perdagangan adalah 100
dalam tahun asas.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Sekiranya indeks harga eksport kepada indeks harga import
meningkat sebanyak 20 peratus daripada tahun asasnya,
kadar syarat perdagangan akan mengambil nilai 120.
 Sekiranya kadar syarat perdagangan meningkat (harga
eksport meningkat berbanding dengan harga import), maka
syarat perdagangan dikatakan bertambah baik.
 Ini kerana kurang eksport yang perlu dijual untuk
mendapatkan kuantiti barang import yang sama.
 Perubahan dalam permintaan dan penawaran import dan
eksport dan juga perubahan kadar pertukaran akan
menyebabkan syarat perdagangan berubah.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Asas faedah berbanding dan kos pengkhususan

 Perdagangan membolehkan negara yang terlibat


memperoleh faedah daripada aktiviti pengkhususan dalam
pengeluaran dan perdagangan.
 Anugerah faktor dapat menerangkan sebahagian besar
penentu dan pola aliran sebenar perdagangan dunia
sekarang.
 Teorem Heckscher-Ohlin mengaitkan teori faedah
berbanding dengan anugerah faktor.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Teorem ini mengandaikan bahawa barang boleh
dikeluarkan dengan menggunakan input pada jumlah yang
berbeza dan input tersebut boleh berpindah antara sektor
dalam setiap negara tetapi faktor tersebut tidak boleh
berpindah antara negara.
 Menurut teorem tersebut, sesebuah negara mempunyai
faedah berbanding dalam pengeluaran satu barang
sekiranya negara tersebut dianugerahkan dengan banyak
input yang digunakan secara intensif dalam pengeluaran
barang tersebut.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Asas pada teori tersebut ialah apabila sebuah negara mempunyai
banyak sesuatu sumber, negara itu akan mempunyai faedah
berbanding dalam pengeluaran barang yang pengeluarannya
memerlukan atau menggunakan banyak sumber tersebut.
 Dengan perkataan lain, negara yang mempunyai banyak tanah
subur cenderung mempunyai faedah berbanding dalam pertanian.
 Negara yang mempunyai banyak modal terkumpul pula cenderung
mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran industri berat.
 Manakala negara yang dianugerahkan dengan modal insan
cenderung mempunyai faedah berbanding dalam barang
berteknologi tinggi.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Kadar pertukaran berperanan mempengaruhi aliran
perdagangan.
 Kadar pertukaran ditentukan oleh faktor penawaran dan
permintaan terhadap mata wang.
 Antara faktor yang menentukan permintaan dan penawaran
mata wang sesebuah negara termasuklah kadar bunga, inflasi,
spekulasi dan keyakinan pelabur.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Kadar pertukaran dan aliran perdagangan

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Kadar pertukaran dan faedah berbanding

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Alasan lain kewujudan perdagangan dan arah aliran
perdagangan

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Sekatan perdagangan merupakan perlindungan, iaitu amalan
melindungi sesebuah sektor ekonomi tempatan daripada
persaingan asing.
 Terdapat berbagai bentuk sekatan atau halangan
perdagangan.
 Antara yang biasa digunakan adalah:
a) Tarif
b) Kuota
c) Subsidi eksport
d) Syarat kandungan tempatan
e) Halangan teknikal
f) Kawalan harga dan pertukaran
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
g) Lambakan
h) Dasar perolehan
i) Pengaturan harga antarabangsa
j) Kawalan pertukaran asing
k) Sekatan langsung dan tidak langsung ke atas pelaburan
l) Penilaian kastam
m) Embargo

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Hujah untuk perdagangan bebas

 Perdagangan berpotensi memberi faedah kepada semua


negara.
 Selalunya ia dikaitkan dengan harga yang lebih murah untuk
pengguna.
 Sekatan akan menyebabkan kehilangan kecekapan kerana ia
memberi perlindungan kepada industri yang kurang efisyen.
 Industri tersebut bersaing di pasaran dunia atas dasar yang
tidak adil.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Hujah untuk perlindungan

i. Antara alasan dan hujah tersebut adalah seperti berikut:


ii. Perlindungan bertujuan menyelamatkan pekerjaan
iii. Sesetengah negara terlibat dengan amalan perdagangan
yang tidak adil
iv. Buruh asing yang murah menyebabkan persaingan tidak
adil
v. Perlindungan menjaga keselamatan negara kerana
sebahagian industri adalah penting untuk pertahanan
negara

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
vi. Mengurangkan pergantungan kepada negara lain
vii. Perlindungan untuk alam sekitar
viii. Melindungi industri muda sehingga ia boleh bersaing dan
berdikari

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Perlindungan kebiasaannya akan meningkatkan harga dan
mengehadkan pilihan barang.
 Di samping kos langsung kepada pengguna ini, terdapat
beberapa masalah lain yang timbul.
 Sebahagiannya merupakan kesan langsung manakala
sebahagian yang lain adalah kesan tidak langsung dan kesan
jangka panjang.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Perlindungan sebagai “kedua terbaik”

 Perlindungan bukanlah merupakan cara terbaik untuk


mengatasi masalah ketidakcekapan domestik kerana ia
mempunyai kesan sampingan.
 Sebagai contoh, menggunakan tarif untuk melindungi industri
lama yang tidak cekap daripada persaingan luar mungkin
menghalang pengangguran dalam sektor tersebut, tetapi
pengguna terpaksa menanggung harga yang tinggi.
 Penyelesaian yang lebih baik adalah untuk mengeluarkan
subsidi latihan semula dan subsidi pelaburan dalam bidang
industri baru yang cekap, iaitu industri yang mempunyai
faedah berbanding.
 Dengan cara ini, pengangguran dapat dielakkan dan pengguna
tidak terjejas.
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Tindak balas

 Sekiranya Malaysia mengenakan sekatan ke atas barang


import dari Indonesia, sudah pasti Indonesia juga
mengenakan sekatan terhadap import dari Malaysia.
 Peningkatan penggunaan tarif dan sekatan lain boleh
menyebabkan berlakunya peperangan perdagangan di mana
setiap negara akan cuba mengurangkan import dari negara
rakan dagangannya.
 Apabila keadaan ini berlaku, tiada negara yang ingin
mengimport dan akan menyebabkan tiada negara boleh
mengeksport.
 Akhir sekali semuanya rugi.
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Perlindungan mungkin menyebabkan syarikat kekal tidak
cekap

 Mengurangkan persaingan kepada industri tempatan dengan


mengadakan sekatan perdagangan mungkin akan
menyebabkan firma domestik kurang berminat untuk
mengurangkan kos atau menginovasi kerana selesa dengan
pasaran tempatan yang dilindungi daripada persaingan
tersebut.
 Oleh itu sekiranya perlindungan diberikan kepada industri
muda, kerajaan mesti pastikan bahawa industri tersebut
menjadi lebih matang untuk bersaing dalam tempoh yang
ditetapkan.

EPPD1023 MAKROEKONOMI I

You might also like