You are on page 1of 75

EPPD1023 MAKROEKONOMI 1

DR. MUSTAZAR MANSUR

Shahida Shahimi, Norain Mod Asri, Mohd Adib Ismail, Norlida Hanim
Mohd Salleh,Wook Endut, Md. Zyadi Md. Tahir, Noreha Halid

1 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Keseimbangan pendapatan negara diperoleh apabila jumlah
perbelanjaan oleh semua agen ekonomi adalah sama dengan
keluaran atau pendapatan negara.
 Asas analisis penentuan keseimbangan pendapatan negara
adalah berdasarkan komponen perbelanjaan setiap sektor
yang terlibat.
 Ini terdiri daripada penggunaan isi rumah, firma, kerajaan dan
sektor luaran.
 Analisis tersebut boleh dibahagikan kepada 2, 3 dan 4 sektor.

2 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Ekonomi tertutup bermaksud sebuah ekonomi yang tidak
melibatkan kegiatan ekonomi luaran seperti perdagangan
dan pelaburan antarabangsa.

Model 2 Sektor

 Model ini mengandaikan peranan kerajaan adalah tidak


relevan dalam pembangunan ekonomi negara.
 Dalam model ini hanya peranan sektor isi rumah dan sektor
firma sahaja yang berperanan dalam sesebuah ekonomi.

3 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Sektor isi rumah di sini merujuk kepada sektor yang
menawar perkhidmatan buruh, tanah dan modal.
 Sektor firma ialah sektor yang menggunakan input buruh
dan sumber pengeluaran lain untuk menghasilkan keluaran
berupa barang dan perkhidmatan.
 Untuk membiayai pelaburan sektor firma, pembiayaan
diperoleh daripada tabungan isi rumah yang diperoleh
melalui institusi kewangan.

4 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
5 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Fungsi Penggunaan

 Isi rumah akan melakukan penggunaan berasaskan kepada


pelbagai faktor termasuk pendapatan semasa, kekayaan,
bunga dan jangkaan pendapatan masa hadapan.
 Menurut Keynes penggunaan jangka pendek bergantung
kepada pendapatan semasa sahaja.
 Ini bermakna jika pendapatan isi rumah meningkat sebanyak
satu ringgit (RM1), tidak semestinya dia akan menggunakan
keseluruhan peningkatan pendapatan tadi untuk penggunaan
semasa.

6 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Sebahagian daripada tambahan pendapatan akan
diperuntukkan untuk tabungan sama ada bagi memenuhi
penggunaan hari tua, perbelanjaan kecemasan atau untuk
diwariskan kepada generasi akan datang.
 Diandaikan juga bahawa seseorang individu berhadapan
dengan keadaan yang mana mereka hilang pekerjaan atau
hilang pendapatan.
 Bagaimanapun, untuk meneruskan kelangsungan kehidupan
mereka perlu makan dan minum sekadar untuk hidup.
 Dalam keadaan ini, penggunaan autonomus akan digunakan
yang mana penggunaan ini tidak dipengaruhi tingkat
pendapatan semasa yang diperoleh isi rumah.
 Dalam situasi ini, isi rumah akan makan tabung (dissaving).
7
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Hubungan antara penggunaan dan pendapatan dapat
dibentuk seperti persamaan berikut:

8 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
9 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Fungsi Tabungan

 Terdapat sebahagian daripada pendapatan akan


diperuntukkan untuk penggunaan dan sebahagian lagi tidak.
 Bahagian yang tidak digunakan ini akan disimpan dan
membentuk tabungan seperti yang ditunjukkan oleh
persamaan berikut:

10 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Pemboleh ubah –a ialah tabungan negatif, manakala 1 – b
bersamaan dengan dengan nilai 1 – MPC iaitu
kecenderungan menabung sut (MPS).
 Nilai MPS ialah perubahan tabungan akibat perubahan
pendapatan boleh guna.
11 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
12 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Fungsi Pelaburan

 Pelaburan (I) merupakan sebahagian daripada output atau


pendapatan yang tidak diagihkan untuk penggunaan.
 Pelaburan yang dinotasikan dengan simbol I bermaksud
perubahan dalam stok modal fizikal.
 Istilah pelaburan dalam ekonomi merujuk kepada pembelian
stok modal baru seperti rumah, jentera, kilang, peralatan dan
perubahan dalam inventori.
 Konsep pelaburan Keynesian merujuk kepada perbelanjaan
yang dibuat oleh sektor firma untuk pengeluaran output.

13 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Sumber perbelanjaan pelaburan diperoleh daripada tabungan
sektor isi rumah, oleh itu:

14 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Analisis Perbelanjaan Agregat (AE-AS) 2 Sektor

 Perbelanjaan agregat dalam ekonomi dua sektor terdiri


daripada penggunaan isi rumah dan pelaburan firma (AE ≡ C
+ I) atau dikenali dengan perbelanjaan swasta.

15 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
16 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
17 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Analisis Suntikan-Bocoran 2 Sektor

 Suntikan merupakan aliran masuk perbelanjaan dalam aliran


pusingan pendapatan.
 Bocoran pula bermaksud aliran keluar perbelanjaan dari
aliran pusingan pendapatan.
 Contoh pemboleh ubah suntikan ialah pelaburan manakala
pemboleh ubah bocoran ialah tabungan.

18 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Analisis Perubahan Perbelanjaan,Tabungan & Pelaburan
dalam Pendapatan Negara

19 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
20 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
21 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
22 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
23 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Pengganda Pendapatan Negara

 Pengganda pendapatan negara ialah suatu ukuran berapa kali


pendapatan negara bertambah apabila berlaku pertambahan
dalam komponen AE.

 Dengan perkataan lain, ia merupakan nisbah perubahan


pendapatan negara kepada perubahan dalam komponen
perbelanjaan agregat yang bersifat eksogen, iaitu penggunaan
autonomous dan pelaburan.

24 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Cara untuk mendapatkan nilai pengganda pendapatan negara
adalah seperti berikut:

i. Menulis semula persamaan : Y = C + I


ii. Kemudian masukkan persamaan C = a + bYd ke dalam
persamaan di atas, lalu menjadi:

yang mana Yd = Y, kerana tiada peranan kerajaan.

25 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Dengan menyusun semula persamaan di atas, maka
persamaan terbitan seterusnya ialah;

Dengan melakukan pembezaan peringkat pertama ke atas


persamaan di atas dan dengan mengambilkira perubahan a,
maka:

26 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Sebutan sebelah kanan ialah pengganda penggunaan
autonomous.
 Manakala, pembezaan dengan mengambilkira perubahan I,
memberi:

27 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Kedua-dua pengganda ini adalah sama nilainya iaitu . Penentu
nilai pengganda ini ialah b atau MPC.

 Ini bermakna semakin besar nilai MPC, semakin besar nilai


pengganda dan semakin besar perubahan pendapatan akibat
perubahan penggunaan autonomous atau pelaburan.

28 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Model 3 Sektor

 Dalam model ekonomi tiga sektor, peranan kerajaan diambil


kira.
 Kerajaan memain peranan dalam pembangunan negara.
 Namun, peranan sektor luar masih diabaikan.
 Dalam hal ini, kerajaan telah mengenakan cukai untuk
membiaya perbelanjaan kerajaan.
 Dalam pada itu, kerajaan juga boleh melakukan bayaran
pindahan.

29 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
30 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Pendapatan boleh guna (Yd)
 Pendapatan boleh guna (Yd) didefinisikan sebagai

31
EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 T  Jumlah cukai bersih yang perlu dibayar oleh isi
rumah kepada kerajaan.
 Tg  Cukai kasar
 R  Bayaran pindahan

 Cukai kasar (Tg) terdiri daripada cukai sekaligus (cukai


autonomous) dan cukai teraruh (tY).
 Cukai autonomous ialah cukai yang tidak dipengaruhi
pendapatan negara.
 manakala cukai teraruh bergantung kepada kadar cukai (t)
dan tingkat pendapatan.

32 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Tabungan, Perbelanjaan Awam & Imbangan Belanjawan

 Imbangan belanjawan merujuk kepada kedudukan bersih


kewangan kerajaan.
 Terdapat tiga keadaan perbelanjaan kerajaan; belanjawan
terimbang apabila perbelanjaan kerajaan sama dengan hasil
kerajaan (G = T), belanjawan lebihan apabila kerajaan
berbelanja kurang daripada hasil (G < T) dan belanjawan
kurangan apabila kerajaan berbelanja melebihi hasil yang
diperoleh (G > T).

33 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Dengan wujudnya peranan kerajaan sebagai sektor ketiga,
persamaan perbelanjaan agregat menjadi:

Jadi, keseimbangan pendapatan negara akan tercapai jika,

34 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Y merujuk kepada jumlah output yang dihasilkan dalam
negara, manakala AE adalah jumlah output semasa yang
digunakan.
 Maka baki pendapatan/output semasa sama dengan tabungan
negara, S,

35 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Tabungan negara, S, ialah output semasa yang disimpan untuk
penggunaan pada masa akan datang dalam bentuk pelaburan.
Dengan menggantikan definisi pendapatan bolehguna, iaitu;

 Tabungan boleh dibahagi kepada 2 iaitu:


i. Tabungan Swasta
ii. Tabungan Awam

36 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
i. Tabungan Swasta

ii. Tabungan Awam

37 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Analisis AE-AS dalam Ekonomi 3 Sektor

 Berdasarkan analisis ini, keseimbangan pendapatan negara


dicapai apabila syarat keseimbangan Y = AE dipenuhi.

 Rajah 3.11 menunjukkan keseimbangan pendapatan negara


tiga sektor dicapai pada Y* apabila keluk AE bersilang dengan
garis 450.

38 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
39 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Analisis Suntikan-Bocoran Ekonomi 3 Sektor

 Diketahui bahawa pendapatan boleh diagihkan kepada


penggunaan, tabungan dan cukai seperti persamaan berikut:

40 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Diketahui juga bahawa keseimbangan dicapai apabila Y = AE,
yang mana AE C + I + G. Ini bererti:

Apabila dipermudahkan, ia menjadi:

41 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
42 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Pengganda & Keseimbangan Pendapatan Negara 3 Sektor

 Secara umum, model ekonomi tiga sektor mempunyai


persamaan perlakuan berikut:

43 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
44 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Persamaan keseimbangan pula ialah:

45 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
KES I: Ta > 0 , t = 0 , R = 0
MAKA
T = Ta where Ta = lump sum tax.
Given, C = a + bYd
Yd = Y – T
I = I0
G = G0

Therefore, Y = a + bYd + I + G
Y = a + b(Y – Ta) + I + G
Y = [1/(1 – b)] * (a – bTa + I + G) --- F8

46 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
KES I: Ta > 0 , t = 0 , R = 0
DI MANA,
Y=C+I+G
Y = a + bYd + I + G
Y = a + b(Y – Ta) + I + G
Y = a + bY – bTa + I + G
Y – bY = a – bTa + I + G
Y (1 – b) = a – bTa + I + G

Therefore
Y = [1/(1 – b)] x (a – bTa + I + G)

47 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
KES I: Ta > 0 , t = 0 , R = 0
PENGGANDA:

1) Pengganda Autonomous (Penggunaan, Pelaburan,


Perbelanjaan Kerajaan) adalah

2) Pengganda Cukai adalah

48 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
KES I: Ta > 0 , t = 0 , R = 0
Contoh Pengiraan, diberikan
C = 250 + 0.8Yd
I = 200
G = 150
T = 100

Maka, kenaikan G menyebabkan Ye yang baru adalah


Ye = [M] (a + bYd) + I + G
Ye = [1/(1 – 0.8)] [250 – 0.8(100) + 200 + 150]
Ye = [5] (520) = 2600
Nilai Pengganda Perbelanjaan Autonomous = 5
49 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
KES I: Ta > 0 , t = 0 , R = 0
Contoh Pengiraan, diberikan
C = 250 + 0.8Yd
I = 200
G = 150
T = 100

Maka, kenaikan T menyebabkan Ye yang baru adalah


Ye = [Mt] (a + bYd) + I + G
Ye = [-0.8/(1 – 0.8)] [250 – 0.8(100) + 200 + 150]
Ye = [-4] (520) = -2080
Nilai Pengganda Cukai = -4
50 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
KES II: Ta > 0 , t = 0 , R > 0
MAKA
T = Ta - R
Given, C = a + bYd = a + b(Y – Ta + R)
Yd = Y – [Ta – R]
I = I0
G = G0

Therefore, Y = a + b(Y – Ta + R) + I + G

Y = [1/(1-b)] x (a – bTa + bR + I + G) --- F8

51 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
KES II: Ta > 0 , t = 0 , R > 0
PENGGANDA:

1) Pengganda Autonomous (Penggunaan, Pelaburan,


Perbelanjaan Kerajaan) adalah

2) Pengganda Cukai adalah

52 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
KES II: Ta > 0 , t = 0 , R > 0
PENGGANDA:

3) Pengganda Bayaran Pindahan adalah

53 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
KES II: Ta > 0 , t = 0 , R > 0
Contoh Pengiraan, diberikan
C = 250 + 0.8Yd
I = 200 G = 150
T = 100 R = 75

Maka, kenaikan G menyebabkan Ye yang baru adalah


Ye = [M] (a + bYd) + I + G
Ye = [1/(1 – 0.8)] [250 – 0.8(100) + 0.8(75) + 200 + 150]
Ye = [5] (580) = 2900
Nilai Pengganda Perbelanjaan Autonomous = 5
Nilai Pengganda Cukai = -4
Nilai Pengganda Bayaran Pindahan = 4
54 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
KES III: Ta > 0 , t > 0 , R > 0
MAKA
T = Ta + tY – R
Given, C = a + bYd = a + b(Y – Ta – tY + R)
Yd = Y – [Ta – R]
I = I0
G = G0

Therefore, Y = a + b(Y – Ta – tY + R) + I + G

Y = [1/(1 – b + bt)] x (a – bTa + bR + I + G) --- F8

55 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
KES III: Ta > 0 , t > 0 , R > 0
PENGGANDA:

1) Pengganda Autonomous (Penggunaan, Pelaburan,


Perbelanjaan Kerajaan) adalah

2) Pengganda Cukai Sekaligus adalah

56 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
KES III: Ta > 0 , t > 0 , R > 0
PENGGANDA:

3) Pengganda Bayaran Pindahan adalah

57 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
KES III: Ta > 0 , t > 0 , R > 0
Contoh Pengiraan, diberikan
C = 250 + 0.8Yd
I = 200 G = 150
T = 100 + 0.25Y R = 75

Maka, kenaikan G menyebabkan Ye yang baru adalah


Ye = [M] (a + bYd) + I + G
Ye = [1/1 – 0.8 + 0.8 (0.25)] [250 – 0.8(100) + 0.8(75) +
200 + 150]
Ye = [2.5] (580) = 1450
Nilai Pengganda Perbelanjaan Autonomous = 2.5
Nilai Pengganda Cukai = -2
Nilai Pengganda Bayaran Pindahan = 2
58 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
59 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Sebuah ekonomi terbuka membenarkan urusniaga melewati
sempadan sesebuah negara.
 Urusniaga ini bukan hanya meliputi urusan jual beli barang
sahaja, malah meliputi urusniga pertukaran perkhidmatan
dan kewangan.
 Kelebihan ekonomi terbuka ialah dengan ekonomi terbuka,
para pengeluar mempunyai peluang untuk meluaskan
pasaran keluaran masing-masing ke pasaran antarabangsa.
 Maka dengan itu berlakulah urusan eksport (X) dan import
(M) antara negara yang terlibat.

60 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Fungsi perdagangan adalah seperti berikut:

TD merupakan jumlah dagangan manakala, m merupakan


kecenderungan mengimport sut, iaitu berapa banyak kenaikan
dalam tingkat pendapatan meningkatkan permintaan ke atas
import.
61 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Untuk mengukur, pengaruh sektor keempat ini ke atas
tingkat pendapatan negara, maka kaedah eksport bersih
(XB) digunakan, iaitu eksport tolak import (X – M):

62 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Analisis AE-AS Ekonomi 4 Sektor

 Dalam ekonomi empat sektor, persamaan AE adalah seperti


dalam persamaan berikut:

63 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
64 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Analisis Suntikan-Bocoran Ekonomi 4 Sektor

65 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Pada keseimbangan, jumlah bocoran adalah sama dengan
jumlah suntikan, jadi:

66 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
67 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Pengganda Pendapatan Ekonomi 4 Sektor

 Menggunakan definisi penggunaan berasaskan KES I yang


mana hanya cukai sekaligus dikenakan dan tanpa bayaran
pindahan, persamaan AE = Y di atas dapat ditulis semula
seperti:

68 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Berdasarkan cukai sekaligus dan bayaran pindahan tidak
dikenakan, maka pengganda autonomous (termasuk
eksport) adalah seperti berikut:

69 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Pengganda cukai sekaligus:

dan pengganda import:

70 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Beberapa dasar boleh digunakan dalam membantu negara
mencapai tahap pertumbuhan (pendapatan negara) yang
diingini, antaranya adalah seperti yang dijelaskan oleh
bahagian berikut:
I. Dasar Penstabil Fiskal
II. Belanjawan Kerajaan

71 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
I) Dasar Penstabil Fiskal

 Alat dasar fiskal terdiri daripada perbelanjaan kerajaan dan cukai,


iaitu dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan atau/dan
mengurangkan cukai.
 Kedua-dua alat ini boleh dilaksanakan bersama atau berasingan.
 Namun, kesan alat tersebut kepada pendapatan negara adalah
berbeza.
 Ini kerana berdasarkan pengganda di atas, nilai pengganda
perbelanjaan adalah lebih besar berbanding nilai mutlak pengganda
cukai.
 Ini bermakna peningkatan perbelanjaan kerajaan memberi kesan
yang lebih besar kepada kenaikan pendapatan negara berbanding
pengurangan cukai.
72 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
II) Belanjawan Kerajaan

 Belanjawan kerajaan terbahagi kepada 3 iaitu:


a) Belanjawan Terimbang
b) Belanjawan Defisit
c) Belanjawan Lebihan

73 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
a) Belanjawan Terimbang

 Belanjawan terimbang berlaku apabila kenaikan dalam


perbelanjaan kerajaan dibiayai oleh kenaikan dalam cukai dalam
jumlah yang sama.
 Ini bermakna kerajaan menambah perbelanjaannya sebanyak
peningkatan hasil cukai yang diperoleh.

b) Belanjawan Defisit
 Belanjawan defisit berlaku apabila kenaikan dalam perbelanjaan
kerajaan tidak dibiayai sepenuhnya oleh kenaikan dalam cukai.

74 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
 Ini bermakna kerajaan menambah perbelanjaannya lebih besar
berbanding peningkatan hasil cukai yang diperoleh.

c) Belanjawan Lebihan

 Belanjawan lebihan berlaku apabila kenaikan dalam perbelanjaan


kerajaan dibiayai sepenuhnya oleh kenaikan dalam cukai.
 Malah berlaku lebihan dalam hasil cukai.
 Lebihan ini akan meningkatkan tabungan awam semasa. Ini
bermakna kerajaan menambah perbelanjaannya lebih kecil
berbanding peningkatan hasil cukai yang dipungut.

75 EPPD1023 MAKROEKONOMI I

You might also like