You are on page 1of 2

Makroekonomi 2005

1. Nisbah rizab berkanun - ialah rizab tunai yg.wajib disimpan oleh bank perdagangan di bank pusat/Bank Negara Malaysia 2. Pendapatan persendirian - ialah pendapatan isi rumah yg. diperoleh kerana sumbangan dalam melakukan kegiatan ekonomi yan produktif dan tidak produktif. PP = Pendapatan negara + Bayaran pindahan + Bunga pinjaman kerajaan + Bunga pinjaman pengguna Untung tidak dibahagikan Cukai keuntungan syarikat - Caruman KWSP. 3. Pendapatan boleh guna. - ialah pendapatan persendirian yang boleh digunakan untuk penggunaan dan tabungan. Pendapatan boleh guna = Pendapatan persendiriaan Cukai pendapatan perseorangan 4. Sistem kadar pertukaran boleh ubah - ialah satu sistem di mana harga atau kadar pertukaran matawang ditentukan oleh DD dan SS matawang asing dan tiada campur tangan kerajaan. 5. Keluk permintaan agregat (AD) - merujuk kepada tingkat perbelanjaan benar yang akan dilakukan oleh ekonomi pada pelbagai tingkat harga. 6. Keluk perbelanjaan agregat (AE) - merujuk kepada jumlah perbelanjaan unit-unit ekonomi seperti penggunaan (C), pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan (G) dan eksport bersih (X-M) pada pelbagai tingkat pendapatan negara dalam keadaan harga dan kadar bunga tidak mengalami perubahan. 7. Inflasi tarikan DD - ialah proes kenaikan harga disebabkan oleh pertambahan DD agregat iaitu pelaburan (I) naik / penggunaan (C) naik / perbelanjaan kerajaan (G) naik.

8. Tingkat kebajikan masyarakat - ialah KDNK benar dibahagi jumlah penduduk dan bersamaan dengan KDNK benar per kapita. Rumus : Pertumbuhan kebajikan masyarakat = KDNK / KNK benar @ KDNK / KNK benar per kapita Jumlah penduduk 9. Bekalan wang M1 - ialah mata wang dalam edaran iaitu duit syiling dan wang kertas serta deposit semasa dalam bank perdagangan. Rumus : M1 = Duit syiling + Wang kertas + Deposit semasa 10. Bekalan wang M2 -ialah wang dalam edaran, simpanan semasa, simpanan tetap dan simpanan tabungan di bank perdagangan.

11. Pertumbuhan ekonomi -ialah peningkatan KDNK benar pada sesuatu tahun berbanding KDNK benar tahun sebelumnya. Rumus : Kadar pertumbuhan ekonomi = KDNK benar t - KDNK benar t-1 x 100 KDNK benar t-1

You might also like