You are on page 1of 23

EKONOMI

MALAYSIA
BAB 2:INFLASI DAN KOS SARA
HIDUP
INDEKS HARGA DAN INFLASI
Indeks harga pengguna ialah indeks yang dibentuk untuk mengukur perubahan harga
purata barang dan perkhidmatan pada suatu masa tertentu berbanding dengan tahun asas.
Indeks harga pengguna berhubungan songsang dengan kuasa beli
Indeks harga pengguna tanpa wajaran ialah indeks harga pengguna yang dibentuk
berasaskan perubahan harga sekumpulan barang yang dipilih tanpa mengambil kira
corak perbelanjaan pengguna
Indeks harga pengguna berwajaran ialah indeks harga pengguna yang dibentuk
berasaskan perubahan harga sekumpulan barang yang dipilih dengan mengambil kira
corak perbelanjaan pengguna
KEGUNAAN INDEKS HARGA
PENGGUNA
1. Mengukur taraf hidup
2. Mengukur tingkat upah benar atau pendapatan benar isi rumah
3. Mengukur nilai wang benar
4. Mengukur kos sara hidup
5. Mengukur pendapatan per kapita benar
CARA MENGHITUNG INDEKS HARGA
PENGGUNA
1.Memilih tahun asas
2.Memilih jenis barang dan perkhidmatan
3.Menentukan wajaran
4.Menentukan harga barang dan perkhidmatan
5.Menghitung indeks harga tahun semasa setiap jenis barang
Indeks harga tahun semasa=harga tahun semasa/harga tahun asas x 100
6.Menghitung indeks harga pengguna
IHP tahun semasa=Jumlah IHP semasa berwajaran/jumlah wajaran
Menghitung indeks harga tahun semasa setiap
jenis barang
Menghitung indeks harga pengguna
INFLASI
Inflasi merupakan kenaikan tingkat harga umum bagi barang dan perkhidmatan
secara menyeluruh dan berterusan atau tidak terbatas dalam sesebuah ekonomi
Kadar inflasi pula merupakan peratus kenaikan harga umum barang-barang dan
perkhidmatan tahun semasa berbanding dengan tahun sebelumnya
Kadar inflasi=IHP1-IHP0/IHP0 X 100
Inflasi ada tiga jenis iaitu inflasi tarikan permintaan,inflasi tolakan kos dan inflasi
diimport
INFLASI TARIKAN PERMINTAAN
1.Kenaikan perbelanjaan agregat
2.Pertambahan bekalan wang
INFLASI TOLAKAN KOS
1.Kenaikan cukai keuntungan syarikat
2.Kenaikan kos input
3.Kenaikan upah buruh
Inflasi diimport
1.Kenaikan harga barang import
2.Kenaikan harga bahan mentah
KAITAN KOS SARA HIDUP DAN TARAF
HIDUP
Kos sara hidup merupakan pengiraan kos yang terpaksa ditanggung oleh seseorang
atau sesebuah keluarga untuk menjalani kehidupan harian
Peningkatan kos sara hidup boleh berlaku jika wujud peningkatan perbelanjaan
makanan,penginapan dan pengangkutan
Sekiranya peningkatan pendapatan berada pada kadar yang rendah berbanding
kenaikan kos sara hidup,maka taraf hidup merosot dan begitulah sebaliknya.
Kesan POSITIF INFLASI
Kesan dalaman yang positif
-Inflasi menggalakkan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi
-Peniaga akan menikmati keuntungan
-Pemilik harta tetap mendapat keuntungan
-Pemilik saham juga mendapat untung
-Penghutang juga mendapat untung
Kesan positif inflasi
Kesan luaran positif
-Kadar syarat perdagangan bertambah baik
-Memperbaiki imbangan dagangan
KESAN NEGATIF INFLASI
Kesan dalaman negatif
-Kos sara hidup masyarakat meningkat
-Tidak menggalakkan tabungan
-Tidak menggalakkan pelaburan
-Penerima pendapatan tetap mengalami kerugian
-Penabung di institusi kewangan mengalami kerugian
-Pemiutang mengalami kerugian
-Inflasi menggalakkan kegiatan spekulasi
Kesan negatif inflasi
Kesan luaran yang negatif
-Memburukkan imbangan dagangan
-Menurunkan nilai mata wang
-Kadar pertukaran asing terjejas
LANGKAH MENGAWAL INFLASI
-Dasar kewangan kuantitatif
-Dasar kewangan kualitatif
-Dasar fiskal menguncup
-Dasar kawalan harga
-Dasar pendapatan
BELANJAWAN NEGARA
Belanjawan negara merupakan anggaran kewangan yang meliputi jumlah hasil
yang diperoleh dan jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan sesebuah
negara dalam satu tahun kewangan tertentu
Belanjawan=Jumlah hasil-jumlah perbelanjaan
T>G-Belanjawan lebihan
T<G-Belanjawan kurangan(defisit)
T=G-Belanjawan imbang
STRUKTUR PERBELANJAAN DAN
HASIL KERAJAAN
Perbelanjaan kerajaan
1.Perbelanjaan mengurus 2.Perbelanjaan pembangunan
Perbelanjan kerajaan=P.mengurus+P.pembangunan
Hasil kerajaan
1.Cukai langsung 2.cukai tak langsung 3.Hasil bukan cukai
Hasil kerajaan=C.langsung+C.T.Langsung+H.B.cukai
STRUKTUR PERBELANJAAN DAN
HASIL KERAJAAN
Perbelanjaan mengurus merupakan perbelanjaan kerajaan untuk mengurus
atau membiayai kos pengurusan dan kegiatan pentadbiran kerajaan dan
memberikan perkhidmatan kepada orang ramai untuk memenuhi keperluan
semasa dan bersifat berulang-ulang pada setiap tahun
Perbelanjaan pembangunan ialah perbelanjaan pelaburan atau perbelanjaan
modal jangka panjang kerajaan
STRUKTUR PERBELANJAAN DAN
HASIL KERAJAAN
Hasil kerajaan ialah pendapatan kerajaan yang diperoleh daripada kutipan cukai
individu dan syarikat,dan hasil kerajaan yang lain seperti royalti
petroleum,bayaran lesen dan pendapatan pelaburan kerajaan
Cukai langsung ialah cukai yang dikenakan secara langsung ke atas pembayar
dengan beban cukainya x boleh dipindahkan kepada pihak lain
Cukai tak langsung ialah cukai yang beban cukainya boleh dipindahkan kepada
orang lain
Hasil bukan cukai ialah hasil atau perolehan kerajaan daripada sumber-sumber
bukan cukai
HUTANG NEGARA
Hutang kerajan persekutuan ialah jumlah hutang kerajaan persekutuan yang
meliputi hutang dalam negara dan hutang luar negara
Hutang negara pula merujuk kepada jumlah hutang luar negara sektor awam
dan hutang sektor swasta yang meliputi hutang jangka panjang dan jangka
pendek
CARA MENGUKUR HUTANG
NEGARA
1.Nisbah hutang negara kepada KNK
Hutang/KNK
2.Nisbah khidmat hutang luar negeri
Hutang/jumlah eksport
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN HUTANG
NEGARA

You might also like