You are on page 1of 3

Latihan (alat dasar ekonomi )

1. Alat dasar ekonomi terdiri daripada dasar fiskal dan dasar kewangan .

2. Dasar fiskal adalah tindakan kerajaan yang mengubah perbelanjaan kerajaan Dan dasar
cukai untuk menstabilkan ekonomi.

3. Kestabilan ekonomi adalah keadaan ekonomi apabila berlaku guna tenaga penuh tanpa
inflasi .

4. Dasar fiskal terdiri daripada perbelanjaan kerajaan dan kadar cukai .

5. Dasar fiskal mengembang merujuk kepada tindakan kerajaan menambahkan


perbelanjaan kerajaan dan menurunkan kadar cukai yang bertujuan untuk mengatasi
kemelesetan ekonomi.

6. Dasar fiskal menguncup merujuk kepada tindakan kerajaan mengurangkan


perbelanjaan kerajaan dan menaikkan kadar cukai yang bertujuan untuk mengatasi
masalah inflasi.

7. Terangkan secara ringkas cara Dasar fiskal mengatasi masalah

a. Kemelesetan ekonomi
Cara dasar fiskal mengatasi masalah kemelesetan ekonomi ialah menambahkan
perbelanjaan kerajaan iaitu menambah pendapatan boleh guna masyarakat
menyebabkan kuasa beli dan permintaan agregat meningkat.Hal ini akan
menyebabkan pengangguran berkurang dan pedapatan negara bertambah.Selain itu,
dasar fiskal juga menurunkan cukai untuk mengatasi masalah kemeselesetan
ekonomi.

B. Inflasi
Cara dasar fiskal mengatasi masalah inflasi ialah mengurangkan perbelanjaan
kerajaan dan menaikkan kadar cukai.Hal ini akan menyebabkan pendapatan boleh
guna masyarakat menurun dan permintaan agregat menurun.

8. Hasil kerajaan digunakan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan .

9. Sumber hasil kerajaan terdiri daripada hasil cukai dan hasil bukan cukai .

10. Cukai ialah bayaran wajib dalam bentuk wang yang dikutip oleh kerajaan.

11. Cukai terdiri daripada cukai langsung Dan cukai tak langsung .
12. Cukai langsung ialah sejenis cukai beban cukainya tidak boleh diagihkan atau
dipindahkan oleh pembayar cukai kepada orang lain.

13. Senaraikan jenis -jenis cukai langsung


a Cukai pendapatan individu
b Cukai pendapatan syarikat
c Cukai pendapatan koperasi
d Cukai pendapatan petroleum
e Cukai keuntungan hartanah
f Duti setem
g Cukai tanah
h Cukai pintu

14. Cukai tak langsung ialah sejenis cukai yang beban cukainya boleh diagihkan atau
dipindahkan kepada orang lain.

15. Jenis-jenis cukai tak langsung


a Duti eksais
b Duti import
c Duti eksport
d Cukai barang
e Cukai perkhidmatan
f Cukai perjudian
g Levi

16. Hasil bukan cukai merupakan hasil yang diperoleh selain daripada cukai langusng dan
cukai tak langsung .

17. Hasil bukan cukai ialah


a bayaran denda dan penalti
b bayaran permit dan lesen
c faedah dan pulangan pelaburan kerajaan
d bayaran sewa, harta atau aset kerajaan
e dividen, royalti petroleum dan gas asli
f pemberian kerajaan luar negara dan agensi antarabangsa
g dividen daripada saham dan GLC

18. Terangkan kesan cukai progresif terhadap agaihan pendapatan.


Kesan cukai progresif terhadap agihan pendapatan ialah kadar cukai semakin tinggi
apabila pendapatan bertambah dan golongan berpendapatan tinggi akan membayar
jumlah cukai yang lebih tinggi berbanding golongan berpendapatan rendah.

19. Terangkan kesan cukai regresif terhadap agihan pendapatan.


Kesan cukai regresif terhadap agihan pendapatan ialah kadar cukainya semakin
menurun apabila pendapatan bertambah dan memberi beban yang lebih besar ke atas
golongan berpendapatan rendah berbanding golongan berpendapatan tinggi.

20. Terangkan kesan cukai berkadar malar terhadap agihan pendapatan.


Kesan cukai berkadar malar terhadap agihan pendapatan ialah kadar cukainya
dikenakan sama apabila pendapatan berubah dan memberi beban yang lebih besar ke
atas golongan berpendapatan tinggi berbanding golongan berpendapatan rendah.

You might also like