You are on page 1of 8

REKOD TAK LENGKAP

1. Puan Zaiton , seorang peruncit tidak menyimpan rekod perniagaannya dengan


lengkap. Aset dan liabiliti perniagaannya ditunjukkan di bawah ini.

1 April 2018 31 Mac 2019


RM RM
Kelengkapan kedai 45000 45000
Kenderaan 6000 ?
Akaun belum terima 11600 15200
Akaun belum bayar 6200 7100
Bank 15200 24500
Pinjaman 8000 8000
Modal 13430 25210
77030 ?
Maklumat tambahan:

i. Pada 1 Jun 2018, pemilik telah membawa masuk van peribadi bernialai
RM12000 untuk kegunaan perniagaan. Perkara ini tidak direkod dalam
mana-mana buku.
ii. Ambilan inventori setiap bulan bernilai RM200
iii. Peruntukan hutang ragu sebanyak 5% atas penghutang hendaklah
diwujudkan
iv. Faedah atas pinjaman ialah 8% setahun dan belum dijelaskan .
v. Kelengkapan kedai disusutnilaikan pada kadar 10% setahun atas kos.

Anda dikehendaki menyediakan:

a. Penyata mengira modal pada 31 Mac 2019 [6 markah]


b. Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2019 [5 markah]
c. Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2019 [9 markah]
2. Maklumat berikut diperoleh dari perniagaan Amzar Enterprise untuk tahun berakhir
31 Disember 2018. Amzar Enterprise tidak mengamalkan sistem catatan bergu.

(i) Jualan kebanyakannya dibuat secara kredit. Tidak terdapat rekod-rekod jualan
yang dibuat atau disimpan, tetapi sebanyak RM10 000 telah diterima, sebanyak
RM9 500 darinya dengan cek-cek dan RM500 secara tunai dari orang-orang
yang telah membeli barang-barang darinya.

(ii) Jumlah yang dibayar dengan cek kepada pembekal sepanjang tahun itu ialah
sebanyak RM7 200.

(iii) Belanja yang telah dibayar sepanjang tahun itu dengan cek, sewa RM200,
belanja runcit RM180, secara tunai, sewa RM50.

(iv) Sepanjang tahun itu, Amzar telah membuat ambilan tunai sebanyak RM520.

(v) Lain-lain maklumat yang diberi adalah seperti berikut:

31 Dis 2017 31 Dis 2018


RM RM
Akaun Belum Bayar 1100 1320
Akaun Belum Terima 400 650
Sewa Belum Bayar - 50
Wang tunai di bank 1130 3050
Wang tunai di tangan 80 10
Inventori 1590 1700

(vi) Aset bukan semasa yang ada hanyalah peralatan yang dinilaikan pada 31 Dis
2017 sebanyak RM800. Peralatan ini hendaklah disusutnilaikan sebanyak 10%
setahun.

Anda dikehendaki menyediakan :


(a) Penyata mengira modal pada 1 Januari 2018 [3 markah]
(b) Buku Tunai dua lajur. [5 markah]
(c) Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar [6 markah]
(d) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir
31 Disember 2018. [11 markah]
3. Encik Ramlee pemilik Kedai Runcit Lee di Taman Pelangkah, Pekan Pahang. Beliau
menyimpan rekod perakaunan tidak mengikut sistem catatan bergu.
Berikut ialah maklumat kewangan perniagaan Kedai Runcit Lee pada 31 Mac 2019.

1 April 2018 31 Mac 2019


RM RM
Premis 50 000 50 000
Perabot 15 300 ?
Akaun Belum Terima 42 480 49 530
Inventori 19 684 24 292
Akaun Belum Bayar 32 700 36 440
Bank 10 650 17 586
Kadar Bayaran Belum Bayar - 472

Maklumat tambahan :
i. Encik Ramlee telah membawa masuk perabot rumahnya RM1 860 ke dalam
perniagaan
ii. Sepanjang tahun ini beliau telah mengambil barang niaga RM890 dan tunai RM650
untuk kegunaan sendiri
iii. Seorang penghutang telah didapati muflis, hutangnya RM205 dihapus kira sebagai
hutang lapuk.
iv. Semua perabot disusutnilaikan 10% atas kos

Anda dikehendaki menyediakan :


a. Penyata mengira modal pada 31 Mac 2019. [5 markah]

b. Penyata untung rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2019. [5 markah]


4. Perniagaan Alif Gabe mempunyai masalah untuk mengira keuntungan dan penyata
perakaunan yang akan dihantar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri berikutan
perniagaannya tidak menyimpan rekod mengikut sistem catatan bergu. Berikut
adalah data yang diperolehi :
RM
Bank 5 144
Akaun belum terima 8 544
Akaun belum bayar 5 672
Inventori pada harga kos 7 296
Lengkapan kedai (harga kos 1.1.2017) 4 020
Alatan pejabat 3 200
Gaji belum bayar 168
Komisen belum terima 224

Ringkasan catatan wang masuk dan keluar sepanjang tahun seperti berikut:

Wang masuk RM Wang keluar RM


Akaun belum terima 26 856 Belian barang niaga 7 288
Jualan tunai 12 880 Akaun belum bayar 12 624
Modal tambahan 4 800 Sewa 2 333
Komisen 1 080 Ambilan 1 416
Sewa sebahagian kedai 8 400 Gaji pekerja 7 104
Belanja am 1 088
Belian komputer 2 080
Maklumat tambahan:
i. Pada tahun ini, pemilik telah mengeluarkan barang berkos RM192 setiap
bulan untuk kegunaan keluarga dan perkara ini belum direkodkan.

ii. Susutnilai lengkapan kedai dibuat pada setiap tahun bernilai RM500 mulai
tahun 2017.

iii. Urusniaga berikut telah berlaku sepanjang tahun berakhir 31 Disember 2018

Diskaun diberi 704


Pulangan masuk 440
Pulangan keluar 406
Hutang lapuk 272
Diskaun diterima 518

iv. Baki berikut didapati pada 31 Disember 2018

Sewa prabayar 1 260


Akaun belum terima 10 568
Akaun belum bayar 5 760
Inventori pada harga kos 8 240
Lengkapan kedai ?
Alatan pejabat 4 752
Kadar bayaran belum bayar 1 174
Komisen belum terima 248

v. Pulangan keluar belum diambil kira sebanyak RM90


Anda dikehendaki menyediakan:
a. Penyata mengira modal awal [2 markah]
b. Akaun Kawalan Belum Bayar [2 markah]
c. Akaun Kawalan Belum Terima [2 markah]
d. Akaun pelarasan bagi Komisen Diterima [2 markah]
e. Penyata Perdagangan dan untung rugi bagi tahun berakhir
31 Disember 2018 [10 markah]
f. Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2018 [7 markah]
5. Perniagaan Maju Sokmo dimiliki oleh Encik Sokmore yang beroperasi di Bandar Damansara
Kuantan. Perniagaan ini tidak menyimpan rekod perakaunan mengikut sistem catatan bergu.
Berikut ialah baki-baki aset dan liabilitinya pada 1 Jun 2016.

1 Jun 2016 31 Mei 2017


RM RM
Lengkapan 9 150 10 485
Inventori 6 300 5 120
Akaun Belum Bayar 3 360 4 370
Sewa terakru 900 600
Kadar bayaran terdahulu 1 050 90
Akaun Belum Terima 4 400 6 880

Ringkasan akaun bank bagi tahun berakhir 31 Mei 2017 adalah seperti berikut :

Penerimaan RM Pembayaran RM
Baki b/b 5 760 Lengkapan 2 500
Jualan 9 350 Akaun Belum Bayar 28 700
Komisen 850 Belian 6 100
Akaun Belum Terima 44 600 Sewa 9 900
Insurans 1 200
Angkutan masuk 680
Maklumat tambahan :
(i) Pulangan belian RM670 dan Pulangan jualan RM440.
(ii) Pindahan dari lejar jualan ke lejar belian RM1 580.
(iii) Pembekal mengenakan faedah RM110 atas kelewatan bayaran hutang.
(iv) Pemilik telah mengambil barang niaga untuk kegunaan sendiri RM3 500.
(v) Insurans dibayar untuk tempoh setahun mulai 1 Januari 2017.

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Akaun Kawalan Belum Terima [4 markah]
(b) Akaun Kawalan Belum Bayar [5 markah]
(c) Akaun Insurans [2 markah]
(d) Akaun Kadar bayaran [2 markah]
(e) Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Mei 2017. [8 markah]
(f) Penyata Mengira Modal pada 31 Mei 2017 [4 markah]
6. Puan Nikki ialah pemilik tunggal perniagaan Nikki Enterprise yang beroperasi di Pekan
Ayer Hitam. Beliau tidak menyimpan rekod perakaunannya mengikut sistem catatan
bergu. Berikut ialah baki aset dan liabilitinya pada 1 Januari 2013.

Aset Liabiliti
Kenderaan 58 000 Akaun belum bayar 4 710
Perabot 5 500 Kadar bayaran belum bayar 180
Inventori 8 000 Modal 77 000
Akaun belum terima 5 640
Bank 4 500
Insurans prabayar 250

Berikut adalah ringkasan akaun bank bagi tahun berakhir 31 Disember 2013
Penerimaan Pembayaran
Jualan 8 875 Insurans 900
Akaun belum terima 32 850 Akaun belum bayar 18 556
Komisen 2 225 Belian 3 120
Gaji 3 600
Perabot 4 500
Belanja am 340
Sewa 750
Kadar bayaran 475
ambilan 1 450
angkutan masuk 320

Maklumat Tambahan:
(i) Pada 31 Disember 2013, baki-baki berikut diperoleh:
Akaun belum bayar 4 050
Akaun belum terima 5 000
Inventori 6 300
(ii) Seorang penghutang didapati muflis dan hutangnya RM180 dihapuskira.
(iii) Sewa tahunannya berjumlah RM1 200.
(iv) Kenderaan dan perabot disusutnilaikan 10% setahun atas kos.
(v) Komisen belum terperoleh RM225
(vi) Diskaun diterima RM430 dan Diskaun diberi RM140.
(vii) Peruntukan hutang ragu sebanyak 5% hendaklah diwujudkan.

Anda dikehendaki:
(a) Mengira jumlah belian dan jumlah jualan.
(b) Menyediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2013.
(c) menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2013.

You might also like