You are on page 1of 3

Latihan Belanjawan Tunai

1. Pada 1 Ogos 2016, Ramli iaitu pemilik Perniagaan Cafe Iman meneruskan perniagaan menjual
makanan di Petaling Jaya. Perniagaan ini telah merancang menyediakan anggaran belanjawan tunai
untuk tiga bulan berakhir pada 31 Oktober 2016.
Maklumat berikut diperoleh daripada perniagaannya:

i. Ramli meneruskan perniagaan dengan baki aset seperti berikut :

RM

Tunai di tangan 6 000


Tunai di bank 27 000
Kenderaan 80 000

ii. Jualan kredit pada bulan Jun dan Julai masing-masing ialah RM 10 000 dan RM 15 000.
Angggaran jualan bulan Ogos ialah RM20 000. Jualan pada bulan September dijangka
menurun sebanyak 10% daripada bulan sebelumnya dan akan meningkat sebanyak 20% pada
bulan Oktober. 60% daripada jualan bulanan merupakan jualan tunai dan bakinya diberi
tempoh dua bulan kredit.

iii. Anggaran belian bagi tiga bulan adalah seperti berikut:

Ogos : RM10 000


September : Meningkat 3% daripada bulan sebelumnya
Oktober : Berkurangan 2% daripada bulan sebelumnya

Nisbah untuk belian tunai dan kredit untuk setiap bulan ialah 2:1. Tempoh kredit ialah
sebulan.
iv. Pada bulan Oktober, Ramli bercadang untuk membuat pinjaman bank sebanyak RM30 000.
Pinjaman perlu dijelaskan dalam tempoh masa 3 tahun. Faedah atas pinjaman dikenakan
sebanyak 2% setahun. Ansuran balik pinjaman bermula pada bulan hadapannya.
v. Ramli mempunyai 1 orang pekerja yang dibayar gaji sebanyak RM1 200 seorang. Pada bulan
Ogos, beliau bercadang untuk menambah seorang lagi pekerja dengan kadar gaji yang sama.
vi. Sebahagian ruang kedai akan disewakan untuk kiosk minuman bermula pada bulan
September dengan kadar sewa RM500 sebulan dan diterima untuk 3 bulan sekali .
vii. Peruntukan hutang ragu diselaraskan 3% atas penghutang bersih.
viii. Urus niaga tunai yang sebenar untuk bulan September adalah seperti berikut:
Buku Tunai

2017 RM 2017 RM

Sept 28 Jualan 17 500 Sept 28 Belian 7 000


Penghutang 8 500
Sewa 2 000

ix. Jumlah sebenar modal, penerimaan dan pembayaran yang lain adalah sama dengan jumlah
yang dianggarkan.
Anda dikehendaki:

(a) menyediakan Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Oktober 2016. (tunjukkan lebihan atau
kurangan)
(b) menghitung varian dengan membandingkan belanjawan dengan prestasi sebenar untuk Bulan September.
2. Pada 1 Mei 2016, Azee iaitu pemilik Perniagaan Butik Ummi membuka perniagaan menjual pakaian di
Bandar Melaka. Perniagaan ini telah merancang menyediakan anggaran belanjawan tunai untuk tiga
bulan berakhir pada 31 Julai 2016.
Maklumat berikut diperoleh daripada perniagaannya:

x. Memulakan perniagaannya dengan modal :

RM

Tunai di tangan 5 000


Tunai di bank 17 000
Kenderaan 40 000

xi. Angggaran jualan bulan Mei ialah RM10 000. Jualan pada bulan Jun dijangka meningkat
sebanyak 10% daripada bulan sebelumnya dan akan meningkat lagi sebanyak 20% pada
bulan Julai. 60% daripada jualan bulanan merupakan jualan tunai dan bakinya diberi tempoh
sebulan kredit.

xii. Anggaran belian bagi tiga bulan adalah seperti berikut:

Mei : RM8 000


Jun : Meningkat 5% daripada bulan sebelumnya
Julai : Berkurangan 2% daripada bulan sebelumnya

Nisbah untuk belian tunai dan kredit untuk setiap bulan ialah 3:2. Tempoh kredit ialah
sebulan.
xiii. Pada bulan Jun, Azee bercadang untuk membuat pinjaman bank sebanyak RM30 000.
Pinjaman perlu dijelaskan dalam tempoh masa 5 tahun. Faedah atas pinjaman dikenakan
sebanyak 4% setahun. Ansuran balik pinjaman bermula pada bulan hadapannya.
xiv. Azee mempunyai 2 orang pekerja yang dibayar gaji sebanyak RM1 000 seorang. Pada bulan
Julai, beliau bercadang untuk menambah seorang lagi pekerja dengan kadar gaji yang sama.
xv. Kenderaan yang dibawa masuk pada 1 Mei 2016 disusutnilaikan 10% setahun atas kos.
xvi. Sebahagian ruang kedai akan disewakan untuk kiosk minuman bermula pada bulan Jun
dengan kadar sewa RM400 sebulan dan diterima untuk 2 bulan sekali .
xvii. Peruntukan hutang ragu diselaraskan 3% atas penghutang bersih.
xviii. Urus niaga tunai yang sebenar untuk bulan Jun adalah seperti berikut:
Buku Tunai

2017 RM 2017 RM

Jun 28 Jualan 7 500 Jun 28 Belian 5 000


Penghutang 3 500
Sewa 1 000

xix. Jumlah sebenar modal, penerimaan dan pembayaran yang lain adalah sama dengan jumlah
yang dianggarkan.
Anda dikehendaki:

(a) menyediakan Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Julai 2016. (tunjukkan lebihan atau
kurangan)
(b) menghitung varian dengan membandingkan belanjawan dengan prestasi sebenar untuk Bulan Jun.

You might also like