You are on page 1of 5

UJIAN BULANAN 1

PRINSIP PERAKAUNAN
Tingkatan 4
Nama : __________________________________ Ting : ___________

Arahan : Jawab semua soalan.

Bahagian A : ( 10 markah )

1. Antara yang berikut, butir manakah terdapat dalam penyata pendapatan?


A Hasil, belanja, stok alat tulis
B Jualan, belian dan stok akhir
C Belian, pulangan belian dan pemiutang
D Jualan, pulangan jualan dan sewa terakru

2. Berikut ialah ciri organisasi perniagaan.

Ciri Milikan Tunggal Perkongsian Syarikat Berhad


I Bilangan Ahli 1 orang 2 hingga 20 orang 2 orang dan tidak terhad
II Penubuhan Mudah Sukar Mudah
III Liabiliti Terhad Tidak terhad Terhad
IV Penyata Tidak perlu diaudit Tidak perlu diaudit Perlu diaudit
Kewangan

Maklumat yang manakah benar?


A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3. Syarikat Perkasa Berhad telah menetapkan susut nilai 10% setahun mengikut kaedah baki
berkurangan ke atas kenderaan perniagaannya. Tempoh perakaunannya berakhir 31 Disember setiap
tahun.

Apakah prinsip perakaunan yang menerangkan pernyataan di atas?


I Tempoh perakaunan
II Konservatisme
III Ketekalan
IV Materialiti

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

1
4. Berikut adalah sebahagian daripada proses kitaran perakaunan

Lejar Q Pelarasan

Apakah Q?
A Jurnal
B Dokumen
C Buku tunai
D Imbangan duga

5. Antara ciri-ciri berikut yang manakah benar tentang bentuk perniagaan?

CIRI PERKONGSIAN SYARIKAT KOPERASI


BERHAD
I Pengurusan Pekongsi aktif Lembaga Anggota Lembaga
pengarah Koperasi
II Bilangan Ahli 2 hingga 20 orang Melebihi 2 orang Minimun 100
orang
III Sumber Modal Pemilik sendiri Pemegang Rakan
saham pekongsi
IV Liabiliti Tidak terhad Terhad Terhad

A I dan II
B I dan IV
C Il dan III
D III dan lV

6. Menurut konsep ini, nilai atau angka yang dilaporkan dalam penyata kewangan perlu diselaraskan semula
pada nilai pasaran sekiranya nilai asal, iaitu kos sejarah tersebut tidak lagi memberi gambaran terkini.

Apakah konsep yang dimaksudkan di atas?

A Relevan
B Kebolehpercayaan
C Asas Perakaunan Akruan
D Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama

7. Penyata kewangan mesti bebas daripada sebarang kesalahan nyata, fakta didedahkan dengan bukti, serta
tidak berat sebelah. Apakah ciri kualitatif yang dimaksudkan?

A Relevan
B Kebolehpercayaan
C Kebolehbandingan
D Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama

2
8. Encik Ahmad ialah seorang pegawai akaun sebuah syarikat telah menyediakan penyata kewangan
mengikut proses urutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan.

Apakah proses tersebut?

A Konsep perakaunan
B Kitaran perakaunan
C Prinsip perakaunan
D Sistem perakaunan

9. Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri jenis milikan perniagaan.

P Q
Bilangan pemegang saham terhad Bilangan pemegang saham tidak terhad
Tidak perlu mendedahkan maklumat Perlu mendedahkan maklumat kewangan kepada
kewangan kepada orang awam. orang awam

Apakah P dan Q?

P Q
A Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad
B Milikan Tunggal Perkongsian
C Perkongsian Milikan Tunggal
D Syarikat Awam Berhad Syarikat Sendirian Berhad

10. Pemilik Kedai Farmasi Ayu telah membeli insurans nyawa isterinya dan merekod urus niaga tersebut ke
dalam buku perniagaan.

Nyatakan konsep yang tidak dipatuhi oleh beliau.

A Materialiti
B Pemadanan
C Konservatisme
D Entiti Berasingan

3
Bahagian B : ( 40 Markah )

Berikut ialah Kunci Kira-kira Perniagaan Cantik pada 31 Mac 2006.

Kunci Kira-kira pada 31 Mac 2006

RM RM RM RM

Aset Bukan Semasa Ekuiti Pemilik

Kenderaan 6 000 Modal 14 650

Alatan Pejabat 4 250

Perabot 2 750 13 000 Liabiliti Semasa

Overdraf bank 1 275

Aset Semasa Pemiutang 1 840

Tunai 1 175 Upah terakru 160 3 275

Penghutang 1 825

Stok 31 Mac 2006 1 925 4 925

17 925 17 925

Urus niaga berikut berlaku selepas Kunci Kira-kira disediakan:

i. Membeli barang bernilai RM690 secara kredit.


ii. Upah terakru dijelaskan dengan cek.
iii. Satu per lima daripada stoknya dijual secara kredit dengan harga RM725.
iv. Pinjaman sebanyak RM1,500 yang diterima digunakan untuk membeli sebuah komputer baru.
v. Cantik mengeluarkan sebuah almari pejabat bernilai RM225 untuk kegunaan keluarganya.
vi. Membayar gaji bulan ini secara tunai RM165.
vii. Cek yang bernilai RM235 yang diterima daripada penghutang tidak dilayan oleh bank.

Anda dikehendaki:

a. menunjukkan kesan urus niaga di atas terhadap persamaan perakaunan. ( 20 markah )

2. Nyatakan kesan urus niaga yang berikut ke atas Kunci Kira-kira

4
Kesan ke atas

Urus niaga Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik

+ - + - + -

Membayar tunai kepada


RM400 RM400
pemiutang RM400.

(a) Pemilik membawa masuk


sebuah komputer bernilai
RM5500 untuk kegunaan
pejabat.

(b) Pemilik membawa masuk tunai


RM10 000 ke dalam
perniagaan.

(c) Menjual perabot terpakai


secara tunai RM450.

(d) Pemilik mengeluarkan tunai


sejumlah RM550 untuk
perbelanjaan keluarga.

(e) Pemilik mengambil barang


niaga bernilai RM1 000 untuk
kegunaan peribadi.

(f) Membeli perabot secara tunai


RM700.

(g) Membeli barang niaga RM850.

(h) Menerima cek daripada


pelanggan RM670.

(i) Meminjam RM25 000 daripada


Polli Bank Bhd.

(j) Membeli alatan pejabat secara


kredit RM1 000.

( 20 markah )

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

You might also like