You are on page 1of 9

1 Tujuan penyediaan Penyata Pendapatan ialah

A mengetahui kedudukan kewangan perniagaan.


B menunjukkan jumlah aset dan liabiliti perniagaan.
C mengetahui untung atau rugi bersih.
D mengira ekuiti pemilik dan liabiliti perniagaan.

2 Pilih komponen yang betul bagi Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

Penyata Pendapatan Kunci Kira-kira


A Aset dan hasil Liabiliti, aset dan belanja
B Belanja dan liabiliti Aset dan ekuiti pemilik
C Ekuiti pemilik dan aset Hasil dan belanja
D Hasil dan belanja Aset, ekuiti pemilik dan liabiliti

3 Mengapakah ambilan pekongsi dikenakan faedah?


A Untuk meningkatkan pendapatan perkongsian
B Untuk menyelaraskan kongsi untung atau rugi pekongsi
C Untuk mengelakkan pekongsi membuat ambilan yang berlebihan
D Untuk menggalakkan pekongsi membuat ambilan tunai dan barang niaga.

4 Antara berikut, manakah yang merupakan Kod Etika Profesion Perakaunan?


I Relevan III Profesionalisme
II Kerahsiaan IV Urus tadbir yang baik

A I, II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

5 Ciri-ciri sesebuah perniagaan milikan tunggal ialah


I dimiliki oleh seorang pemilik sahaja
II pemilik menanggung segala risiko perniagaan
III liabiliti perniagaan adalah terhad
IV lesen perniagaan diperoleh daripada Majlis Kerajaan Tempatan

A I, II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

6 Antara berikut, pernyataan manakah benar tentang syarikat berhad?


A Liabiliti syarikat berhad tidak terhad.
B Syarikat berhad ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1961.
C Syarikat berhad dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua pemegang saham.
D Syarikat berhad harus berdaftar dengan kerajaan tempatan.
7 Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah bukan perbezaan antara perakaunan dan
simpan kira?
1
A Perakaunan adalah lebih luas daripada simpan kira.
B Perakaunan hanya digunakan dalam perniagaan kecil-kecilan.
C Perakaunan merancang dan mengawal aktiviti perniagaan.
D Perakaunan melibatkan proses melapor dan mentafsir maklumat kewangan.

8 “Jangkaan dalam kerugian akan diambil kira tetapi jangkaan keuntungan tidak diambil kira”.
Pernyataan di atas menerangkan tentang konsep
A pelaporan berasaskan nilai saksama.
B konservatisme.
C usaha berterusan.
D asas perakaunan akruan.

9 Perniagaan Cindy membayar ansuran kereta anaknya dengan menggunakan wang perniagaan
dan merekodkan sebagai aset perniagaan.
Tindakan ini bercanggah dengan konsep
A pemadanan.
B materialiti.
C kos sejarah.
D entiti berasingan.

10 Antara berikut, yang manakah benar tentang perbezaan perakaunan kewangan dengan
perakaunan pengurusan?

Aspek Perakaunan kewangan Perakaunan pengurusan


A Pengguna Pihak luaran Pihak dalaman
Ringkasan aktiviti yang
Masa Ringkasan aktiviti yang lepas mempengaruhi keputusan masa
B depan
Mempunyai mandatori untuk
Tiada mandatori untuk
Pematuhan penyediaan laporan secara
penyediaan laporan
C terperinci
Tidak perlu mengikut Prinsip
Perundangan Perlu mengikut Prinsip Perakaunan
D Perakaunan yang Diterima
yang Diterima Umum
Umum

11 Apakah konsep pendedahan dalam perakaunan?


A Semua maklumat perakaunan perlu didedahkan dalam Penyata Kewangan.
B Semua maklumat yang penting dan benar-benar berlaku sahaja didedahkan dalam
2
Penyata Kewangan
C Semua maklumat samada relevan atau tidak perlu didedahkan dalam Penyata
Kewangan.
D Semua maklumat yang merugikan perniagaan perlu didedahkan dalam Penyata
Kewangan.

Tujuan utama perniagaan ditubuhkan adalah untuk menjaga kepentingan dan kebajikan
ahli-ahlinya.

12 Apakah jenis perniagaan di atas?


A Syarikat Berhad
B Perkongsian
C Koperasi
D Milikan Tunggal

13 Apakah peranan yang di mainkan oleh MIA?


A menyemak piawaian perakaunan
B mengawal selia profesion perakaunan
C memperkembang profesion perakaunan
D menerbitkan standarad perakaunan .

14 Hasil yang diperoleh daripada aktiviti biasa suatu entiti perniagaan disebut sebagai
A hasil perniagaan.
B untung perniagaan.
C hasil kendalian perniagaan.
D hasil bukan kendalian perniagaan.

15 Aset semasa bagi sesebuah perniagaan terdiri daripada


I premis
II penghutang
III tunai di tangan
IV hasil terakru
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

Soalan 16 berdasarkan Kunci Kira-kira di bawah ini.

Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2013

3
RM RM
Kenderaan 11 500 Modal 13 000
Perabot 1 200 Untung bersih 1 600
Stok 2 300
Tunai 800 Pemiutang 1 200
15 800 15 800

16 Berapakah jumlah aset bukan semasa bagi perniagaan tersebut?


A RM3 100 C RM12 700
B RM4 300 D RM15 800

17 Apakah maksud Akaun Kontra?


A Akaun yang mengurangkan baki satu akaun lain yang saling berkaitan.
B Akaun yang menambahkan baki satu akaun lain yang saling berkaitan.
C Akaun yang menambahkan baki satu akaun lain yang saling tidak berkaitan.
D Akaun yang mengurangkan baki satu akaun lain yang tidak saling berkaitan.

18 Pilih kenyataan yang betul tentang inventori.

Sistem Inventori Berkala Sistem Inventori Berterusan


Inventori dinilai secara fizikal Inventori dinilai secara fizikal pada
A pada awal tempoh perakaunan akhir tempoh perakaunan

Inventori dinilai secara fizikal Inventori dinilai secara fizikal pada


B pada akhir tempoh perakaunan awal tempoh perakaunan

C Inventori dinilai secara fizikal Inventori direkodkan secara


pada akhir tempoh perakaunan terperinci setiap kali urus niaga jual
beli berlaku
Inventori direkodkan secara Inventori dinilai secara fizikal pada
terperinci setiap kali urus niaga akhir tempoh perakaunan
D jual beli berlaku

19 Antara berikut, yang manakah benar tentang persamaan perakaunan?


A Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
B Liabiliti = Ekuiti Pemilik + Aset
C Ekuiti Pemilik = Aset + Liabiliti
D Aset = Ekuiti Pemilik – Liabiliti

20 Hitungkan liabiliti perniagaan berdasarkan jadual di bawah ini.

Aset Liabiliti Ekuiti pemilik


RM5 800 ? RM4 000
4
A RM9 800 C RM4 000
B RM5 800 D RM1 800

Jualan barang niaga bernilai RM680 dengan harga RM950 secara kredit.

21 Apakah kesan urus niaga di atas terhadap aset dan ekuiti pemilik?
Aset Ekuiti pemilik
A Bertambah RM680 Bertambah RM680
B Berkurang RM950 Berkurang RM950
C Bertambah RM270 Bertambah RM270
D Tiada perubahan Tiada perubahan

22 Manakah catatan bergu yang betul untuk urus niaga di bawah ini.
Keluarkan komputer pejabat untuk kegunaan peribadi.

Debit Kredit
A Alatan pejabat Modal
B Modal Alatan pejabat
C Alatan pejabat Ambilan
D Ambilan Alatan pejabat

23 Harta yang mudah berubah nilai dan bentuk dalam satu tempoh perakaunan dikenali sebagai
A liabiliti bukan semasa
B aset bukan semasa
C liabiliti semasa
D aset semasa

24 Di antara berikut, akaun yang manakah mempunyai baki debit?


A Akaun Sewa Diterima
B Akaun Gaji Terakru
C Akaun Insurans Terdahulu
D Akaun Modal

25 Maklumat di bawah ini menunjukkan urus niaga bagi sebuah perniagaan.


Membayar sewa premis perniagaan dengan cek sebanyak RM500.

Manakah yang benar?


Akaun Sewa
5
A Bank RM500

Akaun Ambilan
B Bank RM500

Akaun Sewa
C Bank RM800

Akaun Premis
D Bank RM800

26 Urus niaga yang manakah menambahkan hasil?


A Diskaun diberi kepada penghutang
B Membayar pemiutang dengan tunai
C Menerima cek daripada penghutang
D Diskaun diterima daripada pemiutang

27 Apakah fungsi utama dokumen perniagaan?


A Untuk menggunakan bil tunai dan resit.
B Untuk membolehkan belian kredit dilakukan.
C Untuk menjadi rujukan pada masa depan.
D Untuk melihat aliran antara pembeli dan penjual.

28 Yang manakah antara pernyataan di bawah ini dapat menerangkan syarat K & K di K dalam
invois secara tepat?
A Kesilapan dan ketinggalan mengikut syarat serahan.
B Kesilapan dan ketinggalan dibetulkan dengan nota kredit.
C Kesilapan dan ketinggalan hanya boleh dibetulkan dengan menggunakan nota debit.
D Kesilapan dan ketinggalan dibetulkan melalui nota debit dan nota kredit.

29 Apakah dokumen-dokumen perniagaan yang diperlukan sebelum proses jual beli?


I Sebut harga III Surat tanya
II Nota kredit IV Borang pesanan
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

30 Antara berikut, dokumen manakah yang tidak dikirimkan oleh penjual kepada pembeli?
A memo C nota serahan
B inovis D penyata akaun

31 Butir-butir di bawah ini wujud dalam invois kecuali


A nombor resit C nama pembeli
6
B nama pembekal D harga seunit

Soalan 32 berdasarkan dokumen di bawah.

Tarikh : 10 Mei 2014


Penerima : Bah Trading
Kerana : Belian alat tulis

Ringgit Sen
Baki akhir 1 380 00
Dimasukkan 500 00
Jumlah 1 880 00
Cek ini 320 00
Baki 1 560 00

No cek : 35567

32 Berapakah nilai dokumen tersebut?


A RM1 560 C RM500
B RM1 380 D RM320

Soalan 33 dan 34 berdasarkan dokumen di bawah ini.

No.:
RESIT SYARIKAT MENG 038
Lot 2A, Jln. Ceria
58100 Petaling Jaya
7
Tarikh:1 Jan
Diterima daripada
: Perniagaan Aminah
Ringgit Seratus Tujuh Puluh
Malaysia : Sahaja
Untuk bayaran : Invois No. :458

RM17
0

Tunai/No. cek : 012345


Penguru
s

33 Siapakah yang menerima bayaran untuk dokumen di atas?


A Pengurus syarikat C Pemilik kedai
B Perniagaan Aminah D Syarikat Meng

34 Bayaran di atas dibuat dengan menggunakan


A kad kredit C nota debit
B cek D tunai

35 Perniagaan Kasut Chin memulangkan 20 pasang kasut yang rosak kepada pembekalnya.
Apakah dokumen yang akan diterima daripada pembekal untuk menunjukkan pulangan
barang tersebut.
A Nota debit C Resit
B Nota kredit D Invois

36 Apakah tujuan nota debit dihantar kepada pelanggan?


A Jumlah dividen = Kadar dividen x Modal berdaftar
B Jumlah dividen = Kadar dividen x Modal berbayar
C Jumlah dividen = Kadar dividen x Modal diterbitkan
D Jumlah dividen = Kadar dividen x Modal belum diterbitkan

37 Pernyataan yang manakah benar mengenai diskaun niaga?


A Semakin banyak barang dibeli, semakin tinggi diskaun niaga diberi.
B Diskaun niaga dicatatkan di dalam jurnal.
C Diskaun niaga bertujuan supaya pelanggan membayar hutang dengan segera.
D Diskaun niaga dicampur dengan harga senarai apabila membuat catatan jurnal untuk
mendapatkan harga bersih.

8
38 Kedai Elektrik Victoria menjual alat pendingin hawa model Pansonic dengan harga senarai
RM900 seunit. Diskaun niaga yang diberi adalah 20% bagi belian antara 5 hingga 10 unit
dan 25% bagi belian melebihi 10 unit.
Hitungkan harga bersih yang perlu dibayar oleh seorang pelanggan jika dia membeli 8 unit
penghawa dingin tersebut.
A RM1 440 C RM5 760
B RM5 400 D RM7 200

39 Apakah jenis modal yang dinyatakan dalam Tatawujud Syarikat?


A Modal berbayar C Modal dibenarkan
B Modal diterbitkan D Modal belum diterbitkan

40 Suresh menerima sekeping invois daripada pembekal pada 1.4.2014 yang bernilai RM2,000
dan menjelaskan bayaran invois tersebut pada 19.4.2014. Berapakah yang perlu dibayar oleh
Suresh jika pembekalnya menawarkan syarat-syarat jualan seperti berikut:
Diskaun niaga 15%
Diskaun tunai 7 hari 7%
14 hari 5%
30 hari 2%
A RM1 000 C RM1 615
B RM1 666 D RM1 715

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like