You are on page 1of 11

Percubaan SPM 2015 Alor Gajah Melaka

PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2015 3756/1


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 1
1 jam Satu jam lima belas minit

1. Kertas soalan ini mengand ungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. T iap-tiap soalan diikuti oleh e mpat jawapan pilihan, iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja.
4. Anda dibenar kan menggunakan kalkulator saintifik.

1
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
Percubaan SPM 2015 Alor Gajah Melaka

1 Antara yang berikut, butir manakah terdapat dalam Penyata Pendapatan?


A Hasil, belanja, stok alat tulis
B Jualan, belian dan stok akhir
C Jualan, pulangan jualan dan pemiutang
D Belian, pulangan belian dan sewa terakru

2 Syarikat Alif Berhad telah menetapkan susut nilai 10% setahun mengikut kaedah baki
berkurangan ke atas kenderaan perniagaannya. Tempoh perakaunannya berakhir
31 Disember setiap tahun.
Apakah prinsip perakaunan yang menerangkan pernyataan di atas?
I Tempoh perakaunan
II Konservatisme
III Materialiti
IV Ketekalan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

3 Manakah tajuk Penyata Pendapatan yang berikut adalah betul?


A Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2014
B Penyata pendapatan sehingga 31 Disember 2014
C Penyata pendapatan daripada 31 Disember 2014
D Penyata pendapatan pada 31 Disember 2014

4 Pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti utama perniagaan ialah


A Untung kasar
B Untung bersih
C Hasil kendalian
D Hasil bukan kendalian

5 Berikut ialah aset semasa kecuali


A Stok akhir
B Penghutang
C Sewa terdahulu
D Insurans terakru

6 Cik Irdina mengambil barang niaga untuk dihadiahkan kepada rakannya. Butiran ini
direkod di dalam Akaun Ambilan.
Pernyataan di atas merujuk kepada
A Konsep Kos Sejarah
B Konsep Catatan Bergu
C Konsep Entiti Berasingan
D Konsep Usaha Berterusan

2
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
Percubaan SPM 2015 Alor Gajah Melaka

7 Pada 1 Jun 2015, pemilik Perniagaan Syafiq mengambil barang niaga bernilai RM158
untuk promosi.
Pilih catatan bergu yang betul bagi urus niaga di atas.
A Debit Akaun Modal, kredit Akaun Ambilan
B Debit Akaun Ambilan, kredit Akaun Belian
C Debit Akaun Promosi, kredit Akaun Belian
D Debit Akaun Belian, kredit Akaun Promosi

8 Apakah dokumen yang membuktikan pembayaran telah dibuat kepada pemiutang?


A Resit
B Invois
C Bil tunai
D Nota serahan

9 Kegunaan Jurnal Am adalah untuk mencatat


I Belian atau jualan aset bukan semasa secara kredit
II Belian barang niaga secara kredit
III Pembetulan kesilapan
IV Ambilan tunai
A I dan III C II dan III
B I dan IV D II dan IV

10 Berikut ialah petikan Imbangan Duga bagi Kedai Wawasan :

Imbangan Duga pada 31 Julai 2015


DT KT
Modal 25 000
Y 3 000
Diskaun 350
Bank 9 200
Belian dan Jualan 26 000 33 000

Butiran Y dalam Imbangan Duga di atas boleh digantikan dengan akaun


A Stok akhir
B Angkutan
C Pulangan belian
D Diskaun diterima

11 Pn. Fatimah mengambil barang niaga untuk tujuan promosi yang bernilai RM550.
Antara dokumen berikut, manakah yang berkaitan dengan maklumat di atas?
A Memo
B Invois
C Nota kredit
D Makluman kredit

3
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
Percubaan SPM 2015 Alor Gajah Melaka

12 Maklumat yang berikut berkaitan dengan dokumen N dan M yang digunakan oleh
seorang peniaga.

Dokumen N Dokumen M
Digunakan sebagai catatan bagi Bukti penerimaan ke atas
pembayaran seperti gaji, bayaran yang telah di buat.
tambang dan petrol.

Apakah dokumen N dan M?


Dokumen N Dokumen M
A Baucar bayaran Resit
B Memo Penyata akaun
C Resit Baucar bayaran
D Penyata akaun Memo

13 Mengapakah Akaun Kawalan disediakan?


A Menyemak ketepatan catatan dalam Lejar Penghutang dan Lejar Pemiutang
B Menyenaraikan penghutang dan pemiutang perniagaan
C Menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan
D Menghitung lebihan tunai perniagaan

14 Butir yang berikut berkaitan jualan kredit bagi Perniagaan Juara pada bulan Mei 2015.

RM
Baki awal penghutang 20 640
Baki akhir penghutang 23 280
Pulangan jualan 520
Jualan kredit 47 400

Hitung jumlah penerimaan daripada penghutang.


A RM43 400 C RM44 240
B RM43 920 D RM46 880

15 Pada 5 Jun 2015, Pembekal Ahmad telah mengirim invois kepada Puan Aminah yang
berjumlah RM900. Syarat diskaun tunai ialah 10% jika dibayar dalam tempoh 14 hari.
Hitung jumlah yang harus dibayar oleh Puan Aminah jika beliau membuat bayaran pada
16 Jun 2015.
A RM90 C RM900
B RM810 D RM990

4
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
Percubaan SPM 2015 Alor Gajah Melaka

16 Antara yang berikut, butir manakah yang direkodkan ke dalam Buku Tunai Runcit?
I Tambang
II Gaji pekerja
III Setem dan alat tulis
IV Belanja ubah siau pejabat
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

17 Bengkel Kereta Kamarul telah membayar premium insurans berjumlah RM3 600 pada
1 Mei 2015 untuk tempoh setahun. Tahun kewangan pernigaan berakhir pada
31 Disember setiap tahun.
Berapakah insurans terdahulu pada 31 Disember 2015.
A RM300 C RM1 200
B RM900 D RM2 400

18 Apakah belanjawan tunai?


A Buku rekod wang masuk dan keluar serta baki di tangan
B Laporan wang yang diterima dan dibayar bagi tempoh tertentu
C Anggaran penerimaan dan pembayaran tunai untuk sesuatu tempoh
D Jumlah hasil yang diterima dan belanja yang dibayar untuk mengurus perniagaan

19 Butir manakah direkodkan sebagai pembayaran dalam Belanjawan Tunai?


A Susut nilai
B Jualan tunai
C Hutang lapuk
D Bayar sewa kedai

20 Anggaran belian berikut dimiliki oleh Perniagaan Gemilang.

Januari RM1 800


Februari RM2 000

Maklumat tambahan :
60% daripada belian adalah secara tunai dan bakinya
dibayar pada bulan berikutnya.

Berapakah bayaran pada bulan Februari?


A RM2 280 C RM1 920
B RM2 000 D RM1 200

21 Pernyataan manakah yang benar berkaitan dengan perkongsian?


A Cukai dikenakan ke atas pendapatan perniagaan
B Keuntungan diagihkan kepada pekongsi dalam bentuk dividen
C Bilangan ahli maksimum 20 orang bagi semua jenis perkongsian
D Hayat perniagaan tamat apabila salah seorang pekongsi meninggal dunia

5
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
Percubaan SPM 2015 Alor Gajah Melaka

22 Perniagaan Perkongsian R&S memperolehi keuntungan atas pembubaran perkongsian.


Apakah akaun yang terlibat?
Debit Kredit
A Akaun Modal Pekongsi Akaun Realisasi
B Akaun Realisasi Akaun Modal Pekongsi
C Akaun Realisasi Akaun Bank
D Akaun Bank Akaun Realisasi

23 Maklumat di bawah ini berkaitan dengan butir-butir Akaun Semasa Pekongsi Ameer.

2014 RM
Jan. 1 Baki b/b 1 500
Dis. 31 Ambilan 500
Faedah atas ambilan 25
Faedah atas modal 2 450
Faedah atas pinjaman 780
Gaji Ameer 2 000
Kongsi rugi 1 355

Hitung baki Akaun Semasa Pekongsi Ameer pada 31 Disember 2014.


A RM4 850 C RM1 850
B RM7 560 D RM4 560

24 Petikan Akaun Pengasingan Untung Rugi berikut diperoleh daripada Perkongsian Siti
dan Lili. Mereka bersetuju membahagikan untung dan rugi mengikut nisbah modal.

RM
Modal Siti 50 000
Modal Lili 25 000
Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mei 2015
RM RM
Faedah atas modal : Untung bersih 25 000
Siti 5 000 Faedah atas ambilan :
Lili 2 500 Siti 50
Gaji Siti 1 500 Lili 45
Kongsi untung :
Siti
Lili

Berapakah kongsi untung yang diperoleh Siti dan Lili?


Siti Lili
A RM12 876 RM3 219
B RM3 219 RM12 876
C RM10 730 RM5 365
D RM5 365 RM10 730

6
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
Percubaan SPM 2015 Alor Gajah Melaka

25 Apakah yang menyebabkan berlakunya kurangan dalam Akaun Modal pekongsi?


A Pekongsi menanggung rugi realisasi
B Pekongsi telah membuat ambilan yang sedikit
C Modal yang disumbangkan oleh pekongsi terlau rendah
D Nilai aset yang diambil alih oleh pekongsi terlalu rendah

26 Petikan Akaun Realisasi berikut diperoleh semasa pembubaran Perkongsian Danny dan
Danial.

Akaun Realisasi
RM
2015
Jan. 31 Diskaun diterima 250

Apakah yang dimaksudkan dengan catatan bagi urus niaga pada 31 Januari 2015?
A Baki pemiutang yang belum dijelaskan semasa pembubaran
B Menerima diskaun daripada pemiutang kerana menjelaskan hutang
C Jumlah bayaran kepada pemiutang semasa pembubaran perkongsian
D Jumlah penerimaan daripada pemiutang semasa pembubaran perkongsian

27 Pernyataan manakah yang benar tentang Syarikat Sendirian Berhad?


I Saham disenaraikan di bursa saham
II Saham diterbitkan kepada orang ramai
III Saham tidak boleh dipindah milik dengan bebas
IV Bilangan pemegang saham antara 2 hingga 50 orang
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

28 Apakah jenis modal yang dinyatakan dalam Tatawujud Syarikat?


A Modal berbayar
B Modal diterbitkan
C Modal dibenarkan
D Modal belum diterbitkan

29 Pernyataan yang manakah yang benar berkaitan dengan dividen interim?


A Dividen yang dibayar kepada pemegang saham biasa
B Dividen yang dibayar kepada pemegang saham keutamaan
C Dividen yang dibayar setelah keuntungan syarikat diketahui
D Dividen yang dibayar sebelum keuntungan syarikat diketahui

7
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
Percubaan SPM 2015 Alor Gajah Melaka

30 Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Melati Berhad.

Modal berbayar terdiri daripada 2 000 000 unit 6% saham keutamaan bernilai
RM1.00 sesaham
Pada 1 Jun 2015 syarikat telah mengisytiharkan dividen saham keutamaan pada
kadar 4%
Bagi tahun berakhir 31 Julai 2015, syarikat telah memutuskan untuk membayar
dividen akhir saham keutamaan

Kira dividen akhir saham keutamaan.


A RM40 000
B RM80 000
C RM120 000
D RM200 000

31 Situasi rekod tak lengkap manakah yang boleh berlaku dalam sesebuah perniagaan?
A Imbangan Duga yang tidak seimbang
B Peniaga tidak merancang perbelanjaan
C Tiada kawalan tunai dalam perniagaan
D Rekod-rekod akaun telah tercicir atau musnah

32 Kedai Buku Izara mengamalkan rekod tak lengkap. Maklumat yang berikut diperoleh
daripada perniagaan tersebut pada 31 Mei 2015.

RM
Aset 29 125
Modal Awal 19 000
Liabiliti 4 375

Berapakah untung bersih Kedai Buku Izara bagi tahun berakhir 31 Mei 2015?
A RM4 475
B RM5 750
C RM10 125
D RM14 500

8
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
Percubaan SPM 2015 Alor Gajah Melaka

33 Penyata Untung Rugi di bawah ini diperoleh daripada Restoran Sri Tom Yam yang
mengamalkan rekod tak lengkap.

Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Mac 2015


RM RM
Modal akhir 75 800
Tambah: Ambilan 3 400
79 200
Tolak: Q 2 500
Modal awal 45 900
48 400
Untung bersih 30 800

Apakah Q?
A Hasil
B Belanja
C Kos jualan
D Modal tambahan

34 Antara yang berikut, manakah kos overhed bagi sebuah firma pengeluaran?
I Bahan langsung
II Upah pekerja kilang
III Belanja alat-alat kecil
IV Susut nilai mesin kilang
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

35 Maklumat di bawah berkaitan dengan kos bagi Kilang Betaris.

RM
Gaji pekerja kilang 21 000
Gaji penyelia kilang 12 000
Elektrik dan air kilang 30 000
Pelbagai belanja kilang 9 000

Hitung kos overhed Kilang Betaris.


A RM33 000
B RM51 000
C RM63 000
D RM72 000

9
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
Percubaan SPM 2015 Alor Gajah Melaka

36 Kilang Kalisa merupakan sebuah kilang yang mengeluarkan produk pencuci pinggan.
Berikut adalah maklumat yang diambil daripada kilang tersebut.

RM
Kos tetap 50 000
Kos berubah seunit 2
Harga jualan seunit 4

Berapakah untung yang diperoleh jika Kilang Kalisa menjual 60 000 unit produk
tersebut?
A RM30 000
B RM50 000
C RM70 000
D RM120 000

37 Apakah tujuan Akaun Pengeluaran disediakan?


A Merancang proses pengeluaran
B Mengira untung atau rugi pengeluaran
C Menunjukkan kos yang terlibat dalam pengeluaran
D Menyatakan kedudukan kewangan firma pengeluaran

38 Maklumat berikut diberikan oleh CT HUMAIRAH ENTERPRISE.

RM
Sewa terdahulu 250
Overdraf bank 1 500
Stok akhir 6 000

Berapakah nisbah semasa CT HUMAIRAH ENTERPRISE?


A 4.17 : 1
B 3.43 : 1
C 0.29 : 1
D 0.24 : 1

39 Apakah maklumat yang diperlukan untuk menghitung tokokan?


I Modal
II Kos jualan
III Untung kasar
IV Untung bersih
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online
Percubaan SPM 2015 Alor Gajah Melaka

40 Jadual di bawah berkaitan dengan maklumat modal yang dilaburkan dan kadar pulangan
atas modal bagi empat buah Syarikat Berhad.

Nama Syarikat Modal yang Dilaburkan Kadar Pulangan atas Modal


RM %
Syarikat Jujur Bhd 180 000 9
Syarika Amanah Bhd 212 000 5
Syarikat Bahagia Bhd 244 000 8
Syarikat Setia Bhd 268 000 7

Syarikat manakah yang memperoleh untung bersih paling tinggi?


A Syarikat Setia Berhad
B Syarikat Jujur Berhad
C Syarikat Amanah Berhad
D Syarikat Bahagia Berhad

KERTAS SOALAN TAMAT

11
Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online

You might also like