You are on page 1of 17

SULIT 1 3756/1

3756/1
Prinsip Perakaunan
Kertas 1
1¼ jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2022


NEGERI JOHOR

PRINSIP PERAKAUNAN

Kertas 1

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-
tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan
jawapan yang baru.

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.

Kertas soalan peperiksaan ini mengandungi 17 halaman bercetak

3756/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Unit TEKVO JPNJ [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 2 3756/1

1 Antara berikut, yang manakah memperbaiki kaedah menyimpan rekod di Mesir pada tahun
400 S.M.?
I Kain
II Papyrus
III Calamus
IV Kepingan tanah liat

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Perniagaan Qaseh telah merekodkan sewa RM2 300 dalam penyata kewangan perniagaan
termasuk sewa belum terperoleh sebanyak RM250.

A Ketekalan
B Prinsip kos
C Usaha beterusan
D Pengiktirafan hasil dan belanja

3 Manakah yang berikut merupakan butiran aset semasa?


A Akaun Belum Terima, Tunai, Inventori dan Bank
B Bank, Akaun Belum Terima, Ambilan dan Inventori
C Akaun Belum Terima, Tunai, Overdraf dan Inventori
D Mesin, Akaun Belum Terima, Tunai dan Kadar Bayaran

3756/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Unit TEKVO JPNJ [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 3 3756/1

4 Maklumat berikut merupakan urus niaga yang diperoleh daripada Perniagaan Sukan Maju
milik Puan Madihah.

Membayar hutang kepada Pembekal Alatan Sukan Suradi RM8 500 dengan cek
dan menerima diskaun RM150.
Apakah kesan urus niaga tersebut terhadap persamaan perakaunan?

Aset Liabilti Untung Bersih


A Berkurang RM8 500 Berkurang RM8 650 Bertambah RM150
B Bertambah RM8 500 Bertambah RM8 650 Bertambah RM150
C Bertambah RM8 650 Bertambah RM8 650 Berkurang RM150
D Berkurang RM8 650 Berkurang RM8 650 Berkurang RM150

5 Berikut ialah sistem kod yang digunakan oleh Syarikat Juara Sdn. Bhd. untuk membina carta
akaun dalam perakaunan berkomputer.
Kod Jenis Akaun

1000-1999 Akaun Aset

2000-2999 Akaun Liabiliti

3000-3999 Akaun Belanja

4000-4999 Akaun Ekuiti Pemilik

Apakah nombor kod bagi Akaun Pinjaman?


A 1012
B 2002
C 3011
D 4009

6 Apakah fungsi dokumen perniagaan?


A Sebagai alat kawalan perniagaan.
B Sebagai bukti bertulis urus niaga.
C Sebagai alat untuk menyemak ketepatan catatan perekodan.
D Sebagai rujukan pihak dalaman dalam penyediaan penyata kewangan perniagaan.

3756/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Unit TEKVO JPNJ [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 4 3756/1

7 Dokumen berikut merupakan keratan cek diperoleh daripada Perniagaan Mak Zainon.
.
Tarikh : 10 Jun 2022
Penerima : Perniagaan Afif
Untuk : Menjelaskan invois No: 3243

Ringgit Sen

Baki 17 000 00

Dimasukkan

Jumlah 17 000 00

Cek ini 5 500 00

Baki Akhir 11 500 00

No Cek 000453 KERATAN CEK

Apakah urus niaga Perniagaan Mak Zainon?


A Catatan kontra.
B Ambilan peribadi.
C Bayaran kepada pembekal.
D Penerimaan daripada pelanggan.

8 Antara berikut, manakah merupakan kumpulan Jurnal Khas?

I Jurnal Am
II Jurnal Belian
III Jurnal Pulangan Jualan
IV Jurnal Pembayaran Tunai

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3756/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Unit TEKVO JPNJ [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 5 3756/1

9 Antara berikut, urus niaga manakah yang direkod dalam Buku Tunai sebelah kredit?

I Membayar hutang kepada pembekal


II Jualan secara tunai kepada pelanggan
III Ambilan tunai untuk kegunaan peribadi
IV Membawa masuk tunai peribadi ke dalam perniagaan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

10 Sistem Panjar biasanya digunakan dalam penyediaan


A Buku Tunai
B Akaun Bank
C Penyata Bank
D Buku Tunai Runcit

11 Nyatakan akaun yang terlibat dalam lejar untuk urus niaga berikut:

Membeli barang niaga secara kredit daripada Pembekal Bakar.

Debit Kredit
A Barang niaga Akaun Belum Bayar
B Belian Pembekal Bakar
C Belian Tunai
D Tunai Belian

3756/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Unit TEKVO JPNJ [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 6 3756/1

12 Pilih catatan bergu yang betul bagi urus niaga Kedai Perabot Jelita

Urusniaga Debit Kredit


I. Jualan perabot secara tunai Perabot Tunai
II. Mengambil perabot untuk kegunaan perniagaan Perabot Belian
III. Belian kredit daripada Pembekal Akhbar Belian Pembekal Akhbar
IV. Bayar sewa dengan cek Sewa Bank

A I, II, dan III


B I, II dan IV
C II. III dan IV
D I, III dan IV

13 Fungsi Imbangan Duga adalah untuk

I Menyemak ketepatan catatan bergu


II Memudahkan penyediaan Penyata Kewangan
III Menyediakan piawaian perakaunan
IV Memudahkan jurnal dan lejar disediakan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

3756/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Unit TEKVO JPNJ [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 7 3756/1

14 Penyata Kedudukan Kewangan berikut diambil daripada Adam Trading.

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Julai 2022


RM RM
Aset Bukan Semasa Ekuiti Pemilik
X 25 500 Modal 17 950
Untung bersih 5 900

Aset Semasa Liabiliti Semasa


Y 6 800 Akaun Belum Bayar 3 500
Bank 4 100
Tunai 840

Apakah X?

A Inventori akhir
B Insurans prabayar
C Sewa belum terperoleh
D Loji dan mesin

15 Petikan Penyata Kedudukan Kewangan berikut diambil daripada Syarikat Ima Enterprise

Ima Enterprise
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2021
Aset bukan semasa RM RM
Lengkapan 1 950

Aset Semasa
Inventori akhir 1 270
Akaun Belum
Terima 2150
Insurans prabayar 60

Liabiliti Semasa
Bank 140
Akaun Belum
Bayar 1780

Berapakah Modal Kerja Perniagaan tersebut?

3756/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Unit TEKVO JPNJ [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 8 3756/1

A RM 7 350
B RM 5 400
C RM 3510
D RM 1 560

16 Maklumat berikut diperoleh daripada sebuah perniagaan.

RM
Untung kasar 6 000
Sewa dibayar 1 000
Inventori akhir 800
Kadar bayaran 600
Komisen diterima 300

Berapakah untung bersih?

A RM 3 600
B RM 3 900
C RM 4 100
D RM 4 700

17 Maklumat berikut diperoleh daripada buku perakaunan Kedai Perabot Murni ?

Akaun Sewa
2015 RM 2015 RM
Mei 31 Bank 540 Mei 31 Untung Rugi 340
Sewa Prabayar 200

Berdasarkan maklumat yang diberi, manakah yang BENAR mengenai Akaun Sewa?

A Sewa telah dibayar adalah RM 340


B Sewa yang akan dibayar adalah RM540
C Sewa yang terlebih bayar adalah RM200
D Sewa yang sepatutnya dibayar adalah RM200

3756/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Unit TEKVO JPNJ [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 9 3756/1

18 Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Noor bagi tahun berakhir 31


Disember 2020?
 Insurans setahun RM 1 800
 Tarikh insurans bermula 1 April 2020

Berapakah nilai insurans yang perlu direkod dalam Penyata Kedudukan Kewangan?

A Insurans prabayar RM450


B Insurans belum bayar RM1 350
C Insurans belum bayar RM1 350
D Insurans prabayar RM1 350

19 Perniagaan Ali membeli sebuah kenderaan bernilai RM 75 000. Penggunaannya


dijangka selama 10 tahun.Pada akhir tempoh penggunaan, nilai skrap dianggarkan
sebanyak RM 5 000.
Berapakah nilai susut tahunan kenderaaan tersebut?

A RM 16 000
B RM 14 000
C RM 8 000
D RM 7 000

20 Berikut ialah petikan Imbangan Duga bagi perniagaan Ibad Maju:


Imbangan Duga pada 31 Disember 2021

Debit(RM) Kredit(RM)

Perabot 7 000
Susut nilai Terkumpul Perabot 2 520

Perabot disusutnilaikan pada kadar 20 % setahun mengikut kaedah baki berkurangan.


Pada 31 Disember 2021 , perabot tersebut telah dijual dengan harga RM 3 000 dan
dibayar dengan cek.
Berapakah untung atau rugi atas pelupusan perabot tersebut?

A Untung pelupusan perabot RM 584


B Untung pelupusan perabot RM 1 480
C Rugi pelupusan perabot RM 584
D Rugi pelupusan perabot RM1 480

3756/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Unit TEKVO JPNJ [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 10 3756/1

21 Kesilapan berikut telah dikesan dalam buku Perniagaan Amira:

Jualan kepada Erra tersalah rekod dalam Akaun Ferra

Apakah jenis kesilapan tersebut?


A Kesilapan Amaun
B Kesilapan songsang
C Kesilapan ketinggalan
D Kesilapan komisen

22 Berikut adalah maklumat yang diperoleh daripada Perniagaan Saza.

Perniagaan Saza
Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 30 Julai 2022 (petikan)
RM
Untung Kasar 53 800

Maklumat tambahan:
Perniagaan Saza telah menjual barang niaga bernilai RM4 750 kepada pelanggan tetapi
terlupa direkodkan dalam mana-mana buku. Inventori akhir termasuk nilai bagi barang niaga
ini.
Berapakah jumlah Untung Kasar bagi Perniagaan Saza selepas kesilapan tersebut dibetulkan?

A RM44 300
B RM49 050
C RM58 550
D RM63 300

23 Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Suhaimi.

RM
Untung Bersih 10 300
Jualan 70 000
Pulangan Jualan 1 000
Kos Jualan 36 750

Berapakah Margin Untung Bersih bagi Perniagaan Suhaimi?


3756/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Unit TEKVO JPNJ [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 11 3756/1

A 14.71%
B 14.93%
C 28.03%
D 28.81%

24 Butir manakah yang dicatatkan sebagai liabiliti semasa dalam Penyata Kedudukan Kewangan?

I. Faedah simpanan belum terima


II. Faedah pinjaman belum bayar
III. Gadai janji
IV. Sewa belum bayar

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

25 Peniaga Ameer mengamalkan rekod tak lengkap dalam catatan urus niaga perniagaannya.
Sepanjang tahun 2021, En. Ameer tidak membuat ambilan dan tidak membawa masuk modal
tambahan. Pada akhir tahun 2021, En. Ameer mendapati modal akhir perniagaannya melebihi
modal awal.

Apakah dapatan Perniagaan Ameer dalam situasi ini?

A Kerugian
B Keuntungan
C Kurangan
D Lebihan

3756/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Unit TEKVO JPNJ [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 12 3756/1

26 Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Dewi yang tidak mengamalkan sistem
catatan bergu.

Ringkasan Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun 2021


Penerimaan RM Pembayaran RM
Jualan 7 760 Akaun Belum Bayar 5 530
Akaun Belum Terima 4 560 Belian 2 380

Maklumat tambahan:
i. Baki-baki pada 1 Januari dan 31 Disember 2021

1 Jan 2021 31 Dis 2021


RM RM
Akaun Belum Terima 1 860 1 590
Akaun Belum Bayar 1 230 1 160

ii. Pulangan jualan RM270


iii. Pulangan belian RM320

Berapakah jumlah belian sepanjang tahun 2021?

A RM5 460
B RM5 780
C RM7 840
D RM8 160

27 Apakah yang menyebabkan baki akhir Buku Tunai berbeza dengan baki akhir Penyata Bank?
A Akaun Belum Terima membuat bayaran terus ke akaun bank peniaga
B Peniaga mendebitkan dividen yang diterima di ruangan bank dalam Buku Tunai
C Penerimaan cek daripada Akaun Belum Terima telah dikreditkan oleh pihak bank
D Pembayaran dengan cek kepada Akaun Belum Bayar telah didebitkan oleh pihak bank

3756/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Unit TEKVO JPNJ [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 13 3756/1

28 Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Amirul

RM
Baki Buku Tunai (Overdraf) 13 700
Cek Belum Dikemukakan 1 600
Deposit Belum Dikreditkan 1 240

Berapakah baki akhir Penyata Bank?

A RM13 340
B RM14 060
C RM (13 340)
D RM (14 060)

29 Graf 1 menunjukkan maklumat mengenai anggaran jumlah penerimaan dan jumlah


Pembayaran bagi Perniagaan Sejahtera
RM

30000
25000
20000
15000 PENERIMAAN

10000 PEMBAYARAN

5000
0 Bulan
MEI JUN
Graf 1

Maklumat tersebut akan digunakan untuk membuat Penyata Belanjawan Tunai. Baki
akhir pada bulan April ialah RM20 000.
Berapakah baki akhir bulan Jun?

A RM5 000
B RM10 000
C RM15 000
D RM30 000

3756/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Unit TEKVO JPNJ [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 14 3756/1

30 Maklumat berikut diperoleh daripada Perkongsian Nana dan Nani pada 31 Disember 2021.
RM
Ambilan 600
Faedah atas modal Nana 1 000
Faedah atas modal Nani 2 000
Untung bersih 8 000

Perjanjian perkongsian adalah seperti berikut :


(i) Gaji pekongsi Nani RM1 000
(ii) Kongsi untung atau rugi dibahagi sama rata

Berapakah untung yang diterima oleh pekongsi Nani?

A RM4 000
B RM3 500
C RM2 500
D RM2 000

31 Maklumat berikut diperoleh daripada Perkongsian Maju Jaya

RM
Jumlah aset (kecuali bank) 58 320
Jumlah liabiliti 3 440
Belanja realisasi 800
Semasa proses realisasi, semua aset direalis sebanyak RM51 500

Berapakah jumlah rugi realisasi?


A RM3 380
B RM6 020
C RM7 620
D RM10 260

32 Apakah jenis modal yang dicatat di bahagian ekuiti pemilik sesebuah syarikat berhad?
I Modal Diterbitkan dan Berbayar Penuh Syer Keutamaan
II Modal Diterbitkan dan Berbayar Penuh Syer Biasa
III Modal Diterbitkan Syer Keutamaan
IV Modal Diterbitkan Syer Biasa

3756/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Unit TEKVO JPNJ [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 15 3756/1

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

33 Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Berzaman Berhad

 Modal berbayar penuh terdiri daripada 100 000 unit 6% Syer


Keutamaan RM200 000
 Bagi tahun berakhir 31 Disember 2021, syarikat telah memutuskan
untuk membayar dividen akhir syer keutamaan.

Berapakah dividen akhir?


A RM19 000
B RM12 000
C RM7 000
D RM5 000

34 Persatuan Pengakap Daerah Tangkak telah mengubah suai bangunan untuk menampung
jumlah ahli yang semakin bertambah. Perkara ini akan direkodkan sebagai
A Belanja hasil
B Belanja modal
C Belanja operasi
D Belanja bukan operasi

35 Apakah tujuan Akaun Penerimaan dan Pembayaran disediakan?


A Untuk menghitung yuran ahli belum terima dan belum terperoleh
B Untuk menghitung penerimaan dan pembayaran modal
C Untuk menghitung penerimaan dan pembayaran hasil
D Untuk menghitung baki akhir bank

3756/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Unit TEKVO JPNJ [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 16 3756/1

36 Berikut adalah senarai baki aset dan liabiliti Kelab Golf Tanjung pada 1 Julai 2022.

RM
Yuran Belum Terperoleh 480
Akaun Belum Terima 8 400
Akaun Belum Bayar 7 200
Bank 14 400
Perabot 18 000
Yuran Belum Terima 300

Hitung Dana Terkumpul pada 1 Julai 2022.


A RM33 420
B RM33 780
C RM34 180
D RM47 820

37 Data di bawah diambil daripada Kilang Perabot Lea bagi bulan Mac 2022.

RM
Belian bahan langsung 35 000
Buruh langsung 2 000
Belanja langsung 500
Kos overhed 13 800
Inventori awal bahan langsung 1 200
Inventori akhir bahan langsung 1 000

Berapakah kos prima Kilang Perabot Lea di atas

A RM23 900
B RM37 200
C RM37 700
D RM51 500

3756/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Unit TEKVO JPNJ [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 17 3756/1

38 Manakah yang berikut bukan kos overhed kilang?


A Susut nilai loji dan mesin
B Royalti dan hak cipta
C Gaji penyelia kilang
D Bahan tak langsung

39 Antara berikut, yang manakah kegunaan Titik Pulang Modal?


I Menentukan kuantiti jualan yang perlu dicapai untuk mengelakkan kerugian.
II Menunjukkan jumlah keuntungan pada setiap peringkat jualan.
III Menghitung kos pengeluaran bagi suatu tempoh perakaunan.
IV Menentukan margin caruman bagi suatu produk

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

40 Segar Trading menjual Kicap Lajen dengan harga RM3.00 sebotol. Maklumat yang
berikut berkaitan dengan kos pengeluaran jus Kicap Lajen tersebut.
RM
Kos tetap 10 000
Kos berubah sebotol 1.75

Berapakah unit pengeluaran yang perlu dikeluarkan oleh Segar Trading untuk mencapai
untung sasaran RM8 000?

A 6 400
B 8 000
C 10 286
D 14 400

KERTAS SOALAN TAMAT

3756/1 © 2022 Hak Cipta Terpelihara Unit TEKVO JPNJ [Lihat halaman sebelah
SULIT

You might also like