You are on page 1of 14

SULIT 3756

Bahagian A
Jawab semua soalan.

1. Pernyataan manakah yang benar tentang perakaunan?


I Merangkumi skop yang lebih luas daripada simpan kira
II Menganalisis dan mentafsirkan urus niaga perniagaan dan laporan perakaunan
III Berfungsi sebagai bukti dan rujukan bagi urus niaga yang telah berlaku
IV Hanya melibatkan proses merekod urus niaga berdasarkan sistem catatan bergu
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

2. Berikut merupakan sebahagian daripada sebuah Kitaran Perakaunan:

Buku Catatan Pertama Lejar M

Sekiranya peringkat M tidak dilakukan dengan betul, apakah kesannya terhadap


perakaunan perniagaan pada akhir tempoh perakaunan?
A Ketepatan catatan bergu dalam lejar tidak dapat dipastikan.
B Baki akhir bagi semua akaun tidak dapat dihitung dengan tepat.
C Tiada apa-apa kesan yang signifikan terhadap Penyata Kewangan.
D Jurnal Am dan Jurnal Khas tidak dapat disediakan dengan sistematik.

3. Pernyataan berikut menerangkan suatu subbidang perakaunan:

Menyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam bentuk Penyata Kewangan.


Penyata Kewangan digunakan oleh pengguna dalaman dan luaran untuk membuat
keputusan.

Berpandukan pernyataan di atas, apakah subbidang perakaunan yang dimaksudkan?


A Perakaunan kewangan
B Perakaunan pengurusan
C Pengauditan
D Percukaian

4. Badan penggubal piawai perakaunan di Malaysia ialah


A C

B D

2
[Lihat halaman sebelah
3756 SULIT
SULIT 3756

5. Seorang akauntan perlu bersikap jujur dan telus dalam hubungan professional dengan
pihak lain supaya tidak berlaku kekeliruan dan pemalsuan kenyataan.
Apakah ciri etika profesion perakaunan yang dimaksudkan?
A Integriti C Kerahsiaan
B Objektiviti D Kompetensi

6. Pernyataan berikut menerangkan suatu ciri kualitatif Penyata Kewangan:

Maklumat dalam Penyata Kewangan mestilah bebas daripada kesilapan


material dan tiada unsur berat sebelah serta pelaporannya tidak
mengelirukan.

Berpandukan pernyataan di atas, apakah ciri kualitatif Penyata Kewangan yang


dimaksudkan?
A Kebolehbandingan C Perwakilan benar
B Kebolehsahan D Kebolehfahaman

7. Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan kepunyaan Puan Nuha.


‘Puan Nuha merekodkan yuran tuisyen anaknya berjumlah RM150 ke dalam buku
akaun perniagaan.’
Apakah andaian perakaunan yang gagal beliau patuhi?
A Tempoh Perakaunan C Entiti Berasingan
B Wang Sebagai Ukuran D Usaha Berterusan

8. Pengguna dalaman Penyata Kewangan ialah


A Ahli lembaga pengarah C Lembaga Hasil Dalam Negeri
B Firma pengauditan D Bank Negara

9. Berikut merupakan ciri-ciri sebuah perniagaan:

 Liabiliti tidak terhad.


 Cukai pendapatan individu dikenakan atas pemilik.
 Untung atau rugi perniagaan diagihkan kepada semua pemilik.

Berdasarkan pernyataan di atas, perniagaan manakah menepati semua ciri di atas?


A Kedai Dobi Elysa
B Bestmart Sdn Bhd
C Klinik Ain dan Solehah
D Ah Lim Penang Prawn Mee

3
[Lihat halaman sebelah
3756 SULIT
SULIT 3756

10. Apakah yang dimaksudkan dengan ’liabiliti tidak terhad’?


A Perniagaan mempunyai kapasiti hutang yang besar.
B Perniagaan mendapat pembiayaan bank tanpa had.
C Pemilik diberi kepercayaan untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak ketiga.
D Pemilik membayar hutang perniagaan dengan harta peribadi jika aset perniagaan
tidak mencukupi.

11. Situasi berikut berkaitan dengan suatu prinsip perakaunan:

Komisen yang masih belum diterima pada akhir tempoh perakaunan perlu
diselaraskan dalam Akaun Komisen sebelum untung bersih dapat ditentukan.

Berpandukan situasi di atas, apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?


A Ketekalan
B Prinsip Kos
C Entiti Berasingan
D Pengiktirafan Hasil dan Belanja

12. Maklumat yang berikut menunjukkan andaian perakaunan yang diamalkan oleh Khai
Trading.

Semua urus niaga yang berlaku dari 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember
2019 diambil kira untuk menyediakan penyata kewangan Khai Trading
dalam bentuk nilai mata wang Ringgit Malaysia.

Apakah andaian perakaunan yang terlibat?


I Wang sebagai Ukuran
II Usaha Berterusan
III Entiti Berasingan
IV Tempoh Perakaunan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

13. Berikut merupakan ciri-ciri bagi suatu akaun:

 Tahap kecairan yang tinggi.


 Digunakan untuk menjana pendapatan kepada perniagaan.

Yang manakah antara berikut menepati ciri-ciri di atas?


A Alat Tulis dan Akaun Belum Terima
B Inventori dan Akaun Belum Bayar
C Tunai di Tangan dan Overdraf Bank
D Simpanan Tetap dan Deposit Telefon
4
[Lihat halaman sebelah
3756 SULIT
SULIT 3756

14. Pasangan yang manakah benar tentang Aset Semasa dan Aset Bukan Semasa?

Aset Semasa Aset Bukan Semasa


A Inventori Tanah
B Akaun Belum Terima Akaun Belum Bayar
C Kelengkapan Akaun Belum Terima
D Tunai di bank Premis

15. Semua yang berikut adalah benar tentang Aset Bukan Semasa kecuali
A Aset Bukan Semasa dimiliki untuk dijual semula.
B Aset Bukan Semasa digunakan untuk jangka masa panjang.
C Aset Bukan Semasa sukar untuk ditukar menjadi tunai.
D Hampir semua Aset Bukan Semasa mengalami susut nilai.

16. Semua yang berikut merupakan Liabiliti Semasa bagi sebuah pasar raya kecuali
A Akaun Belum Bayar C Overdraf bank
B Akaun Belum Terima D Pinjaman

17. Butiran berikut dipetik daripada buku Perniagaan Irdina:

Aset Liabiliti Modal


RM 36,090 RM 4,780 P

Perniagaan Irdina memperoleh rugi bersih sebanyak RM 5,000. Hitung nilai P.


A RM 35,870
B RM 45,870
C RM 26,310
D RM 36,310

18. Pilih pernyataan yang benar tentang Ekuiti Pemilik.


A Tuntutan pihak luar terhadap aset perniagaan.
B Tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan.
C Harta yang digunakan untuk menjana pendapatan.
D Hutang perniagaan terhadap pihak ketiga.

19. Yang manakah antara berikut bukan belanja operasi bagi sebuah kedai elektrik?
A Kadar bayaran C Alat tulis
B Belanja runcit D Rugi pelupusan aset

20. Semua persamaan perakaunan berikut adalah betul kecuali


A Aset = Liabiliti + Modal
B Aset = Liabiliti + Modal + Untung Bersih
C Aset = Liabiliti + Modal – Rugi Bersih
D Aset = Liabiliti + Modal + Ambilan

5
[Lihat halaman sebelah
3756 SULIT
SULIT 3756

21. Syarikat Dalina menggunakan sistem kod yang berikut untuk membina carta akaun
dalam sistem perakaunan berkomputer.

Kod Jenis akaun


1000-1999 Akaun Aset
2000-2999 Akaun Liabiliti
3000-3999 Akaun Ekuiti Pemilik
4000-4999 Akaun Hasil
5000-5999 Akaun Belanja

Apakah nombor kod yang betul bagi Akaun Gadai Janji?


A 1001 C 2005
B 2010 D 4006

Soalan 21 dan 22 berdasarkan maklumat berikut.


Maklumat berikut merupakan butir-butir yang didapati daripada Perniagaan Intan pada 31
Mei 2021.

RM55 000 RM4 500 RM9 747 RM6 900

RM2 075 RM8 150 RM3 500

22. Berapakah jumlah Aset Bukan Semasa?


A RM10 400 C RM62 900
B RM55 000 D RM65 400

23. Berapakah jumlah Modal?


A RM61 378 C RM64 572
B RM64 078 D RM65 400

6
[Lihat halaman sebelah
3756 SULIT
SULIT 3756

24. Urus niaga berikut berlaku dalam Kedai Makan Suchitra pada bulan Oktober 2020.

Bangunan premis kedai dibesarkan dan kerja ini dibiayai dengan pinjaman
bank RM 50,000.

Apakah kesan urus niaga di atas terhadap Penyata Kedudukan Kewangan Kedai Makan
Suchitra?
A Aset bertambah, Liabiliti bertambah, Ekuiti Pemilik berkurang
B Aset bertambah, Liabiliti berkurang, Ekuiti Pemilik tidak berubah
C Aset bertambah, Liabiliti tidak berubah, Ekuiti Pemilik bertambah
D Aset bertambah, Liabiliti bertambah, Ekuiti Pemilik tidak berubah

7
[Lihat halaman sebelah
3756 SULIT
SULIT 3756

SOALAN SUBJEKTIF

25. (a) Namakan satu akaun kontra yang boleh diperolehi daripada Akaun Perdagangan
dan Untung Rugi dan satu akaun kontra yang boleh diperolehi daripada Penyata
Kedudukan Kewangan. (2 markah)

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

(b) Nyatakan ciri kualitatif yang sesuai bagi setiap pernyataan di bawah.
(2 markah)

Pernyataan Ciri Kualitatif


Maklumat dalam Penyata Kewangan boleh disahkan
dan memberi jaminan kepada pengguna bahawa
i)
maklumat dalam Penyata Kewangan tersebut boleh
dipercayai.

Maklumat Penyata Kewangan tahun semasa Syarikat


Chong Berhad boleh dibandingkan dalam maklumat
ii)
kewangan yang dikemukakan bagi tempoh
perakaunan yang lepas.

(c) Senaraikan 2 jenis entiti perniagaan yang terdapat di Malaysia. (2 markah)


i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________

8
[Lihat halaman sebelah
3756 SULIT
SULIT 3756

26.Padankan andaian, prinsip dan batasan dalam perakaunan yang berkaitan berdasarkan
pernyataan/situasi yang diberikan.

Pernyataan Konsep Perakaunan


Rekod perakaunan LooLoo Enterprise yang dimiliki
oleh Looshinee hanya terhad kepada urusan perniagaan
i) sahaja. Sekiranya Looshinee mengambil wang atau
barang niaga dari perniagaannya, ia akan direkod
dalam Akaun Ambilan.
Perniagaan Aksesori Wanita milik Afrina akan terus
ii) beroperasi untuk suatu tempoh masa yang tidak
diketahui.
Pada tahun kewangan 2020, A.Aliah Enterprise masih
merekodkan kenderaan perniagaan pada harga belian
iii)
iaitu RM46000 walaupun harga pasaran ialah
RM32000.
Puan Aisyah telah membeli 30 unit shampoo bernilai
RM2 400. Dalam buku perniagaannya, dia merekodkan
iv)
nilai sebanyak RM2 400 dan bukannya bilangan unit
shampoo yang dibeli.
Perniagaan Dayana telah menetapkan kaedah baki
berkurangan dalam pengiraan susut nilai alatan
v)
pejabatnya dan membuat keputusan untuk tidak
mengubah kaedah tersebut.
Walaupun bil elektrik belum dijelaskan pada 2018,
Perniagaan Logashnee tetap mengiktiraf bil elektrik
vi) tersebut dan direkodkan dalam Akaun Kadar Bayaran
kerana tahun kewangan Perniagaan Logashnee berakhir
pada 31 Disember 2018.
Trisha Enterprise menyediakan Penyata Kewangan
vii) setiap enam bulan untuk mengetahui prestasi
perniagaannya.

(7 markah)

Ketekalan Entiti Berasingan Tempoh Perakaunan


Usaha Berterusan Prinsip Kos Wang Sebagai Ukuran
Kos Manfaat Pengiktirafan Hasil dan Belanja
9
[Lihat halaman sebelah
3756 SULIT
SULIT 3756

27.Lengkapkan jadual dibawah ini dengan mengklasifikasikan item-item yang berikut


mengikut kategori akaun yang betul iaitu Aset Bukan Semasa, Aset Semasa, Liabiliti
Bukan Semasa, Liabiliti Semasa, Ekuiti Pemilik, Hasil Operasi, Hasil Bukan
Operasi, Belanja Operasi atau Belanja Bukan Operasi.

Item Klasifikasi Akaun


i) Faedah atas simpanan tetap

ii) Pinjaman kepada pekerja

iii) Komputer dan mesin pencetak di pejabat

iv) Pelaburan tambahan oleh pemilik

v) Bil telefon belum dibayar

vi) Van digunakan untuk menghantar barang niaga

vii) Untung atas pelupusan aset bukan semasa

viii) Hutang oleh pelanggan

ix) Inventori akhir barang niaga

x) Untung bersih tahunan perniagaan

xi) Bayaran kepada pembekal

xii) Pinjaman daripada bank

xiii) Diskaun diterima daripada pembekal

(13 markah)

10
[Lihat halaman sebelah
3756 SULIT
SULIT 3756

28. Cik Najihah memulakan perniagaan Jihah Enterprise pada 1 Jun 2021 dengan
membawa masuk aset yang berikut.

RM
Perabot 8 000
Premis 80 000
Tunai di bank 30 000

Urus niaga berikut telah berlaku sepanjang bulan Jun 2021: -


Jun 2 Beli barang niaga bernilai RM4 400 secara kredit.
6 Bayar gaji dengan cek RM900.
10 Jual barang niaga berkos RM550 secara kredit pada harga RM850.
15 Terima cek daripada Akaun Belum Terima berjumlah RM400.
18 Jelaskan cek kepada Akaun Belum Bayar bernilai RM2 600 dan terima
diskaun RM200.
20 Pemilik membawa masuk meja dan rak peribadi bernilai RM850 untuk
kegunaan perniagaan.
22 Sekeping cek yang diterima daripada Akaun Belum Terima RM300 telah
dipulangkan oleh bank dengan tanda ‘Rujuk Penyuruh Bayar’.
25 Pemilik telah mengeluarkan cek RM240 untuk membayar insurans
peribadinya.
28 Perniagaan telah meminjam daripada bank sebanyak RM7 000. Wang tersebut
dimasukkan ke dalam Akaun Bank perniagaan.

Anda dikehendaki menyediakan:


a) Jadual Persamaan Perakaunan di Lampiran 1 untuk menunjukkan kesan-kesan
urusniaga di atas. (12 markah)

b) Penyata Kedudukan Kewangan selepas mengambil kira semua urus niaga di atas.
(8 markah)

11
[Lihat halaman sebelah
3756 SULIT
SULIT 3756

KERTAS JAWAPAN

NAMA : ……………………………………………………………………
TINGKATAN : ……………………………….

BAHAGIAN A:-

1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)
11)
12)
13)
14)
15)
16)
17)
18)
19)
20)
21)
22)
23)
24)

12
[Lihat halaman sebelah
3756 SULIT
SULIT 3756

13
[Lihat halaman sebelah
3756 SULIT
SULIT 3756

(a)LAMPIRAN 1

Kesan Urus Niaga Terhadap Liabiliti /


Kesan Urus Niaga Terhadap Aset
Ekuiti
Urus Niaga
Akaun Belum Akaun Belum
Perabot Premis Bank Inventori Modal Pinjaman
Terima Bayar

Jun 1
SULIT 3756

(b)

You might also like