You are on page 1of 7

SULIT 1 3766/1

Jawab semua soalan.

1 Jenis milikan ini adalah dikecualikan daripada cukai


A Koperasi C Milikan tunggal
B Syarikat Sendirian Berhad D Perkongsian

2 Bilangan ahli maksimum dalam jenis milikan koperasi ialah


A 50 orang C 20 orang
B 100 orang D Tiada had maksimum

3 Borang PNA 42 adalah


A permohonan mendaftar nama perniagaan
B sijil perakuan pendaftaran yang akan dipamerkan di premis perniagaan
C permohonan pencarian nama perniagaan
D permohonan untuk mendapatkan rebat cukai

4 Pn. Wong adalah satu-satunya pemilik perniagaan Restoran Makanan Laut Song. Pn.
Wong berhak mengawal keseluruhan operasi perniagaan restorannya dan arahan kepada
pekerja hanya datang daripada Pn. Wong sahaja. Jenis milikan perniagaan yang dimiliki
Pn. Wong ialah
A Syarikat Berhad C Milikan Tunggal
B Koperasi D Perkongsian

5 En. Benedict dan rakan-rakannya En. Alfred dan En. Mathias telah menubuhkan satu
perniagaan perkongsian iaitu Perniagaan Perabot BAM. En. Mathias telah menghadapi
masalah kewangan dan diisytiharkan bankrap. Masalah kewangan En. Mathias telah
menyebabkan Perniagaan Perabot BAM .
A membantu masalah kewangan En. Mathias
B tiada apa-apa kesan
C membuka permohonan pemindahan syer En. Mathias kepada pekongsi lain
D terpaksa dibubarkan

6 Sijil Perakuan Pendaftaran yang akan dipamerkan di setiap premis perniagaan milikan
tunggal dan perkongsian dikenali sebagai Borang
A Borang 13A C Borang A
B Borang D D Borang PNA 42

7 Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan perniagaan yang dimiliki oleh Pn. Rina.
Pn. Rina adalah lepasan Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti Malaysia
Sarawak yang berminat untuk menubuhkan sebuah perniagaan berasaskan
bakeri. Pn. Rina hanya mempunyai modal yang kecil hasil simpanan sendiri dan
pinjaman daripada saudara mara dan rakan-rakannya. Di samping itu, Pn. Rina
mempunyai masalah kerana pengalaman dan kepakaran amat terhad dalam
bidang perniagaan.
Merujuk kepada maklumat di atas, cadangkan nama jenis milikan perniagaan yang
patut diceburi oleh Pn. Rina ialah
A Kedai Bakeri Reena
B Bakeri Reena dan Rakan-Rakan
C Bakeri Reena Sendirian Berhad.
D Bakeri Reena Berhad

3766/1 SULIT
SULIT 2 3766/1

8 Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan sejenis rakan kongsi.


En. Jeffery tidak menyumbangkan sebarang modal kepada perniagaan
perkongsian yang disertainya. Beliau hanya membenarkan namanya disenaraikan
sebagai pekongsi. Beliau tidak mengambil bahagian secara aktif dalam
pengurusan syarikat tetapi turut menanggung liabiliti perkongsian.
Berdasarkan maklumat di atas, En. Jeffery adalah
A Rakan Kongsi Aktif C Rakan Kongsi Berhad
B Rakan Kongsi Nominal D Rakan Kongsi Lelap / Tidur

9 Pilih pernyataan yang benar berkaitan perniagaan Syarikat Sendirian Berhad dan
Syarikat Awam Berhad ialah
Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad
Cukai pendapatan perseorangan Cukai pendapatan syarikat
Jangka hayat perniagaan tidak
Jangka hayat berterusan
berterusan
Laporan kewangan syarikat tidak perlu Laporan kewangan diwartakan kepada
diumumkan kepada orang ramai orang ramai
Bilangan ahli tiada had maksimum Bilangan ahli maksimum 200 orang
10
Milikan perniagaan jenis ini mendapatkan modal melalui jualan saham kepada
ahlinya
Perniagaan ini dijalankan oleh sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga
kepentingan dan kebajikan bersama

Selain mempunyai ciri di atas, jenis milikan perniagaan di atas mempunyai kekurangan
A syer tidak boleh dipindah milik C kewujudan tidak berterusan
B beban cukai tinggi D liabiliti tidak terhad

11 Jenis milikan perniagaan yang dikenakan cukai pendapatan perseorangan


I Milikan tunggal
II Perkongsian
III Syarikat Sendirian Berhad
IV Syarikat Awam Berhad
A I dan II C II dan III
B I dan III D I sahaja

12 Komponen manakah yang berkaitan dengan konsep asas perniagaan?


I Melakukan pertukaran nilai
II Melatih tenaga kerja mahir
III Menyediakan barang dan perkhidmatan
IV Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

13 Maklumat berikut berkaitan dengan dua aktiviti perniagaan


Jenis Perniagaan
I I II II
A Kilangbarang
Aktiviti berasaskan Kasut Pusat Tuisyen
Aktiviti berasaskan perkhidmatan
B Aktiviti berasaskan perkhidmatan Aktiviti berasaskan barang

3766/1 SULIT
SULIT 3 3766/1

C Aktiviti berasaskan perdagangan Aktiviti berasaskan sumber alam


D Aktiviti berasaskan perdagangan dan Aktiviti berasaskan perdagangan dan
perkhidmatan sumber alam

14 Perniagaan manakah yang merupakan perkongsian?


A Kedai Runcit Ali
B Restoran Said dan Sheikh
C Koperasi Kg Gelam Berhad
D Syarikat JKB Sdn Bhd

15 Maklumat di bawah ini berkaitan dengan satu bentuk pemilikan perniagaan

Firma Guaman
Rajesh dan
Raihan
Antara yang berikut, manakah yang benar tentang bentuk milikan berkenaan?
I Bilangan pemilik tidak boleh melebihi 50 orang
II Keuntungan perniagaan tertakluk kepada cukai syarikat
III Pendaftaran Perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
IV Tanggungan pemilik terhad kepada modal yang dilaburkan sahaja
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

16 Rajah di bawah ini menunjukkan perubahan bentuk milikan perniagaan

Pasar mini Azma

Pasar mini Azma dan


Ema

Mengapakah peniaga tersebut mengambil tindakan seperti di atas?


I Perniagaan berterusan
II Risiko dapat disebarkan
III Dapat berkongsi kepakaran
IV Menanggung liabiliti terhad
A I dan II C I dan IV
B II dan III D II dan IV

17 Pilih langkah proses pendaftaran perniagaan milikan tunggal yang betul ?


A Mendapatkan borang D membuat pembayaran Mengisi borang A
mengisi borang carian nama
B Membuat pembayaran Mengisi borang A mengisi borang carian nama
Mendapatkan borang D
C Mengisi borang A mengisi borang carian nama Mendapatkan borang D
membuat pembayaran
D Mengisi borang carian nama Mengisi borang A membuat pembayaran
Mendapatkan borang D

3766/1 SULIT
SULIT 4 3766/1

18 Apakah kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT) berbanding dengan perkongsian


berhad?
I Mudah diuruskan
II Mudah ditubuhkan
III Hayat perkongsian yang berterusan
IV Semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

19 Rajah di bawah ini menunjukkan perubahan bentuk milikan perniagaan.

Milikan Syarikat
Tunggal Sendirian Berhad
Apakah faktor utama yang mendorong peniaga untuk mengambil tindakan tersebut?
A Supaya pengurusan bertambah mantap
B Operasi perniagaan dapat dipertingkatkan
C Dapat menambahkan kawalan perniagaan
D Supaya dapat menjimatkan pembayaran cukai

20 Antara yang berikut, yang manakah kelebihan usaha sama?


I Dapat meningkatkan keuntungan
II Risiko perniagaan dapat dikurangkan
III Dapat mengelakkan berlakunya konflik
IV Mudah untuk mendapat pelbagai sumber
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

21 Pernyataan yang manakah mewakili sektor sekunder


I Pertanian
II Pembinaan
III Kejuruteraan
IV Perkhidmatan Awam
A I dan II C II dan IV
B II dan III D III dan IV

22 Agensi kerajaan manakah yang membantu peniaga tempatan untuk menembusi pasaran
antarabangsa?
A MARA C FELDA
B MARDI D MATRADE

23 Apakah kelebihan perniagaan berskala tempatan?


I Saiz pasaran adalah kecil
II Menikmati ekonomi bidangan
III Tidak melibatkan operasi yang besar
IV Kos yang ditanggung adalah rendah
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
24 Antara yang berikut yang manakah merupakan peranan kerajaan untuk menangani
masalah perniagaan?
I Dasar pembangunan

3766/1 SULIT
SULIT 5 3766/1

II Dasar fiskal
III Dasar kewangan
IV Dasar pendidikan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

25 Maklumat berikut berkaitan dengan satu langkah kerajaan untuk menangani masalah
perniagaan.
Merupakan satu langkah kerajaan untuk mengubah perbelanjaan kerajaan dan
struktur percukaian.
Apakah langkah tersebut?
A Dasar pendidikan C Dasar kewangan
B Dasar fiskal D Dasar pembangunan

26 Semasa inflasi, Bank Pusat akan menjalankan dasar kewangan menguncup. Apakah
yang akan dilakukan oleh Bank Pusat?
I Meningkatkan kadar bunga
II Menurunkan kadar bunga
III Menambahkan penawaran wang
IV Mengurangkan penawaran wang
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

27 Pernyataan manakah yang berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia (BNM)?
I Memberikan pinjaman jangka panjang kepada perniagaan
II Menyediakan pelbagai perkhidmatan penerimaan wang
III Mengawal selia sistem pembayaran negara
IV Memantau dan mengawal keadaan ekonomi
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

28 Akta manakah yang bertujuan melindungi kepentingan pengguna?


A Akta Syarikat 1965 C Akta Perihal Dagangan 1972
B Akta Perkongsian 1961 D Akta Perhubungan Industri 1967

29 Agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam pemberian bantuan kewangan kepada para
peniaga.
A MARA C FELDA
B MARDI D SIRIM

Soalan 30 dan soalan 31 adalah berdasarkan maklumat di bawah ini.


En. Abu adalah pengeluar pelbagai jenis perabot. Beliau sedang menimbangkan untuk
membuka sebuah kilang baharu yang mengeluarkan perabot dari kayu getah. Beliau
berhasrat untuk mengeksport keluarannya ke Eropah. Tetapi, dia tidak mempunyai
maklumat pengimport perabot di Eropah. Kawannya yang bertugas di Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberitahu bahawa beliau layak
dikecualikan pembayaran cukai selama lima tahun jika mengeksport keluaran perabot
30 kayu getahnya
Agensi kerajaankemanakah
Eropah. yang dapat membantu En. Abu mengetahui maklumat
mengenai pengimport perabot di Eropah?
A MARDI C SIRIM

3766/1 SULIT
SULIT 6 3766/1

B MARA D MATRADE

31 Apakah jenis pelepasan cukai yang layak diterima oleh En. Abu?
A Taraf perintis C Elaun cukai pelaburan
B Potongan cukai D Elaun pelaburan semula

32 Maklumat berikut berkaitan dengan En. Fakhrul.


En. Fakhrul adalah seorang usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang
terlibat dalam penghasilan pelbagai jenis sos dan kicap. Dia membekalkan produknya
ke seluruh negara. En. Fakhrul bercadang membuka sebuah lagi kilang dan menambah
pekerja sepenuh masa. Beliau memerlukan modal tambahan, namun bank dan institusi
kewangan tidak sanggup membiayainya kerana tiada harta bernilai yang boleh
dicagarkannya untuk pinjaman tersebut.
Apakah agensi yang dapat membantu En. Fakhrul untuk mendapatkan pembiayaan
daripada institusi kewangan?
A Amanah Ikhtiar Malaysia
B Majlis Amanah Rakyat (MARA)
C Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad
D Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad

33 Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu agensi kerajaan.


Agensi X terlibat dalam penyediaan kursus dan latihan keusahawanan kepada
para peniaga tempatan
Apakah agensi X?
A MEDEC C SIRIM
B MARDI D FELDA

34 Maklumat yang berikut tentang satu agensi kerajaan yang terlibat dalam penyelidikan dan
pembangunan (R&D).
Memastikan keluaran menepati piawaian yang ditetapkan
Memastikan produk tidak menyeleweng dari segi kualiti yang ditetapkan
Aktiviti penyelidikan membantu dalam pembangunan dan perubahan
teknologi
Apakah agensi berkenaan?
A MEDEC C SIRIM
B MARDI D FELDA

35 Pernyataan manakah yang benar tentang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


A PBT melaksanakan tanggungjawab sosial
B PBT ditubuhkan di bawah Enakmen Negeri
C PBT melaksanakan aktiviti perniagaan tempatan
D PBT memainkan peranan penting melatih para peniaga tempatan

36 Apakah peranan yang dimainkan oleh MATRADE?


A Mempromosikan produk keluaran tempatan di luar negara
B Menyediakan pembiayaan kepada para usahawan kecil

C Menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian


D Menyediakan latihan keusahawanan kepada para usahawan tempatan

3766/1 SULIT
SULIT 7 3766/1

37 Antara yang berikut, manakah yang merupakan usaha kerajaan negeri untuk membantu
perkembangan perniagaan?
I Menyediakan infrastruktur seperti tapak kilang dan jalan raya
II Menggalakkan kegiatan ekonomi berasaskan sumber tempatan
III Menubuhkan institusi pengajian tinggi untuk melatih modal insan
IV Menarik kemasukan pelabur tempatan dengan memberikan pelbagai insentif
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

38 Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pengangguran


Ekonomi negara meleset
Perniagaan mengalami kejatuhan dalam pendapatan
Majikan terpaksa mengurangkan bilangan pekerja
Apakah jenis pengangguran berkenaan?
A Pengangguran kitaran
B Pengangguran struktur
C Pengangguran teknologi
D Pengangguran bermusim

39 Apakah maksud inflasi?


A Satu fenomena lambakan barang dan perkhidmatan di pasaran
B Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan

C Satu keadaan di mana harga barang menurun akibat pengeluaran berlebihan


D Satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan perkhidmatan jatuh
mendadak

40 Maklumat di bawah berkaitan dengan jenis pengangguran.


Situasi I Situasi II
Pekerja mahir untuk satu jangka masa Berlaku perubahan dalam industri secara
pendek dan terpaksa mencari pekerjaan keseluruhan dan ini menyebabkan
lain pula kemahiran pekerja tidak diperlukan lagi
Pasangan manakah yang betul tentang jenis pengangguran?

Situasi I Situasi II
A Pengangguran kitaran Pengangguran teknologi
B Pengangguran teknologi Pengangguran kitaran
C Pengangguran bermusim Pengangguran struktur
D Pengangguran struktur Pengangguran bermusim

KERTAS SOALAN TAMAT

3766/1 SULIT

You might also like