You are on page 1of 14

SULIT 1

3766
Perniagaan
6 Sept 2020
2 jam 30 minit

PENILAIAN KURIKULUM 2

TINGKATAN EMPAT

PERNIAGAAN

2 jam 30 minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B dan Bahagian C

2. Jawab 40 soalan Objektif di Bahagian A.

3. Jawab dua soalan Bahagian B dan dua soalan daripada Bahagian C

4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan ditunjukkan dalam kurungan

5. Kertas soalan ini mengandungi 14 helaian bercetak.

Disediakan oleh,

…………………………………………………
( Norhayati bt Mohamed Tahir)
Guru Perniagaan Tingkatan 4

3766/1 [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 2
BAHAGIAN A
(40 markah)

Apakah tujuan perniagaan ?

A Mencipta barang baru


B Mengagihkan barang
C Memperoleh keuntungan
D Melahirkan usahawan

1 “ Lebihan daripada hasil jualan setelah semua kos yang terlibat ditolak”.
Pernyataan ini merujuk kepada
A penjual dan pembeli
B keuntungan
C ekonomi
D pertukaran nilai

3 Apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan Ahmad Enterprise ?

I Mengembangkan perniagaan
II Mengukur tahap prestasi
III Mendapat pengiktirafan
IV Membeli bangunan baharu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4 Apakah berikut manakah ciri milikan tunggal?

A Keanggotaan tidak terhad


B Modal lebih besar
C Laporan kewangan perlu diumumkan
D Liabiliti tidak terhad

5 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan.

 Perlu membuat bayaran royalti


 Berhak menggunakan cap dagangan, tanda nama dan logo

Apakah bentuk pemilikan perniagaan di atas ?

A Syarikat berhad
B Usaha sama
C Francais
D Koperasi

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 3

6. Pernyataan manakah yang benar mengenai Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)?


A Menjalankan perniagaan secara percuma
B Memberi kepuasan dan menjaga kebajikan ahli
C Modal daripada kerajaan, sumbangan dan yuran ahli
D Modal daripada pemilik, pinjaman dan keuntungan perniagaan

7. Perniagaan yang manakah merupakan milikan tunggal?


A Koperasi Melati Bersatu
B Firma Guaman Tan dan Gan
C Kedai Gunting Rambut Yoyo
D Syarikat Taulan Indah Berhad

8. Apakah kekurangan syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat sendirian berhad?
A Menanggung liabiliti terhad
B Kewujudan perniagaan tidak kekal
C Penyata kewangan perlu disediakan
D Memiliki modal yang lebih besar

9. Apakah kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?


A Dapat menjimat kos promosi
B Dapat menjamin keuntungan perniagaan
C Tidak terikat dengan sebarang perjanjian
D Dapat mengembang perniagaan secara global

10. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan satu jenis perniagaan.

 Jumlah jualan tahunan antara RM3 juta dan RM20 juta


 Bilangan pekerja tetap antara 30 dan 75 orang

Pilih klasifikasi yang sesuai bagi maklumat tersebut.


Saiz Klasifikasi
A Kecil Perkilangan
B Sederhana Perkhidmatan
C Besar Perkilangan
D Global Perkhidmatan

11.

Antara berikut, pilih persamaan antara perniagaan bersaiz kecil dan sederhana
A. Menikmati ekonomi bidangan
B. Mempunyai sumber yang cukup untuk menguasai pasaran

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 4
C. Mudah untuk mendapatkan pekerja yang mahir dan berpengalaman
D. Lebih mudah untuk melakukan perubahan dalam strategi perniagaan

12. Kerajaan berperanan menangani pelbagai isu yang melibatkan bidang perniagaan antaranya…

I jenayah
II pengangguran
III guna tenaga
IV inflasi

A I dan II
B I dan IV
 Perniagaan di kawasan kejiranan setempat C II dan III
 Kebenaran berniaga di kawasan pasar malam D III dan IV
 Mengawal tahap kesihatan awam
13. Pernyataan di bawah
adalah berkaitan peranan agensi
kerajaan.

Pihak yang manakah bertanggungjawab menjalankan tugas tersebut?


A Polis
B Kerajaan Pusat
C Kementerian Kesihatan
D Pihak Berkuasa Tempatan

14. Maklumat berikut berkaitan dengan pengecualian cukai.

 Pengecualian cukai
 Elaun cukai pelaburan

Apakah persamaan yang terdapat kepada pengecualian cukai di atas ?

A Perniagaan berstatus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)


B Perniagaan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC)
C Perniagaan berasaskan makanan
D Perniagaan berasaskan sumber utama

15. Mengapakah pengilang barangan elektrik tempatan mencetak logo SIRIM?


A Promosi keluaran baru

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 5
B Keluaran untuk dieksport
C Kuantiti keluaran terhad
D Mutu keluaran diperakui

16. Apakah yang akan berlaku sekiranya negara gagal mencapai guna tenaga penuh?
A Politik tidak stabil
B Pengangguran meningkat
C Wujud pepecahan kaum
D Kemelesetan ekonomi
17. Puan Rahimah merupakan pemilik Kedai Kek Lazat yang menjalankan operasi di Pekan Tg Malim,
Perak. Dia dibantu oleh 15 orang pekerja. Rekod jualan kedai kek Puan Rahimah untuk tempoh dua
tahun adalah seperti berikut:

Tahun Jualan Tahunan (RM)


2017 350,000
2018 750,000

Apakah saiz perniagaan Kedai Kek Lazat?


A. Kecil
B. Besar
C. Global
D. Sederhana

18. Rajah 1 menunjukkan klasifikasi perniagaan berdasarkan saiz perniagaan.

Rajah 1

Apakah faktor yang menentukan saiz perniagaan tersebut?


I. Jumlah jualan tahunan
II. Bilangan pekerja tetap
III. Jumlah dan saiz pengeluaran
IV. Jumlah faktor pengeluaran digunakan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

19. Maklumat berikut merupakan beberapa akta yang telah digubal oleh kerajaan Malaysia.
 Akta Kontrak 1950
 Akta Jualan Barangan 1957
 Akta Sewa Beli 1967

Apakah tujuan undang-undang tersebut diwujudkan?


A. Membela pengguna
B. Mengawal peranan pengguna
C. Mengawal perjalanan aktiviti perniagaan
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 6
D. Melindungi peniaga daripada menghadapi kerugian

20. Antara yang berikut, yang manakah punca berlakunya deflasi?


I. Berlaku kejatuhan harga barang
II. Berlaku kenaikan harga barang
III. Peningkatan dalam kos pengeluaran
IV. Penurunan dalam permintaan terhadap barangan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

21. Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran untuk semua?

A. Ia berkaitan dengan permintaan dan penawaran bagi semua jenis barang


B. Satu keadaan di mana berlakunya urusniaga antara penjual dengan pembeli
C. Ia berkaitan dengan pengeluaran suatu produk yang akan ditawarkan kepada semua pengguna
D. Ia berkaitan dengan aktiviti jual beli saham dan sekuriti, pertukaran asing, pinjaman dan
pelaburan.

22. Pernyataan berikut berkaitan dengan perniagaan.

Perkara utama yang membolehkan wujudnya proses urus niaga antara


penjual dengan pembeli
Pernyataan di atas menunjukkan
A Konsep asas perniagaan
B Konsep asas keuntungan
C Konsep pemilikan perniagaan
D Konsep permintaan dan penawaran

23. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan koperasi?


A Setiap pemilik menanggung cukai peribadi sahaja
B Syer boleh dipindah milik antara pemilik bersama
C Setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan
D Setiap pemegang saham layak membaca laporan kewangan

24. Gambar 1 menunjukkan sejenis milikan perniagaan

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 7

Gambar 1

Pernyataan manakah yang menerangkan perniagaan tersebut?


I Berskala tempatan
II Perniagaan bersaiz besar
III Terlibat dalam sektor ketiga
IV Menyediakan perkhidmatan langsung

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

Gambar 2

25. Gambar 2 menunjukkan aktiviti sektor yang penting dalam membekalkan sumber kepada
ekonomi Negara.

Sektor manakah yang mengeluarkan bahan mentah berdasarkan gambar tersebut untuk
kegunaan sektor kedua?
A Sektor sekunder
B Sektor utama
C Sektor kedua
D Sektor ketiga

26. Maklumat berikut berkaitan dengan saiz perniagaan

Perniagaan Ridzuan dan Perniagaan Salim mempunyai jualan tahunan yang sama.
Perniagaan Ridzuan mempunyai bilangan pekerja yang ramai kerana berintensif buruh,
manakala perniagaan Salim berintensif mesin. Maka itu perniagaan Ridzuan dianggap
sebagai perniagaan yang bersaiz besar.

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 8

Apakah faktor yang menentukan saiz perniagaan Ridzuan?

A Syer pasaran
B Jumlah modal
C Bilangan pekerja
D Jumlah jualan tahunan

27. Maklumat yang berikut berkaitan dengan langkah yang dilakukan oleh kerajaan.
. Meningkatkan atau mengurangkan kadar faedah
. Meningkatkan atau mengurangkan kadar cukai

Apakah matlamat utama kerajaan mengambil langkah-langkah sedemikian?


A Untuk menjamin keadaan ekonomi yang stabil
B Untuk menggalakkan aliran masuk mata wang asing
C Untuk menggalakkan penggunaan barang tempatan
D Untuk meningkatkan permintaan untuk barang keluaran tempatan

28. Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?
A Cukai yang dikutip oleh kerajaan menurun
B Kadar pengangguran semakin menurun
C Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar
D Peniaga mengurangkan pembelian bahan mentah

29. “Baru-baru ini, kerajaan mengambil keputusan untuk menggantikan cukai barang dan
perkhidmatan
(GST) dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).”
Berdasarkan penyataan di atas.Apakah faktor yang mempengaruhi perniagaan?
A Ekonomi
B Teknologi
C Sosiobudaya
D Politik dan perundangan

30. Antara yang berikut, yang manakah tindakan bank pusat semasa deflasi?

I Menaikkan kadar faedah


II Mengurangkan penawaran wang
III Menurunkan kadar faedah
IV Menambahkan penawaran wang

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
3
1. Pernyataan manakah yang benar tentang sektor utama?
[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT 9
A Aktiviti pemprosesan bahan mentah
B Mengeksplotasi hasil sumber kekayaan bumi
C Dikenali juga sebagai sektor sekunder
D Perkhidmatan sukarela termasuk dalam sektor itu

32. Maklumat di bawah berkaitan dengan peranan sebuah agensi kerajaan yang menjalankan
aktiviti promosi.

 Menemukan pengeksport Malaysia dengan pengimport dari luar negara.


 Mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa dalam usaha
mempromosikan barangan keluaran Malaysia dan mengeratkan perhubungan
perdagangan dengan negara lain.

Apakah agensi berkenaan?


A MARDI
B MARA
C SIRIM
D MATRADE

33. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis pelepasan cukai yang diberikan oleh
kerajaan.

 Syarikat Warisan Asli menyertai perniagaan yang dipromosikan oleh kerajaan


 Syarikat dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan selama 5 tahun

Apakah jenis pelepasan cukai yang layak diterima oleh Syarikat Warisan Asli?

A Taraf perintis
B Potongan cukai
C Pengecualian cukai
D Elaun pelaburan semula

34. Apakah itu inflasi ?

A Satu fenomena lambakan barang dan perkhidmatan di pasaran


B Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
C Satu keadaan di mana harga barang menurun akibat pengeluaran yang berlebihan
D Satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan perkhidmatan jatuh mendadak

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 10

35. Pernyataan berikut berkaitan harga barang.

Gandum, gula dan minyak masak adalah antara barang


keperluan asas yang dijual pada harga subsidi

Hal ini bermakna barang tersebut dijual


A. pada harga kos.
B. di atas harga kos.
C. di bawah harga kos.
D. diberikan secara percuma.

36. Antara yang berikut, yang manakah kelebihan usaha sama ?


I. Syarikat boleh menembusi pasaran yang belum diterokai
II. Risiko perniagaan ditanggung oleh syarikat yang menyebabkan kerugian sahaja
III. Syarikat boleh berkongsi kepakaran teknologi dengan syarikat lain
IV. Semua aset dalam perniagaan asal akan diserap ke dalam perniagaan baharu
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

37. Apakah tanggungjawab francaisor dalam perniagaan francais?


A. Membayar fi tertentu kepada francaisi
B. Melaksanakan perjanjian perkongsian
C. Menyediakan tapak lokasi perniagaan
D. Melakukan promosi secara berpusat

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 11

38. Rajah 1 berkaitan dengan sektor perniagaan

Sektor Primer

Sektor Perniagaan Sektor Sekunder

Sektor X

Rajah 1
Apakah bidang pekerjaan yang boleh dikategorikan dalam sektor X?
A. Pembekalan tenaga elektrik
B. Perlombongan petroleum
C. Perkhidmatan perbankan
D. Pembinaan jambatan

39. Apakah faedah seseorang peniaga mendaftar perniagaan mereka


dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) ?
A Untuk mendapatkan pengecualian lesen daripada kerajaan
B Untuk mendapat entiti yang sah di sisi undang-undang
C Untuk menuntut bayaran daripada agensi kerajaan
D Untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan

40. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan dasar fiskal ?


A Bank pusat mengawal kadar faedah pinjaman
B Kerajaan pusat mengawal aktiviti bank perdagangan
C Bank pusat mengawal aliran keluar masuk mata wang asing
D Kerajaan melaksanakan projek-projek pembangunan ekonomi

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 12

Bahagian B

(30 Markah)

Jawab semua soalan daripada bahagian ini.

1 (a) Gambar 1 menunjukkan dua jenis aktiviti perniagaan.

Gambar 1
Jelaskan perbezaan di antara dua aktiviti perniagaan tersebut. (4 markah)

(b) Apakah maksud harga bawah kos bagi kaedah jualan dalam organisasi
bukan bermotifkan untung (OBBU) ? (2 markah)

(c) Mengapakah seseorang peniaga bercadang mengambil rakan kongsi


dalam perniagaannya ? (4 markah)

2 (a) Maklumat berikut berkaitan Encik Kamal.

 Mencebur diri dalam industri penternakan arnab pedaging


 Daging arnab diproses menjadi sate.

Terangkan sektor yang terlibat berdasarkan maklumat tersebut. (4 markah)

(b) Inflasi merupakan satu keadaan di mana kenaikan harga barang secara berterusan dalam
sesebuah ekonomi.
Bagaimanakah kaedah meningkatkan kadar faedah dapat membantu mengatasi masalah
ekonomi di atas ? (3 markah)

(c) Jelaskan maksud Deflasi. (3 markah)

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 13

3. Maklumat berikut berkaitan jenis pengangguran.

Encik Zaid telah diberhentikan kerja dari kilang peralatan elektrik kerana pihak kilang
mengutamakan penggunakan mesin berbandingkan tenaga buruh. Dengan menggunakan
pengalaman yang ada Encik Zaid bercadang menggunakan pampasan yang diperolehi untuk
membuka sebuah kedai membaiki peralatan elektrik. Namun beliau tidak mempunyai cukup
pengetahuan.

a) Nyatakan jenis pengangguran lain selain yang dihadapi oleh Encik Zaid.
[ 3 markah ]

b) Sebagai rakan Encik Zaid, terangkan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan kepada
Encik Zaid. [ 7 markah ]

Bahagaian C
(30 markah)
Jawab semua soalan daripada bahagian ini

4. Gambar di bawah menunjukkan sejenis bentuk perniagaan yang bakal diceburi oleh
Puan Ellena.

a) Mengapakah bentuk perniagaan ini menjadi pilihan Puan [6 markah]


Ellena?

b) Keuntungan menjadi sasaran utama kepada Puan Ellena untuk menceburi


perniagaan di atas.

Berikan pendapat anda tentang kenyataan di atas. [9 markah]

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 14

5. (a) Jelaskan trend persekitaran perniagaan yang berikut:


(i) Trend meningkat [2 markah]

(ii) Trend menurun [2 markah]

(b) Terangkan faktor perubahan persekitaran yang membawa kepada berlakunya trend persekitaran
perniagaan di 2(a)(i) [4 markah]

(c) Berikut ialah perubahan yang berlaku kepada Syarikat Pertiwi Abadi
Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan menerbitkan pelbagai bahan
bacaan kepada masyarakat.

2016 - 2018

Jelaskan faktor-faktor dalaman yang membawa kepada perubahan [7 markah]


persekitaran perniagaan tersebut.

SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


SULIT

You might also like