You are on page 1of 13

SULIT 3766/1

1. Tujuan perniagaan adalah untuk…


A Meningkatkan taraf hidup masyarakat
B Menawarkan barang dan perkhidmatan
C Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
D Memastikan pernagaan dapat beroperasi lebih lama

2. Perniagaan manakah yang dikategorikan sebagai aktiviti berasaskan perkhidmatan?


A Syarikat Teh Cameron Sdn. Bhd.
B Spa Kejelitaan Ayu
C Restoran Cik Bedah
D Kilang Kopi 434

3. Jualan pada harga kos bermaksud….


A Harga barang yang dijual adalah lebih murah daripada harga sebenar
B Harga barang yang dikenakan hanya cukup untuk menaggung kos jualan barang
C Kerajaan memberikan subsidi untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan
D Barang atau perkhidmatan disediakan oleh kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan

Pernyataan berikut berkaitan dengan kelemahan milikan tunggal

Puan Aminah sentiasa mengimpikan untuk menambahkan cawangan restorannya.


4. Namun impiannya itu sering ditangguhkan.

Apakah kelemahan tersebut?


A Pemilik bebas membuat keputusan
B Cukai perniagaan yang tinggi
C Perniagaan sukar diuruskan
D Modal yang kecil

3766/1 1 SULIT
[Lihat halaman sebelah]
SULIT 3766/1

5. Antara yang berikut, yang manakah ciri Perniagaan Halim & Rakan-rakan?
I Mempunyai bilangan ahli sebanyak 20 orang
II Modal tambahan dapat diperoleh dengan menerbitkan syer
III Sukar untuk ditubuhkan kerana perlu mematuhi banyak peraturan
IV Perniagaan yang dijalankan tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6. Apakah kelebihan koperasi?


A Setiap pemilik menanggung cukai peribadi sahaja
B Syer boleh dipindah milik antara pemilik bersama
C Setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan
D Pemegang saham sahaja layak membaca laporan kewangan

7. Pasangan manakah yang menerangkan tentang francaisi dan francaisor?

Francaisi Francaisor
Syarikat yang memiliki hak asal jenama Syarikat yang membeli hak kebenaran
A
produk
Menyediakan bimbingan dan pengetahuan Menjalankan perniagaan mengikut
B
tentang pemasaran peraturan dan piawai ditetapkan
Dapat mengembangkan perniagaan secara Perlu membayar cukai
C
global
Menyediakan modal seperti sumber Membiayai kos pengiklanan untuk
D
manusia untuk menjalankan perniagaan menjalankan promosi

3766/1 2 SULIT
[Lihat halaman sebelah]
SULIT 3766/1

8. Apakah bidang kuasa kerajaan Pusat dalam menangani isu ekonomi dan perniagaan?
I Kewangan
II Kemudahan infrastruktur
III Kadar pertukaran mata wang
IV Perkembangan aktiviti perniagaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9. Pernyataan berikut berkaitan dengan sejenis pengangguran.

Encik Amir bekerja sebagai seorang nelayan. Beliau terpaksa berhenti bekerja pada
musim tengkujuh.

Apakah jenis pengangguran tersebut?


A Pengangguran kitaran
B Pengangguran struktur
C Pengangguran bermusim
D Pengangguran musim sementara

10. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif dalam perniagaan.

Pacific Aero Products Co., sebuah syarikat pengeluar kapal terbang berjenama
Boeing menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti permbinaan
kapal terbangnya.

Apakah ciri objektif tersebut?


A Spesifik (specific)
B Munasabah (realistic)
C Boleh dicapai (attainable)
D Jangka masa (time frame)

3766/1 3 SULIT
[Lihat halaman sebelah]
SULIT 3766/1

11. Maklumat berikut berkaitan dengan salah satu bahagian fungsian dalam organisasi.

 Menyediakan dokumen syarikat


 Menguruskan, menyimpan dan menerima rekod
 Mengendalikan mesyuarat syarikat

Apakah bahagian fungsian berkenaan?


A Kewangan
B Pentadbiran
C Sumber manusia
D Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT)

12. Maklumat berikut berkaitan dengan dua buah organisasi perniagaan.


Organisasi Perniagaan X Organisasi Perniagaan Y
Kilang Biskut Nora Kedai Runci Haji Ramli

Bahagian fungsian manakah hanya terdapat di Organisasi Perniagaan X?


A Pembelian
B Pemasaran
C Pentadbiran
D Pengeluaran

13. Gambar 1 mewakili sektor perniagaan.

Gambar 1
Gambar 1 menunjukkan satu aktiviti dalam sektor perniagaan. Apakah sektor tersebut?
A Sektor Primer
B Sektor Tertier
C Sektor Sekunder
D Sektor Domestik

3766/1 4 SULIT
[Lihat halaman sebelah]
SULIT 3766/1

14. Maklumat berikut berkaitan Syarikat Batik Indah.


Pengilangan
Jualan Tahunan Bilangan Pekerja Tetap
5 juta 70 orang

Saiz perniagaan Syarikat Batik Indah ialah


A Kecil
B Sederhana
C Besar
D Mega

15. Gambar 2 menunjukkan logo dua buah agensi kerajaan.

Gambar 2
Apakah persamaan agensi kerajaan di atas?
A Mengutip cukai
B Menjaga keamanan negara
C Memberi pinjaman perniagaan
D Menguatkuasakan undang-undang

3766/1 5 SULIT
[Lihat halaman sebelah]
SULIT 3766/1

16. Pernyataan berikut menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi.

 Menurunkan kadar cukai


 Menurunkan kadar faedah

Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk mengatasi masalah


A Infasi
B Deflasi
C Subsidi
D Peningkatan cukai

17. Antara berikut padanan yang tepat berkaitan visi dan misi.

Visi Misi
A Perancangan masa panjang Menjelaskan tujuan perniagaan
Ketetapan dalam melakukan aktiviti Panduan untuk membuat keputusan
B
perniagaan
C Memaksimumkan keuntungan Sasaran yang boleh diukur
D Pembentukan maklumat lebuh khusus Menjaga kebajikan ahli

18. Rajah 1 menunjukkan carta alir proses pendaftaran penubuhan perniagaan milikan tunggal.

Hantar kepada Membuat


Mengisi Surunajaya pembayaran
Borang A Syarikat RM30.00 jika nama X
Malaysia sendiri, RM60.00
(SSM) jika nama tred

Rajah 1
Apakah X?
A Mendapatkan Borang C
B Mendapatkan Borang D
C Mengembalikan Borang A
D Mengambil Borang B

3766/1 6 SULIT
[Lihat halaman sebelah]
SULIT 3766/1

19. Apakah tujuan usahasama?


A Menyeragamkan perbezaan budaya kerja dalam syarikat yang berbeza
B Meningkatkan perkongsian kepakaran antara syarikat
C Menambahkan peluang pekerjaan penduduk setempat
D Menyelaraskan visi dan misi yang berbeza

20. Apakah fokus sektor ekonomi Malaysia pada abad ke-21?


A Perindustrian
B Pertanian
C Pembuatan
D Perkhidmatan

Antara yang berikut, yang manakah kesan daripada imej perniagaan yang terjejas akibat
21.
kegaglan mencapai objektif?
I Menghadapi kesukaran bersaing
II Tidak mampu membayar kos operasi
III Bank mengenakan syarat lebih ketat
IV Sukar mendapat kerjasama pihak berkepentingan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

22. Mengapakah struktur organisasi dibahagikan mengikut bahagian fungsian?


A Menjimatkan kos operasi
B Spesifikasi tugas lebih jelas
C Menunjukkan tahap hubungan pekerja
D Memudahkan urusan penetapan ganjaran

3766/1 7 SULIT
[Lihat halaman sebelah]
SULIT 3766/1

Apakah faedah seseorang peniagan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat
23.
Malaysia (SSM)?
A Untuk mendapatkan pengecualian lesen daripada kerajaan
B Untuk mendapat entiti yang sah di sisi undang-undang
C Untuk menuntut bayaran daripada agensi kerajaan
D Untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan

24. Gambar 3 berkaitan sebuah agensi kerajaan.

Gambar 3
Apakah peranan agensi tersebut?
A Menyediakan bantuan modal kepada usahawan berskala besar
B Membantu mempromosikan produk usahawan ke luar negara
C Mempelbagaikan pilihan barang untuk pengguna
D Meningkatkan julah perbelanjaan kerajaan

25. Apakah kepentingan kawalan awalan dalam fungsian pengeluaran?


A Memastikan produk yang dihasilkan memenuhi piawaian
B Memastikan semua staf bekerja secara produktif
C Memastikan proses pengeluaran berjalan lancar
D Memastikan semua input dalam keadaan baik

3766/1 8 SULIT
[Lihat halaman sebelah]
SULIT 3766/1

26. Gambar 4 berkaitan dengan sejenis produk.

Gambar 4
Saluran agihan manakah yang sesuaidengan produk tersebut?
A Pengeluar → Pengguna
B Pengeluar → Peruncit → Pengguna
C Pengeluar → Ejen → Peruncit → Pengguna
D Pengeluar → Pemborong → Peruncit → Pengguna

27. Apakah yang dimaksudkn dengan strategi pembangunan produk?


A Memperkenalkan produk sedia ada kepada pasaran baharu
B Memperkenalkan produk baharu untuk pasaran sedia ada
C Mempelbagaikan produk syarikat untuk meningkatkan jualan
D Mencari pasaran baharu untuk produk sedia ada

28. Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat?
A Cukai yang dikutip oleh kerajaan menurun
B Kadar pengangguran semakin menurun
C Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar
D Peniaga mengurangkan pembelian bahan mentah

3766/1 9 SULIT
[Lihat halaman sebelah]
SULIT 3766/1

29. Maklumat di bawah diperoleh daripada Syarikat ODS Sdn. Bhd.

Kos tetap : RM140 000


Harga sebotol air mineral : RM2.20
Kos berubah seunit : RM0.80

Berapakah botol air mineral yang perlu dijual untuk mencapai Titik Pulang Modal?
A 46 666
B 100 000
C 112 000
D 175 000

30. Pilih pernyataan yang berkaitan dengan bahagian fungsian jualan.


I Menyediakan sebut harga untuk pelanggan
II Mengenalpasti sasaran pelanggan perniagaan
III Menjalankan penyelidikan untuk mengetahui citarasa pelanggan
IV Melakukan rundingan dengan pelanggan tentang harga dan diskaun

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

“Proses yang mana penerima menterjemah mesej yang dihantar oleh penghantar.”
31.
Apakah proses tersebut?
A Maklum balas
B Enkod
C Dekod
D Gangguan

3766/1 10 SULIT
[Lihat halaman sebelah]
SULIT 3766/1

32. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri keperluan manusia?


A Keperluan mudah dipenuhi
B Menjadikan hidup lebih selesa
C Melambangkan kemewahan
D Keperluan berbeza untuk semua individu

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan kepentingan keuntungan kepada sebuah
33.
perniagaan?.
I Menjual pelbagai jenis produk dan keluaran kepada pengguna
II Menambah bilangan pekerja dalam saiz perniagaan yang sama
III Menarik organisasi tertentu untuk membuat pelaburan bersama
IV Menjalankan tanggungjawab sosial korporat di kawasan setempat

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

34. Apakah faktor luaran yang mempengaruhi trend meningkat bagi sesebuah perniagaan?
A Menawarkan produktiviti yang lebih baik
B Mempunyai pengurusan yang sistematik
C Mendapatkan keyakinan pelabur asing
D Memiliki pekerja yang bermotivasi

35. Maklumat berikut berkaitan dengan analisis faktor yang membawa perubahan kepada
persekitaran perniagaan.

Dr. Eliesmaziah merupakan seorang rakyat Malaysia yang telah berjaya membuka
perniagaan tudung di United Kingdom. Beliau telah mendapat kepercayaan
daripada satu kontinjen polis di United Kingdom untuk mereka bentuk tudung bagi
pegwai polis wanita kerana mempunyai rekaan tudung yang mudah digunakan dan
mempunyai fabrik yang sesuai dengan cuaca di sana.
Sumber: www.hmetro.com.my

3766/1 11 SULIT
[Lihat halaman sebelah]
SULIT 3766/1

Apakah kaedah SWOT yang digunakan oleh beliau?


A Kelemahan - Peluang (WO)
B Kekuatan - Peluang (SO)
C Kekuatan - Ancaman (ST)
D Kelemahan - Ancaman (WT)

36. Rajah 2 berkaitan dengan hubungan dan interaksi antara bahagian fungsian.

Bahagian Syarikat
Pengeluar
fungsian pengeluar
bateri kereta
kewanga kereta

Rajah 2
Pernyataan manakah yang menggambarkan situasi tersebut?
A Perniagaan kecil membayar hutang kepada perniagaan besar mengikut tahap keuntungan
Perniagaan besar memastikan setiap bayaran dibuat kepada perniagaan kecil mengikut
B
perjanjian
Perniagaan kecil menyediakan sumber kewangan mencukupi sebelum mendapatkan
C
bekalan
D Perniagaan besar menuntut pembayaran secara tunai daripada perniagaan kecil

37. Pernyataan manakah yang benar mengenai Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)?
A Menjalankan perniagaan secara percuma
B Memberi kepuasan dan menjaga kebajikan ahli
C Modal daripada kerajaan, sumbangan dan yuran ahli
D Modal daripada pemilik, pinjaman dan keunutungan perniagaan

3766/1 12 SULIT
[Lihat halaman sebelah]
SULIT 3766/1

38. Pernyataan manakah yang benar tentang sektor utama?


A Aktivit pemprosesan bahan mentah
B Mengeksploitasi hasil sumber kekayaan bumi
C Dikenali juga sebagai sektor sekunder
D Perkhidmatan sukarela termasuk dalam sektor itu

39. Apakah itu inflasi?


A Satu fenomena lambakan barang dan perkhidmatan di pasaran
B Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
C Satu keadaan di mana harga barang menurun akibat pengeluaran yang berlebihan
D Satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan perkhidmatan jatuh mendadak

40. Penubuhan perniagaan manakah yang tertakluk kepada Akta Syarikat 2016?
A Melor Enterprise
B Perkasa PLT
C Koperasi Nelayan
D Gemilang Berhad

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

3766/1 13 SULIT
[Lihat halaman sebelah]

You might also like