You are on page 1of 13

1. Antara yang berikut, perkara manakah yang berkaitan dengan maksud perniagaan?

I Melibatkan urus niaga jual beli keluaran


II Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
III Menghasilkan pelbagai barang dan perkhidmatan
IV Aktiviti urus niaga menjamin keuntungan untuk peniaga

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?


A Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna
B Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna
C Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan
D Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan

3. Komponen manakah yang berkaitan dengan konsep asas perniagaan?


I Melakukan pertukaran nilai
II Melatih tenaga kerja mahir
III Menyediakan barang dan perkhidmatan
IV Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

1
4. Pasangan manakah yang tidak benar tentang perbezaan antara barang fizikal dan perkhidmatan?
Barang fizikal Perkhidmatan
A Tidak ketara Ketara
B Boleh disimpan Tidak boleh disimpan
Boleh dipisahkan antara pengeluar Tidak boleh dipisahkan antara
C
dan pelanggan pengeluar dan pelanggan
Penghasilan adalah serupa dan Penghasilan tidak seragam dan terdapat
D
seragam kepelbagaian

5. Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pertukaran nilai?


A Urus niaga antara penjual dan pembeli melibatkan pertukaran wang semata-mata
B Pembeli mendapat kualiti barang yang tinggi bagi wang yang dibayar kepada penjual
C Pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual untuk keluaran yang diterimanya
D Penjual menyediakan barang dan perkhidmatan yang bermutu tinggi sebelum bertukar dengan
pelanggan

6. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan dua aktiviti perniagaan.


Jenis perniagaan
I II
Kilang kasut Pusat tuisyen

Apakah aktiviti perniagaan I dan perniagaan II?


I II

A Aktiviti berasaskan barang Aktiviti berasaskan perkhidmatan

B Aktiviti berasaskan perkhidmatan Aktiviti berasaskan barang

C Aktiviti berasaskan perdagangan Aktitiviti berasaskan sumber alam

Aktiviti berasaskan perdagangan dan Aktiviti berasaskan perdagangan dan


D
perkhidmatan sumber alam

2
7. Rumus manakah yang digunakan untuk mengira keuntungan perniagaan?
A Jumlah jualan – Kos stok
B Jualan kos + Jumlah hasil
C Jumlah jualan – Jumlah kos
D Jumlah hasil + Jumlah kos barang

8. Akta manakah yang menguatkuasakan perjanjian yang dibuat antara penjual dan pembeli?
A Akta Kontrak 1950
B Akta Kawalan Bekalan 1973
C Akta Perihal Dagangan 1972
D Akta Kawalan harga dan Anti Pencatutan 2011

9. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan organisasi bermotif untung (OBU)?


A Biasanya menjual barang pada harga kos
B Contoh organisasi bermotif untung ialah Kelab Belia 4B
C Tujuan penubuhan untuk menyediakan perkhidmatan percuma
D Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang diminta pengguna

10. Antara yang berikut, manakah yang merupakan kepentingan untung kepada perniagaan?
I Melambangkan imej perniagaan
II Kayu pengukur prestasi perniagaan
III Mendorong pekerja bekerja lebih keras
IV Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3
11. Antara yang berikut, kaedah manakah yang digunakan oleh organisasi bukan bermotif untung
(OBBU) untuk menjalankan perniagaan?
I Secara percuma
II Jualan secara lelong
III Jualan pada harga kos
IV Jualan pada harga di atas kos

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

12. Apakah yang dimaksudkan dengan jualan pada harga kos?


A Penjual menjual barang pada harga diskaun
B Penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada kos jualan
C Penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada jumlah kos
D Penjual menjual barang pada harga di mana ia dapat menampung kos jualan

13. Apakah maksud jualan pada harga di bawah kos?


A Penetapan harga jualan barang di bawah harga pasaran
B Penetapan harga jualan barang di bawah harga pesaing
C Penetapan harga jualan barang di bawah harga minima
D penetapan harga lebih rendah berbanding dengan kos sebenar

14. Mengapakah organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) menjual barang pada harga di bawah
kos?
A Untuk mempromosikan barang
B Untuk mengusir pesaing daripada pasaran
C Untuk membantu ahli masyarakat yang kurang mampu
D Untuk meningkatkan keuntungan pada jangka panjang

4
15. Apakah itu milikan tunggal?
I Perniagaan yang dikawal oleh seorang individu
II Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang individu
III Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang tetapi dikawal beberapa orang
IV Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seorang individu

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

16. Apakah kelebihan perniagaan milikan tunggal berbanding perkongsian?


I Mudah ditubuhkan
II Beban cukai rendah
III Bebas dalam mengurus perniagaan
IV Keputusan dibuat dengan cepat

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

17. Maklumat berikut berkaitan dengan pemilikan perniagaan


Rumah Encik Amin telah
dituntut oleh pemiutang untuk
menjelaskan hutang kedainya

Ciri-ciri pemilikan manakah yang menerangkan pernyataan di atas?


A Pemilikan tunggal
B Modal kecil
C Agihan kerugian
D Liabiliti tidak terhad

5
18. Gambar 1 berkaitan dengan rakan kongsi di sesuatu pemilikan perniagaan.

Saya dapat
Saya mengurus segala menyelesaikan segala
yang berkaitan masalah dalam
dengan kewangan teknologi maklumat

Gambar 1
Jenis pemilikan perniagaan manakah yang mempunyai kelebihan seperti di atas?
A Kedai Kasut Moden
B Kedai Telekomunikasi Leong dan Ling
C Syarikat Wah Seng Berhad
D Syarikat TTS Sdn. Bhd.

19. Antara yang berikut, yang manakah kelebihan sesebuah syarikat?


I Mempunyai liabiliti terhad
II Jangka hayat kekal
III Cukai pendapatan perseorangan
IV Kemahiran rakan kongsi yang pelbagai

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

20. Apakah ciri perbadanan awam?


A Penubuhannya di bawah Akta Syarikat
B Membayar cukai pendapatan perniagaan
C Modal daripada kerajaan
D Menanggung liabiliti tidak terhad
6
21. Borang manakah yang perlu diisi oleh pemilik tunggal yang ingin membuat permohonan carian
nama?
A PNA 42
B Borang A
C Borang D
D Borang 13A

22. Maklumat berikut berkaitan dengan pemilikan perniagaan.

 Kebebasan menjual beli saham


 Perlu mewartakan penyata kewangan
dalam surat khabar

Ciri-ciri di atas merujuk kepada


A Perkongsian
B Syarikat awam berhad
C Koperasi
D Syarikat sendirian berhad

23. Antara yang berikut, yang manakah perbezaan antara syarikat sendirian berhad dengan syarikat
berhad?
I Syarikat sendirian berhad tidak perlu mewartakan penyata kewangan di surat khabar
II Syarikat sendirian berhad tidak perlu didaftar di bawah akta syarikat
III Syarikat sendirian berhad dikenakan cukai pendapatan yang rendah
IV Syer syarikat sendirian berhad tidak boleh dipindah milik

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7
24. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan satu bentuk pemilikan perniagaan.

FIRMA GUAMAN
FAKHRUL DAN RAIHAN

Antara yang berikut, manakah yang benar tentang bentuk pemilikan berkenaan?
I Bilangan pemilik tidak boleh melebihi 50 orang
II Keuntungan perniagaan tertakhluk kepda cukai syarikat
III Perniagaan didaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
IV Tanggungan pemilik terhad kepada modal yang dilaburkan sahaja

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

25. Antara yang berikut, organisasi yang manakah yang menyediakan perkhidmatan secara percuma?
I Mercy Malaysia
II Telekom Malaysia Berhad
III Persatuan Bulan Sabit Merah
IV Bank Simpanan Nasional

A I dan II
B I dan III
C I dan IV
D III dan IV

8
26. Rajah yang berikut berkaitan dengan tatacara pendaftaran sejenis pemilikan perniagaan.

Menghantar Borang
Sijil Perakuan
Mendapat kelulusan A bersama bayaran
Mengisi Pendaftaran
untuk nama pendaftaran ke
Borang A Perniagaan
perniagaan Pejabat Pendaftaran
dikeluarkan
Perniagaan

Apakah jenis pemilikan perniagaan berkenaan?


A Milikan tunggal
B Syarikat sendirian berhad
C Koperasi
D Perbadanan awam

27. Maklumat yang berikut adalah pernyataan tentang sejenis rakan kongsi

Nama digunakan sebagai rakan kongsi


tanpa perlu mengeluarkan modal

Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?


A Rakan kongsi lelap
B Rakan kongsi biasa
C Rakan kongsi berhad
D Rakan kongsi nominal

28. Apakah kelebihan perkongsian liabiliti terhad (PLT) berbanding perkongsian berhad?
I Mudah diuruskan
II Mudah ditubuhkan
III Hayat perkongsian yang berterusan
IV Semua rakan kongsi mempunyai tanggungan terhad

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

9
29. Apakah kelebihan memiliki syer dalam syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat
sendirian berhad?
A Pemilik syer menanggung liabiliti terhad
B Pemilik syer berhak memilih ahli lembaga pengarah
C Pemilik syer dapat memindah milik syer dengan mudah
D Pemilik syer dapat menghadiri mesyuarat agung tahunan

30. Rajah di bawah ini menunjukkan perubahan bentuk milikan perniagaan.

PASAR MINI
PASAR MINI AZMA
AZMA DAN EMA

Mengapakah peniaga tersebut mengambil tindakan seperti di atas?


I Perniagaan berterusan
II Risiko dapat disebarkan
III Dapat berkongsi kepakaran
IV Menanggung liabiliti terhad

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D II dan IV

31. Apakah kekurangan syarikat awam berhad berbanding syarikat sendirian berhad?
A Cukai syarikat yang tinggi
B Proses penubuhan agak rumit
C Kewujudan syarikat tidak kekal
D Liabiliti pemilik saham tidak terhad

32. Apakah yang menyebabkan peniaga cenderung mendaftar perniagaan mereka sebagai syarikat
sendirian berhad?
A Perniagaan telah mudah dibentuk
B Perniagaan yang mudah diuruskan
C Peniaga menghadapi liabiliti terhad
D Tidak perlu membayar cukai yang banyak
10
33. Mengapakah perniagaan yang terlibat dalam pemberian perkhidmatan seperti firma perakaunan
dan guaman ditubuhkan secara perkongsian?
A Risiko dapat disebarkan
B Dapat saling berkongsi kepakaran
C Mudah mengumpulkan modal
D Dikecualikan daripada pembayaran cukai

34. Antara yang berikut, manakah kelebihan usahasama?


I Dapat meningkatkan keuntungan
II Risiko perniagaan dapat dikurangkan
III Dapat mengelakkan berlakunya konflik
IV Mudah untuk mendapat pelbagai sumber

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

35. Apakah kelebihan koperasi berbanding syarikat berhad?


A Tiada beban cukai
B Pengurusan dan pemilik terpisah
C Syer boleh dipindah milik secara bebas
D Liabiliti ahli terhad kepada modal yang dilaburkan

36. Maklumat yang berikut berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan

 Perkongsian strategik antara dua atau lebih firma


 Satu entiti perniagaan baru dibentuk
 Semua pihak bertanggungjawab mengawal perniagaan itu.

Apakah bentuk perniagaan tersebut?


A Francais
B Koperasi
C Usaha sama
D Perkongsian

11
37. Manakah yang merupakan kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?
A Dapat menjimatkan kos promosi
B Dapat menjamin keuntungan perniagaan
C Tidak terikat dengan sebarang perjanjian
D Dapat mengembangkan perniagaan secara global

38. Antara yang berikut, manakah yang benar tentang peranan francaisor dalam sesuatu perniagaan
francais makanan segera?
I Menjalankan aktiviti promosi bersepadu
II Membantu menyediakan khidmat latihan
III Menyediakan modal awalan untuk francaisi
IV Menyediakan bantuan peralatan dan perkakas perniagaan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

39. Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu bentuk pemilikan perniagaan

 Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang


 Sekiranya perniagaan muflis, ahli hanya kehilangan
modal yang dilaburkan sahaja

Manakah yang merupakan contoh bentuk pemilikan perniagaan tersebut?


A Kedai Runcit Ahmad
B Pasar Raya Ali dan Rakan-rakan
C Syarikat KMK Sendirian Berhad
D Koperasi Runcit Kg Awah Berhad

40. Siapakah yang menentukan dasar dan skop operasi syarikat berhad?
A Pengurus besar
B Ketua eksekutif
C Pemegang saham
D Lembaga pengarah

12
- SOALAN TAMAT -

13

You might also like