You are on page 1of 8

BAHAGIAN A

[ 30 MARKAH ]

ARAHAN: Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan pilihan. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan yang tepat.

1 Apakah maksud perniagaan?


A Aktiviti mengagihkan barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan
B Aktiviti mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan
C Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan
D Aktiviti mempamerkan barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan

2 Aktiviti perniagaan terbahagi kepada dua aktiviti, antaranya:-


I Berasaskan motif untung
II Berasaskan perkhidmatan
III Berasaskan bukan motif untung
IV Berasaskan barang
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

3 Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?.


A Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna
B Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna
C Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan
D Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan

4 Pernyataan manakah yang berkaitan dengan organisasi bermotif untung (OBU) ?


A Biasanya menjual barang pada harga kos
B Contoh organisasi bermotif untung ialah Kelab Belia 4B
C Tujuan ditubuhkan adalah memberi perkhidmatan secara percuma
D Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang diminta oleh pengguna

5 Antara berikut, organisasi manakah yang bukan bermotifkan untung (OBBU)?


I JAKEL
II SIME DARBY
III FOMCA
IV MAKNA
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

6 Akta manakah yang menguatkuasakan perjanjian yang dibuat antara penjual dan pembeli
1
A Akta Kontrak 1950
B Akta Perdagangan 1955
C Akta Perniagaan 1950
D Akta Perihal Dagangan 1972

7 Apakah yang dimaksudkan dengan jualan pada harga di bawah kos


A Penetapan harga jualan barang di bawah harga pasaran
B Penetapan harga jualan barang di bawah harga pesaing
C Penetapan harga jualan barang ditawarkan pada harga kos
D Penetapan harga lebih rendah berbanding dengan harga kos sebenar

8 Apakah itu milikan tunggal


I Perniagaan dikawal oleh seorang individu
II Perniagaan yang ditubuhkan oleh seseorang tetapi dikawal oleh beberapa orang
III Perniagaan yang oleh ditubuhkan oleh seorang individu
IV Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang dan dikawal oleh seorang individu
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

9 Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal


I Sime Darby Berhad
II Nh Prime International Sdn Bhd
III Butik Bella Amara
IV Kedai Runcit Humairah
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

10 Apakah kelebihan perniagaan milikan tunggal berbanding perkongsian


I Keputusan dibuat dengan cepat
II Beban cukai rendah
III Bebas dalam membuat keputusan
IV Mudah ditubuhkan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2
11 Pasangan manakah yang benar tentang perbezaan syarikat sendirian berhad dan syarikat awam
berhad
Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad
A Bilangan pemegang syer terhad Bilangan pemegang syer tidak terhad
B Syer boleh disenaraikan di Bursa Saham Syer tidak boleh disenaraikan di Bursa Saham
C Kedudukan kewangan wajib Kedudukan kewangan tidak wajib didedahkan
didedahkan pada umum pada umum
D Syer boleh dipindahkan dengn bebas Syer hanya boleh dipindah milik dengan
persetujuan pemegang syer lain

3
12 Apakah ciri-ciri sebuah perniagaan perkongsian?
A Liabiliti tidak terhad
B Jangka hayat adalah kekal
C Cukai pendapatan perniagaan
D Bilangan pemilik ialah antara 2 orang hingga 50 orang

13 Gambar 1, berkaitan dengan pemilikan perniagaan

Pernyataan manakah yang menerangkan pemilikan perniagaan tersebut?


I Dikenakan cukai pendapatan yang rendah
II Tiada hak maksimum pemilikan perniagaan
III Liabiliti terhad atas jumlah modal yang dilaburkan
IV Modal dikumpulkan daripada sekumpulan persendirian
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14 Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelemahan penubuhan koperasi


A Kewujudan yang tidak kekal
B Operasi yang sangat agresif
C Kebebasan jual beli syer di bursa saham
D Kedudukan kewangan yang agak lemah

15 Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan.


Syer tidak boleh dipindahkan milik tanpa persetujuan daripada pemegang syer yang lain
Apakah jenis pemilikan perniagaan tersebut?
A Syarikat perkongsian
B Syarikat awam berhad
C Syarikat jaminan berhad
D Syarikat sendirian berhad

16 Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan


 Perniagaan dikendalikan mengikut satu sistem piawaian yang ditetapkan
oleh pemegang hak suatu jenama

 Peniaga boleh menggunakan jenama atau rahsia dagangan pemegang hak

Apakah bentuk perniagaan tersebut?


A Francais
B Usaha sama
C Syarikat Sendirian Berhad
4
D Kedai Sejaras

17 Apakah akta yang digunakan untuk mencirikan perniagaan francais


A Akta Francais 1980
B Akta Francais 1998
C Akta Francais 1988
D Akta Francaisor 1988

18 Manakah yang benar tentang peranan francaisor dalam sesuatu perniagaan francais makan
segera
I Menjalankan aktiviti promosi dan membiayai kos pengiklanan
II Membantu menyediakan khidmat latihan
III Menyediakan modal awalan untuk francaisi
IV Menyediakan bantuan peralatan dan perkakasan perniagaan
A I ,II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

19 Manakah yang berikut merupakan kelebihan kepada perniagaan francais kepada francaisor?
A Dapat menjimatkan kos promosi
B Dapat menjamin keuntungan perniagaan
C Tidak terikat dengan sebarang perjanjian
D Dapat mengembangkan perniagaan secara global

20 Maklumat yang berikut berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan

 Perkongsian strategik antara dua atau lebih firma


 Satu entiti perniagaan baharu dibentuk
 Semua pihak bertanggungjawab mengawal perniagaan baharu

A Francais
B Perkongsian
C Koperasi
D Usaha sama

21 Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniaga berskala kecil


A Masalah aliran tunai
B Kos upah yang tinggi
C Sukar untuk mengubah strategi perniagaan
D Susah untuk menyelesaikan masalah rungutan pelanggan

22 Apakah kelebihan perniagaan bersaiz sederhana dengan perniagaan bersaiz besar?


A Dapat menguasai pasaran
B Menikmati ekonomi bidangan
C Berupaya membuat perubahan dengan cepat
D Senang mendapat pekerjaan yang berpengalaman

5
23 Antara yang berikut, manakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan besar
I Masalah aliran tunai
II Ketidakpastian pasaran
III Sukar untuk menyediakan latihan
IV Perundangan dan peraturan kerajaan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

24 Antara yang berikut, manakah yang digolongkan sebagai perniagaan bersaiz besar
I Kilang kek
II Kedai perabot
III Pengeluar kereta
IV Pengeluar ubat-ubatan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

25 Antara berikut yang manakah mewakili sektor perniagaan sekunder


I Pertanian
II Pembinaan
III Kejuruteraan
IV Perkhidmatan awam
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

26 Pernyataan manakah yang betul tentang sektor primer?


A Meningkatkan nilai bahan mentah melalui proses transformasi
B Pelbagai perkhidmatan pihak berkuasa kepada masyarakat umum
C Penghasilkan peralatan yang sainstifik untuk digunakan dalam proses pengeluaran
D Melibatkan aktiviti mengekstrakan sumber semula jadi dari bumi

27 Antara berikut, manakah yang berkaitan dengan sektor ketiga?


I Melibatkan penghasilan barang berteknologi tinggi
II Melibatkan aktiviti membekalkan perkhidmatan
III Merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara
IV Pengekstrakan sumber semula jadi merupakan aktiviti utama
A I dan II
B I dan III
6
C II dan IV
D III dan IV

28 Aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan…


A Antara penduduk luar negara
B Antara satu negara dengan satu negara lain
C Antara penduduk dalam negara
D Dalam sempadan sesebuah negara

29 Rajah di bawah ini menunjukkan skala perniagaan

SKALA PERNIAGAAN

X ANTARABANGSA

A Zon
B Global
C Negeri
D Domestik

30 Agensi kerajaan manakah yang membantu perniaga tempatan untuk menembusi pasaran
antarabangsa
A MARA
B MARDI
C FELDA
D MATRADE

BAHAGIAN B
[ 30 MARKAH ]

ARAHAN: Jawab semua soalan di bawah.

1. a) Nyatakan enam komponen asas yang membolehkan wujudnya sesuatu proses urus niaga
[ 6 markah ]
b) Berikan dua perbezaan antara keperluan dan kehendak.
[ 4 markah ]
c) Gambar rajah di bawah ini berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan.

7
i) Nyatakan bentuk milikan perniagaan berkenaan
[ 1 markah ]
ii)Terangkan proses pendaftaran pemilikan perniagaan yang anda nyatakan di 1(c)i.
[ 5 markah ]
iii) Huraikan kelebihan perniagaan 1(c)i.
[ 4 markah ]
d) Terangkan lima jenis rakan kongsi dalam sesuatu perniagaan perkongsian.
[10 markah ]

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………................................. …. ………………………………..
(Pn.Mursalina Irmanira Binti Alias ) ( En Mohd Faizal Bin Mahyun)
Guru Mata pelajaran Perdagangan GPK Teknik Dan Vokasional
SMK Mersing SMK Mersing

You might also like