You are on page 1of 9

Set 5 : Soalan Objektif

1 Pernyataan manakah yang benar mengenai Organisasi Bermotifkan Untung


(OBU)?
A Modal daripada kerajaan, sumbangan dan yuran ahli
B Modal daripada pemilik, pinjaman dan keuntungan perniagaan
C Memberi kepuasan dan menjaga kebajikan ahli
D Menjalankan perniagaan secara percuma

2 Rajah di bawah ini menunjukkan perubahan bentuk milikan perniagaan.

Mengapakah Sharin mengambil tindakan tersebut?


I Perniagaan berterusan
II Modal yang lebih besar
III Risiko dapat disebarkan
IV Menanggung liabiliti terhad
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3 Apakah kelebihan memiliki syer dalam Syarikat Awam Berhad berbanding


dengan Syarikat Sendirian Berhad?
A Pemilik syer dapat memindahkan milik syer dengan mudah
B Pemilik syer boleh menghadiri mesyuarat agung tahunan
C Pemilik syer berhak memilih ahli lembaga pengarah
D Pemilik syer menanggung liabiliti tidak terhad

4 Antara yang berikut, manakah tujuan usaha sama dilaksanakan?

I Untuk memberikan bantuan kepada perniagaan


II Untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran
III Untuk meningkatkan kedudukan syarikat
IV Untuk menambahkan jualan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

5 Pernyataan manakah yang betul tentang sektor primer?


A Melibatkan pemprosesan bahan mentah
B Meliputi aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi
C Menghasilkan barang melalui proses transformasi
D Melibatkan aktiviti pembuatan dan pengilangan
6 Apakah kelebihan perniagaan bersaiz kecil?
A Meningkatkan keuntungan tahunan
B Kos overhed yang lebih rendah
C Menikmati ekonomi bidangan
D Pelaporan kewangan dirahsiakan

7 Rajah di bawah ini berkaitan dengan skala perniagaan.

Apakah X?
A Zon
B Global
C Kebangsaan
D Antarabangsa

8 Maklumat di bawah ini berkaitan dengan kesan perubahan yang wujud dari aspek
undang-undang.

Akta X digubal oleh pihak kerajaan bertujuan untuk melarang perniagaan


menggunakan hak paten perniagaan lain tanpa mendapat kebenaran.

Apakah akta X ?
A Akta Kontrak 1950
B Akta Syarikat 1965
C Akta Hak Cipta 1987
D Akta Persaingan 2010

9 Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis pelepasan cukai yang diberikan
oleh kerajaan kepada Syarikat XYZ Sdn. Bhd.

 Menyertai promosi kerajaan


 Dikecualikan pembayaran cukai selama 5 tahun

Apakah jenis pelepasan cukai yang layak diterima oleh syarikat itu?
A Taraf perintis
B Potongan cukai
C Pengecualian cukai
D Elaun pelaburan semula
10 Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis pengangguran.

 Sektor perniagaan mengutamakan penggunaan mesin-mesin dan jentera


bagi menggantikan pekerja

Apakah jenis pengangguran tersebut?


A Pengangguran teknologi
B Pengangguran bermusim
C Pengangguran struktur
D Pengangguran kitaran

11 Apakah maksud deflasi?


A Satu keadaan di mana permintaan barang dan perkhidmatan meningkat
B Satu keadaan kejatuhan harga barang atau perkhidmatan yang berterusan
C Satu fenomena kekurangan barang atau perkhidmatan di dalam pasaran
D Satu situasi di mana harga barang atau perkhidmatan meningkat mendadak

12 Aspek undang-undang manakah tidak memberi kesan terhadap persekitaran


perniagaan ?
A Kawalan
B Persaingan
C Perancangan
D Kesihatan dan keselamatan

13 Antara berikut, yang manakah kelebihan pengambilan pekerja dari luar


organisasi?
A Pekerja memerlukan program induksi
B Pekerja memerlukan masa untuk menyesuaikan diri
C Organisasi memperoleh idea baharu daripada pekerja
D Organisasi mengeluarkan kos yang tinggi untuk perekrutan pekerja

14 Antara berikut, manakah merupakan unsur campuran pemasaran?


I Kualiti
II Harga
III Promosi
IV Pesaing
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15 Maklumat di bawah merujuk kepada Syarikat Pelancongan Maju Berhad.

“Memberi perkidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan”

Penyataan di atas merujuk kepada


A Objektif
B Strategi
C Visi
D Misi
16 Pernyataan yang manakah menerangkan tujuan bahagian fungsian sumber
manusia?
A Memastikan kebajikan pekerja sentiasa dijaga
B Memantau prestasi pekerja dari semasa ke semasa
C Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi
D Memastikan organisasi mempunyai pekerja yang berkemahiran

17 Apakah peranan utama bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi?


A Menjamin keselamatan sistem
B Mempercepatkan proses urusniaga
C Menyimpan maklumat dan data perniagaan
D Memudahkan komunikasi intranet dan internet

18 Susun tatacara proses pembelian barang oleh bahagian fungsian pembelian.


I Membuat pesanan pembelian
II Mencari pembekal yang sesuai
III Menerima barang daripada pembekal
IV Menerima sebut harga daripada pembekal
A I, II, III, IV
B II, IV, I, III
C II, III, I, IV
D IV, III, II, I

19 Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan maklumat dalam


perniagaan kecuali
A e-pemasaran
B e-dagang
C e-operasi
D e-banking

20 Rajah berikut menunjukkan proses komunikasi.

Apakah R?
A Mesej
B Saluran
C Gangguan
D Maklum balas

21 Antara berikut, yang manakah merupakan peranan pengurusan sumber manusia ?


I Mengurus sumber kewangan
II Pemberian intensif yang munasabah
III Latihan meningkatkan kemahiran
IV Membentuk persekitaran kerja yang harmoni
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
22 Antara berikut, yang manakah merupakan kemahiran kebolehkerjaan ?
I Pengalaman yang luas
II Kelayakan yang bersesuaian
III Pengetahuan tentang teknologi
IV Kemahiran dalam industri tertentu
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

23 Apakah kepentingan struktur organisasi ?


A Mewujudkan rantaian arahan dan komunikasi
B Mewujudkan tempat kerja yang kondusif
C Mewujudkan prosedur merekrut pekerja
D Mewujudkan insentif kepada pekerja

24 Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis sumber fizikal.

Digunakan dalam proses pengeluaran barang untuk menghasilkan barang siap.

Apakah jenis sumber fizikal tersebut?


A Stok
B Produk siap
C Bahan mentah
D Peralatan dan teknologi

25 Apakah tujuan usahawan memohon hak cipta terpelihara?


A Melindungi risiko kerosakan produk
B Melindungi produk siap daripada dicuri
C Melindungi syarikat daripada mengalami kerugian
D Melindungi hasil ciptaan daripada disalahguna oleh pihak lain

26 Maklumat berikut berkaitan dengan kekuatan sejenis pembiayaan luaran.

Perniagaan boleh menambah kecairan perniagaan dengan menjual surat


hutang atau invois.

Apakah jenis pembiayaan luaran tersebut ?


A Syer
B Pajakan
C Ar-Rahnu
D Pemfaktoran

27 Apakah tujuan penubuhan Credit Guarantee Corparation Malaysia Berhad


(CGC) ?
A Membantu PKS yang tidak mencukupi modal
B Membantu PKS yang tiada cagaran
C Membantu PKS memasarkan produk
D Membantu PKS mengembangkan perniagaan
28 Maklumat berikut berkaitan sejenis rekod kewangan?

 Punca perolehan dan penggunaan dana


 Keupayaan perniagaan menjelaskan liabiliti

Apakah rekod kewangan tersebut ?


A Penyata Pendapatan
B Belanjawan Tunai
C Kunci Kira-kira
D Penyata Penyesuaian Bank

29 Butiran manakah yang dikelaskan sebagai aset semasa ?


A Pemiutang
B Overdraf
C Perabot
D Inventori

30 Encik Luqman memerlukan penyata kewangan bertujuan untuk membuat


keputusan sama ada memberikan kemudahan kredit. Siapakah Encik Luqman ?
A Pesaing
B Pelabur
C Pemilik
D Pembekal

31 Antara yang berikut, manakah kelebihan usahawan kepada masyarakat.


I Mengurangkan kadar jenayah
II Memupuk minat keusahawanan
III Memperkenalkan produk tempatan
IV Memenuhi keperluan dan kehendak
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

32 Rajah di bawah merujuk kepada dua jenis stok.

Stok

R ialah
A Stok dalam gudang
B Stok tidak bergerak
C Stok bergerak pantas
D Stok bergerak perlahan
33 Yang manakah bukan tujuan pemasaran?
A Memastikan produk sampai kepada pengguna
B Menjana keuntungan perniagaan
C Membuka peluang pekerjaan
D Meningkatkan jualan produk

34 Siapakah yang bertanggungjawab dalam pengurusan perniagaan syarikat?


A Pelabur
B Rakan kongsi
C Lembaga pengarah
D Pemegang syer

35 Dokumen berikut digunakan dalam urus niaga perniagaan.

Apakah dokumen Y?
A Bil
B Memo
C Resit
D Invois

36 Pernyataan manakah yang bukan berkaitan dengan unsur pemasaran?


A Memilih lokasi yang strategik untuk memasarkan produk
B Mencari pembekal yang memberi kemudahan kredit
C Menyalurkan maklumat melalui media massa
D Menawarkan diskaun kepada pelanggan tetap

37 Bagaimana lebihan boleh berlaku di dalam Penyata Aliran Tunai?


A Jumlah pembayaran melebihi jumlah penerimaan
B Jumlah penerimaan melebihi jumlah pembayaran
C Jumlah baki b/b melebihi jumlah penerimaan
D Jumlah baki b/b melebihi jumlah baki h/b

38 Apakah kelebihan publisiti berbanding dengan pengiklanan ?


A Sesuai untuk semua jenis barang dan perkhidmatan
B Pengeluar dapat menentukan masa siarannya
C Dakwaan tersurat lebih meyakinkan pengguna
D Maklumat dapat disampaikan dengan cepat
39 Antara berikut, yang manakah menerangkan rancangan perniagaan?
A Dokumen yang merekodkan urus niaga perniagaan secara tunai atau kredit
B Dokumen yang mengandungi catatan aktiviti pembelian yang dilakukan
C Dokumen yang menerangkan maklumat perniagaan secara menyeluruh
D Dokumen yang mengandungi catatan aktiviti jualan yang dilakukan

40 Maklumat berikut berkaitan dengan format rancangan perniagaan.

 Memberi gambaran ringkas yang spesifik


 Mempunyai maklumat pemilik, nama perniagaan, bentuk
perniagaan
dan nombor pendaftaran perniagaan

Di bahagian manakah maklumat ini dilampirkan?


A Ringkasan eksekutif
B Rancangan pentadbiran
C Rancangan pemasaran
D Rancangan operasi

Kertas Soalan Tamat


SKEMA JAWAPAN : SET 5

1. B 21. D
2. C 22. B
3. A 23. A
4. D 24. C
5. B 25. D
6. B 26. D
7. C 27. B
8. C 28. B
9. A 29. D
10. A 30. D
11. B 31. B
12. A 32. D
13 C 33. C
14. C 34. C
15. D 35. C
16. D 36. B
17. A 37. B
18. B 38. C
19. C 39. C
20. B 40. A

You might also like