You are on page 1of 10

3766/1

SULIT
3766/1
Perniagaan
Kertas 1
2020
1jam 15 minit

UJIAN DIAGNOSTIK
TINGKATAN 5

PERNIAGAAN
KERTAS 1
Satu Jam Lima Belas Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A,B,C dan
D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua
jawapan anda pada kertas jawapan yang disediakan.

4. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan dibenarkan

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

1
3766/1

1. Apakah tujuan perniagaan?


A Meningkatkan taraf hidup masyarakat
B Menawarkan barang dan perkhidmatan
C Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
D Memastikan perniagaan dapat beroperasi lebih lama

2. Gambar berikut menunjukkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sebuah organisasi


dalam perniagaan.

Apakah kaedah perniagaan yang ditawarkan oleh organisasi tersebut?


A Secara percuma
B Pada harga kos
C Pada harga di bawah kos
D Secara sumbangan masyarakat

3. Apakah ciri “Perniagaan Abu dan Rakan-Rakan”?


A Mempunyai bilangan ahli sebanyak 50 orang
B Modal tambahan dapat diperoleh dengan menerbitkan syer
C Susah untuk ditubuhkan kerana perlu mematuhi banyak peraturan
D Surat ikatan perkongsian merupakan perjanjian perkongsian yang sah

4. Encik Salihin ingin mengusahakan sebuah perniagaan. Beliau membeli hak kebenaran
daripada francaisor untuk menjalankan perniagaan.

Apakah kelebihan yang boleh dinikmati oleh Encik Salihin dengan membuka
perniagaan tersebut?
A Tidak perlu mengawal kualiti barang yang dijual
B Mendapat sokongan pengurusan daripada francaisor
C Kerugian perniagaan akan ditanggung oleh francaisor
D Dapat menjual barang dan perkhidmatan di pasaran tempatan

2
3766/1

5. Maklumat berikut berkaitan dengan saiz perniagaan Syarikat Kilawan Impian.

Syarikat Kilawan Impian merupakan sebuah syarikat automobil yang mempunyai


bilangan pekerja seramai 250 orang dan jualan sebanyak RM 75 juta

Apakah saiz syarikat tersebut?


A kecil C besar
B mikro D sederhana

6. Pernyataan manakah yang menunjukkan hubungkait antara sektor utama, kedua dan
ketiga?
A Sektor ketiga membantu untuk memasarkan produk sektor kedua
B Sektor utama memerlukan sektor ketiga untuk membekalkan pekerja
C Sektor ketiga membantu untuk memproses bahan mentah sektor kedua
D Sektor kedua memerlukan sektor ketiga untuk membekalkan bahan mentah

7. Antara yang berikut, perniagaan manakah mampu berkembang dalam pelbagai


sektor?
A Perniagaan sektor utama iaitu kepada sektor pertanian
B Perniagaan sektor ketiga iaitu kepada sektor perkhidmatan
C Perniagaan sektor kedua iaitu kepada sektor pembinaan
D Perniagaan sektor utama iaitu kepada sektor perlombongan

8. Pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan guna tenaga penuh.


A Pengangguran mencapai tahap minimum enam peratus
B Pengangguran kadar ganti pusing dalam kalangan pekerja
C Tidak wujud pengangguran sumber tenaga dalam kalangan pekerja
D Pengangguran diberi latihan berkaitan dengan peningkatan produktiviti

9. Apakah kesan trend persekitaran perniagaan pada masa kini kepada pembangunan
usahawan muda?
A. Perubahan pendidikan
B. Peningkatan kemahiran pekerja
C. Kewujudan industri kitar semula
D. Peningkatan penggunaan teknologi

10. Antara berikut, aspek perundangan manakah yang telah digubal oleh kerajaan
berkaitan dengan perniagaan?
I kewangan III pengiklanan
II persekitaran IV sumber manusia

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

3
3766/1

11. Apakah kesan yang akan berlaku jika trend guna tenaga menurun?
A. Pengangguran akan meningkat
B. Pengangguran akan menurun.
C. Pengangguran mendatar
D. Pengangguran terjamin

12. Maklumat berikut berkaitan dengan syarikat penerbangan AIR ASIA.

 Pekerja dilayan seperti ahli sebuah keluarga besar dan menjadi syarikat terbaik
untuk bekerja
 Mencipta jenama ASEAN yang dikenali dunia
 Mencapai kos terendah yang menjadikan sesiapapun boleh terbang dengan
AirAsia
 Mengekalkan produk berkualiti paling tinggi, merangkumi teknologi bagi
mengurangkan kos dan menambah tahap perkhidmatan

Maklumat tersebut merujuk kepada…


A. Perancangan C. Misi
B. Objektif D. Visi

13. Apakah tujuan visi, misi dan objektif organisasi yang berasaskan sektor swasta ?
A. Kepentingan orang ramai
B. Keuntungan yang maksimum
C. Keanggotaanan yang meningkat
D. Pengurusan yang menarik

14. Pernyataan berikut adalah objektif sebuah syarikat perniagaan.

Sasaran jualan 150,000 unit dalam tempoh satu tahun

Apakah ciri-ciri objektif perniagaan tersebut?


A. Jangka masa dan boleh diukur
B. Munasabah dan jangka masa
C. Boleh dicapai dan boleh diukur
D. Munasabah dan boleh dicapai.

15. Apakakah faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menghasilkan visi, misi dan
objektif perniagaan?
I Bilangan pekerja
II Persekitaran ekonomi
III Syer pasaran
IV Daya Saing

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

4
3766/1

16. Apakah faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi,
dan objektif organisasinya?
A Politik C Undang-undang
B Ekonomi D Sumber manusia

17. Bagaimanakah kehadiran pekerja asing di Malaysia menyebabkan pengurusan


perniagaan perlu mengubah suai visi, misi dan objektif perniagaan?
A. Mengubah struktur sosiobudaya masyarakat
B. Berlaku perkahwinan campur
C. Wujudnya cara hidup yang berbeza
D. Pengaliran wang tempatan ke luar negara.

18. Pernyataan yang manakah merupakan tujuan bahagian fungsian Pentadbiran?


A. Merancang kewangan organisasi perniagaan.
B. Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi.
C. Menyelaraskan aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi.
D. Merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal demi mencapai
matlamat organisasi.

19. Pernyataan di bawah berkaitan dengan bahagian fungsian tertentu.

 Membuat perancangan kewangan


 Mengagihkan sumber kewangan mengikut peruntukan yang ditetapkan
 Mengawal kewangan setiap bahagian

Apakah bahagian fungsian tersebut?


A Pentadbiran
B Pengurusan Kewangan
C Pengurusan Sumber Manusia
D Penyelidikan dan Pembangunan

20. Maklumat berikut berkaitan dengan salah satu proses dalam aliran barang dan
perkhidmatan.

Pengeluaran item barang dan pengedaran

Antara yang berikut, bahagian fungsian manakah bertanggungjawab melaksanakan


proses tersebut?
I Jualan
II Pemasaran
III Pengagihan
IV Pengeluaran
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

5
3766/1

21. Pengurusan sumber manusia ialah...


A Satu usaha pembangunan tenaga kerja dalam organisasi untuk menarik,
membangun dan mengekalkan tenaga kerja yang berprestasi tinggi
B Kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh perkerja
C Bayaran secara tetap yang dibayar dengan oleh majikan kepada pekerja yang
menyumbang tenaga dalam sesebuah organisasi
D Aset yang berbentuk ketara atau nyata untuk dimanfaatkan oleh organisasi bagi
menjalankan perniagaannnya

22. Pernyataan berikut menunjukkan peranan pengurusan sumber manusia dalam


sesebuah organisasi.

Teknik merekrut dan proses pemilihan boleh menarik calon yang berkelayakan
menyertai sesebuah perniagaan.

Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia dalam pernyataan
tersebut?
A Memberi latihan kemahiran
B Meningkatkan prestasi pasukan
C Menyediakan kontrak pekerjaan
D Memantapkan budaya profesional

23. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia dalam
Nonie Enterprise, sebuah perusahaan kosmetik

 Menggalakkan pekerja menambahkan pengetahuan dan kemahiran


 Memberi ganjaran dan penghargaan bagi pekerja yang inovatif dan kreatif

Ini melibatkan proses...


A merancang C memimpin
B mengorganisasi D mengawal

24. Standard Prosedur Operasi (SOP) ialah...


A dokumen arahan bertulis untuk mencapai keseragaman perlaksanaan tugas dan
fungsi-fungsi tertentu
B tatacara kerja mengikut aspek kemahiran, kebolehan, minat kerjaya dan
pengalaman pekerja serta keperluan perniagaan
C perhubungan harmoni antara majikan dan pekerja dapat mewujudkan suasana
tempat kerja yang sejahtera
D peringatan dan pengajaran supaya pekerja lebih berdisplin dan dapat
meningkatkan prestasi

25. Kebolehkerjaan boleh didefinisikan sebagai...


A kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh pekerja
B aset yang dimanfaatkan bagi menjalankan perniagaan
C usaha untuk mengekalkan tenaga kerja yang berprestasi tinggi
D bayaran secara tetap yang dibuat oleh majikan kepada pekerja

6
3766/1

26. Perniagaan manakah yang sesuai mengamalkan struktur organisasi berdasarkan


matriks?
A Kilang Proton Tanjung Malim
B Bank Islam Berhad
C Kilang Roti Gardenia
D Syarikat Percetakan Sinar

27. Antara yang berikut pernyataan manakah yang merupakan tujuan mengurus
sumber fizikal perniagaan?
A Memastikan semua mesin dan peralatan berteknologi tinggi
B Memastikan semua pekerja sentiasa cekap dan mahir
C Memastikan stok bahan mentah sentiasa cukup
D Memastikan rekacipta produk tidak ditiru oleh pesaing

28. Rajah berikut menunjukkan satu prosedur dalam perniagaan.

Perlindungan Prosedur mengurus


insurans dan X
sumber fizikal
keselamatan

Antara yang berikut, manakah aktiviti yang berkaitan dengan prosedur X yang boleh
diamalkan ?
I Membelipolisiinsurans
II Memasangalatpemadamapi
III Menyediakanjadialpemeriksaanmesin
IV Membaikpulihperalatanteknologimaklumatdankomunikasi

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

29. Bagaimanakah sebuah syarikat pengeluaran kereta Perodua melindungi


rekacipta model kereta di Malaysia?
A Mendaftar di bawah Akta Syarikat 2016
B Mendaftar di bawah Akta Hak Cipta 1987
C Mendaftar paten dengan Pendaftar Syarikat
D Mendaftar rekacipta model kereta dengan MyIPO

30. Penyataan manakah yang merujuk kepada pengurusan sumber teknologi bagi sebuah
syarikat komputer riba?
I Kilang dan mesin yang canggih
II Jenis komputer riba yang pelbagai
III Menggunakan lesen perisian yang asli
IV Mendaftar paten reka bentuk baharu komputer riba

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

7
3766/1

31. Sumber teknologi yang diuruskan oleh Syarikat Nuri Jaya Sendirian Berhad dengan
cekap dapat …
I memastikan kualiti produk tercapai dan memenuhi kepuasan pelanggan.
II memastikan sumber teknologi digunakan dengan berkesan dan sepenuhnya
III memastikan peruntukan perundangan sumber teknologi diurus dan
dikuatkuasakan dengan sewajarnya.
IV memastikan sumber teknologi tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

32. Apakah kesan pengurusan sumber fizikal yang dijalankan oleh Syarikat Finosonic
Sendirian Berhad?
I Meningkatkan produktiviti pekerja kilang
II Menjual produk kepada pengguna akhir
III Mencapai keuntungan yang maksimum
IV Mengurangkan kos pengeluaran produk

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

33. Sumber pembiayaan manakah yang sesuai untuk perniagaan bersaiz kecil?
I Overdraf
II Pinjaman bank
III Simpanan sendiri
IV Pinjaman daripada saudara mara

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

34. Sumber pembiayaan manakah yang merupakan sumber dalaman yang sesuai bagi
Syarikat SAIE Berhad yang ingin membuka kilang baharu?
A Rizab C Jaminan kredit
B Overdraf D Modal permulaan daripada kredit

35. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan yang ingin membuat pinjaman
daripada bank dan institusi kewangan untuk mengembangkan perniagaan.

Syarikat sendirian berhad ditubuhkan pada


Bentuk pemilikan perniagaan
tahun 2000
Menghasilkan pelbagai jenis perabot untuk
Aktiviti perniagaan
pasaran tempatan
Modal perniagaan RM500,000.00
Jumlah modal tambahan bagi tujuan
RM1.5 Juta
perkembangan perniagaan
Sandaran bernilai Tiada sebarang sandaran bernilai
Apakah kemudahan kewangan yang disediakan oleh agensi kerajaan agar bank
meluluskan permohonan pinjaman tersebut?

8
3766/1

A Geran C Kemudahan pajakan


B Jaminan kredit D Kemudahan pemfaktoran

36. Maklumat berikut merupakan kekuatan sumber pembiayaan modal niaga kepada
usahawan.

 Memberi pinjaman kepada peniaga yang tidak mempunyai cagaran


 Jumlah pinjaman boleh disesuaikan dengan keperluan semasa
 Tidak dikenakan faedah

Antara berikut, yang manakah agensi yang terlibat?


I Agrobank III MARA
II TEKUN IV Maybank Bhd

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

37. Rajah menunjukkan proses permohonan pinjaman.

Penilaian dan kelulusan pinjaman

Mengeluarkan surat tawaran

Apakah proses P?
A. Penyediaan Rancangan Perniagaan
B. Menghantar borang permohonan
C. Penerimaan tawaran
D. Penilaian pinjaman

38. Gambar di bawah ini menunjukkan logo sebuah agensi kerajaan.

Manakah yang benar mengenai agensi tersebut?


A. Menyediakan kemudahan ruang niaga
B. Menawarkan modal tambahan kepada usahawan
C. Memberi jaminan kredit
D. Mennawarkan geran insentif dalam bidang sains dan teknologi

9
3766/1

39. Gambar di bawah menunjukkan suatu jenis bank.

Manakah yang diperlukan semasa membuat permohonan pembiayaan daripada agensi


berkenaan?
I. Salinan bil utiliti
II. Lesen perniagaan
III. Salinan kad pengenalan
IV. Salinan lesen pihak berkuasa tempatan

A. I dan II B. I dan IV
C. II dan III D. III dan IV

40. Manakah kelemahan sumber pembiayaan luaran daripada bank atau institusi
kewangan?
A. Modal terhad
B. Jumlah pinjaman yang terhad
C. Memerlukan cagaran dalam bentuk harta
D. Sukar menambah modal dalam masa yang singkat

KERTAS SOALAN TAMAT

10

You might also like