You are on page 1of 3

BAB 2: PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI

1.   Sumber fizikal penting dalam sesebuah perniagaan. Apakah maksud sumber fizikal?
(3 markah)

2.   Senaraikan lima sumber fizikal yang perlu diuruskan oleh usahawan.


(5 markah)

3.   Apakah dua prosedur menguruskan sumber fizikal dalam sesebuah perniagaan.


(2 markah)

4.   Apakah tujuan pengurusan sumber fizikal kepada perniagaan. (2 markah)

5.   Nyatakan tiga jenis sumber teknologi. (3 markah)

6.   Apakah dua prosedur mengurus sumber teknologi. (2 markah)

7.   Jelaskan dua perbezaan antara sumber fizikal dengan sumber teknologi bagi perniagaan
berasaskan produk biskut. (4 markah)

8.   Apakah peranan myIPO dalam membantu syarikat perniagaan di Malaysia.


(2 markah)

9.   Terangkan maksud paten suatu rekacipta produk (2 markah)

10.  Huraikan dan terangkan prosedur mengurus hak cipta terpelihara untuk melindungi produk
perniagaan daripada dicetak rompak.
(8 markah)

  9  
SKEMA JAWAPAN BAB 2: PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI

Soalan 1
•   Aset berbentuk ketara atau nyata.
•   Untuk dimanfaatkan oleh organisasi bagi menjalankan perniagaan.
•   Contoh : Bahan mentah, produk siap, prasarana kilang, pejabat pentadbiran dan
kenderaan.
Soalan 2
•   Bangunan dan kemudahan.
•   Kilang dan mesin.
•   Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi.
•   Bahan mentah.
•   Stok.
•   Produk siap.
Soalan 3
•   Perlindungan insurans dan keselamatan.
•   Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang.
Soalan 4
•   Untuk memastikan semua jenis sumber fizikal dalam keadaan selamat, berfungsi dan
boleh digunakan.
•   Bagi memudahkan urusan penghasilan produk atau perkhidmatan.
Soalan 5
•   Harga intelek.
•   Lesen perisian.
•   Kemahiran dan pengalaman.
Soalan 6
•   Pengurusan paten.
•   Pengurusan hak cipta terpelihara.
Soalan 7
Sumber fizikal Sumber teknologi
•   Kilang •   Kemahiran mencipta resepi
•   Premis perniagaan. biskut.
•   Mesin. •   Kemahiran mengendalikan
•   Dapur/ketuhar mesin dan peralatan
•   Bahan mentah berteknologi tinggi.
•   Perlindungan harta intelek
iaitu resepi biskut.

  10  
Soalan 8
•   Memantau pembangunan harta intelektual (IP) di Malaysia dan menggalakkan lebih
ramai orang menjadi pemilik harta intelek.
•   Memberi nasihat dalam semakan semula dan mengemas kini perundangan harta
intelek.
Soalan 9
•   Adalah hak eksklusif untuk suatu reka cipta.
•   Sama ada berupa produk atau proses untuk menghasilkan sesuatu yang bahru.
•  
Soalan 10
a)   Pengurusan hak cipta terpelihara ialah:
•   Hak cipta
o   Adalah hak eksklusif kepada pencipta karya.
o   Untuk mengawal penggunaan karya mereka untuk tempoh masa tertentu.
•   Perlindungan hak cipta di Malaysia.
o   Berdasarkan kepada Akta Hak Cipta 1987.
o   Diberikan kepada ekspresi idea yang telah direkod atau telah dijadikan
bahan dizahirkan.
•   Tujuan usahawan memohon hak cipta terpelihara.
o   Adalah untuk melindungi hasil ciptaan.
o   Supaya tidak salah guna untuk kepentingan pihak lain.
•   Semua permohonan boleh dikemukakan kepada MyiPO
•   Contoh: Karya sastera, karya muzik, karya seni, filem, rakaman bunyi
dilindungi tanpa menngira kualiti dan tujuan karya dihasilkan.

  11  

You might also like