You are on page 1of 18

BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

( BAHAGIAN A )
JAWAB SEMUA SOALAN

1. Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Pahang pada tahun 1470?

A) Seri Dija Diraja

B) Sultan Mahmud Shah

C) Sultan Abu Bakar

D) Sultan Abdul Jamil Shah

2. Antara berikut yang manakah alat kebesaran Kesultanan negeri Perak?

A) Alat Regalia

B) Pedang Diraja

C) Cura Si Manja Kini

D) Sulaman emas

3. Apakah gelaran raja-raja perempuan Kesultanan Pattani pada abad ke-16?

A) Sapta Perabu

B) Sriksetra

C) Dong Duong

D) Nang Chayam

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 1


BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

4. Bagaimanakah Raja Lumu mendapat pengiktirafan sebagai Sultan Selangor?

i. Nobat

ii. Cap mohor

iii. Keris

iv. Payung

A) i dan ii

B) ii dan iii

C) iii dan iv

D) i dan iv

5. Tugas utama Dewan Negara Perak ialah?

A) Melantik sultan

B) Membantu sultan

C) Menasihati sultan

D) Memilih pembesar

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 2


BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

6. Maklumat berikut berkaitan Dewan Diraja Negeri Selangor.

Bertanggungjawab membantu dan menasihati


sultan

Siapakah anggota Dewan Diraja tersebut?

i. Seri Diraja

ii. Raja Muda

iii. Tengku Laksamana

iv. Temenggung

A) i dan ii

B) ii dan iii

C) iii dan iv

D) i dan iv

7. Antara berikut apakah kandungan Hukum Kanun Melaka?

A) Tugas raja

B) Perwarisan takhta

C) Jenayah

D) Timbang dan sukat

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 3


BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

8.

Adat Keputeraan

Adat Perkahwinan

Istiadat Pemakaman

Berdasarkan pernyataan di atas apakah keistimewaan adat ini ?

A) Simbol identiti

B) Lambang kedudukan

C) Warisan budaya

D) Khazanah negara

9. Siapakah pengarang karya perubatan Kitab Tib pada tahun 1819?

A) Wan Muhammad Amin

B) Haji Muhammad Nor

C) Daeng Abdul Hamid

D) Haji Mahmud Al- Jawi

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 4


BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

10. Apakah persamaan mata wang kedua-dua negeri tersebut?

⚫ Terengganu

⚫ Pahang

A) Bongkah timah

B) Kupang

C) Pitis

D) Tampang

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 5


BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

JAWAPAN BAHAGIAN A

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 6


BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

(BAHAGIAN B)
JAWAB SEMUA SOALAN

1. Pengasasan kesultanan Pahang, Perak ,Terengganu dan Selangor melambangkan


negeri-negeri Melayu yang berdaulat.

(a) Siapakah pengasas kerajaan-kerajaan tersebut:

i. Pahang _________________________________________________________________

ii. Perak _________________________________________________________________

iii. Terengganu _________________________________________________________________

iv. Selangor _________________________________________________________________


[ 4 markah]

(b) Senaraikan kejayaan yang telah dilaksanakan oleh 1(a) bagi setiap kerajaan

i. ____________________________________________________________________________________

ii. _____________________________________________________________________________________

iii. _____________________________________________________________________________________

iv. _____________________________________________________________________________________

[ 4 markah]

(c) Berdasarkan kajian anda, bincangkan ciri-ciri seorang pemimpin yang disanjung
oleh rakyat.
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________

[ 3 markah]

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 7


BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

2. Kehidupan bermasyarakat memerlukan undang-undang yang berlandaskan agama


islam bagi menjamin keadilan rakyat

(a) Nyatakan isi kandungan Hukum kanun Melaka?

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

[ 2 markah]

(b) Ulaskan peranan raja sebagai Ketua Agama islam bagi setiap negerinya?

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

[ 4 markah]

(c) Pada pengetahuan am dan sejarah anda mengapakah kita perlu mematuhi undang-
undang dan peraturan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan Malaysia ?

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________

[ 4 markah]

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 8


BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

(BAHAGIAN C)
JAWAB SEMUA SOALAN

1.Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor memiliki keunikan warisan


kesultanan Melayu Melaka.

(a) Bincangkan amalan sistem pewarisan takhta kerajaan berikut,

I Kesultanan Pahang
Ii Kesultanan Perak
Iii Kesultanan Terengganu
Iv Kesultanan Selangor [8
markah]

(b)Bincangkan adat istiadat yang diamalkan oleh kesultanan 1(a) tersebut


[ 8 markah]
(c) Wajarkah kesenian dan adat istiadat ini dipelihara?
[6 markah]

2. Kegiatan ekonomi dan persuratan yang diwarisi oleh negeri-negeri melayu telah
membawa kemakmuran dan kemasyhuran kesultanan .

(a) Jelaskan karya persuratan yang masyhur bagi negeri-negeri tersebut

I, Pahang

ii. Perak

iii. Selangor

Iv Terengganu [8
markah]

(b)Huraikan kegemilangan sistem ekonomi yang diwarisi dari kesultanan melayu


Melaka tersebut

i. Pelabuhan

ii Ekonomi sara diri

iii. Mata wang [8


markah]

(c) Bincangkan cabaran yang dihadapi dalam mengusahakan pertanian sebagai sumber
pendapatan ?

[ 8 markah]

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 9


BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

SKEMA JAWAPAN

BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU

(BAHAGIAN A)

1. A 3. D 5. A 7. C 9. D

2. C 4. A 6. B 8. B 10. C

Soalan Perincian Markah

( BAHAGIAN B )

1(a) Siapakah pengasas kerajaan-kerajaan tersebut. (4m)


m/s 116-122 i. Pahang

F1 Raja Muhammad 1

F2 Sultan Muhammad Shah 1

ii. Perak

F3 Raja Muzaffar 1

F4 Sultan Muzaffar Shah 1

iii. Terengganu

F5 Tun Zainal Abidin 1

F6 Sultan Zainal Abidin I 1

iv. Selangor

F7 Raja Lumu 1

F8 Sultan Salehuddin Shah 1

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 10


BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

1(b) Senaraikan kejayaan yang telah dilaksanakan oleh 1(a) bagi (4m)
setiap kerajaan
m/s 116-122 H1a Mendirikan pusat pemerintahan di Pekan, berhampiran Kuala 1
Sungai Pahang

H2a Mendirikan pusat pemerintahan yang pertama di Tanah Abang, di 1


pesisir Sungai Perak

H3a Mendirikan pusat pemerintahan yang pertama di Tanjung Baru, 1


Kuala Berang

H4a Mendirikan pusat pemerintahan pertama di Kuala Selangor 1

1(c) Berdasarkan kajian anda, bincangkan ciri-ciri seorang (3m)


pemimpin yang disanjung oleh rakyat.
F1 Bijaksana dan berfikiran terbuka 1

F2 Adil dalam pentadbiran 1

F3 Menjaga kebajikan rakyat 1

F4 Seorang yang berdisiplin 1

F5 Menepati masa 1

F6 Mengotakan janji 1

F7 Jujur/amanah 1

F8 Berkarisma 1

F9 Bertanggungjawab terhadap rakyat 1

Mana-mana jawapan yang munasabah

2(a) Nyatakan isi kandungan Hukum Kanun Melaka? (4m)


m/s 127 F1 Peraturan dan larangan istana 1

F2 Kekeluargaan Islam 1

F3 Jenayah 1

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 11


BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

F4 Hutang-piutang 1

F5 Hukum jual beli 1

2(b) Ulaskan peranan raja sebagai Ketua Agama Islam bagi setiap (2m)
negerinya?
m/s 126 F1 Sultan bertanggungjawab dalam mendaulatkan syiar Islam 1

F2 Tauliah penceramah agama dikeluarkan oleh pejabat istana 1


selepas ditandatangani oleh sultan

2(c) Pada pengetahuan am dan sejarah anda, mengapakah kita (4m)


perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah
ditetapkan dalam perlembagaan Malaysia?
m/s127 F1 Menjaga kedaulatan negara 1

F2 Menjamin keselamatan dan keamanan 1

F3 Kejayaan dan kecemerlangan 1

F4 Ekonomi maju 1

F5 Mengelakkan perpecahan yang boleh mengancam perpaduan 1

F6 Membentuk pusat perdagangan antarabangsa 1

Mana-mana jawapan yang munasabah

( BAHAGIAN C )

1 (a) Bincangkan amalan sistem pewarisan takhta kerajaan (8m)


berikut.
m/s 124-125 i. Kesultanan Pahang

F1 Mengamalkan sistem perwarisan takhta 1

F2 Waris ganti digelar Tengku Mahkota 1

F3 Pelantikan sultan juga atas persetujuan Jumaah Pangkuan Diraja 1


Negeri

F4 Sistem pentadbiran masih berasaskan pembesar empat, lapan dan 1

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 12


BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

enam belas

H4a Empat pembesar utama Pahang ialah Orang Kaya Indera 1


Shahbandar, Orang Kaya Indera Segara, Orang Kaya Pahlawan dan
Orang Kaya Indera Perba Jelai

H4b Pemerintahan kerajaan negeri dijalankan bersama-sama Majlis 1


Mesyuarat Kerajaan

ii. Kesultanan Perak

F5 Mengamalkan sistem penggiliran 1

H5a Dewan Negara Perak bertanggungjawab memilih dan melantik 1


sultan

H5b Sistem penggiliran adalah seperti berikut iaitu Sultan kemudian 1


Raja Muda, Raja Di Hilir, Raja Kecil Besar, Raja Kecil Sulong, Raja
Kecil Tengah dan Raja Kecil Bongsu

F6 Sistem pentadbiran masih berasaskan pembesar empat, lapan, 1


enam belas dan tiga puluh dua

H6a Empat pembesar utama Perak ialah Orang Kaya Bendahara Seri 1
Maharaja, Orang Kaya Besar Maharaja Di-Raja, Orang Kaya
Temenggong Paduka Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan

H6b Pemerintahan kerajaan negeri dijalankan bersama-sama Majlis 1


Mesyuarat Kerajaan

iii. Kesultanan Terengganu

F7 Mengamalkan sistem pemerintahan takhta 1

F8 Waris ganti digelar Yang Di-Pertuan Muda 1

H8a Walau bagaimanapun, Dewan Pangkuan Diraja berhak memilih 1


dan melantik sultan

F9 Jumaah ini turut dikenali sebagai Ahli al-Hal wa al-Aqad 1

H9a Yang bermaksud ahli yang memilih dan menjadikan raja 1

H9b Pemerintahan kerajaan negeri dijalankan bersama-sama Majlis 1


Mesyuarat Kerajaan

iv. Kesultanan Selangor

F10 Mengamalkan sistem perwarisan takhta 1

F11 Waris ganti digelar Raja Muda 1

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 13


BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

F12 Pelantikan sultan juga atas nasihat dan pengesahan Dewan di-Raja 1

H12a Dewan di-Raja bertanggungjawab membantu dan menasihati 1


sultan dalam menjalankan fungsi baginda

H12b Antara anggota dewan ini termasuklah Raja Muda, Tengku 1


Laksamana dan Tengku Bendahara

H12c Pemerintahan kerajaan negeri dijalankan bersama-sama Majlis 1


Mesyuarat Kerajaan

1 (b) Bincangkan adat istiadat yang diamalkan oleh kesultanan (8m)


1(a) tersebut.
m/s 129 F1 Adat Keputeraan melibatkan upacara seperti 1

H1a Melenggang perut ketika kandungan berusia tujuh bulan 1

H1b Untuk membetulkan kedudukan bayi di dalam perut ibu 1

H1c Bagi memudahkan proses kelahiran 1

H1d Bayi diperdengarkan azan sebaik sahaja dilahirkan 1

H1e Bercukur, apabila putera atau puteri berusia tujuh hari 1

H1f Berendoi, iaitu meletakkan bayi di dalam buaian dan 1


diperdengarkan alunan marhaban

F2 Adat perkahwinan 1

H2a Majlis perkahwinan diraja melalui proses adat istiadat yang 1


tersusun meliputi

H2b merisik 1

H2c meminang 1

H2d bertunang 1

H2e Berinai besar (malam sebelum majlis perkahwinan) 1

H2f Khatam al-Quran 1

H2g Pernikahan 1

H2h Persandingan dan bertepung tawar 1

H2i Santap beradab 1

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 14


BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

H2j Bersiram di atas panca persada 1

F3 Istiadat pemakaman meliputi 1

H3a Tempoh berkabung bergantung pada pihak istana 1

H3b Pihak istana memberikan sedekah kepada rakyat dalam tempoh 1


perkabungan

H3c Usungan disediakan untuk mengangkat jenazah ke tempat 1


perkaman dikenali sebagai Seraja Diraja

H3d Setelah jenazah dimakamkan, nobat tidak akan dimainkan untuk 1


tempoh tertentu

1 (c) Wajarkah kesenian dan adat istiadat ini dipelihara? (6m)

F1 Wajar 1

F2 Identiti negara 1

F3 Keunikan warisan Kesultanan Melayu Melaka 1

F4 Lambang kedudukan istemewa golongan diraja 1

F5 Warisan budaya melayu 1

F6 Rujukan dan panduan masyarakat 1

F7 Menghargai institusi diraja 1

Mana-mana jawapan yang munasabah

F1 Tidak wajar 1

F2 Tertumpu kepada golongan istana atau raja sahaja 1

F3 Kerapuhan jati diri golongan muda 1

F4 Tiada sambutan 1

F5 Terpengaruh dengan arus globalisasi 1

F6 Mengamalkan hidup yang moden 1

F7 Masyarakat mementingkan didri/individualistik 1

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 15


BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

Mana-mana jawapan yang munasabah

2 (a) Jelaskan karya persuratan yang masyhur bagi negeri-negeri (8m)


tersebut.
m/s 130 i. Pahang

F1 Hikayat Pahang 1

H1a Dikarang oleh Haji Muhammad Nor 1

H1b Mengisahkan sejarah Kesultanan Pahang abad ke-19 1

ii. Perak

F2 Misa Melayu 1

H2a Dikarang oleh Raja Chulan 1

H2b Mengisahkan sejarah Kesultanan Perak abad ke-18 1

F3 Hikayat Sang Kancil 1

H3a Cerita teladan dan jenaka 1

H3b Yang berasaskan manuskrip Hikayat Pelandok Jenaka 1

H3c Dibukukan oleh Daeng Abdul Hamid dari Perak 1

H3d Karya ini mengandungi 20 buah cerita 1

iii. Selangor

F4 Kenang-Kenangan Selangor 1

H4a Dikarang oleh Wan Muhammad Amin 1

H4b Mengisahkan sejarah Kesultanan Selangor abad ke-19 dan ke-20 1

iv. Terengganu

F5 Kitab Tib 1

H5a Disalin oleh Haji Mahmud al-Jawi 1

H5b Di Terengganu pada tahun 1819 1

F6 Hikayat Isma Yatim 1

H6a Dibukukan oleh Tengku Ampuan Mariam permaisuri Terengganu 1

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 16


BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

2 (b) Huraikan kegemilangan sistem ekonomi yang diwarisi dari (8m)


Kesultanan Melayu Melaka tersebut.
m/s 131 i. Pelabuhan

F1 Aktiviti perdagangan dijalankan melalui pelabuhan 1

H1a Kesultanan Perak dan Selangor memiliki kelebihan kedudukan 1


yang strategik di Selat Melaka

H1b Pelabuhan Kuala Selangor dan Pangkalan Batu di Selangor serta 1


pelabuhan Kuala Sungai Perak menjadi pusat perdagangan yang
aktif pada abad ke-17 hingga ke-19

H1c Antara hasil dagangan utama termasuklah bijih timah 1

H1d Kuala Terengganu pula merupakan pelabuhan entrepot pada abad 1


ke-18

C1 Barang yang didagangkan di pelabuhan ini ialah emas, bijih timah, 1


kain sutera, senjata, gula dan hasil hutan

H1e Pelabuhan tersebut diuruskan oleh syahbandar dan pegawai 1


pelabuhan yang lain

H1f Sistem cukai yang cekap dilaksanakan bagi memastikan 1


perdagangan berjalan lancar

ii. Ekonomi sara diri

F2 Ekonomi sara diri seperti pertanian, penternakan, perlombongan, 1


mengutip hasil hutan dan perikanan dijalankan bagi menampung
keperluan harian dan lebihannya untuk dijual

H2a Perlombongan bijih timah merupakan kegiatan ekonomi yang 1


utama di Selangor dan Perak

H2b Masyarakat di Selangor juga mengusahakan tanaman padi dan 1


tanaman sampingan

C2 Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran 1

F3 Manakala masyarakat di Perak merupakan antara pengusaha 1


utama hasil hutan

C3 Seperti rotan, sumbu badak dan kayu-kayan pada abad ke-17 dan 1
ke-18

H3a Pada abad ke-18, negeri Terengganu mengusahakan tanaman lada 1


hitam dan perlombongan emas

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 17


BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU TAHUN 2020

iii. Mata wang

F4 Negeri Perak terkenal dengan mata wang bongkah timah 1

H4a Yang dinamakan bidor sejak abad ke-17 1

F5 Mata wang pitis yang diperbuat daripada timah 1

H5a Digunakan di Pahang mulai pemerintahan Sultan Muhammad Shah 1

F6 Mata wang tampang digunakan pada abad ke-19 1

F7 Di Terengganu, Sultan Zainal Abidin I memperkenalkan mata wang 1


berupa kupang emas

F8 Terdapat mata wang pitis 1

F9 Di Selangor turut ditemukan mata wang syiling yang digunakan 1


semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah

2 (c) Bincangkan cabaran yang dihadapi dalam mengusahakan (8m)


pertanian sebagai sumber pendapatan.

F1 Sumber pengairan 1

F2 Teknologi moden 1

F3 Jangkitan penyakit yang berbahaya 1

F4 Modal yang tinggi 1

F5 Bencana alam/kemarau/banjir/gempa bumi/tsunami 1

F6 Tenaga buruh 1

F7 Kemahiran/minat rendah 1

F8 Masa dan kos 1

F9 Pengeluaran yang agak lama 1

Mana-mana jawapan yang munasabah

CIKGU NURANIZA OSMAN MRSM TRANSKRIAN Page 18

You might also like