You are on page 1of 5

NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 7

BAB 7 : KESULTANAN MELAYU, PAHANG, PERAK, TERENGGANU DAN SELANGOR

7.1 : PENGAGASASAN KESULTANAN PAHANG, PERAK, TERENGGANU DAN SELANGOR

Pengenalan
i. Pahang
Negeri Melayu ii. Perak
Berdaulat iii. Terengganu
iv. Selangor
Kesultanan Pahang
1. Pada abad ke-15, Pahang merupakan wilayah _naungan Kesultanan Melayu Melaka.
2. Seri Bija Diraja di lantik sebagai wakil untuk mentadbir Pahang.
3. Semasa Sultan Mansur Shah memerintah Melaka, baginda telah menghantar puteranya iaitu Raja
Muhammad ke Pahang untuk ditabalkan sebagai Sultan Pahang.
4. Raja Muhammad berangkat ke Pahang diiringi oleh golongan bangsawan Melaka. Mereka telah dilantik
sebagai Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Hulubalang Besar serta pengikut mereka untuk
membantu mentadbir kerajaan Pahang.
5. Raja Muhammad mengasaskan Kesultanan Pahang pada tahun 1470 dengan gelaran Sultan Muhammad Shah.
6. Sultan Muhammad Shah mendirikan pusat pemerintahan di Pekan, berhampiran Kuala Sungai Pahang. Wilayah
pemerintahan Pahang meliputi dari Sedili Besar hingga Terengganu.
7. Sultan Abdul Jamil Shah merupakan sultan ketiga yang memerintah Pahang dari tahun 1495 hingga 1512 dan
antara sultan yang masyhur. Hal ini kerana, baginda mengekalkan hubungan yang harmoni dengan
Kesultanan Melayu Melaka. Baginda berjaya mempertahankan Pahang semasa diserang olah Siam.
8. Sultan Abdul Ghaffur Muhaiyuddin Shah (1592-1614) tidak meninggalkan waris kerana puteranya iaitu Raja
Muda Abdullah telah mangkat. Oleh itu, Pahang diperintah oleh Kesultanan Johor Riau dari tahun 1614 hingga
1884. Ketika ini Pahang merupakan wilayah pegangan Bendaha Johor.
9. Keluarga Bendahara Johor yang mentadbir Pahang kemudian mengasaskan Kesultanan Pahang yang baharu.
Pengasasnya ialah Bendahara Siwa Raja Ahmad Shah. Wan Ahmad ditabalkan menjadi Sultan Pahang pada 12
Desember 1884 dengan gelaran Sultan Ahmad Al- Muazzam Shah.

Kesultanan Perak
1. Pada abad ke-15, Perak merupakan wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaka.
2. Serangan Portugis di Melaka menyebabkan Sultan Mahmud Shah dan keluarganya meninggalkan Melaka dan
akhirnya bersemayam di Kampar_.
3. Pembesar Perak bernama Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah ke Kampar menjemput putera Sultan
Mahmud yang bernama Raja Muzaffar untuk ditabalkan sebagai Sultan Perak.
4. Raja Muzaffar berangkat ke Perak bersama-sama alat kebesaran iaitu sebilah pedang Cura Si Manja Kini
sebilah keris, cap mohor_, nobat dan Surat Ciri. Baginda berangkat ke Perak bersama-sama anak isteri, para
pengikut dan pengiring yang menjemputnya dari Perak.
5. Raja Muzaffar mengasaskan Kesultanan Perak pada tahu 1528 dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.

1
NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 7
6. Sultan Muzaffar Shah mendirikan pusat pemerintahan yang pertama di Tanah Abang_, di pesisir Sungai Perak.
Keturunan Sultan Muzaffar Shah mewarisi takhta hingga ke hari ini.
7. Sultan Iskandar Dzulkarnain, Sultan Perak ke-15 (1752-1765) telah memperkemaskan sistem pentadbiran
negeri Perak dan mula mengguna pakai Undang-undang 99 Perak.

Kesultanan Terengganu

1. Kesultanan Terengganu mempunyai kaitan rapat dengan Kesultanan Johor Riau dan diasaskan pada awal abad
ke- 18 oleh kelurga diraja daripada susur galur Bendahara Johor Riau.
2. Terengganu merupakan wilayah naungan Kesultanan Johor Riau_ sejak abad ke-16.
3. Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil menganugerahkan Terengganu kepada Tun Zainal Abidin iaitu putera
kepada Tun Habib Abdul Majid , Bendahara Johor Riau yang ke-11.
4. Tun Zainal Abidin juga merupakan putera angkat Raja Patani yang digelar Nang Chayam.
5. Raja Patani telah menyediakan kelengkapan untuk menabalka Tun Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu.
6. Tun Zainal Abidin berangkat ke Terengganu diiringi oleh 80 orang keluarga Patani termasuk beberapa orang
tokoh agama seperti Qadi Wan Imam Mahmud dan Che Buang.
7. Antara alat kebesaran yang turut dibawa termasuklah keris diraja, Keris Panjang Nang Chayam_.
8. Tun Zainal Abidin mengasaskan Kesultanan Terengganu pada tahun 1708 dengan gelaran Sultan Zainal Abidin
I.
9. Sultan Zainal Abidin 1 mendirikan pusat pemerintahan yang pertama di Tanjung Baru, Kuala Berang. Wilayah
Terengganu yang diperintahnya meliputi dari Kemaman hingga Besut.
10. Kesultanan Sultan ZAinal Abidin I mewarisi takhta Terengganu hingga hari ini.
11. Sultan Zainal Abidin III ( 1881-1918) merupakan antara Sultan Terengganu yang masyhur.
12. Baginda terkenal kerana membawa permodenan Terengganu. Antara sumbangannya, penggubalan undang-
undang tubuh, iaitu Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dikenali sebagai Itqan al-mulik bi
ta’dil as-suluk.
13. Baginda juga memperkemaskan sistem sukat dan timbang , menubuhkan mahkamah syariah, menubuhkan
pasukan polis dan membina Istana Maziah , istana rasmi Kesultanan Terengganu hingga hari ini.

Kesultanan Selangor

1. Kesultanan Selangor diasaskan oleh keluarga diraja Bugis yang berpengaruh dalam Kesultanan Johor Riau
pada abad ke-18.
2. Selangor merupakan sebahagian daripada wilayah naungan Kesultanan Johor Riau_sejak abad ke-16.
3. Pada akhir abad ke-18, masyarakat Bugis semakin ramai menetap di Selangor. Daeng Chelak yang
berketurunan Bugis menjadi Yang di-Pertuan Muda Kesultanan Johor Riau.
4. Putera Daeng Chelak bernama _Raja Lumu telah menghadap Sultan Perak, Sultan Mahmud Shah untuk
mendapatkan pengiktirafan.
5. Sultan Mahmud Shah telah menabalkan Raja Lumu sebagai sultan Selangor. Baginda dianugerahkan alat
kebesaran iaitu nobat dan cap mohor.
6. Raja Lumu mengasaskan Kesultanan Selangor pada tahun 1766 dengan gelaran Sultan Sallehudin Shah.
7. Baginda telah mendirikan pusat pemerintahan pertama di Kuala Selangor. Keturunan Sultan Salehuddin Shah
mewarisi takhta Selangor hingga kini.
8. Sultan Ala’iddin Suleiman Shah (1898-1938) merupakan antara Sultan Selangor yang masyhur.

2
NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 7
9. Pada zaman baginda, banyak jalan raya dan landasan keretapi telah dibina. Pembinaan rumah dan kedai
meningkat terutama di Kuala Lumpur dan Klang. Kebijaksanaan baginda memerintah telah mendorong rakyat
mengadakan sambutan karamaian Jubli Emas di Klang sempena genap 40 tahun pemerintahan baginda.

7.2 WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DI PAHANG, PERAK, TERENGGANU DAN SELANGOR.

Sistem Pemerintahan
1. Aspek utama warisan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka ialah Sultan sebagai tonggak utama
kerajaan.
1. Penggantian sultan mesti berasaskan adat Temenggung.
2. Di Perak, putera sultan juga akan mewarisi takhta tetapi melalui sistem penggiliran.
3. Asas pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka melalui Sistem Pembesar Empat Lipatan.

Kesultanan Pahang Kesultanan Perak


 Mengamalkan sistem pewarisan takhta.  Mengamalkan sistem Penggiliran.
 Waris ganti digelar Tengku Mahkota.  _Dewan Negara Perak bertanggungjawab
 Pelantikan sultan atas persetujuan Jumaah memilih dan melantik sultan.
Pangkuan DiRaja Negeri.  Sistem penggiliran dalam proses melantik Sultan
 Sistem pentadbiran masih berasaskan Perak iaial seperti berikut:
pembesar empat belas dan enam belas. Sultan
 Empat pembesar Pahang ialah: Raja Muda
i. Orang Kaya Indera Shahbandar Raja Di Hilir
ii. Orang Kaya Indera Segara Raja Kecil Besar
iii. Orang Kaya Pahlawan Raja Kecil Sulong
iv. Orang Kaya Indera Perba Jelai Raja Kecil Tengah
 Pemerintahan kerajaan negeri dijalankan
bersama-sama Majlis Mesyuarat Kerajaan. Raja Kecil Bongsu
Kesultanan Terengganu Kesultanan Selangor
 Mengamalkan sistem pewarisan takhta.  Mengamalkan sistem pewarisan takhta.
 Waris ganti digelar Yang Di-Pertuan Muda.  Waris ganti digelar Raja Muda
 Dewan Pangkuan Diraja berhak memilih dan  Pelantikan sultan atas nasihat dan pengesahan
melantik sultan. Dewan di-Raja.
 Jumaah turut dikenali sebagai Ahli al-Hal wa  Dewan di-Raja bertanggungjawab membantu dan
al-Aqad yang bermaksud ahli yang memilih menasihati sultan dalam menjalankan fungsi
dan menjadikan raja. baginda.
 Antara anggota dewan ini ialah Raja Muda,
Tengku Laksamana, dan Tengku Bendahara.

Agama Islam dalam Pemerintahan


 Sultan merupakan ketua agama bagi setiap negerinya.
 Institusi agama berperanan penting di setiap negeri dan bidang kuasa mereka mesti dihormati. Misalnya
peranan mufti, kadi, Makhmah Syariah dan Jabatan Agama Islam.
 Sultan juga bertanggungjawab dalam mendaulatkan syiar Islam_.

3
NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 7
Perundangan

 Undang-undang digubal bagi mengawal kehidupan bermasyarakat.


 Hukum Kanun Melaka menjadi asas kepada kelahiran undang-undang bertulis negeri-negeri Melayu yang
lain.
 Hukum Kanun Melaka terbukti dalam fasal-fasal berhubung peraturan dan larangan istana, kekeluargaan
Islam, jenayah, hutang piutang_dan hukum jual beli.

Adat Istiadat
 Adat istiadat ialah _aturan dan perbuatan yang telah lazim dilakukansejak sekian lama. Antara adat
istiadat ini termasuklah:-

Adat Keputeraan

 Melenggang perut ketika kandungan berusia 7 bulan untuk membetulkan kedudukan bayi di
dalam perut ibu bagi memudahkan proses kelahiran.
 Bayi diperdengarkan azan sebaik saja dilahirkan.
 Bercukur apabila bayi berusia 7 hari.
 Berendoi iaitu meletakkan bayi dalam buaian dan diperdengarkan alunan marhaban.

Adat Perkahwinan

 Majlis perkahwinan diraja melalui proses adat istiadat yang tersusun.

Merisik Berinai Khatam Al-


Meminang Bertunang
besar Quran

Bersiram di atas Santap beradab Persandingan dan Pernikahan


panca persada Bertepung tawar

Adat Pemakaman

 Tempoh berkabung bergantung pada pihak istana.


 Pihak istana memberikan sedekah kepada rakyat sepanjang tempoh berkabung.
 Usungan disediakan untuk mengangkat jenazah ke tempat pemakaman dikenali sebagai Seraja
Diraja_.
 Setelah jenazah dimakamkan, nobat tidak akan dimainkan untuk tempoh tertentu.

4
NOTA BERPANDU SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 7
Persuratan

Selangor abad ke-19 dan ke-20.


mengisahkan sejarah Kesultanan
oleh Wan Muhamad Amin
Kenang-kenangan Selangor, dikarang
abad ke-19 dan ke-20.
mengisahkan Kesultanan Terengganu Terengganu.
karangan Tengku Dalam Kalthum Tengku Ampuan Mariam permaisuri
Syair Tawarikh Zainal Abidin Ketiga Hikayat Isma Yatim dibukukan oleh
Kesultanan Perak abad ke-18.
Chulan mengisahkan sejarah Jawi di, Terengganu pada tahun 1819. Karya ini mengandungi 20 buah cerita.
Misa Melayu dikarang oleh Raja Kitab Tib disalin oleh Haji Mahmud al- oleh Daeng Abdul Hamid dari Perak.
Kesultanan Pahang abad ke-19. Karya Perubatan Hikayat Pelandok Jenaka dibukukan
Muhammad Nor, mengisahkan jenaka yang berasaskan manuskrip
Hikayat Pahang dikarang oleh Hj Hikayat Sang Kancil cerita teladan dan
Karya Sejarah Kitab Tib Sastera Rakyat

Hikayat Pahang
Hikayat Isma Yatim

Ekonomi

Pelabuhan
• Aktiviti perdagangan dijalankan melalui pelabuhan.
Kesultanan Perak dan Selangor memiliki kelebihan kedudukan yang strategi di Selat Melaka.
Antara hasil dagangan utama ialah bijih timah.
Barang yang didagangkan di pelabuhan Terengganu ialah seperti emas, bijih timah, kain sutera senjata,
gula dan hasil hutan.

Mata Wang

• Perak terkenal dengan mata wang bongkah timah yang dinamakan bidor
sejak abad ke-17.
• Mata wang Pitis di gunakan di Pahang mulai pemerintahan Sultan
Muhammad Shah.
• Mata wang tampang digunakan pada abad ke-19.
• Sultan Zainal Abidin I di Terengganu telah memperkenalkan mata wang
berupa kupang emas dan mata wang Pitis.
Mata wang • Di Selangor mata wang syiling digunakan semasa pemerintahan Sultan
Ibrahim Shah. 5
Tampang

You might also like