You are on page 1of 17

(NOTA DI BAWAH INI WAJIB DISALIN KEDALAM BUKU NOTA MANAKALA LATIHAN

PULA DIJAWAB DIATAS KERTAS CETAKAN)


SEJARAH TINGKATAN 2
BAB 7

KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU


DAN SELANGOR

1.Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor merupakan


kelangsungan daripada Kesultanan Melayu Melaka
2.Pengasas Kesultanan Pahang dan Perak merupakan kesinambungan
langsung daripada Kesultanan Melayu Melaka.
3.Pengasasan Kesultanan Selangor dan Terengganu pula berkait rapat dengan
Kesultanan Johor Riau
4.Oleh itu, warisan Kesultanan Melayu Melaka diteruskan oleh Kesultanan
Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor.

KESULTANAN PAHANG
1.Diasaskan oleh keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka pada zaman
kegemilangan kerajaan tersebut Pada abad ke-15
2.Pahang merupakan sebahagian wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaka.
Seri Bija Diraja dilantik sebagai wakil untuk mentadbir Pahang
3.Semasa Melaka diperintah oleh Sultan Mansur Shah, baginda telah
menghantar puteranya, Raja Muhammad untuk ditabalkan sebagai Sultan
Pahang
4.Raja Muhammad mengasaskan Kesultanan Pahang pada tahun 1470 dengan
gelaran Sultan Muhammad Shah
5.Dari tahun 1614 hingga 1884Pahang diperintah oleh Kesultanan JohorRiau.
6.Tahun 1884 Keluarga Bendahara Johor pula memerintah Pahang dan melantik
Wan Ahmadsebagai Sultan Pahang dengan gelaranSultan Ahmad Al-Muazzam
Shah.

1
KESULTANAN PERAK
1.Pada abad ke-15, Perak merupakan sebahagian wilayah naungan Kesultanan
Melayu Melaka.
2.Serangan Portugis menyebabkan Sultan Mahmud Shah dan keluarga
meninggalkan Melaka dan akhirnya bersemayam di Kampar, Sumatera.
3.Pembesar Perak bernama Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah ke Kampar
menjemput putera Sultan Mahmud Shah bernama Raja Muzaffar untuk
ditabalkan sebagai Sultan Perak.
4.Kesultanan Perak diasaskan oleh keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka
pada abad ke16.
5.Kerajaan ini lahir selepas berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka yang
berpusat di Melaka.
6.Raja Muzaffar berangkat ke Perak bersama-sama alat kebesaran berupa
sebilah pedang Cura Si ManjaKini, sebilah keris, cap mohor, nobat dan Surat
Ciri.
7.Baginda berangkat ke Perak bersama-sama anak, isteri, para pengikut dan
pengiring yang menjemputnya dari Perak.
8.Raja Muzaffar mengasaskan Kesultanan Perak pada tahun 1528 dengan
gelaran Sultan Muzaffar Shah.
9.Sultan Muzaffar Shah mendirikan pusat pemerintahan yang pertama di Tanah
Abang, di pesisir Sungai Perak.
10.Keturunan Sultan Muzaffar Shah mewarisi takhta hingga hari ini.

2
KESULTANAN TERENGGANU
1.Kesultanan Terengganu mempunyai kaitan rapat dengan Kesultanan Johor
Riau.
2.Kesultanan inidiasaskan pada awal abad ke-18 oleh keluarga diraja daripada
susur galur Bendahara Johor Riau
3.Terengganu merupakan wilayah naungan Kesultanan Johor Riau sejak abad
ke-16.
4.Padatahun 1708, Sultan Abdul Jalil menganugerahkan Terengganu kepada Tun
Zainal Abidin,iaitu putera kepada Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Johor Riau
yang ke-11.
5.Tun ZainalAbidin juga merupakan putera angkat Raja Patani yang digelar Nang
Chayam (Raja Kuning).
6.Tun Zainal Abidin mengasaskan Kesultanan Terengganu pada tahun 1708
dengan gelaranSultan Zainal Abidin I.
7.Sultan Zainal Abidin I mendirikan pusat pemerintahan yang pertama di
Tanjung Baru,Kuala Berang.
8.Wilayah Terengganu semasa diasaskan meliputi dari Kemaman hingga Besut.
9.Keturunan Sultan Zainal Abidin I mewarisi takhta Terengganu hingga hari ini.

KESULTANAN SELANGOR
1.Kesultanan Selangor diasaskan oleh keluarga diraja Bugis yang berpengaruh dalam
KesultananJohor Riau pada abad ke-18.
2.Selangor merupakan sebahagian daripadawilayah naungan Kesultanan Johor Riausejak
abad ke-16. Pada abad ke-18,masyarakat Bugis semakin ramai menetapdi Selangor.
3.Pada ketika itu, Daeng Chelakyang berketurunan Bugis menjadi Yang
di-Pertuan Muda Kesultanan Johor Riau.
4.Putera Daeng Chelak bernama RajaLumu telah menghadap Sultan Perak,
Sultan Mahmud Shah untuk mendapatkanpengiktirafan.
5.Sultan Mahmud Shah telahmenabalkan Raja Lumu sebagai sultanSelangor.
Baginda dianugerahkan nobat dancap mohor.
6.Raja Lumu mengasaskan KesultananSelangor pada tahun 1766 dengan gelaranSultan
Salehuddin Shah.
7.Sultan Salehuddin Shah mendirikan pusatpemerintahan pertama di Kuala Selangor.
8.Keturunan Sultan Salehuddin Shah mewarisitakhta Selangor hingga hari ini.

3
7.2 WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DI PAHANG, PERAK,
TERENGGANU DAN SELANGOR

KESULTANAN PAHANG
1.Mengamalkan sistem pewarisan takhta
2.Waris ganti digelar Tengku Mahkota
3.Pelantikan sultan juga atas persetujuan Jumaah Pangkuan Diraja Negeri
4.Sistem pentadbiran masih berasaskan pembesar empat, lapan dan enam belas
5.Empat pembesar utama Pahang ialah:
(a) Orang Kaya Indera Shahbandar
(b) Orang Kaya Indera Segara
(c) Orang Kaya Pahlawan
(d) Orang Kaya Indera Perba Jelai
6.Pemerintahan kerajaan negeri dijalankan bersama-sama Majlis Mesyuarat Kerajaan.

KESULTANAN PERAK
1.Mengamalkan sistem penggiliran.
2.Dewan Negara Perak bertanggungjawab memilih dan melantik sultan. Sistem penggiliran
seperti susunan yang berikut:
SULTAN
Raja Muda
Raja Di Hilir
Raja Kecil Besar
Raja Kecil Sulong
Raja Kecil Tengah
Raja Kecil Bongsu
3.Sistem pentadbiran masih berasaskan pembesar empat, lapan, enam belas dan tiga puluh
dua.
4.Empat pembesar utama Perak ialah:
(a) Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja
(b) Orang Kaya Besar Maharaja Di-Raja
(c) Orang Kaya Temenggong Paduka Raja
(d) Orang Kaya Menteri Paduka Tuan

4
KESULTANAN TERENGGANU
1.Mengamalkan sistem perwarisan takhta
2.Waris ganti digelar Yang Di-Pertuan Muda
3.Walau bagaimanapun, Dewan Pangkuan Diraja berhak memilih dan melantik sultan.
4.Jumaah ini turut dikenali sebagai Ahli Al-Hal wa Al-Aqad yang bermaksud ahli yang memilih
dan menjadikan raja
5.Pemerintahan kerajaan negeri dijalankan bersama-sama Majlis Mesyuarat Kerajaan

KESULTANAN SELALNGOR
1.Mengamalkan sistem perwarisan takhta
2.Waris ganti digelar Raja Muda
3.Pelantikan sultan juga atas nasihat dan pengesahan Dewan di-Raja.
4.Dewan di-Raja bertanggungjawab membantu dan menasihati sultan dalam menjalankan
fungsi baginda
5.Antara anggota dewan ini termasuklah Raja Muda, Tengku Laksamana dan Tengku
Bendahara.
6.Pemerintahan kerajaan negeri dijalankan bersama-sama Majlis Mesyuarat Kerajaan.

AGAMA ISLAM DALAM PEMERINTAHAN


1.Sultan merupakan ketua agama bagi setiap negerinya
2.Institusi agama berperanan penting di setiap negeri dan bidang kuasa mereka mestilah
dihormati.
3.Misalnya, peranan mufti, kadi, mahkamah syariah dan Jabatan Agama Islam.
4.Institusi kesultanan mempunyai ikatan yang rapat dengan institusi agama
5.Tokoh-tokoh agama berperanan dalam pentadbiran istana dan negeri.
6.Misalnya, di negeri Selangor, mufti merupakan anggota Dewan di-Raja
7.Sultan juga bertanggungjawab dalam mendaulatkan syiar Islam.
8.Misalnya, tauliah penceramah agama dikeluarkan oleh pejabat istana setelah ditandatangani
oleh sultan

5
ADAT ISTIADAT
ADAT KEPUTERAAN (KELAHIRAN)
1.Melenggang perut ketika kandungan berusia tujuh bulan untuk membetulkan kedudukan bayi
di dalam perut ibu bagi memudahkan proses kelahiran.
2.Bayi diperdengarkan azan sebaik sahaja dilahirkan
3.Bercukur, apabila putera atau puteri berusia tujuh hari.
4.Berendoi, iaitu meletakkan bayi di dalam buaian dan diperdengarkan alunan marhaban.

ADAT PERKAHWINAN
1.Merisik
2.Meminang
3.Bertunang
4.Berinai besar (malam sebellum majlis perkahwinan)
5.Khatam Al-Quran
6.Pernikahan
7.Persandingan dan bertepung tawar
8.Santap beradab
9.Bersiram di atas panca persada

ADAT PEMAKAMAN (PENGKEBUMIAN)


1.Tempoh berkabung bergantung pada pihak istana.
2.Pihak istana memberikan sedekah kepada rakyat dalam tempoh perkabungan.
3.Usungan disediakan untuk mengangkat jenazah ke tempat pemakaman dikenali sebagai
Seraja Diraja
4.Setelah jenazah dimakamkan, nobat tidak akan dimainkan untuk tempoh tertentu.

6
PERSURATAN (KARYA)

KARYA SEJARAH
1.Hikayat Pahang dikarang oleh Haji Muhammad Nor, mengisahkan sejarah Kesultanan Pahang
abad ke-19.
2.Misa Melayu, dikarang oleh Raja Chulan mengisahkan sejarah Kesultanan Perak abad ke-18.
3.Syair Tawarikh Zainal Abidin Ketiga karangan Tengku Dalam Kalthum mengisahkan sejarah
Kesultanan Terengganu abad ke-19 dan ke-20.
4.Kenang-Kenangan Selangor, dikarang oleh Wan Muhamad Amin mengisahkan sejarah
Kesultanan Selangor abad ke-19 dan ke-20.

KARYA PERUBATAN
1.Kitab Tib, disalin oleh Haji Mahmud al-Jawi, di Terengganu pada tahun 1819.

SASTERA RAKYAT
1.Hikayat Sang Kancil, cerita teladan dan jenaka yang berasaskan manuskrip Hikayat Pelandok
Jenaka dibukukan oleh Daeng Abdul Hamid dari Perak yang mengandungi 20 buah cerita.
2.Hikayat Isma Yatim dibukukan oleh Tengku Ampuan Mariam permaisuri Terengganu.

EKONOMI

PELABUHAN
1.Aktiviti perdagangan dijalankan melalui pelabuhan
2.Kesultanan Perak dan Selangor memiliki kelebihan kedudukan yang strategik di Selat Melaka
3.Pelabuhan Kuala Selangor dan Pangkalan Batu di Selangor serta pelabuhan Kuala Sungai
Perak menjadi pusat perdagangan yang aktif pada abad ke-17 hingga ke-19.
4.Antara hasil dagangan utama termasuklah bijih timah.
5.Kuala Terengganu pula merupakan pelabuhan entrepot pada abad ke-18.
6.Barang yang didagangkan di pelabuhan ini ialah emas, bijih timah, kain sutera, senjata, gula
dan hasil hutan
7.Pelabuhan tersebut diuruskan oleh syahbandar dan pegawai pelabuhan yang lain.
8.Sistem cukai yang cekap dilaksanakan bagi memastikan perdagangan berjalan lancar.

7
EKONOMI SARA DIRI DAN JUAL BELI
1.Ekonomi sara diri seperti pertanian, penternakan, perlombongan, mengutip hasil hutan dan perikanan
dijalankan bagi menampung keperluan harian dan lebihannya untuk dijual.
2.Perlombongan bijih timah merupakan kegiatan ekonomi yang utama di Selangor dan Perak.
3.Masyarakat di Selangor juga mengusahakan tanaman padi dan tanaman sampingan seperti buah-
buahan dan sayur-sayuran.
4.Manakala masyarakat di Perak merupakan antara pengusaha utama hasil hutan seperti rotan, sumbu
badak dan kayu-kayan pada abad ke-17 dan ke-18.
5.Pada abad ke-18, negeri Terengganu mengusahakan tanaman lada hitam dan perlombongan emas.

MATA WANG
1.Negeri Perak terkenal dengan mata wang bongkah timah yang dinamakan bidor sejak abad
ke-17.
2.Mata wang pitis yang diperbuat daripada timah digunakan di Pahang mulai pemerintahan
Sultan Muhammad Shah. Manakala mata wang tampang digunakan pada abad ke-19.
3.Di Terengganu, Sultan Zainal Abidin I memperkenalkan mata wang berupa kupang emas.
Selain itu, terdapat mata wang pitis
4.Di Selangor, turut ditemukan mata wang syiling yang digunakan semasa pemerintahan Sultan
Ibrahim Shah.

8
LATIHAN BAB 7
(LATIHAN TIDAK PERLU SALIN. HANYA CETAK DAN JAWAB ATAS
KERTAS SAHAJA. ANDA BOLEH MENCARI JAWAPAN DI DALAM
BUKU TEKS

9
10
11
12
13
14
JAWAPAN
(SILA JAWAB SOALAN TANPA MELIHAT JAWAPAN. SETELAH
SELESAI MENJAWAB BARULAH ANDA BOLEH SEMAK JAWAPAN)

15
16
17

You might also like