You are on page 1of 10

Mata pelajaran Sejarah Sasaran Tingkatan 2

Tajuk Bab 7 : Pengasasan Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu


dan Selangor
Standard 6.2 Kesultanan Johor Riau dan Kerajaan- kerajaan Melayu
kandungan
Standard 6.2.3 Menerangkan kelangsungan Kesultanan Melayu
pembelajaran Melaka di Pahang, Perak, Selangor dan
Terengganu(Lampiran 1)
K5.1.5 Menghuraikan kepentingan sumbangan warisan
Kesultanan Melayu(Lampiran 4)
Objektif Pada akhir pembelajaran anda akan dapat:
pembelajaran
a) Menyatakan semula sekurang-kurangnya dua pengasasan
dari Kesultanan Melayu Melaka di Pahang, Perak,
Selangor dan Terengganu.
b) Menjelaskan sekurang-kurangnya dua sumbangan
pemerintah dari Kesultanan Melayu Melaka di Pahang,
Perak, Selangor dan Terengganu.
c) Mengenal pasti sekurang-kurangnya satu alat kebesaran
dari dua buah negeri Kesultanan Melayu Melaka iaitu
Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu.
d) Menghuraikan sekurang-kurangnya empat kepentingan
adat istiadat kepada generasi Malaysia masa kini.
Tempoh masa 2 jam nota dan latihan
Nota Rujuk lampiran 1
Aktiviti 1. Anda diminta membaca dan memahami nota yang
diberikan dalam Lampiran 1 (anda digalakkan untuk
membina peta minda/i-Think berdasarkan nota)
2. Jawab soalan pada lampiran 2 hingga 4 dengan merujuk
nota atau bahan lain seperti buku rujukan, laman sesawang
dan bahan bacaan lain.
Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan pada
Lampiran 2 hingga 4.
STANDARD PRESTASI
TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
1 Mengetahui sejarah Kesultanan Johor Riau dan kerajaan-kerajaan
Melayu.
2 Mempamerkan kefahaman tentang sejarah Kesultanan Johor Riau
dan kerajaan-kerajaan Melayu.
3 Menggunakan pengetahuan sejarah tentang Kesultanan Johor
Riau dan kerajaan-kerajaan Melayu dalam pelbagai situasi.
4 Menganalisis maklumat berkaitan sejarah Kesultanan Johor Riau
dan kerajaan-kerajaan Melayu.
5 Membuat penilaian terhadap sejarah Kesultanan Johor Riau dan
kerajaan-kerajaan Melayu.
6 Melahirkan idea yang berasas tentang sejarah Kesultanan Johor
Riau dan kerajaan-kerajaan Melayu.

Nota perlu dibaca dan difahami Pentaksiran perlu diselesaikan


NOTA

Lampiran 1 Tarikh :

6.2.3 Pengasasan Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

Kesultanan Pahang
Diasaskan oleh keluarga diraja
Kesultanan Melayu Melaka pada
zaman kegemilangan kerajaan
tersebut

Abad ke-15, Seri Bija Diraja dilantik


sebagai wakil mentadbir Pahang.
Raja Muhammad putera Sultan
Mansur Shah dihantar untuk
ditabalkan sebagai Sultan Pahang

Raja Muhammad menjadi pengasas


Kesultanan Pahang dengan gelaran Sultan
Sultan Ahmad Al- Muhammad Shah dan mendirikan pusat
Muazzam Shah pemerintahan di Pekan

Sultan Abdul Jamil Shah (1495-


1512),sultan ke-3 dan masyhur.Baginda
kekalkan hubungan dengan Melaka,
berjaya pertahan Pahang daripada
ancaman Siam

1641-1884, Pahang diperintah oleh


Kesultanan Johor Riau kerana Sultan
Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah tidak
Peta menunjukkan
meninggalkan waris
pusat pemerintahan
Kesultanan Pahang.
Keluarga Bendahara Johor iaitu
Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad
mentadbir Pahang mengasaskan
Kesultanan baru, ditabal sebagai Sultan
Pahang dengan gelaran Sultan Ahmad
Al-Muazzam Shah
6.2.3 Pengasasan Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

Kesultanan Perak  Diasaskan oleh Kesultanan Melayu Melaka


(KMM) setelah berakhirnya KMM yang
berpusat di Melaka. Abad ke-15, Perak adalah
wilayah naungan KMM

 Serangan Portugis menyebabkan Sultan


Mahmud Shah dan keluarga meninggalkan
Melaka dan bersemayam di Kampar, Sumatera

 Pembesar Perak (Tun Saban dan Nakhoda


Kassim) ke Kampar menjemput putera Sultan
Mahmud Shah, Raja Muzaffar untuk ditabalkan
sebagai Sultan Perak.Baginda berangkat ke
Perak bersama keluarga, pengikut dan alat
kebesaran (pedang Cura Si Manja Kini, keris,
cop mohor, nobat dan Surat Ciri)

Peta menunjukkan  Raja Muzaffar mengasaskan Kesultanan Perak


(1528) dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.
pusat pemerintahan
Pusat pemerintahanya di Tanah Abang, pesisir
Kesultanan Perak. Sungai Perak. Keturunan baginda mewarisi
takhta hingga hari ini

Tahukah Anda?  Sultan Iskandar Dzulkarnain, Sultan Perak ke-


Tun Saban dan saudara 15 (1752-1765) telah memperkemaskan sistem
perempuannya Tok Temong pentadbiran dan mula mengguna pakai
merupakan pembesar asal Undang-Undang 99 Perak
wilayah di negeri Perak. Tok
Temong merupakan
pemerintah di daerah
Temong, Perak sebelum
bermula pemerintahan
Sultan Muzaffar Shah. Pada
hari pertabalan baginda, Tok
Temong telah menghadiahi
baginda sebutir batu geliga
dinamakan Mestika Embun
yang dijadikan alat
kebesaran negeri Perak
hingga hari ini.
6.2.3 Pengasasan Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

Kesultanan Terengganu
Abad ke-18, Kesultanan
Terengganu diasaskan oleh
Keluarga diraja daripada susur
galur Bendahara Johor Riau

1708, Sultan Abdul Jalil


menganugerahkan Terengganu
kepada Tun Zainal Abidin (putera
Bendahara Johor Riau ke-11 dan
juga putera angkat Raja Patani).
Raja Patani menyediakan
kelengkapan untuk pertabalan Tun
Sultan Zainal Zainal Abidin
Abidin III
( 1881 – 1918 ). Tun Zainal Abidin berangkat ke Terengganu
diiringi keluarga Patani dan tokoh agama
serta alat kebesaran keris diraja dan keris
panjang Nang Chayam

1708, Tun Zainal Abidin menjadi


pengasas Kesultanan Terengganu
dengan gelaran Sultan Zainal Abidin I.
Pusat pemerintahan di Tanjung Baru,
Kuala Berang

Sultan Zainal Abidin III (1881-1918)


antara Sultan Terengganu yang masyhur
Peta menunjukkan
kerana membawa pemodenan. Antaranya
pusat pemerintahan
Kesultanan ialah:
Terengganu.
i. Penggubalan Undang-Undang bagi
Diri Kerajaan Terengganu
ii. Membina istana rasmi (Istana
Maziah)
iii. Menubuhkan pasukan polis
iv. Memperkenalkan sistem sukat dan
timbang
v. Menubuhkan mahkamah syariah
6.2.3 Pengasasan Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor

Kesultanan Selangor
Diasas oleh keluarga diraja Bugis yang
berpengaruh dalam Kesultanan Johor Riau
pada abad ke-18. Daeng Chelak menjadi
Yang di-Pertuan Muda Kesultanan Johor
Riau ketika itu

Putera Daeng Chelak, Raja Lumu


mengadap Sultan Perak, Sultan Mahmud
Shah untuk mendapat pengiktirafan dan
beliau ditabalkan sebagai Sultan Selangor,
dianugerahkan nobat dan cop mohor
Sultan Al’iddin
Kesultanan Selangor diasaskan oleh
Suleiman
Raja Lumu (1766) dengan gelaran
Shah.
Sultan Salehuddin Shah. Pusat
pemerintahan di Kuala Selangor.
Keturunan ini mewarisi takhta Selangor
hingga kini

Sultan Selangor masyhur ialah Sultan


Ala’iddin Suleiman Shah (1898-1938).
Antara sumbangan beliau ialah:

i. Pembinaan jalanraya dan landasan


keretapi
ii. Pembinaan rumah dam kedai
meningkat di Kuala Lumpur dan
Peta menunjukkan Klang
pusat pemerintahan
Kesultanan
Selangor.
LATIHAN OBJEKTIF

Tarikh :
Lampiran
2

1. Mengapakah wujud Kesultanan Pahang yang baharu pada tahun


1884?
A Perang Saudara
B Sultan digulingkan
C Persengketaan pembesar
D Sultan tidak meninggalkan zuriat

4. Antara berikut, yang manakah merupakan alat kebesaran yang dibawa


oleh Raja Muzaffar semasa berangkat ke Perak?
I Keris
II Nobat
III Pedang Cura Si Manjakini
IV Keris panjang Nang Chayam

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6. Tun Zainal Abidin berangkat ke Terengganu membawa bersama alat


kebesaran. Antaranya ialah sebilah keris. Apakah nama keris tersebut?
A Keris Taming Sari
B Keris Pendawa Lima
C Keris Sebilah Dua Belah
D Keris Panjang Nang Chayam

4. Apakah yang telah dianugerahkan kepada Raja Lumu bersempena


dengan pengiktirafan tersebut?
A Keris
B Pedang
C Kain sutera
D Nobat
LATIHAN STRUKTUR

Tarikh :
Lampiran
3

BAB 7 : KESULTANAN JOHOR RIAU DAN KERAJAAN- KERAJAAN


MELAYU

1 Peta berikut merupakan daerah-daerah yang terdapat dalam negeri Perak

(a) Jelaskan secara ringkas pengasasan kesultanan Perak.

.……………………………………………………………………………………………
Konstruk:

Mengingat …………………………………………………………………………………………...

…………………………………………………………………………………………….
(3 markah )
Aras:

Rendah
(b) Ceritakan latar belakang Tok Temong yang merupakan pembesar Perak.

…………………………………………………………………………………………...
Konstruk:

Mengingat …………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………….
(3 markah)
Aras:
(c) Sultan Iskandar Dzulkarnain telah memperkemaskan sistem pentadbiran negeri
Rendah Perak dan mula mengguna pakai Undang-undang 99 Perak .
Pada pandangan anda, mengapakah setiap negara perlu ada sistem perundangan?

.……………………………………………………………………………………………
K Konstruk:
B Menganalisis …………………………………………………………………………………………...
Aras:
A Tinggi
T …………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………….
(4 markah)
LATIHAN ESEI

Lampiran Tarikh :
4

1. Peta berikut menunjukkan Kuala Selangor sebagai pusat pemerintahan Kesultanan


Selangor.

(a) Nyatakan secara ringkas pengasasan Kesultanan Selangor (8Markah)

Konstruk : Mengingat Aras : Rendah

(b)
Sultan Ala’iddin Suleiman Shah (1989-1938)

Terangkan latar belakang baginda dan sumbangannya kepada negeri


tersebut. (8Markah)
Konstruk : Mengingat Aras : Rendah

(c) Huraikan kepentingan adat istiadat kepada generasi pada hari ini? (4Markah)
Konstruk : Menilai Aras : Tinggi

You might also like