You are on page 1of 7

Mata pelajaran Sejarah Sasaran Tingkatan 2

Tajuk Bab 6 : Kesultanan Johor Riau

Standard kandungan 6.2 Kesultanan Johor Riau dan Kerajaan-Kerajaan Melayu

Standard 6.2.1 Memerihalkan pengasasan Kesultanan Johor Riau


pembelajaran ( Nota Lampiran 1 dan 2)
6.2.2 Menghuraikan kegemilangan Kesultanan Johor Riau
( Nota Lampiran 3)
K6.2.5 Menjelaskan tanggungjawab pemimpin dan rakyat
dalam sebuah negara ( Latihan : Lampiran 5)

Objektif Pada akhir pembelajaran anda akan dapat:


pembelajaran a) Menjelaskan kronologi pengasasan Kesultanan Johor
Riau.
b)Menerangkan kegemilangan Kesultanan Johor Riau dari
aspek pusat perdagangan yang unggul, pengurusan
pelabuhan dan pusat persuratan.

Tempoh masa 2 jam nota dan latihan


Nota Rujuk lampiran 1, 2 dan 3
Aktiviti 1. Anda diminta membaca dan memahami nota yang
diberikan dalam Lampiran 1 hingga 3 (anda digalakkan
untuk membina peta minda/i-Think berdasarkan nota)
2. Jawab soalan pada lampiran 4 hingga 6 dengan merujuk
nota atau bahan lain seperti buku rujukan, laman sesawang
dan bahan bacaan lain.
Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan pada
Lampiran 4 hingga 6.

STANDARD PRESTASI
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
1 Mengetahui Pengasasan Kesultanan Johor Riau
2 Memahami Pengasasan Kesultanan Johor Riau
3 Menggunakan pengetahuan pengasasan Kesultanan Johor Riau untuk
memahami kegemilangan Kesultanan Johor Riau
4 Menganalisis maklumat yang berkaitan dengan Kesultanan Johor Riau
5 Membuat Penilaian tentang Kesultanan dan Kegemilangan Johor Riau
6 Menzahirkan idea yang rasional tentang Kesultanan dan Kegemilangan
Johor Riau

⚫ Nota perlu dibaca dan difahami

⚫ Pentaksiran perlu diselesaikan


NOTA

Lampiran
1 Tarikh :

6.1 Pengasasan Kesultanan Johor Riau


➢ Diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah
dan Tun Fatimah.
➢ Gelaran baginda ialah Sultan Alauddin Riayat Shah I
(1528-1564)
➢ Bendahara Seri Nara Negara Diraja dititahkan
menghimpunkan rakyat untuk membuka negeri di
pesisir Sungai Johor.
Pusat Pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua
➢ Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada
tahun 1528.
➢ Kedudukan strategik Kota Kara berhampiran sungai yang lebar dan dalam memudahkan
kapal untuk keluar masuk.
➢ Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara menjadi benteng pertahanan daripada
ancaman luar.

Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang


➢ Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1535.
➢ Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat pemerintahan di Kota Sayong.
➢ Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar melintasi sungai yang sempit.

Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama


➢ Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I memindahkan pusat pemerintahan ke Kota
Batu, Johor Lama.
➢ Kawasan ini juga dikenal sebagai Tanjung Batu
➢ Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang lebar dan dalam memudahkan
kemasukan kapal dagang.

Cabaran Ke Arah Kegemilangan


❑ Persaingan Johor-Acheh-Portugis
❑ Perang Johor – Jambi
❑ Konflik pembesar
❑ Ancaman Raja Kechil.
NOTA

Tarikh :
Lampiran
2
Strategi Menghadapi Cabaran
SP : K6.2.6 Menjelaskan Tanggungjawab Pemimpin dan Rakyat Dalam Sesebuah
Negara

❖ Pemindahan Pusat Pemerintahan


o Sebahagian besar pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau terletak di sepanjang pesisir
Sungai Johor.
o Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1677-1685), kegemilangan Kesultanan Johor Riau
diteruskan di Kepulauan Riau Lingga yang menjadi pusat pemerintahan yang baharu.
o Pusat pemerintahan sering berpindah disebabkan oleh keperluan strategi ketenteraan dan
pertahanan serta muslimat mempertahankan diri daripada ancaman Portugis dan Acheh

❖ Membina Kota Pertahanan


o Kota pertahanan yang dibina sering berubah mengikut lokasi pusat pemerintahan dan
mempunyai bentuk serta ciri yang tersendiri.
o Kota Kara
- Dibina semasa pengasasan kerajaan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I.
- Terletak di Kuala Sungai Telor.
- Pagar dibuat dengan pancang kayu besar setinggi 40 kaki (12 meter).
- Diperkuatkan dengan bedil dan meriam.

❖ Menjalin Hubungan dengan Belanda


o Kepimpinan Kesultanan Johor Riau mengekalkan kedaulatan kerajaan dengan mengadakan
perjanjian persahabatan dengan pihak Belanda.
o Dasar berbaik-baik dengan Belanda merupakan strategi untuk menghadapi ancaman
daripada Portugis di Melaka dan Acheh.
NOTA

Lampiran
3 Tarikh :

6.2 Kegemilangan Kesultanan Johor Riau


Pusat Perdagangan yang Unggul
❖ Pada abad ke-16 dan ke-17, Johor muncul sebagai pusat perdagangan yang menjadi
tumpuan pedagang.
❖ Keistimewaan yang menyebabkan Johor muncul sebagai pusat perdagangan yang unggul
ialah:
a) Kedudukan strategik
b) Tumpuan para pedagang
c) Pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barang dagangan
d) Kesibukan pelabuhan Johor Riau

Pengurusan Pelabuhan
 Kecekapan pelabuhan Kesultanan Johor Riau mengendalikan barang dagangan dan
kemampuannya membekalkan semula kapal dengan cepat dan murah merupakan antara
faktor utama yang menjadikan pelabuhannya sebagai entrepot.

a) Kemudahan Pelabuhan
b) Urusan jual beli secara tukar barang dan mata wang
c) Sistem naungan
d) Peranan Orang Laut
e) Kemudahan membaiki dan membina kapal
Pusat Persuratan
 Penghasilan karya persuratan membuktikan Kesultanan Johor Riau juga tidak ketandusan
dengan karya agung dari tokoh persuratan yang berkaliber.
 Batu Sawar dan Pulau Penyengat, Riau memainkan peranan penting dalam perkembangan
penulisan karya persuratan berkaitan kerajaan Melayu.

Karya Agung
 Kesultanan Johor Riau banyak menghasilkan karya agung. Karya agung bermaksud karya yang
tertulis dalam bahasa Melayu yang mampu mencetuskan unsur pemikiran, sistem nilai dan
kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu.
 Karya agung melambangkan pencapaian unggul dalam tamadun Melayu yang mencerminkan
pemikiran dan pandangan hidup bangsa melayu

Sulalatus Salatin
❖ Bermaksud Salasilah Raja-raja atau Peraturan Segala Raja-raja
❖ Naskah asal Bernama Hikayat Melayu telah disusun dan ditulis semula oleh Tun Seri Lanang
pada tahun 1612
❖ Kandungannya menceritakan asal-usul keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat kerajaan
dan Sejarah kesultanan Melayu Melaka

Tokoh Persuratan : Tun Sri Lanang


❖ Nama sebenar ialah Tun Muhammad bin Tun Ahmad Paduka Raja.
❖ Dilahirkan di Bukit Seluyut, Kota Tinggi pada tahun 1565.
❖ Menjadi Bendahara Johor semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II
❖ Menyusun dan menulis semula Sulalatus Salatin atas titah Raja Abdullah, adinda Sultan
Alauddin Riayat Shah II
LATIHAN OBJEKTIF

Tarikh :
Lampiran
4

1. Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Johor Riau?


A Sultan Ibrahim
B Sultan Mahmud Shah
C Sultan Alauddin Riayat Shah I
D Sultan Alauddin Riayat Shah II

2. Di manakah terletaknya pusat pemerintahan pertama Kesultanan Johor Riau?


A Kota Kara
B Kota Batu
C Kota Selayut
D Kota Sayong

3. Apakah punca berlakunya Perang Seratus Tahun?


A Tindakan Acheh ingin menguasai Melaka
B Tindakan Portugis ingin menguasai Johor
C Tindakan ketiga-tiga kuasa ingin menguasai Selat Melaka
D Tindakan ketiga-tiga kuasa ingin menguasai Alam Melayu

4. Raja Kechil menyerang Johor pada tahun 1718. Mengapakah serangan tersebut
berlaku?
A Mengalahkan Portugis
B Menguasai perdagangan
C Menuntut takhta kerajaan
D Merampas kuasa kerajaan

5. Pada akhir abad ke-18, mata wang asing turut digunakan di pelabuhan Kesultanan
Johor Riau. Apakah nama mata wang asing tersebut?
A Dolar Portugis
B Dolar Bristish
C Dolar Amerika
D Dolar Sepanyol
LATIHAN STRUKTUR

Tarikh :
Lampiran
5
BAB 2 : KESULTANAN JOHOR RIAU

1 Pada abad ke-16 dan ke-17, Johor muncul sebagai pusat perdagangan yang
menjadi tumpuan pedagang.

(Buku teks m.s 104-107)

a Terangkan faktor kedudukan yang strategik membantu Johor muncul


sebagai pusat perdagangan yang unggul.
i
Konstruk:
.……………………………………………………………………………………
Mengingat ii
.……………………………………………………………………………………
Aras:
iii
Rendah
………………………………………………………………………………………

(3 markah )

b Namakan tiga contoh pedagang luar yang berdagang di pelabuhan


Kesultanan Johor Riau beserta barang dagangannya ?.

Konstruk: ………………………………………………………………………………………
Meningat
………………………………………………………………………………………
Aras:
Tinggi ………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

(3 markah)

c Sebagai pemerintah cadangkan usaha yang boleh dilakukan untuk


menambah baik pelabuhan di negara kita.

……………………………………………………………………………………
Konstruk:
K Menilai ……………………………………………………………………………………
B
A Aras: ………………………………………………………………………………………
T Tinggi
……………………………………………………………………………………
(4 markah)
LATIHAN ESEI

Tarikh :
Lampiran
6
1.Rajah berikut menunjukkan persaingan kuasa yang berlaku dalam Kesultanan Johor Riau.

Johor

Portugis Acheh

(a) Jelaskan persaingan yang berlaku antara kuasa-kuasa tersebut. (6 Markah)

(b) Bagaimanakah Kesultanan Johor Riau berjaya mengekalkan kedaulatan


kerajaannya melalui jalinan hubungan dengan Belanda? (8 Markah)

(c) Sekiranya anda seorang pemimpin negara hari ini, jelaskan tindakan yang akan
anda lakukan bagi menghadapi cabaran yang boleh menggugat kedaulatan
negara. (6 Markah)

You might also like