You are on page 1of 10

KSSM

KSSM

Topikal
Kedaulatan Negara
Perlembagaan Persekutuan
Raja Berperlembagaan & Demokrasi Berparlimen
Sistem Persekutuan
Pembentukan Malaysia
Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
Membina Kesejahteraan Negara
Membina Kemakmuran Negara
Dasar Luar Malaysia
Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia
Kedaulatan
Negara
1.1 Konsep Kedaulatan
1.2 Ciri Negara yang Berdaulat
1.3 Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
1.4 Langkah Mempertahankan Kedaulatan
1.1 Konsep Kedaulatan
Takrifan Umum Kedaulatan:
Takrif Kedaulatan
Kedaulatan merujuk kepada Bahasa Yunani
kuasa tertinggi sesebuah Supernuus atau Superanus yang bermaksud agung atau
kerajaan bagi menjalankan tertinggi. Merujuk negara yang bebas dan merdeka.
pemerintahan negara yang
Bahasa Inggeris
bebas dan merdeka.
Sovereignty yang bermaksud negara mempunyai kuasa
penuh terhadap pemerintah
Bukti: Di era Kesultanan Bahasa Arab
Melayu Melaka Daulah yang bermaksud kuasa pemerintah sesebuah
kerajaan
Pengukuhan kedaulatan: Bahasa Melayu
Kemerdekaan Tanah Melayu Daulat yang bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap
1957 dan pembentukan pemerintahan negara
Malaysia 1963
Pandangan Tokoh: Konsep Kedaulatan
Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara.
Kedaulatan merujuk kerajaan yang terikat undang-undang.- Aristotle (Falsafah Yunani)

Kedaulatan merupakan kekuatan atau kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat


kekitaan bangsanya. Kekuatan semangat kekitaan yang diiringi dengan kekuatan semangat
beragama menyebabkan sesuatu bangsa rela untuk berkorban demi mencapai cita-cita yang
sama..- Ibnu Khaldun (Ilmuwan Islam)

Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sesebuah negara. Kedaulatan mempunyai


sifat kekal dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas untuk membuat undang-undang,
mentafsir dan melaksanakannya. – Jean Bodin (Falsafah Politik Perancis)

Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa


memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. – Tunku Abdul Rahman

Kedaulatan merupakan asas negara yang merdeka. Memiliki kebebasan pada peringkat
antarabangsa bersama dengan hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negeri
tanpa telunjuk asing – Tun Dr. Mohamed Salleh Abas (Mantan Hakim Negara)
Jenis Kedaulatan
Kedaulatan Tradisional Kedaulatan Moden
Merujuk kepada sistem Dikaitkan dengan idea
pemerintahan berkuasa kemunculan negara bangsa
mutlak. Kedaulatan terletak selepas Rev. Keagungan di
pada kekuasaan dan England dan Rev. Perancis.
kewibawaan Raja Melayu. Selepas Perang Dunia 1,
Raja mempunyai kuasa kedaulatan dikaitkan dengan
tertinggi & diperkukuhkan oleh nasionalisme. Kedaulatan
taat setia rakyat Malaysia hasil dari gabungan
negeri (PTM 1957 & Malaysia
1963)

Kedaulatan Antarabangsa
Kedaulatan Undang-undang
Pengiktirafan PBB terhadap
Bermaksud kerajaan dan
sesebuah negara yg tidak
rakyat terikat dengan undang-
boleh dicabuli oleh negara lain.
undang. Matlamatnya
Deklarasi Hubungan
menjamin keadilan serta
Persahabatan PBB 1970,
menjadikan negara aman,
mengesahkan prinsip
makmur & stabil. Badan
persamaan kedaulatan dari
kehakiman melaksanakan &
segi undang-undang
memelihara undang-undang.
antarabangsa. Negara
Prinsip ke-4 Rukun Negara.
Malaysia diiktiraf oleh PBB
1.2 Ciri Negara yang Berdaulat
A. MEMPUNYAI PEMERINTAHAN
• Bertanggung jawab menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan & ekonomi.
• Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan & Demokrasi Berparlimen.
• Ketua negara ialah YDPA , manakala ketua kerajaan Perdana Menteri.

B. MEMPUNYAI SEMPADAN
• Sempadan merupakan garis pemisah antara negeri atau negara.
• Sempadan Malaysia diakui oleh masyarakat antarabangsa khasnya PBB.
• Penetapan sempadan memudahkan urusan pentadbiran, pertahanan dan ekonomi.

C. MEMPUNYAI PERUNDANGAN
• Sistem perundangan menjadi asas kepada peraturan negara.
• Kepentinganya utk memelihara kesejahteraan, melindungi rakyat & menjamin keadilan
• Parlimen bertanggung jawab mengubal dan menentukan perundangan negara.
• Asas perundangan negara berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

D. MEMPUNYAI RAKYAT
• Merupakan penduduk sesebuah negara yang terikat dengan undang-undang.
• Rakyat terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan adat resam
• Rakyat disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara dan
identiti nasional yang sama
1.3 Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
Keberkesanan Pentadbiran
• Mentadbir tanpa campur tangan luar
• Pentadbiran berkesan melalui Jemaah Menteri & Kementerian
• Kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan
• Pentadbiran berkesan dengan adanya peruntukan undang-undang dalam perlembagaan

Kemakmuran Ekonomi
• Selepas merdeka pelbagai usaha dilakukan utk meningkatkan taraf hidup rakyat
• Pembangunan ekonomi meliputi bidang pertanian, perdagangan & perindustrian melalui
dasar pembangunan negara

Kesejahteraan Sosial
• Negara dapat melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan.
• Bagi memupuk perasaan muhibbah dan mengukuhkan perpaduan, aspek Bahasa
Kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara diperkenalkan

Kecemerlangan Hubungan Luar Negara


• Kedaulatan negara dapat memberikan hak utk negara menjalinkan hubungan diplomatik.
• Melalui hubungan ini negara dapat mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam
pelbagai bidang.
• Keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa meningkatkan
imej dan negara luar mengiktiraf peranan Malaysia.
1.4 Langkah Mempertahankan Kedaulatan
1. MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK & KEMAKMURAN EKONOMI
PEMERINTAH RAKYAT
• Wujudkan pentadbiran yang cekap • Setia kepada raja dan negara
• Mengelakkan amalan rasuah • Menyokong segala usaha dan dasar kerajaan
• Agihan sumber kekayaan negara yg adil • Memupuk kerjasama antara kaum
• Melaksanakan undang-undang negara mengikut • Mematuhi undang-undang negara
perlembagaan

2. MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM


PEMERINTAH RAKYAT
• Mengubal dasar & undang-undang berkaitan • Mengunakan bahasa kebangsaan & menghayati
dgn perpaduan & integrasi nasional. Rukun Negara.
• Memastikan keberkesanan dasar berkaitan dgn • Memahami & menghormati agama & budaya
bahasa, kebudayaan & pendidikan. pelbagai kaum.
• Merangka program atau kempen memupuk • Mengamalkan semangat perkongsian, toleransi
perpaduan dan integrasi nasional. & saling menghormati.
• Memperuntukan belanjawan utk program • Libatkan diri dalam program kemasyarakatan utk
memupuk perpaduan. memupuk kerjasama kaum
1.4 Langkah Mempertahankan Kedaulatan
3. MEMUPUK PATRIOTISME
PEMERINTAH RAKYAT
• Menganjurkan Sambutan Hari kebangsaan & • Menghormati lambang negara seperti Jalur
Hari Pahlawan. Gemilang, Jata Negara & .lagu Negaraku.
• Mewajibkan mata pelajaran Sejarah (Subjek • Menyanjung & menghargai adat dan warisan
teras) negara.
• Menganjurkan kempen, menerbitkan filem atau • Meningkatkan imej negara.
rencana melalui media. • Menghargai tokoh yang memperjuangkan
• Memberi pengiktiran kpd yang berjasa dan kemerdekaan & kedaulatan negara.
mengabadikan nama mereka pada bangunan
atau jalan.

4. MENGUKUHKAN PERTAHANAN NEGARA


PEMERINTAH RAKYAT
• Mengubal dasar & undang-undang melindungi • Peka terhadap isu keselamatan negara.
keselamatan negara. • Mengelakkan kolaborasi dgn pihak luar yg boleh
• Mengadakan perjanjian pertahanan & latihan mengancam negara..
dengan negara serantau & antarabangsa. • Sanggup berkorban dan menganggotai pasukan
• Memodenkan aset tentera & memastikan tentera keselamatan serta pasukan sukarelawan utk
sentiasa bersiap siaga menghadapi cabaran. mempertahankan negara.

You might also like