You are on page 1of 8

MUHAMMAD

ANIQ FARHAN
BIN NOOR AZUAD
KELAS 4 KOTA SEROJA
2019
KAJIAN KES SEJARAH
TUN PERAK
BIODATA TUN PERAK
Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang (meninggal dunia 1498)
ialah Bendahara Melaka yang ke-5 adalah Bendahara yang termasyhur antara semua
bendahara Melaka. Pangkat ini yang membawa gelaran "Bendahara Paduka Raja"
dalam Kesultanan Melayu Melaka adalah setanding dengan Perdana Menteri moden. Tun
Perak, bersama-sama dengan Aria Gajah Mada dari Majapahit, dan Raja
Kenayan dari Pasai, telah dianggap sebagai tiga orang pentadbir yang teragung di
alam Melayu pada abad ke-15.

Tun Perak ialah anak Bendahara Seri Wak Raja dan beliau telah menjadi Penghulu
Kelang dari tahun 1445 ketika berlangsungnya permusuhan antara kerajaan Siam dan
Melaka. Maka, Tun Perak diperintahkan untuk datang ke Melaka bersama-sama orang
Kelang yang lain, lelaki mahupun perempuan. Tindakan Tun Perak membawa sekali
golongan perempuan menimbulkan persoalan pada Sultan Muzaffar Syah kerana mereka
dikehendaki berperang. Tun Perak memberi alasan bahawa kedatangan perempuan adalah
supaya lelaki akan berperang lebih bersungguh-sungguh untuk melindungi anak dan isteri
mereka.

Setelah menewaskan percubaan Siam untuk menakluk Melaka pada tahun 1446, beliau
dilantik oleh baginda Sultan Muzaffar Syah sebagai Bentara. Konklusinya,Pembunuhan
Tun Perak sangat dasyat sampaikan kita tidak mampu membayangkannya.

RINGKASAN BIODATA TUN PERAK


PERANAN TUN PERAK
Mengukuhkan Kesultanan Melayu Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Mencadangkan pewaris takhta bagi menjamin kedaulatan dan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

Mencadangkan Sultan Alauddin Riayat Shah dan Sultan Mahmud Shah untuk dilantik sebagai Sultan
Melaka

Menjalankan tugas rasmi atas arahan Sultan ketika Sultan gering ataupun ke luar negara.

Mentadbir Melaka dengan penuh amanah ketika Sultan Mansur Shah dan rombongannya ke Majapahit
atas urusan rasmi

Tun Perak mementingkan hubungan antarabangsa bagi menjamin Kedaulatan Kesultanan Melayu
Melaka

Menjalinkan hubungan dengan China dan Siam

Kesannya kerajaan Siam tidak lagi menyerang Melaka sebaliknya membekalkan kayu jati dan beras
kepada Kesultanan Melayu Melaka

MENJADI PENASIHAT SULTAN

Menjadi penasihat kanan Sultan dalam bidang pentadbiran

Cekap dalam membantu Sultan menggubal dasar-dasar kerajaan

Membantu Sultan Melaka membangunkan Kesultanan Melayu Melaka menjadi sebuah pusat
perdagangan

Menyediakan kemudahan gudang dan rumah tumpangan bagi menarik pedagang untuk singgah ke
Pelabuhan Kerajaan Melaka

Melantik Kapitan bagi pedagang asing

PERANAN TUN PERAK DALAM MEMBINA KEGEMILANGAN KERAJAAN MELAYU


MELAKA

Menggalakkan kehadiran ulama ke Melaka

Menasihati Sultan supaya memerintah negara mengikut ajaran Islam

Mengamalakan sikap merendah diri

MENJALANKAN TUGAS-TUGAS PENTADBIRAN ATAS ARAHAN SULTAN

Membantu Mengembangkan Agama Islam

Mencadangkan Pegganti Sultan

Menjalinkan Hubungan Antarabangsa


CIRI-CIRI KEPIMPINAN TUN PERAK

Menyatakan Sifat-sifat Kepimpinan Tokoh Yang Boleh Dijadikan Contoh

Menjadi pemimpin yang cekap dan bijaksana

Menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar

Berfikiran jauh ke hadapan

Berusaha memajukan negara

Berani bersuara kepada kuasa dalam mahupun luar

Memiliki rasa percaya diri yang tinggi


Menghubungkaitkan Kebijaksanaan Tokoh Dalam Membentuk Sahsiah Individu

Seorang pemimpin perlu membantu pemerintah dalam urusan pentadbiran dengan


memberikan buah fikiran yang bernas.

Bijak merancang strategi bagi memajukan negara.

Merancang kaedah untuk mengekalkan kedaulatan negara.

Berusaha mewujudkan sistem pentadbiran yang berkesan.

Menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab.

Mengutamakan keamanan dan kedaulatan negara.


GAMBAR YANG MENGGUNAKAN NAMA TUN PERAK
tamat

You might also like