You are on page 1of 12

SEMESTER 1, 2021/2022

AIL2003: KESULTANAN MELAKA SEHINGGA ABAD KE-16


TAJUK SOALAN 4:

PEMISAHAN INDIA MERUPAKAN PERISTIWA YANG


Analisis bentuk-bentuk hubungan diplomatik yang
TIDAK BOLEH
dipraktikkan DIELAKKAN.Kesultanan
oleh pemerintah HUJAHKAN.Melaka.

PENSYARAH DR. MARDIANA BINTI NORDIN

NAMA PELAJAR DARWISY HAIKAL BIN RASIP U2002716


PENGENALAN

Hubungan diplomatik adalah sebuah hubungan antarabangsa antara sebuah

kerajaan dengan kerajaan yang lain. Hubungan ini telah terjalin dalam masa yang baru

dan terdapat juga hubungan yang terjalin sejak sekian lama. Hubungan ini

memberikan banyak kelebihan kepada setiap negara yang mengamalkannya. Sejak

zaman pra-Islam hubungan diplomatik telah muncul di Nusantara. Empayar Funan

sebagai sebuah kerajaan yang Melayu yang tertua dan terbesar antara yang

mengamalkan hubungan diplomatik.1

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, hubungan diplomatik telah pun

dilaksanakan oleh pemerintah Melaka seperti Sultan Muzaffar Shah, Sultan Alauddin

Riayat Shah dan Sultan Mansur Shah. Kerajaan Melaka mempunyai pelbagai

hubungan diplomatik dengan kerajaan luar seperti China, Ryukyu, Siam dan Turki.

Hubungan diplomatik yang dijalankan mempunyai pelbagai jenis hubungan seperti

hubungan perdagangan, perkahwinan, dan perlindungan. Hubungan diplomatik dalam

pelbagai bentuk ini memberikan kelebihan yang banyak kepada Melaka. Pemerintah

Melaka sangat bijak dalam mengadakan hubungan diplomatik kerana memiliki

bendahara yang hebat seperti Tun Perak. Tun Perak yang menyandang jawatan

Bendahara Paduka Raja yang memang cukup dikenali sebagai seorang yang bijak

dalam berdiplomasi. 2 Melaka menjadi sebuah kerajaan Melayu yang besar kerana

melakukan hubungan diplomatik dengan banyak kerajaan. Hubungan tersebut telah

membuatkan Melaka lebih aman, aktiviti perdagangan semakin rancak, ekonomi

meningkat dan menjadi pusat penyebaran agama Islam di kawasan timur sehingga

menarik minat penjajah barat untuk datang ke timur dan melakukan penjajahan.

1
Salmah Jan Noor Muhammad, “Kerencatan Hubungan Diplomatik Kesultanan Melayu Melaka, Johor
dan Acheh.”, Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Bil 25, 2017, hlm. 107-136.
2
Fazliyana Mustafa, "Kepetingan Kepimpinan Tun Perak Dalam Kesultanan Melayu Melaka", Master
Thesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 175.
HUBUNGAN PERLINDUNGAN

Melaka dan China memulakan hubungan diplomatik secara rasmi pada zaman

pemerintah China iaitu Maharaja Ming Cheng Zhu yang ingin memberitahu tentang

kekuasaan dan kekayaan yang dimiliki oleh China. 3 Pemerintah Melaka telah

mengambil kesempatan atas kedatangan wakil China di Melaka untuk tidak berada

dibawah ancaman Siam. Melaka beranggapan bahawa China sebagai sebuah kuasa

yang besar mampu melindunginya daripada ancaman Siam.

Ini berikutan Melaka yang enggan membayar ufti sebanyak 40 tahil emas

kepada Siam. Siam kemudian mengancam untuk melakukan serangan keatas Melaka

sekiranya mereka tidak membayar ufti. Melaka telah bertindak dengan menghantar

wakil ke China pada tahun 1403 bagi memaklumkan tentang rancangan Siam

menyerang Melaka. 4 Kemudian, Melaka menghantar wakil pada tahun 1405 bagi

tujuan untuk memohon perlindungan China daripada ancaman Siam. Tindakan yang

dibuat oleh Melaka ini menimbulkan kemarahan Siam. Siam telah melakukan tindak

balas dengan melakukan serangan keatas Melaka dan merampas stempel kerajaan.

Maharaja Ming Cheng Zhu telah mengetahui tentang perkara ini dan mengarahkan

Siam untuk memulangkan semula stempel milik Melaka. China telah menghantar

Cheng Ho untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Hasil daripada Tindakan China tersebut, Siam akhirnya memulangkan semula

stempel milik Melaka dan memohon maaf kepada China. Selepas daripada peristiwa

tersebut, kerajaan Ming mula melindungi Melaka daripada ancaman Siam.

Perlindungan yang diberikan China telah membuatkan aktiviti perdagangan Melaka

semakin rancak kerana ancaman daripada Siam berkurang. Selain daripada itu, Cheng

Ho telah mengiktiraf Parameswara sebagai sebagai seorang raja dan pemerintah


3
Mohd Khalil Yaakob & Syaimak Ismail, “Hubungan Diplomatik Melaka-China pada abad ke-15 dan
kesinambungan Kerjasama Melaka-China abad ke-21”, Jurnal Sains Sosial, Vol 2, 2017, hlm. 133..
4
Ibid., hlm. 134.
Melaka yang sah.5 Pengiktirafan yang diberikan oleh China sebagai sebuah kerajaan

yang besar ini memberi kelebihan yang besar kepada Melaka. Dengan pengiktirafan

tersebut, maka China merupakan kerajaan luar pertama yang mengiktiraf kedaulatan

Melaka. Hubungan perlindungan yang terjalin ini bukan sahaja melindungi Melaka

daripada Siam, tetapi turut melindungi ancaman lanun di Selat Melaka. Para pedagang

dapat berniaga dengan bebas tanpa sebarang ancaman. Ekonomi Melaka pun turut

akan bertambah dan berkembang dengan lebih baik.

Selain itu, Melaka juga memberikan hubungan perlindungan kepada negeri sekitar

seperti Pahang. Tindakan ini dibuat adalah kerana Pahang mempunyai sumber hasil

makanan yang banyak. Hubungan Melaka dan Pahang ini dapat membantu Melaka

untuk memperoleh bekalan makanan yang mencukupi. Selain itu, Pahang juga dapat

memberikan Melaka bantuan lain seperti tentera dan ufti.

HUBUNGAN PERSAHABATAN

Hubungan persahabatan antara Melaka dan kerajaan lain adalah sangat penting.

Hubungan ini akan membawa kebaikkan kepada Melaka dalam pelbagai cara.

Hubungan yang terjalin ini membuatkan kedua-dua pihak sering bertukar-tukar

pandangan, membantu menyelesaikan masalah dan menguatkan aktiviti perdagangan.

Melaka dan China telah menjalinkan hubungan yang rapat sejak 1400 Masihi.

Hubungan yang akrab tersebut dibuktikan lagi dengan lawatan-lawatan di Raja oleh

kedua-dua belah pihak. Kerajaan Ming di China sangat menekankan hubungan

persahabatan serta sentiasa memelihara hubungan dengan kerajaan lain. 6 Kemudian,

sebanyak 13 kali utusan Melaka telah dihantar ke China selama hampir 10 tahun.

Rombongan yang datang dari Melaka telah menerima pelbagai barangan berharga

5
Ibid.
6
Ibid., hlm 135.
seperti kuda berpelana, batu permata, 500 auns perak, 100 auns emas dan 400 000

kwan wang kertas.7 Pemberian daripada China ini menunjukkan bahawa China sangat

menghargai hubungan persahabatan dengan Melaka. Antara pemerintah Melaka yang

pernah membuat kunjungan ke China adalah Parameswara, Megat Iskandar Syah dan

Sri Maharaja. Hubungan persahabatan ini menjadikan Melaka mempunyai kawan

untuk meminta bantuan apabila berada ddidalam kesusahan dari pelbagai aspek

seperti ketenteraann dan juga ekonomi.

Melaka mempunyai hubungan dengan kawasan Sumatera kerana kawasan

tersebut berada dibawah takluk Melaka. Tetapi berbeza dengan kawasan timur

Sumatera yang mempunyai sama taraf dengan Melaka. Kesultanan Pasai merupakan

kerajaan dikawasan tersebut mempunyai hubungan persahabatan dengan Melaka.

Hubungan ini bertambah kukuh dengan ikatan perkahwinan serta aktiviti perdagangan

yang rancak antara kedua-dua kerajaan. Sultan Iskandar Shah dari Melaka telah

mengahwini Puteri Raja Pasai iaittu Sultan El-Abedin setelah memeluk Islam pada

tahun 1414.8

Melaka juga telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam sewaktu

zaman Tun Perak. Hubungan Melaka dan Siam sebenarnya agak dingin sebelum

Melaka menerima perlindungan dengan China. Melaka dan Siam sering bertempur

dan berperang kerana Siam bercita-cita untuk menawan Melaka. Tun Perak

berpendapat Melaka perlu menjalinkan dan mempunyai hubungan yang baik dengan

Siam. Ini kerana tindakan ini dapat membantu Melaka mengatasi masalah bekalan

makanan dan hubungan perdagangan yang lebih rancak dapat dilaksanakan. Tun

Perak telah menasihati Sultan Muzaffar Shah tentang perkara tersebut serta

7
Victor Purcell, The Chinese in Malaya, Kuala Lumpur, Oxford University Press, 1967, hlm. 18.
8
Dr. Mohd Roslan Bin Mohd Nor & Ruzanah Binti Mohd Rozi, “Kesultanan Melayu dan Hubungan
Antarabangsa”, dlm. Rumaizi Ahmad& Mohd Roslan Mohd Nor, Baldatun Tayyibah: Model
Kesultanan Melayu Nusantara, Selangor: Persatuan Ulama Malaysia, 2015, hlm. 147.
menghantar utusan damai. Tun Telenai dan Menteri Jana Putra telah diutuskan ke

Siam sebagai wakil dari Melaka oleh Tun Perak. 9 Langkah yang dibuat oleh Tun

Perak ini membuahkan hasil apabila permusuhan antara Melaka dan Siam telah

berjaya ditamatkan. Pedagang antara kedua-dua dapat berdagang dengan selamat

tanpa sebarang ancaman.

Melaka dan Turki mempunyai persahabatan dan persaudaraan yang rapat.

Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, baginda telah menjalinkan hubungan

dengan pemerintah Turki iaitu Sultan Muhammad al-Fatih pada tahun 1471. Sultan

Mansur Shah telah menggunakan gelaran Mansur Pasha bagi memperaku kekuasaaan

Uthamaniyyah serta menghormati hubungan diplomatik yang dibina. 10 Selain itu,

Melaka pernah menutuskan Hang Tuah sebagai duta Melaka ke Turki untuk

mendapatkan bekalan senjata seperti Meriam dan peluru. Turki membantu Melaka

mendapatkannya kerana pada ketika itu Turki adalah kerajaan Islam yang mempunyai

senjata api yang canggih. Senjata api yang diperoleh itu digunakan untuk melawan

musuh seperti Portugis dan musuh lain. Hubungan Melaka dan Turki berterusan

dengan baik sehingga Portugis menakluk kota Melaka.

HUBUNGAN BERBENTUK KEAGAMAAN

Melaka sebagai sebuah kerajaan yang menerima kedatangan pedagang dari

pelbagai tempat telah menerima pedagang-pedagang dari asia barat. Kedatangan

mereka dengan membawa Islam dan dakwah telah diterima oleh pemerintah Melaka

pada ketika itu. Perkara ini menjadikan Melaka sebagai pusat penyebaran agama

Islam di kawasan timur.

9
Fazliyana Mustafa, "Kepetingan Kepimpinan Tun Perak Dalam Kesultanan Melayu Melaka", Master
Thesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 185.
10
Mohd Khalil Yaakob, Kebijaksanaan Pemerintahan Sultan Melaka 1446-1488, Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 2020, hlm. 116.
Hubungan berbentuk keagaamaan telah menjadikan hubungan Melaka dan

Pasai semakin akrab dan rapat. Ini kerana Pasai pada ketika itu merupakan sebuah

negara atau kerajaan Islam yang mempunyai ramai ulama hebat yang boleh dijadikan
11
rujukan untuk segala permasalahan. Hal ini kerana Pasai merupakan pusat

penyebaran Islam sebelum Melaka mengambil alih peranan Pasai. Sultan Muzaffar

Shah pernah memerintahkan supaya kitab “Durr Al Manzum” diterjemahkan di Pasai


12
dalam Bahasa Melayu. Tun Pematakan telah diutuskan ke Pasai untuk

penterjemahan kitab tersebut.13 Selain itu, hubungan ini dibuktikan lagi dengan Pasai

menjadi tempat perbincangan tentang isu penghuni syurga dan neraka sebelum

perkara tersebut disampaikan semula di Melaka.14

Terdapat banyak persoalan-persoalan dan permasalahan agama yang di bawa

Pasai untuk dibincangakan sebelum dibawa semula ke Melaka. Hubungan yang

terjalin ini dapat membantu Melaka memantapkan ilmu keagamaan. Bukan itu sahaja,

hubungan berbentuk keagamaan ini juga memberikan Melaka dalam kelebihan seperti

penyebaran dan dakwah Islam dengan lebih luas di Kota Melaka. Selain itu, wakil

juga dihantar dari Melaka ke Pasai untuk mempelajari ilmu agama dengan lebih

mendalam supaya dapat membantu Melaka menyelesaikan masalah yang berbangkit.

Pertukaran perwakilan antara kedua-dua pihak menunjukkan pemerintah kedua-dua

kerajaan sangat mementingkan keagamaan.

Selain itu, Melaka juga mempunyai hubungan dengan Pattani. Hubungan ini

terjalin sebelum Raja Pattani memeluk Islam. Raja Pattani telah memeluk Islam

11
Fazliyana Mustafa, "Kepetingan Kepimpinan Tun Perak Dalam Kesultanan Melayu Melaka", Master
Thesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2002, hlm.186.
12
Syaimak Ismail, Muhammad Saiful, Muhammad Anas& Mohd Khairi, Kegemilangan Islam Melaka
Di Bawah Dua Generasi Pemerintah (1445-1477), Jurnal Melayu, Vol. 20 (1), 2021, hlm. 72.
13
Ramlah Adam, Hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka dengan kawasan sekitar dan
antarabangsa, Kertas Kerja Seminar Institusi Raja (Siraj IV) Hubungan Luar Kesultanan Melayu,
anjuran Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Kuala Lumpur, 29 September 2016, hlm. 8.
14
Syaimak Ismail, Muhammad Saiful, Muhammad Anas& Mohd Khairi, Kegemilangan Islam Melaka
Di Bawah Dua Generasi Pemerintah(1445-1477), Jurnal Melayu, Vol. 20 (1), 2021, hlm. 72.
kerana dikatakan Melaka mempunyai pengaruh yang kuat di Pattani. 15 Cau Seri

Bangsa telah memeluk Islam selepas Raja Pattani telah menghantar utusan ke Melaka

untuk memohon nobat. Sultan Mahmud Syah telah menganugerahkan nobat dan

memberi gelaran Sultan Ahmad Syah kepada Cau Seri Bangsa. Dengan itu, hubungan

Melaka dan Pattani menjadi lebih rapat dalam hubungan keagamaan. Pattani juga

mempunyai ramai para ilmuwan dan ulama yang hebat. Hubungan ini juga membantu

Melaka meluaskan lagi pengaruhnya serta hubungan-hubungan lain seperti

perdagangan menjadi lebih rancak.

HUBUNGAN BERBENTUK PERDAGANGAN

Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkenal dan menjadi

pelabuhan entrepot telah menarik minat pedagang dari seluruh dunia. Aktiviti

perdagangan yang rancak ini dibantu dengan hubungan diplomatik yang terjalin dan

dijalinkan oleh pemerintah-pemerintah Melaka. Hubungan diplomatik yang berbentuk

perdagangan ini banyak memberikan Melaka kelebihan.

Melaka mempunyai hubungan perdagangan dengan benua India sewaktu zaman

Sultan Mahmud Syah. Ini dapat dibuktikan apabila baginda mengutuskan Hang

Nadim untuk membeli kain ‘empat puluh bagai bunga-empat helai kain, pada sehelai

kain empat puluh bunganya’. 16 Hubungan Melaka dengan India dapat dibuktikan

dengan surat yang dibawa oleh Hang Tuah ke India. Surat berkenaan menceritakan

tentang Sultan Melaka yang memuji Sultan benua Keling yang merupakan pemilik

15
Muhd Jamil Mukmin, Melaka pusat penyebaran Islam di Nusantara, Kuala Lumpur: Institut Kajian
Sejarah dan Patriotisme Malaysia, 2004, hlm. 199.
16
Ramlah Adam, Hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka dengan kawasan sekitar dan
antarabangsa, Kertas Kerja Seminar Institusi Raja (Siraj IV) Hubungan Luar Kesultanan Melayu,
anjuran Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Kuala Lumpur, 29 September 2016, hlm. 11.
kepada negeri Bijaya Nagaram. 17 Ini membuktikan bahawa hubungan perdagangan

Melaka sangat luas dan begitu banyak banyak barang yang diperlukan di Melaka

sehingga perlu membeli dari luar.

Selain itu, Melaka juga mempunyai hubungan perdagangan dengan Ryukyu.

Hubungan terjalin bermula sekitar pemerintahan Raja Sho Toku dan Sultan Mansur

Shah. Ini dapat dibuktikan apabila pada tahun 1470 terdapat kandungan dokumen

yang dihantar kepada Sultan Melaka oleh Raja Ryukyu. 18 Didalam surat Rekidai

Hoan, Raja Ryukyu telah menulis surat kepada Sultan Melaka untuk mengucapkan

terima kasih kerana membenarkan membenarkan rombongan Ryukyu terlebih dahulu

untuk berdagang di Melaka tanpa gangguan.19 Pedagang Ryukyu telah berdagang di

Melaka dengan membawa barang-barang seperti emas, tembaga, senjata api, kotak

bersalut emas, kipas dan gandum.20 Pedagang-pedagang Ryukyu gemar berdagang di

Melaka kerana mereka mudah untuk memperoleh kain dari Bengal dan juga arak

Melaka. Hubungan perdagangan ini juga dibuktikan dengan kehadiran jong-jong

milik pedagang Ryukyu dan adakala mereka menumpang jong dari China. Ini

menunjukkan Melaka dan Ryukyu mempunyai hubungan perdagangan yang sangat

rapat. Penduduk tempatan juga berasa selesa kerana pedagang Ryukyu boleh

dipercayai, dihormati serta berpakaian kemas. Hubungan perdagangan Melaka dan

Ryukyu tamat apabila Portugis menguasai Kota Melaka dan pedagang Ryukyu beralih

ke Pattani.

Melaka turut menjalinkan hubungan dengan kerajaan sekitarnya seperti Jawa ,

siak dan kampar. Faktor ekonomi yang menyebabkan hubungan Melaka dan Jawa

17
Fazliyana Mustafa, "Kepetingan Kepimpinan Tun Perak Dalam Kesultanan Melayu Melaka", Master
Thesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 188.
18
Azlansyah Aman & Azhar Mad Aros, Sejarah Perdagangan Maritim Ryukyu serta Hubungannya
dengan Melaka, Jurnal Sejarah, Vol 25 (2), 2016, hlm. 64.
19
Ibid., hlm. 65.
20
Ibid., hlm. 69.
wujud. Beras telah dimport oleh Melaka dari Jawa manakala Jawa pula mengeksport

bahan-bahan mentah seperti rempah ke Melaka. 21 Tindakan Melaka ini dapat

mengurangkan masalah bekalan makanan yang utama seperti beras di Melaka. Ini

kerana penduduk Melaka semakin bertambah apabila kerajaan Melaka itu semakin

maju. Selain itu, Melaka juga turut mempunyai hubungan perdagangan dengan Siak

dan Kampar. Melaka mendapatkan emas daripada kedua-dua kerajaan tersebut.

Hubungan perdagangan Melaka dan Pasai juga sangat baik apabila terdapat jual beli

seperti lada hitam, emas dan juga beras daripada kedua-dua buah kerajaan. Hubungan

perdagangan telah banyak membantu meningkatkan ekonomi kerajaan Melaka.

Melaka juga mempunya hubungan perdagangan dengan Turki Uthmaniyyah.

Didalam rekod Portugis ada mendakwa bahawa terdapat orang-orang turki yang

datang ke Melaka melakukan aktiviti perdagangan dengan aktif. Kehadiran orang

Turki ke Melaka adalah hampir setiap tahun dengan membawa 5 buah kapal dagang

ke Melaka.22 Antara barang dagangan yang diperlukan oleh pedagang Turki adalah

seperti sutera, porselin, emas Mutiara dan minyak wangi. Hubungan perdagangan

Melaka dan Turki membuktikan lagi bahawa Melaka memang terkenal sehingga ke

eropah. Perdagangan merupakan satu aktiviti yang sangat penting untuk Melaka dan

kerana itu pemerintah Melaka sangat menjaga hubungan diplomatik ini dengan baik.

21
Fazliyana Mustafa, "Kepentingan Kepimpinan Tun Perak Dalam Kesultanan Melayu Melaka",
Master Thesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 188.
22
Mohd Khalil Yaakob, Kebijaksanaan Pemerintahan Sultan Melaka 1446-1488, Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 2020, hlm. 114.
KESIMPULAN

Jelas dapat dilihat bahawa Melaka mempunyai pelbagai jenis hubungan

diplomatik dengan kerajaan luar. Antara hubungan diplomatik yang wujud antara

Melaka dan kerajaan luar adalah seperti hubungan perlindungan, persahabatan,

keagamaan dan perdagangan. Hubungan diplomatik tersebut banyak memberi

kelebihan kepada Melaka berbanding kelemahan. Hubungan diplomatik yang berlaku

menunjukkan bahawa Melaka mempunyai pemerintah yang bijaksana serta cakna

kepada keperluan semasa. Hubungan perlindungan yang memberikan melaka

kelebihan seperti tiada lagi ancaman dari kuasa lain seperti Siam membuatkan aktiviti

perdagangan Melaka berjalan dengan lancar tanpa sebarang ancaman.

Hubungan persahabatan antara Melaka dan China juga memberi kelebihan

kepada Melaka seperti lebih banyak pedagang China berdagang di Melaka dengan

membawa lebih banyak barangan serta pertukaran idea antara kedua-dua kerajaan.

Hubungan Keagamaan menyebabkan Melaka dan Pasai semakin rapat malah Pasai

menjadi tempat rujukan untuk Melaka mendapatkan jawapan kepada setiap

permasalahan dalam agama yang timbul. Hubungan perdagangan pula mengubah

Melaka menjadi kepada sebuah pelabuhan entrepot yang sangat hebat. Hubungan

Melaka dengan Ryukyu membuktikan Melaka mempunyai hubungan dengan kerajaan

di Asia Timur selain China. Hubungan dengan Jawa pula dapat membantu Melaka

mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan. Hasil daripada hubungan

diplomatik yang dijalankan pada akhirnya begitu banyak memberi Melaka kelebihan

dan kebaikkan.
BIBLIOGRAFI

Muhd Jamil Mukmin. 2004. Melaka pusat penyebaran Islam di Nusantara. Kuala
Lumpur: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.
Mohd Khalil Yaakob. 2020. Kebijaksanaan Pemerintahan Sultan Melaka 1446-1488.
Kuala Kumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Victor Purcell, Kuala Lumpur, Oxford University Press, 1967. 1967. The Chinese in
Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Dr. Mohd Roslan Bin Mohd Nor & Ruzanah Binti Mohd Rozi. 2015. "Model
Kesultanan Melayu Nusantara." In Baldatun Tayyibah:, by Rumaizi Ahmad&
Mohd Roslan Mohd Nor. Selangor: Persatuan Ulama Malaysia.
Azlansyah Aman & Azhar Mad Aros, , Jurnal Sejarah, Vol 25 (2), 2016,. 2016. "
Sejarah Perdagangan Maritim Ryukyu serta Hubungannya dengan Melaka."
Sejarah 58-72.
Salmah Jan Noor Muhammad. 2017. "Kerencatan Hubungan Diplomatik Kesultanan
Melayu Melaka,." Pusat Penataran Ilmu & Bahasa 107-136.
Syaimak Ismail, Muhammad Saiful, Muhammad Anas& Mohd Khairi,. 2021.
"Kegemilangan Islam Melaka Di Bawah Dua Generasi Pemerintah(1445-
1477)." Jurnal Melayu 65-78.
Fazliyana Mustafa. 2002. Kepetingan Kepimpinan Tun Perak Dalam Kesultanan
Melayu Melaka. Master Thesis, Kuala Lumpur,: Universiti Malaya.
Ramlah Adam. 2016. "Hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka dengan kawasan
sekitar dan antarabangsa." Kertas Kerja Seminar Institusi Raja (Siraj IV)
Hubungan Luar Kesultanan Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Kajian Institusi
Raja Malaysia. 1-24.

You might also like