You are on page 1of 65

MPU2163/MSTD113

Malaysian Studies / Pengajian Malaysia

SEJARAH AWAL MELAKA


Kerajaan Melaka
• Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan
Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia.

• Selain Tanah Melayu, kepulauan Asia tenggara juga telah


melihat kemunculan beberapa buah kerajaan agung lain
seperti kerajaan Funan, Srivijaya dan Majapahit.

• Kerajaan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan


Srivijaya yang merupakan kerajaan maritim dan
mengendalikan perdagangan dengan India, Asia Barat dan
China.

• Dari segi agama, kerajaan ini merupakan pusat anutan dan


penyebaran agama Hindu-Buddha serta pengajian bahasa
Sanskrit.
Pengasasan Kesultanan Melaka
• (1391)- Srivijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit.

• Parameswara melarikan diri ke Temasik(Singapura) dan


menawannya dari kerajaan Ayudhya.

• (1398)- kerajaan Ayudhya membuat serangan balas ke atas


Parameswara.

• Parameswara dan pengikut melarikan diri ke Semenanjung Tanah


Melayu. Pada mulanya, Parameswara bertapak di Muar, kemudian
Sening Hujung , Bertam dan akhirnya Melaka (1400).

• Palembang - Temasik – Muar – Bertam - Melaka

• Ketika Parameswara sampai di Melaka, di situ telah pun wujud


sebuah perkampungan nelayan
Kesultanan Tanah Melayu

• Nama melaka diambil sempena nama pohon (pohon malaka).

• Istilah bahasa arab iaitu ‘Malaqa’ yang bermaksud tempat


perlindungan.

• Bermula daripada Parameswara hingga kepada waris-


warisnya, Melaka berkembang dan menjadi pusat dagangan
termasyhur di dunia pada abad ke-15.
Kesultanan Tanah Melayu
(Perkembangan awal politik Melaka)
• Apabila membuka penempatan di Melaka,
Parameswara mula menyediakan perahu dan
pelabuhan untuk Melaka muncul sebagai sebuah
tapak perdagangan antarabangsa.

• (1403)- Yin Ching (duta Negara China) membawa


hadiah untuk Parameswara. Maharaja Yung Lo
mendapat maklumat mengenai Melaka daripada
saudagar Arab dan Parsi.

• (1405)- mengiringi Yin Ching kembali ke Negara


China dan Melaka diiktiraf secara rasmi dan
Parameswara dilantik menjadi raja.
Kesultanan Tanah Melayu
(Perkembangan awal politik Melaka)
• (1409) – Laksamana Cheng Ho dari China
telah menghadiahkan alat-alat kebesaran
diraja kepada Parameswara.

• Melaka merupakan kerajaan pertama di


Asia yang menerima penghormatan ini.

• Penghormatan ini menjadikan Melaka


sebagai sebuah negara yang diberi
perlindungan oleh China.
Pemerintahan kerajaan Melaka
• Bentuk pemerintahan awal di Melaka ialah dengan
mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Apabila
pemerintah kerajaan Melaka memeluk Islam,
pemerintahnya digelar ‘Sultan’ dan ‘Syah’.

• Sistem pemerintahan ini disebut ‘raja mutlak’ yang


bermaksud kedudukan dan hak raja tidak boleh
dipersoal dan diganggu gugat.

• Kuasa dan hak raja berkait rapat dengan beberapa


konsep yang menjadi fahaman dan amalan
masyarakat pada waktu itu, iaitu konsep ‘taat setia’,
‘derhaka’, ‘daulat’, ‘tulah’ dan ‘nobat’.
Pemerintahan kerajaan Melaka
• Melaka juga dikenali sebagai kerajaan yang
mempunyai pentadbiran yang tersusun.

• Sultan melantik para pembesar yang berfungsi


sebagai pentadbir, pelaksana undang-undang dan
sebagainya.

• Melaka telah diperintah oleh 8 orang Sultan


sehingga kejatuhannya.
Sistem pemerintahan kerajaan
Melaka
Fungsi empat pembesar utama kerajaan
Melayu Melaka
Fungsi empat pembesar utama kerajaan
Melayu Melaka
• Selain daripadaempat orang menteri utama ini,
wujud golongan pentadbir yang lain seperti :-
√ syahbandar
√ hulubalang besar
√ ulama, mandulika
√ bentara
- Mereka digelar golongan bangsawan dan system
ini melahirkan dua golongan masyarakat iaitu
golongan pemerintah dna golongan yang diperintah.
Melaka sebuah kerajaan agung
Melaka sebuah kerajaan agung

• Faktor-faktor yang mempengaruhi:


– Faktor semula jadi atau faktor geografi
– Faktor ekonomi
– Faktor politik dan pentadbiran
Faktor semula jadi atau faktor geografi

Kedudukan terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa


dan sekaligus berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan
utama dunia iaitu di antara benua India dengan benua China.

Pelabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi kedudukan ‘di pertemuan


angin monsun’ iaitu pertembungan dua angin monsun utama yang
membantu pelayaran.

Selat ialah sebuah lorong sempit di mana mesti di lalui oleh semua
pedagang untuk ke mana-mana destinasi. Lorong yang sempit menjadikan
daratannya berpotensi besar untuk disinggahi.

Kedudukan Selat Melaka yang strategik kepada kapal-kapal kerana


terlindung daripada tiupan angin kencang.
Kemasyhuran perdagangan Melaka juga di pengaruhi oleh
kekayaan sumber asli persekitarannya meliputi hasil-hasil hutan
seperti kayu-kayan yang berpotensi dalam penghasilan kayu
wangi, damar dan rotan.

Orang Melayu pesisir memainkan peranan sebagai penjual dan


pengedar hasil-hasil hutan manakala pengumpulan hasil hutan
dilakukan oleh masyarakat orang Asli.

Selain hasil hutan, Semenanjung Tanah Melayu juga kaya dengan


sumber galian, khasnya emas.

Bijih timah juga telah diuasahakan semenjak awal Masihi lagi.


Catatan menyatakan, bijih timah telah didagangkan ke India untuk
dicampurkan dengan gangsa.
Di pesisiran pantai Melaka terdapat deretan hutan
bakau. Daun nipah digunakan untuk menganyam
tikar dan atap. Nipah nira digunakan untuk membuat
arak manakala kayu bakau dijadikan kayu api.

Kedudukan geografi Semenanjung Tanah Melayu


yang terlindung oleh pulau Sumatera menggalakkan
pertumbuhan plankton iaitu tumbuhan laut yang
menjadi makanan haiwan laut. Hal ini secara tidak
langsung telah menggalakkan pertumbuhan hasil
laut seperti kerang, siput dan tiram mutiara.
Faktor ekonomi
• Melaka dilimpahi kemewahan barang-
barang dagangan dari negara luar.

• Kekayaan hasil serantau seperti rempah,


hasil rotan, kayu dan damar menjadi barang
dagangan yang penting.

• Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan


perdagangan utama dengan peranan
sebagai pelabuhan entreport yang maju
dan berjaya.
Faktor politik dan pentadbiran

• Hubungan rapat Melaka dan Negara China memberi Melaka


perlindungan politik.
• Melaka mempunyai sistem keselamatan dan ketenteraan
yang lengkap.
• Kewujudan sistem undang-undang yang baik dan tersusun
iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut
Melaka.
• Mempunyai sitem perbendaharaan kerajaan yang tersusun
termasuklah sistem cukai dan jual belinya.
• Melaka menggunakan mata wang dalam bentuk emas, perak
dan timah.
• Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa perantara
(lingua franca) membolehkan komunikasi di Melaka berjalan
lancar.
Faktor politik dan pentadbiran
Kejatuhan Melaka
(Akhir abad ke-15)
• Faktor dalaman
– Kelemahan Pemerintahan Melaka.
Ketika Sultan Alauddin Riayat Syah, beliau mempunyai sikap
yang amat berbeza dengan ayahandanya. Baginda tidak
bertegas dan menolak kekerasan dan mengakibatkan banyak
wilayah membebaskan diri dan membentuk autonomi masing
masing.

– Kelemahan dalam sistem pertahanan.


Ketiadaan pahlawan terbilang dan hebat seperti Hang Tuah dan
Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan
kerajaan.

– Kurangnya perpaduan rakyat Melaka.


Semangat perpaduan rakyat yang lemah. Pembesar dan rakyat
hidup berpuak-puak. Pertelingkahan antara kaum India-Muslim
dengan kaum Melayu.
Kejatuhan Melaka
(Akhir abad ke-15)

• Faktor dalaman
– Sikap pembesar.
Pembesar bersikap tidak adil dengan mengenakan cukai
yang berlebihan kepada pedagang. Pedagang mula marah
dan mencari pelabuhan-pelabuhan yang lain.

– Pegangan agama yang lemah.


Pegangan dan penghayatan terhadap agama islam kurang.
Berlakunya penindasan dan kezaliman dan rasuah
dikalangan pembesar.
Kejatuhan Melaka
(Akhir abad ke-15)

• Faktor luaran
– Penemuan Tanjung Pengharapan.
– Pengkhianatan dalam kalangan
pembesar.
– Perisikan dan intipan oleh Portugis.
– Serangan Portugis ke atas Melaka.
KERAJAAN JOHOR
Raja Muzaffar (Sultan Muzaffar Syah) lari ke
Perak
Pemerintahan Johor dan Pusat-
pusat pentadbiran
PENTADBIRAN JOHOR SEHINGGA
TAHUN 1718

Oleh kerana Kesultanan Johor diasaskan oleh warisan Melaka, maka kerajaan
Johor banyak mewarisi system dan bentuk pentadbiran daripada kerajaan
Melaka.
Dalam struktur pentadbiran kerajaan Johor lama dibawah kekuasaan sultan,
berdiri bersama-sama kumpulan menteri yang berperanan meneguhkan lagi
institusi kesultanan tersebut.
Terdapat Laksamana yang sangat menonjol lebih daripada sultan iaitu Tun
Abdul Jamil dimana beliau berjaya menewaskan Jambi dan mengembalikan
maruah Johor. Dan Sultan Ibrahim menganugerahkan gelaran Paduka Raja
kepada beliau. Gelaran tersebut adalah yang tertinggi dan hanya disandang
oleh Bendahara.
Negeri-negeri yang memeberi taat setia kepada Melaka dahulu mengubah taat
setia mereka kepada Kesultanan Johor.
PENTADBIRAN JOHOR 1721-1819

• Selepas 1721, pusat pentadbiran kerajaan Johor tidak lagi berpindah


dengan kerap. Riau menjadi pusat pentadbiran kerajaan Johor.
• Terdapat perebutan kuasa dijohor dimana rampasan kuasa diantara sultan
dengan bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara. (Daeng Perani, Daenag
Marewah, Daeng Menambun, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi)
• Berikutan itu sebagai membalas jasa mereka satu jawatan baru (Yamtuan
Muda) dikhaskan kepada keluarga Bugis bagi mengenang jasa mereka.
• Kesleuruhannya dalam struktur pentadbiran kerajaan Johor ketika itu,
terdapat lapan orang menteri utama yang terdiri daripada empat orang
berketurunan Melayu dan empat orang berketurunan Bugis.
• Selepas tahun 1819 apabila Tengku Husin ditabalkan sebagai Sultan
Singapura oleh Stamford Raffles, politik Johor lebih banyak dipengaruhi
oleh kepentingan British.
Perdagangan di Johor
• Johor muncul sebagai pusat perdagangan yang penting pada abad ke 17.
• Pada tahun 1641, kuasa Portugis di Melaka Berjaya disingkirkan dan menunjukkan
perubahan tampuk pemerintahan Aceh.
• Tapak-tapak pelabuhan Johor muncul sebagai pelabuhan antarabangsa dan terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi:-
● kedudukan yang stategik
● sungai yang lebar
● kemudahan gudang dan system perdagangan yang tersusun
● barang dagangan luar
● peranan orang laut
● persahabatan dengan Belanda
• Tapak ibu kota Johor yang terletak di sepanjang
Sungai Johor. Strategik bagi perdagangan.
Kedudukan • Sungai Johor merupakan sungai paling selatan di
yang strategik
Tanah Melayu

• Sungai yang lebar mmebolehkan kapal-kapal besar


Sungai yang
lebar mampu mudik sehingga jauh ke pedalaman terutama
ketika air pasang.
• Johor menyediakan prasarana seperti gudang dan
pasar.
Kemudahan gudang
dan system • Kemudahan gudang yang besar dibawah tanah unutk
perdagangan yang mengelakkan bencana alam.
tersusun
• Pegawai yang terlatih, cukai kastam yang berpatutan.

• Pulau-pulau di sekitar Singapura banyk menyumbang


Barang dagangan kepada bekalan perdagangan.
luar • Terdapat kain-kain dengan corak terbaru, hasil emas,
kayu gaharu, sarang burung dari berbagai negara.
• Tenaga mereka banyk dimanfaatkan di pelabuhan
dan di gudang-gudang.
Peranan Orang
• Berperanan dalam bidang ketenteraan, pendayung,
Laut
pembawa utusan raja dan mengawal perairan.

• Pelabuhan Johor mendapat faedah yang besar


Persahabatan melalui persahabatan dengan Belanda.
dengan Belanda • Johor mendapat perlindungan keselamatan
daripada Belanda.
Pelabuhan Entreport
• Peranan pelabuhan Entreport:-
√ Penerima , pembeli dan pengumpul barang-barang dagangan dan disimpan di
dalam gudang sebelum dijual.
√ Perantara dan pengurus dagangan antara cabang-cabang hubungan perdagangan.
√ Pusat penyebaran barang-barang dagangan tersebut.
- Sebagai pelabuhan entreport, Johor menguruskan barang-barang dagangan dari
seluruh pelosk dunia.
- Antara barang yang didagangkan di Johor ialah emas, kayu gaharu, sarang burung
dll.
- Johor juga membekalkan barang-barang eksport dari pelabuhannya ke pelabuhan
Betawi seperti hamba abdi, lilin tikar dll.
Pelabuhan Entreport
-Apabila dunia eropah mula terdedah dengan aktiviti
penjelajahan, penerokaan dan penjajahan, tanah
melayu mula menjadi tumpuan kuasa-kuasa barat.
- Permulaanya apabila Melaka tewas kepada
Portugis pada 1511.
- Portugis dan Sepanyol adalah antara kuasa barat
yang paling berpengaruh dalam usaha meluaskan
kekuasaan masing – masing.
- Menurut sejarah, bermula pada tahun 1511 hingga
1957, Malaysia telah diduduki kuasa asing selama
446 tahun.
Zaman Penjajahan (1511-1957)

Penjajahan

Portugis Belanda Inggeris Jepun


1511-1641 1641-1824 1824-1957 1941-1945
Penjajahan Portugis
• Portugis berjaya menawan kota Melaka pada tahun
1511 namun Portugis hanya berjaya menawan kota
dan pelabuhan Melaka sahaja.
• Menduduki Melaka selama 130 tahun.
• Wizurai yang bertanggungjawab menyusun sistem
pentadbiran Portugis di Melaka ialah Alfonso de
Albuquerque. Beliau turut membina sebuah kota
iaitu A Famosa untuk melindungi Melaka daripada
sebarang serangan.
• Mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk
ketenteraan.
Penjajahan Portugis
• Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka yang dilantik
oleh Raja Portugal.
• Mereka dipilih dari kalangan bangsawan Portugal
(Fidalgo)
• Seorang Kapten Angkatan Laut juga dilantik
sebagai timbalan kepada Kapten Kota.
• Seorang Ketua Hakim juga dilantik bagi
menguruskan hal berkaitan undang-undang.
• Portugis cuba bertahan di Melaka walaupun sering
mendapat ancaman daripada waris Sultan
Mahmud di Johor & Aceh. Namun mereka tewas
juga pada 1641 kepada Johor yang mendapat
bantuan daripada Belanda.
Penjajahan Portugis
• Sepanjang pemerintahan, Portugis
melaksanakan beberapa sistem
pentadbiran perdagangan seperti berikut:
– kapal-kapal pedagang diwajibkan membayar
cukai 6%-10% daripada hasil dagangan
mereka.
– Setiap pedagang perlu mendapatkan pas
kebenaran untuk berdagang terlebih dahulu.
– Portugis memonopoli barang-barang
dagangan utama.
– Diskriminasi terhadap pedagang Islam.
• Semasa zaman pendudukan Portugis di Melaka, rantau
Melayu menyaksikan era Peperangan Tiga penjuru
antara Portugis di Melaka, Aceh dan Johor yang
masing-masing bersaing menguasai perdagangan di
Kepulauan Melayu.

• Kerana dasar-dasar yang Portugis yang tidak disenangi


oleh pedagang-pedagang, perdagangan di pelabuhan
Melaka merosot sehingga akhirnya pelabuhan itu jatuh
ke tangan Belanda.

• Kesan peninggalan : masyarakat Serani, pengenalan


tulisan rumi, penyerapan perkataan ( almari, tuala,
garpu)
Penjajahan Belanda
• 1559, ekspedisi Belanda yang terawal tiba di
kepulauan Melayu dan selepas itu semakin ramai
pedagang Belanda yang berminat untuk berdagang
terutamanya untuk mendapatkan rempah ratus,
buah pala and kayu cengkih.

• Pedagang-pedagang Belanda bergabung dan


membentuk V.O.C (syarikat Bersatu Hindia Timur.

• Tujuan utama penubuhan V.O.C adalah untuk


menguasai perdagangan rempah di kepulauan
Melayu dan memonopoli perlombongan bijih timah.
Penjajahan Belanda
• (1619) berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa. Betawi
dijadikan pelabuhan perdagangan sebagai alternative kepada
pedagang. Lama kelamaan, situas ini menjadikan
kemerosotan Portugis di Melaka.
• Belanda melancarkan serangan beberapa kali terhadap
Portugis dan akhirnya Berjaya pada 1641.
• Tujuan menyerang Melaka adalah untuk menarik pedagang
berdagang di Betawi.
• 1641, Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka dengan
bantuan Johor.
• Selepas menguasai Pelabuhan Melaka, Belanda telah
melaksanakan beberapa dasar demi menjayakan matlamat
mereka seperti:
– Mewajibkan kapal pedagang mendapatkan pas kebenaran
berdagang untuk berdagang di Melaka.
– Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu
(perak, Selangor dan Sungai Ujong) dengan menandatangani
perjanjian dengan raja-raja Melayu.
Surat Surat Kew 1795
(Penjajahan Inggeris)

• Ketika meletusnya Perang Napoleon pada abad


ke-18, Belanda telah ditawan oleh Perancis.
• Justeru bagi mengelakkan wilayahnya di Asia jatuh
ke Perancis, Raja Belanda menandatangani satu
perjanjian yang dikenali sebagai Surat-Surat Kew
dengan kerajaan British.
• 1795, melalui Surat-surat Kew, Belanda telah
menyerahkan Melaka dan semua tanah jajahannya
di Timur buat sementara kepada British bagi
mengelakkan tanah-tanah ini jatuh ke tangan
Perancis akibat meletusnya Peperangan Napoleon
di Eropah.
Surat Surat Kew 1795

• Apabila peperangan berakhir, British terpaksa


menyerahkan semula Melaka kepada Belanda.

• British berusaha untuk kembali mempengaruhi


negeri-negeri Melayu dan persaingan antara kedua
negara ini memaksa mereka menandatangani
Perjanjian Inggeris – Belanda (1824) dan akhirnya
Melaka berada di bawah penguasaan British
secara rasmi.
Campur tangan Inggeris dalam
politik Negeri-negeri Selat
• Walaupun campur tangan British paling
ketara selepas Perjanjian Pangkor pada
20/1/1874, campur tangan British dalam
hal ehwal kerajaan Melayu telah berlaku
lebih awal.
• Penglibatan tersebut dibuktikan melalui
peristiwa-peristiwa pendudukan Pulau
Pinang, Pendudukan Singapura,
Perjanjian Inggeris –Belanda 1824 dan
Penubuhan Negeri-negeri Selat.
Campur tangan British di
Negeri-negeri Melayu
• Dorongan ekonomi
– Galakan ekonomi ini bertujuan memastikan
usaha memonopoli hasil-hasil dagangan utama
di negeri-negeri Melayu seperti bijih timah dapat
berjalan dengan lancar.
– Perkembangan Revolusi perusahaan
(perindustrian) pada pertengahan abad ke-19 di
Eropah dan bermulanya aktiviti mengetin
makanan yang memuncakkan lagi keinginan
British untuk memonopoli perdagangan timah.
• Dorongan politik
– Dasar liberal dan perdagangan laissez-faire dan
dasar Imperalisme.
– Kuasa Barat yang lain turut bersaing meluaskan
jajahan takluk masing-masing.
– Tanpa pengawalan politik dan campur tangan
dalam pentadbiran tempatan, kuasa-kuasa ini
boleh masuk dengan mudah melalui
persahabatan dan hubungan perekonomian
dengan raja-raja Melayu.
SISTEM RESIDEN
– Negeri pertama yang menggunapakai
sistem residen adalah Perak dan diikuti
oleh Selangor, Pahang & Negeri
Sembilan.
– Jawatan residen merupakan satu strategi
British untuk mengawal pentadbiran
secara langsung di negeri negeri melayu.
– Pengawasan British sebagai penjajah
adalah melalui isntitusi politik yang sedia
ada.
– Perlaksanaanya membolehkan British
lebih berkuasa dalam aspek
pemerintahan dan ekonomi.
SISTEM RESIDEN
– Sistem residen sebenarnya bukanlah satu
sistem yang jelas kerana pegawai British yang
menjadi residen tidak mempunyai sebarang
garis panduan yang rasmi.
– Mereka hanya menggunakan budi bicara dan
kebijaksanaan masing-masing tanpa mendapat
bantuan daripada kerajaan British. Jadi ianya
tidak membebankan kerajaan British.
– Gaji dan elaun residen dibayar oleh negeri
negeri melayu.
– Tanpa mendapat seliaan daripada Kerajaan
British, Residen mula berlebih-lebihan dalam
membuat sebarang keputusan.
– Residen mula menyekat hak-hak pembesar
tempatan untuk mengutip cukai. Senario ini
menyebabkan kebangkitan pembesar tempatan
seperti pembunuhan JWW Birch.
Sistem Residen
– Kesan-kesan Sistem Residen
Negeri-Negeri Selat (NNS)
(Sinagpura, Penang, Melaka)
• NNS ditubuhkan pada tahun 1826 dan
diletakkan di bawah pentadbiran
Residensi NNS.
• Pulau Pinang menjadi pusat
pentadbiran pertama.
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak,
Selangor, Pahang, Negeri Sembilan)

• Faktor-faktor penubuhan NNMB


– Masalah kewangan di Pahang.
– Kelemahan Sistem Residen.
– Mengurangkan belanja untuk
pentadbiran.
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak,
Selangor, Pahang, Negeri Sembilan)

• Masalah kewangan di Pahang


Berlaku berikutan penentangan
pemimpin tempatan di Pahang. Usaha
membanterasnya menelan belanja yang
banyak. Melalui penyatuan, negeri
melayu yang kaya seperti Perak dapat
membantu Pahang.
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak,
Selangor, Pahang, Negeri Sembilan)

• Kelemahan sistem Residen


Residen tidak mempunyai garis
panduan dalam mentadbir negeri-negeri
melayu. Dengan penggabungan,
dipercayai dapat mengawal kuasa
residen yang dikhuatiri mengatasi
kuasa Gabenor.
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak,
Selangor, Pahang, Negeri Sembilan)

• Mengurangkan belanja untuk


pentadbiran.
Jika berasigan, ianya akan menelan
belanja yang besar. Gabungan dapat
menyelaraskan system residen masing-
masing dan membaik pulih system
perhubungan antara negeri.
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu)
• 1909, British dan Siam menandatangani
Perjanjian Bangkok.
• Mengikut perjanjian tersebut, 4 buah
negeri di bawah naungan Siam akan
diserahkan kepada British. Dengan
penyerahan ini, Penasihat British telah
diletakkan di setiap negeri.
• Raja Melayu di NNMTB mempunyai
kuasa yang lebih besar kerana kuasa
Penasihat British tidak seluas kuasa
Residen di NNMB.
Pengagihan Kuasa Pusat
(Desentralisasi)
• Faktor-faktor disentralisasi diperkenalkan
ialah:
– Sultan di NNMB tidak berpuas hati dengan
pemusatan kuasa pentadbiran di tangan
Pesuruhjaya Tinggi. Mereka kehilangan kuasa.
– Pihak British ingin menyatukan negeri-negeri
Melayu keseluruhannya. (NNS, NNMB, NNMTB)
– Untuk mengurangkan perbelanjaan pentadbiran.
– Wujud persaingan kuasa antara Residen
Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi. Dalam hal
ehwal pentadbiran.
Sistem pentadbiran pada zaman penjajahan Inggeris

Sistem Tahun Negeri-negeri Terbabit


Pengenalan
Sistem Residen 1874-1888 Perak, Selangor, negeri Sembilan
dan Pahang
Negeri-negeri Selat 1826 Pulau pinang, Melaka, singapura
Negeri-negeri Melayu 1896 Perak, Selangor, negeri Sembilan
Bersekutu dan Pahang

Negeri-negeri Melayu 1909-1919 Perlis, kedah, kelantan dan Johor


Tidak Bersekutu
Disentralisasi 1920-an Semua negeri di Semenanjung
Malaysia
Reaksi masyarakat tempatan
terhadap penjajahan British
Penentangan
di Naning
(Dol Said)
Penentangan
Penentangan
di Sabah
di Selangor
(Mat Salleh,
(Raja Mahdi)
Rundum)

Penentangan
Penentangan Penentangan
di Sarawak
(Rentap,
masyarakat di Perak
(Dato
Sharif
Masahor)
tempatan Maharaljalela
)

Penentangan di Penentangan
Terengganu di
(Hj Abdul Pahang(Dato
Rahman Bahaman,
Limbong) Tok Gajah)
Penentangan
di Kelantan
(Tok Janggut)
Perjuangan diperingkat daerah dan
negeri

Daerah/Negeri Tokoh-tokoh perjuangan


Naning Dol Said
Perak Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor
Pahang Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Tok
Gajah
Kelantan Tok Janggut
Sarawak Rentap, Sharif Masahor, Abdul
Ghapur, Banting, Asun
Sabah Mat Salleh, Antanum
PENJAJAHAN JEPUN

• 8 Disember 1941- Jepun menyerang Tanah Melayu


• Faktor-faktor kejayaan Jepun
– Pihak British kurang bersedia
Mereka menyangka Jepun akan memulakan serangan
dari arah selatan (Singapura) kerana pusat pentadbiran
di sana.
– Kelewatan tentera bantuan dari London dan India
Kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh British.
– Jepun menyerang melalui jalan laut
Pertahanan British terlalu lemah terutama selepas 2
kapal perang mereka ditenggelamkan oleh tentera Jepun.
PENJAJAHAN JEPUN

• 8 Disember 1941- Jepun menyerang Tanah


Melayu
• Faktor-faktor kejayaan Jepun
– Persediaan Jepun yang lengkap
Mereka membuat pengintipan sebelum
serangan. Maklumat tentang kubu, landasan
kapal terbang diperoleh dahulu.
– Tentera Jepun cukup terlatih
Mempunyai teknik peperangan yang baik.
Sanggup berbasikal meredah hutan. Sikap
tentera British yang tidak berdisiplin dan tidak
bersemangat.
Kesan-kesan penjajahan Jepun

• Kesan sosial
– Penindasan terhadap orang Cina kerana Jepun
sedang bermusuhan dengan China.
– Pemuda tempatan menjadi buruh paksa untuk
membina Landasan Kereta Api Maut (Thai ke
Burma)
– Kekurangan beras ekoran system perdagangan
yang antarabangsa yang kacau bilau.
– Masalah kesihatan akibat makanan yang todak
berzat.
– Layanan Jepun yang berat sebelah kerana mereka
membenci China.
Kesan-kesan penjajahan Jepun

• Kesan ekonomi
– Kemerosotan ekonomi pada peringkat
individu dan keluarga.
– Perusahaan biji timah dan getah merosot
akibat berlaku kemusnahan pada lombong.
Kemusnahan akibat serangan Jepun sebelum
ini.
– Barangan keperluan sukar diperoleh seperti
ubat. Barang menjadi mahal.
– Nilai mata wang jatuh dengan teruk. Mata
wang pisang yang digunakan tidak bernilai
kerana mudah dicetak semula.
Kesan-kesan pendudukan Jepun

• Kesan politik
– Memberi kesedaran politik kepada penduduk
tempatan untuk mencapai kemerdekaan.
– Orang melayu mendapat banyak peluang
dalam bidang pentadbiran. Mereka lebih
berkeyakinan untuk mentadbir sendiri.
– Mendapat kesedaran mengenai kelemahan
orang British.
– Melahirkan semangat nasionalisme. Kaum
Cina juga aktif berpolitik dan wujudnya PKM.

You might also like