You are on page 1of 10

PENGENALAN

Kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada akad ke-15 hingga awal abad ke-16. Pada zaman kegemilangannya, Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu tradisi budaya, politik dan ekonomi yang kekal diwarisi hingga masa kini. Kegemilangan dan kemakmuran Melaka telah menarik Portugis untuk datang dan seterusnya menguasai Melaka. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 memaksa waris Kesultanan Melaka berpindah ke Johor dan bermula dari situlah mereka meneruskan perjuangan hendak menegakkan semula kedaulatan Melaka. Ringkasan pemerintahan raja-raja Melaka

1400 1414: Raja Iskandar Shah (nama Islam Parameswara) 1414 1424: Raja Megat Iskandar Shah 1424 1444: Sultan Muhammad Shah 1444 1445: Sultan Ibrahim/Sultan Abu Sayid dibunuh oleh pembesar Melaka akibat rasa tidak puas hati dengan pemerintahannya. 1445 1459: Raja Kassim/Sultan Muzaffar Shah. Melaka pernah diserang sebanyak 2 kali oleh Siam. Dipatahkan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah. 1459 1477: Sultan Mansur Shah zaman kemuncak Melaka. Kegemilangan Tun Perak, Hang Tuah dan Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po. 1477 1488: Sultan Alauddin Riayat Shah 1488-1511: Sultan Mahmud Shah

ZAMAN KEGEMILANGAN MELAKA

Kerajaan Melaka diasaskan oleh Putera Raja Palembang iaitu Parameswara. Kerajaan empayar Melaka berkembang dengan pesatnya pada abad ke 14 setelah kejatuhan kerajaanSrivijaya. Sebelum penubuhan Melaka oleh Parameswara, beliau bersama pembesar-pembesar serta pengikutnya melarikan diri daripada tentera Majapahit kerana usaha beliau hendak membebaskan Palembang daripada Kerajaan Majapahit tetapi gagal lalu dikepung oleh tentera Majapahit. Beliau melarikan diri ke Tamasik (Singapura).

Temasik dikuasai oleh kerajaan Siam yang diperintah oleh Temagi. Temagi telah dibunuh oleh Parameswara kerana untuk menguasai Temasik. Akibat tindakannya, kerajaan Siam menghantar tentera untuk menangkap Parameswara. Parameswara

melarikan diri ke Muar, Johor dan seterusnya ke Melaka. Parameswara telah disambut baik oleh penduduk-penduduk tempatan di Melaka. Akhirnya beliau menetapkan Melaka menjadi pusat pemerintahannya. Parameswara merupakan seorang pemerintah kepimpinan yang bijak dan berpandangan jauh. berwibawa dalam pentadbiran, Beliau mempunyai sifat perdagangan dan

pengurusan

berhemah tinggi dalam menghadapi ancaman Siam.

Akibat suasana yang aman dan selamat di Melaka, ianya telah menarik ramai saudagarsaudagar dari Arab, Parsi, India dan China untuk berdagang sehingga Melaka menjadi pelabuhan enterport yang sibuk. Kestabilan dan kedamaian Melaka telah menyebabkan ramai yang terus bermastautin. Melaka menjadi selamat kerana penduduk asal Melaka amat taat dan setia. Kemahiran yang ada pada orang laut telah membantu Melaka mengawal kawasan Selat Melaka.

Melaka mencapai zaman kegemilangannya melalui enam faktor, antara faktornya adalah: 1) Pentadbiran yang sistematik

Sultan Melaka telah memperkenalkan sistem pemerintahan yang bersistematik untuk melicinkan urusan pentadbiran kerajaan Melaka. Sistem Pembesar Empat Lipatan telah diwujudkan yang terdiri daripada raja dan sultan. Diantara peranan sultan adalah mengetuai pemerintahan dan pentadbiran dalam negeri, menyelaras semua kegiatan ekonomi, menjadi lambang perpaduan rakyat, sultan juga mengetuai hubungan diplomatik, menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu, mengetuai angkatan tentera dan melantik pembesar negeri.

Sultan dibantu oleh pembesar berempat iaitu bendahara, penghulu bendahari, temenggung dan laksamana. Diantara tugas bendahara adalah beliau menjadi penasihat sultan, menteri utama, ketua turus angkatan perang, ketua hakim, dan pemangku sultan. Penghulu bendahari pula tugas beliau adalah menjadi pemungut hasil atau ufti, ketua segala bendahari, ketua urus setia istana, dan ketua segala syahbandar. Manakala bagi temenggung tugas beliau adalah menjadi ketua polis dan penjara, penguasa Bandar dan Kota Melaka, ketua protokol istana, dan hakim di darat. Laksamana pula bertugas sebagai ketua angkatan laut, ketua duta, pengawal peribadi sultan, dan utusan rasmi kerajaan.

Pembesar berempat pula dibantu oleh pembesar berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua. Sultan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah, sungai atau pulau. Kawasan pentadbiran pembesar dikenali Kawasan Pegangan. Kawasan pegangan bendahara di Muar dan Bentan, kawasan pegangan penghulu bendahari di Sening Ujung dan Kampar, kawasan pegangan laksamana di Temasik, kawasan pegangan hulubalang di Sungai Raya dan Siantan, manakala temenggung tiada kawasan pegangan. Sultan melantik pembesar jajahan dan daerah untuk memungut cukai, kawasan memungut cukai dikenali Kawasan Pemakanan.

2) Pusat perdagangan Kedudukan geografi

Melaka terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Ini membolehkan Melaka mengawal Selat Melaka yang menjadi laluan kapal dagang. Muara Sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal berlabuh dengan mudah, menurunkan barang dagangan, dan mendapatkan barang-barang keperluan. Banjaran Titiwangsa dan Pulau Sumatera menghalang tiupan angin dan membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat. Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau menjadi pedoman kepada pedagang untuk belayar dan menuju ke Melaka serta tempat yang strategik untuk mengawasi keselamatan Selat Melaka.

Pemangkin kemajuan perdagangan di Melaka, Beberapa faktor telah dikenalpasti sebagai pendorong kepada kemajuan perdagangan di pelabuhan Melaka, iaitu:a) Peranan Syahbandar: Menguruskan pasar dan gudang, memeriksa alat timbang, sukat, dan mata wang, menjadi hakim di pelabuhan, menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal, menguruskan cukai, menjaga kebajikan, dan keselamatan pedagang

b) Peranan Laksamana dan Orang Laut: Menjaga perairan Selat Melaka dan menjamin keselamatan pedagang.

c) Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka: Undang-undang Laut Melaka mengandungi peraturan dan tata tertib berniaga, hukum jenayah di kapal, cara berjual-beli, larangan dan tanggungjawab anak kapal, kiwi, dan nakhoda.

d) Kemudahan di pelabuhan: Antara kemudahan yang disediakan ialah tempat menyimpan barang, tempat tinggal untuk pedagang, pengangkutan, tenaga pekerja, kemudahan membaiki kapal, dan bekalan makanan dan minuman.

e) Sistem cukai dan Surat Kebenaran Berniaga: Cukai yang berpatutan. Pedagang dari Barat dikenakan cukai 6%, pedagang yang tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai 3%, dan pedagang dari China dan Jepun hanya perlu memberi hadiah. Pedagang juga perlu mendapatkan surat kebenaran berniaga yang membolehkan kerajaan Melaka mengawal dan memantau aktiviti perdagangan di pelabuhannya.

f) Penggunaan Sistem Mata Wang: Penggunaan mata wang logam yang diperbuat daripada timah yang dipanggil calains Mata wang emas tempatan serta mata wang emas, wang perak, dan wang timah dari Pedir, Pasai, Kembayat, dan Gujerat juga digunakan dalam sistem jual beli di Pelabuhan Melaka.

g) Pelabuhan Entrepot: Pelabuhan Melaka merupakan pelabuhan entrepot, iaitu pusat pengumpulan barang dari Kepulauan Melayu dan pusat mengedar barang dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.

h) Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca: Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca atau bahasa perantaraan antara pedagang dengan pembesar dan pedagang lain.

3) Kematangan hubungan luar Hubungan serantau Hubungan Melaka dengan Pasai terjalin melalui perkahwinan antara sultan Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan puteri Pasai. Hubungan juga terjalin dalam bentuk pertukaran pendapat tentang hukum agama Islam. Kedudukan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Kerajaan Melaka pernah membantu Pasai menamatkan huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya ke Pasai. Melaka mendapat bekalan lada hitam, emas, dan beras dari Pasai.Jawa membekalkan Melaka beras, bahan makanan, dan rempah. Hubungan terjalin apabila Melaka menakluki Siak dan Kampar. Kampar dan Siak menghantar ufti kepada Melaka. Siak dan Kampar membekalkan emas untuk kegiatan perdagangan dengan Melaka. Hubungan antarabangsa Hubungan Melaka dengan China bermula pada tahun 1404 apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka. Hubungan Melaka dengan Siam bermula apabila Melaka menghantar utusannya Tun Telanai dan Menteri Jana Putera ke Siam, Siam membekalkan kayu jati, beras, dan bahan makanan kepada Melaka. Hubungan Melaka dengan Ryukyu (Jepun) terjalin melalui hubungan perdagangan dan Diplomatil. Sultan Mansor Shah pernah mengirim surat kepada Raja Ryukyu memberitahu tentang pedagang Ryukyu yang melanggar undang-undang di Melaka.

Hubungan Melaka dengan Gujerat (India) terjalin melalui kegiatan perdagangan. Gujerat membekalkan kain dan menyebarkan agama Islam di Melaka. Pedagang Gujerat mendapatkan rempah dari Kepulauan Melayu. Pedagang Arab mendapatkan emas dan rempah dari Kepulauan Melayu dan kain sutera dan the dari China. Pedagang Arab juga mengembangkan agama Islam di Melaka.

4) Pusat pengembangan Agama Islam

Kedatangan agama Islam ke Melaka: Antara cara Islam disebarkan di Melaka ialah melalui perkahwinan sultan Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan puteri raja Pasai yang memeluk Islam. Mengikut Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar, dan rakyat Melaka. Pedagang Islam dari Arab dan India menyebarkan agama Islam ke Melaka melalui kegiatan dakwah. Ada antara mereka yang berkahwin dengan masyarakat Melaka dan menyebarkannya kepada penduduk tempatan. Sifat agama Islam, iaitu toleransi, adil, dan rasional dan meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk menganut agama Islam. Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam: Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah. Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama. Masjid, madrasah, dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran. Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawuf yang terkenal ialah Abdul Karim al Jili yang mengarang kitab Insan al-Kamil. Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam. Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarah, iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.

Kegigihan Melaka menyebarkan Islam: Melalui perdagangan iaitu ramai

Pedagang. Asing yang memeluk Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka Melalui peranan tentera upahan, seperti tentera upahan dari Jawa
yang memeluk Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tanah air. Melalui penaklukan iaitu Raja di negeri taklukan memeluk Islam untuk menjamin keselamatan negeri dan menunjukkan taat setia kepada sultan Melaka. Peranan pendakwah, ulama, dan ahli agama (sufi). Mereka telah menyebarkan Islam ke Jawa, Kalimantan, dan selatan Filipina dengan cara berhemah dan bukan dengan paksaan. Melalui perkahwinan politik iaitu putera dan puteri Melaka herkahwin dengan putera atau puteri raja kerajaan lain. Contohnya, puteri Sultan Mansor Shah berkahwin dengan putera Raja Siak. Peranan pemerintah Melaka, contohnya menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar, dan Inderagiri serta memberi galakan kepada pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.

Sinar Islam di Melaka: Dalam pentadbiran, institusi kesultanan telah menggantikan sistem beraja dan gelaran raja digantikan dengan sultan.Menggunakan undang-undang fikah (Syariah) seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Pengajian al-Quran menjadi asas sistem pendidikan di Melaka. Bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu dan lingua franca. Tulisan jawi digunakan secara meluas Agama Islam mempengaruhi kesenian, contohnya ukiran di kubah masjid, mimbar, mihrah, menara azan, dan batu nisan. Terdapat tulisan khat dan ukiran berbentuk bunga, geometri, dan ayat al-Quran atau hadis. Amalan masyarakat seperti upacara khatam al-Quran, majlis kesyukuran, dan kenduri arwah.

5) Pusat kegiatan ilmu Peranan Istana sebagai Pusat Kegiatan Intelektual: Istana menjadi pusat kegiatan perkembangan ilmu pengetahuan dan menjadi tempat berkumpul untuk golongan cerdik pandai yang terdiri daripada:-

1) Pengarang

yang

mengarang

sejarah,

menghasilkan

pelbagai

jenis

kesusasteraan, menyusun salasilah raja, dan mencatat diari istana. 2) Ulama yang menulis dan menterjemah kitab agama Islam. 3) Jurutulis yang mengarang surat rasmi raja, menggubal perjanjian, dan menjadi guru kepada anak-anak raja.

Istana juga tempat untuk kegiatan menterjemah dan menyadur karya sastera dari Arab dan Parsi. Istana menjadi tempat menyimpan buku penulis tempatan dan asing yang menjadi khazanah kerajaan. Istana juga menjadi tempat perbincangan dan perdebatan alim ulama tentang hal agama, Contohnya, mereka membahaskan kitab Darul Manzum yang berkaitan dengan aspek ketuhanan.

6) Dasar Perluasan Kuasa Cara-cara perluasan kuasa:

1) Penaklukan - Kerajaan yang ditakluki ialah Kampar dan Pahang. 2) Perkahwinan - Putera dan puteri Melaka dikahwinkan dengan putera dan puteri negeri lain seperti Pahang, Siak, dan Kelantan. 3) Kerelaan raja negeri lain seperti Jambi dan Lingga. 4) Campur tangan dalam negeri. Melaka memberi bantuan kepada kerajaan lain yang menghadapi huru-hara seperti Pasai. Kebijaksanaan pemerintah Melaka: Sultan Muzaffar Shah berjaya menguasai Pahang, Kampar, dan Inderagiri. Baginda menghantar Tun Perak menghadapi serangan Siam, menjalinkan hubungan dengan China, dan menyelesaikan perbalahan antara orang Melayu dengan orang IndiaMuslim. Sultan Mansor Shah berjaya menguasai Bernam, Perak, dan Siak. Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan pemimpin yang alim, gagah, mementingkan keamanan dan keselamatan dalam negeri, dan berjaya menguasai Aru. Bendahara Tun Perak merupakan pembesar yang cekap dan berwibawa. Beliau berjaya meluaskan kuasa Melaka dengan berjaya menakluki Pahang, Terengganu, Johor, Riau-Lingga, Bengkalis, Riau, Kampar, Jambi, Inderagiri dan Aru.

Pusat pengembangan Agama Islam Pusat kegiatan ilmu

Perluasan kuasa

You might also like